Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa
Written by alang on August 14, 2007
Hari ini genap 2 tahun saya menjadi usahawan internet sepenuh masa. Saya adalah yang pertama mengambil keputusan ini diikuti dengan LiewCf dan Kidino
Apa yang saya capai dalam tempoh 2 tahun ini?
- 2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 3 laman web, tetapi sekarang sudah ada 15
- 2 tahun dulu, sumber pendapatan utama ialah dari Google Adsense, tetapi sekarang Adsense merupakan sumber pendapatan yang ke 4
- 2 tahun dulu, saya menggunakan shared hosting, sekarang saya menggunakan dedicated server. Dalam tempoh itu, saya menggunakan Virtual Private Server (VPS) selama beberapa bulan.
- 2 tahun dulu, saya hanya mempunyai 2 sumber pendapatan iaitu Adsense dan Chitika tetapi kini saya mempunyai 10 sumber pendapatan
- 2 tahun dulu, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai syarikat sendiri tetapi sekarang saya sudah mempunyai syarikat berdaftar SZAB Network Enterprise
- 2 tahun dulu saya berpendapatan laman web dalam Bahasa Melayu tidak boleh menjana pendapatan tetapi kini blog ini mendapat pendapatan beberapa ratus sebulan.
- 2 tahun dulu saya hanya mengenali beberapa orang usahawan internet Malaysia dari forum Webmaster Malaysia tetapi sekarang saya mengenali lebih ramai lagi sama ada dari forum WangCyber ataupun daripada pengunjung blog ini.
- 2 tahun dulu saya menghubungi banyak syarikat akhbar tempatan untuk menyiarkan kisah mengenai laman web saya www.osx-e.com tetapi kini kisah mengenai saya telah dipaparkan New Strait Times, antara akhbar perdana di Malaysia. Saya juga telah menolak pelawaan sebuah majalah tempatan untuk mewawancara saya atas sebab-sebab tertentu.
- 2 tahun dulu modal bulanan saya kurang dari RM 1,000 sebulan tetapi kini sudah mencecah RM 5,000 sebulan.
- 2 tahun dulu, saya design dan coding sendiri laman web saya tetapi kini saya menggunakan profesional designer untuk kesemua laman web saya kerana saya sudah tidak ada masa dan lebih menumpukan kepada kerja-kerja pemasaran dan juga mencari pelanggan.
Ada juga beberapa perkara yang saya masih belum capai iaitu mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan, mempunyai satu lagi laman web yang betul-betul berjaya seperti www.osx-e.com dan juga menulis ebook. Selain itu, saya juga dalam perancangan bagaimana untuk berkongsi ilmu saya dengan lebih berkesan kerana ramai yang meminta saya menjadi sifu, mentor dan sebagainya. Mungkin dengan mengadakan kursus ianya boleh dicapai tetapi banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari sebelum saya mempertimbangkan rancangan tersebut.
Adakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya? Alhamdulillah boleh dikatakan saya lebih dari berpuas hati kerana ada sesetengah perkara yang saya capai tidak pernah saya mimpikan dulu. Tetapi ini bukan bererti saya akan berhenti belajar dan berusaha kerana masih banyak lagi yang saya ketinggalan berbanding usahawan internet luar.
Related posts:
- Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa Tajuk kali
- Kebaikan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa Hanya gamb
- Do’s and Don’t untuk Usahawan Internet Bagi sesia
- Selamat tahun baru 2008 Terlalu ce
- Senarai pendapatan usahawan internet Melalui bl
Comments
Trackbacks
- Blog Zool » Kategori Pengunjung 08-16-2007 at 9:09 am
- diari seorang usahawan internet 08-18-2007 at 8:07 am
- Setahun bergelar usahawan internet separuh masa by blog.percuma.net 09-11-2007 at 12:50 am
Submit Reply






08-14-2007
1:15 pm
hasrul
Hmm.. tahniah alang.. Sebenarnya banyak yang saya belajar daripada alang.. walaupun tak secara formal atau direct, tapi daripada tulisan dan contoh2 yang alang berikan, memang banyak memandu saya dalam perniagaan internet ni. Saya lebih kurang beberapa bulan lagi baru cecah 2 tahun. Sekarang pun dah buat full time.
