Kutip derma dengan ChipIn

7alang13th Aug 2007Entri,

Bagi penulis blog atau pemilik laman web yang tidak mementingkan keuntungan, mereka biasanya tidak meletakkan sebarang iklan di blog / laman web mereka (ada lagi ker?). Mereka membuat semua itu hanya kerana hobi. Walau bagaimanapun, mereka perlu juga menanggung kos-kos pengelenggaraan blog / laman web mereka setiap bulan.

Sebelum google adsense diperkenalkan, kaedah mengutip derma ini agak popular. Biasanya kita akan melihat butang paypal donation dengan ayat-ayat yang berbunyi “If you like our blog, please donate” atau “Please donate to keep us alive”. Saya tak pasti berapa jumlah yang pernah mereka dapat tetapi saya pernah menggunakan cara ini sewaktu www.osx-e.com baru berusia beberapa bulan.

Selain itu, kita juga mungkin ingin mengutip derma untuk tujuan tertentu seperti membantu rakan yang dalam kesusahan ataupun membeli sesuatu produk

Kini ada cara mudah untuk melakukannya dengan ChipIn

2007-08-13_104304.jpg

Apa yang anda perlu lakukan ialah dapatkan akaun percuma di ChipIn dan kemudian isikan form yang mudah. Terdapat beberapa saiz widget yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian anda dan dimana anda ingin meletakkan widget tersebut. Selain itu, anda juga boleh memilihwarna yang sepadan dengan laman web / blog anda. Selepas itu anda perlu copy dan pastekan code di blog / laman web anda dan satu widget seperti dibawah akan terhasil

Pastikan anda mempunyai akaun paypal kerana derma yang dikutip melalui ChipIn hanya dimasukkan ke dalam akaun paypal.

Cuma satu nasihat saya, jika laman web / blog anda sudah mempunyai terlalu banyak iklan, tak perlulah lagi anda menggunakan ChipIn untuk mengutip derma peribadi kerana anda akan dilhat sebagai tamak dan hanya mementingkan wang sahaja. Dan biasanya, hanya blog / laman web yang mempunyai pelawat setia sahaja yang mampu untuk menarik orang untuk menderma.

7 Comments Comments Feed

  1. Farizal (August 13, 2007, 11:19 am). Reply

    Terima kasih alang dengan info terbaru ini. Saya tak pernah mengetahui pasal ChipIn ni.

    Saya mempunyai satu website http://www.thefinalmistic.net yg saya menanggung kos² tertentu daripada tahun 2000 hingga 2007. Tujuh tahun lamanya tanpa mengharapkan derma dan ianya saya anggap ‘baby’ kesayangan saya sehingga sekarang :) Website tersebut sebenarnya bermula daripada hobi untuk mengasah bakat seni saya…

    Mungkin tips Alang ini boleh difikir2kan untuk website tersebut ;)

    Thanks for the free tips!

  2. saiful (August 13, 2007, 1:28 pm). Reply

    tq Alang..bagus jugak teknik derma ni…tak pernah terpikir pun…

  3. Azahari (August 13, 2007, 3:04 pm). Reply

    Ada sesetengah forum pun tidak meletakkan iklan dan juga tidak pula meminta bayaran dari ahli forumnya.Cara begini sedikit sebanyak membantu kos operasi sesuatu laman web tersebut. Kalau saya rasanya agak keberatan nak letak derma, sebab bila kita pegang duit orang ni, kita ada tanggungjawab.

  4. naem (August 13, 2007, 4:32 pm). Reply

    pada pendapat hamba yang naif ni, rasanya elok juga diletakkan ruangan menderma ni, sayangnya chipin untuk paypal..so kena create sesuatu yang boleh terima atm transfer atau banking online..

    ( ermm..bahasa melayu istana takde istilah create la..huhuhu )

    cuma, pada firasat hamba ni, untuk menggalkkan orang memberi derma, kena letak galakan skit..contohnya “mendermalah anda disini kerana seseungguhnya derma anda akan dibalas tuhan berlipat kaliganda..yang buat duit dengan adsense, pendapatan anda akan meningkat melebihi F2R ”

    amacam?
    :-)

  5. Maizul (August 13, 2007, 4:48 pm). Reply

    Menarik jugak konsep yang dibawa oleh web site tu ye. tak pernah tau pun boleh derma-derma tu. tq Alang.

  6. zool (August 13, 2007, 11:06 pm). Reply

    tapi rasanya kaedah derma nie lebih sesuai untuk website yang memang ada memberi sesuatu yang mahal harganya..
    contoh cam stoptazmo, website yang membenarkan peminat katun manga download katun manga kesukaan..
    kebanyakannya yang memerlukan penggunaan ruang yang besar ..
    kalau setakat blog-blog biasa rasanya sukar untuk mendapat donation dari pengunjung.. kalau perhatikan jarang orang sanggup menderma untuk bahan-bahan internet…
    tapi mungkin chipin nie dapat membantu webmaster yang memerlukan maintenance website yang tinggi…
    info berguna dari Alang ..

  7. titan (August 20, 2007, 6:34 am). Reply

    Good idea. Bagus jugak benda nih. Ada perkara yang bagus aku leh buat dengan benda nih. Hehe..Thanks alang.

Add a Comment