Thanks again and good luck.
08-14-2007
2:38 pm
donno
Assalammualaikum buat alang.. saya amat tertarik dengan gerak langkah alang dalam menjalankan perniagaan internet ni.. Semoga kami semua dapat mengikut jejak langkah alang suatu hari nanti. Syabas buat alang
08-14-2007
4:05 pm
Azahari
Rasa macam dah lama Alang buat full time.Rupanya baru 2 tahun.Saya pun dah hampir setahun rupanya. 15 laman web tu tak termasuk yang Alang dah jual sebelum ni kan.
Nak tanya sikit, apa pengalaman paling buruk/paling manis yang pernah di alami dalam tempoh 2 tahun ni mungkin Alang boleh share kat sini
08-14-2007
4:17 pm
zool
Tahniah kepada Alang ..
Semoga kejayaan Alang menjadi inspirasi kepada internet marketer di Malaysia..
walaupun saya bukanlah internet marketer namun sedikit sebanyak memberikan semangat untuk berjaya dalam bidang yang diceburi..
08-14-2007
5:26 pm
profidz
congrats utk alang… semuga tahun yg mendatang akan lebih memantapkan lg pendapatan anda… sy ni pun baru 2 3 kali menjengah ke sini dan sy dapati tak rugi utk terus melekat disini
byk info2 menarik utk dijadikan rujukan dan sandaran tuk berjaya dlm bidang ni…
08-14-2007
6:07 pm
Fahmishah
Teruskan usaha alang..jgn terus goyang kaki lepas dapat semua..
08-14-2007
7:58 pm
ramzy0
waa, tahniah bro alang. ni yang buat saya bersemangat giler menceburi secare full time ‘usahawan internet’ lepas habis skull nih ( plkn lak dehh )..:D . Tapi, saya ade satu soklan kat alang tentang..
[ 2 tahun dulu saya berpendapatan laman web dalam Bahasa Melayu tidak boleh menjana pendapatan.... ]
alang yakin ker blog2 bahase melayu betul2 boleh menjana pendapatan…at least ^1k…
08-14-2007
8:19 pm
naem
alang..jap..nak tanya skit..maaf la kalo soalan ni berulang..rasanya alang dah pun ceritakan sumber pendapatan alang dulu..cuma boleh tak tahu sumber pendapatan utama alang..
ps: saja nak tahu je..hehehe.walhal nak mencelah dan tinggalkan komen juga kat sini..
08-14-2007
9:21 pm
kita
tahniah buat alang…saya rasa bukan senang untuk alang mendapat kedudukan sekarang kan.apa-apa pun saya ucapkan tahniah bagi rakyat malaysia
.saya akan jadikan suadara alang sebagai mentor saya walaupun saya baru berjinak-jinak dalam bidang ini.saya harap alang dapat membantu.bukan senang nak senang bukan susah nak susah.
08-14-2007
9:26 pm
kita
tahniah buat alang…saya rasa bukan senang untuk duduk dikedudukan sekarang…btul tak alang?saya baru dalam bisness internet ni…banyak yang kena belajar sebelum berhenti kerja n buat full time:)saya akan jadikan alang sebagai mentor saya….semoga mendapat sokongan dari alang.
08-14-2007
9:49 pm
Maizul
Tahniah buat Alang. Ingatkan Liew yang pertama rupanya Alang yang pertama. Moga alang terus maju.
08-14-2007
10:38 pm
AmirulFaisyal
Tahniah Alang! Dua tahun dengan 20 laman web, bagi saya cukup membanggakan!
Saya tertarik dengan impian/ harapan Alang suatu hari nanti nak tulis ebook, dengan pengalaman sedia ada mungkin Alang boleh berkongsi kisah jatuh bangun Alang dalam perniagaan Internet ni (bagaimana nak urus masa, cara pemasaran, kisah Alang bermula, etc.2)
Semoga semakin bertambah maju perniagaan Internet Alang!
08-14-2007
10:47 pm
wizvax
Tahniah Alang, walaupun 2 thn tu singkat tapi saya percaya banyak pengalaman yg berharga yg Alang dapat.
08-14-2007
11:31 pm
bizmalaya
semua orang ucap tahniah..saya nak ucap apa erkkk…oklah tiada perkataan yang lebih sesuai melainkan tahniah jugak…fuh macam mana agaknya maintain 20 website…agak-agaknya 24 jam depan pc kot
08-14-2007
11:47 pm
naem
wah…alang..saya nampak macam perubahan yang begitu best le..setiap komen alang akan reply balik..rasadi hargai..
oh ya, alang pakai plugin breathdotdot tu ke? saya cuba plugin tu tapi tak boleh masuk ngan blog saya alang..alang ada cara tak?
ps: kalau lari tajuk,alang delete je la tulisan saya ni ye..anyway,kesudian alang baca tulisan ini pun dah saya kira bersyukur..
08-15-2007
5:14 am
LiewCF
congrats, alang!
yeah, it is difficult to duplicate a successful website…
08-15-2007
8:50 am
Galadriel
Tahniah Alang! Kejayaan Alang memang inspirasi bagi kami semua di Malaysia ni.
Alang dah 2 tahun sepenuh masa, ye? Saya macam Hasrul gak, dalam beberapa bulan genap 2 tahun buat full-time.
Saya tak ingat tarikh saya betul-betul start tapi sometime akhir 2005 masa saya tengah bina website berbayar (menggunakan paid hosting) yang pertama. Tapi web tu betul-betul online Februari 2006 walaupun dah ada hosting sejak November 2005.
Heheh … kalau nak kira website2 dan blog2 free tu, ada berlambaklah sejak 1998 lagi sampai ada yang dah tak ingat nama-namanya.
Well, apa-apa pun, yang penting ialah pencapaian dalam masa 2 tahun tu dan nampaknya Alang memang menggunakan masa tersebut dengan baik sekali.
Tahniah sekali lagi.
ps – majalah apa yang nak inteviu Alang dulu tu? Dulu Irfan Khairi ada kena inteviu Majalah Maskulin. Majalah sama ke?
08-15-2007
10:13 am
Muyaszed
Aku pun nak ucapkan tahniah kat Alang, sebenarnya saya mula tau pasal banyak benda dalam Internet Bisnes ni dari Website alang ni lah.Itupun saya jumap blog ni secara tak sengaja dengan search word “Webmaster malaysia” Sedikit sebanyak cara Alang telah mempengaruhi cara saya juga.
Anyway tahniah sekali lagi. Bukan senang nak senang, tapi bukan susah nak susah.
08-15-2007
2:56 pm
Noorizam Shah
tahniah alang… 2 tahun tu memang masa yang mencabar.. jika dahulu blog alang dipandang sepi.. kini selepas 2 tahun blog alang dah ada follower… tahniah..
08-15-2007
8:33 pm
smartzul
Tahniah Alang, saya pun dah 2 tahun full time!
Dari awal pembabitan Alang sehinggalah ke hari ini (melalui tulisan di atas), saya dah dapat mengandaikan (bukan ramal yer), Alang akan melakukan sesuatu di suatu masa kelak. Mungkin apa yg akan dilakukan itu bertentangan apa yg dikatakan pada masa lepas.
Prinsip dan pegangan dahulu, ia akan berubah melalui peredaran masa. Kalau hari ini tak nak buat ebook, esok lusa pegangan itu akan berubah. Kalau kelmarin tak nak buat bengkel dan tak nak tulis buku, mungkin di suatu masa kelak, itulah yg akan dilakukan. Tiada siapa yg tahu termasuk diri sendiri…
Semoga kita semua berjaya hendaknya. InsyaAllah.
Saya tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan Alang.
“Orang yg kuat berusaha, maka sudah semestinya hasil juga memuaskan. Orang yg hanya tahu tapi tak bertindak, akan terus ditinggalkan…”.
- zul
08-15-2007
10:34 pm
yasir
saya pun nak komen gak…selalu ikut perkembangan blog bro alang ni..banyak gile ilmu kat sini dan juga kat blog-blog IM yang len…sy pon dah 2 tahun:)..hehe,tapi 2 tahun membaca,startnya tidak juga:(
08-16-2007
2:24 am
weirdoux
best lah alang…. esok-esok janganlupa buat kenduri plak… yea…yea…!
08-16-2007
4:54 pm
zaizen
Tahniah alang…sy baru je setahun jagung..ish, camne nak pintas alang yg dah lama ni?..hehe
08-16-2007
6:14 pm
weirdoux
nak pintas?
wooo… betulker ayat yang aku baca nie?
08-16-2007
6:44 pm
alang
nak pintas takpe, jgn cantas dah la :p
Saya rasa anda semua tak ada masalah utk mencapai kejayaan yg jauh lebih baik dari saya sebab anda semua masih muda. Saya bermula ketika umur sudah 28 tahun sedangkan kebanyakan anda masih dibawah 25 dan ada yg bawah 20 tahun.
08-16-2007
6:50 pm
taza
yup tahniah sapa kata IM tak boleh buat duit dan hidup u telah membuktikanya wwalaupun tanpa produk (seperti ebook) anda masih mampu menjana pendapatan. Secara jujur saya sendiri mengaku bukan senang juga nak buat ebiz atau jadi im tapi bak kata pepatah melayu alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan…harap coretan alang memotivasikan saya untuk berjaya
08-16-2007
7:19 pm
surfaddict
tahniah alang, semoga alang akan menjadi inspirasi pada newbie2 mcm sy ni. Kita perlu berani dan yakin dgn diri sendiri baru mampu berdiri teguh. Walaupun saya masih jauh mengejar kawan2 dihadapan tp sy tetap yakin sy mampu mencapai impian yg sama spt IM yg lain.
08-16-2007
8:29 pm
zaizen
cantas?..gurau je tu alang
..xdelah. btw, alang one of the part our
inspiration..
08-16-2007
9:01 pm
metana21
Tahniah Alang.. Semoga Success + Terus success
08-17-2007
11:14 am
hapisol
tahniah,
sebagai org sg petani, saya bangga dgn alang.
sekarang umur saya 28thn, baru nak mula buat ebiz.
alang adalah idola saya. jika diizinkanNya, saya akan buat spt tindakan alang utk berjaya dlm ebiz seterusnya meningkatkan ekonomi org melayu/malaysia.
08-17-2007
11:39 am
draxter
Pertama kali komen, saya amat kagum dengan pencapaian saudara. Segala pencapaian sememangnya memberangsangkan. Mungkin niat membuat ebook tu dapat dilaksanakan. Tahniah
08-18-2007
10:14 pm
Syazwan SaifulSham
Congrats Alang!!
Sy dgn Sabri masih belum full time lagi, sonner after graduate Insyaalah. Rsnya kenal Alang dh lama, dkt forum Webmaster dlu. Time tu sy igt Alang, LiewCF, Kidino.
Sbnrnya pencapaian Alang ni mmg patut dibukukan. Cadangan sy sebagai pernah menulis buku, nnti Alang harus pertimbangkan untuk menulis buku. Buku disini bukan sahaja ebook, tetapi lebih penting buku yang dicetak.
Pendapatan melalui model bisnes Alang ni belum pernah dibukukan di Malaysia. Sy rs ia akan inspire lebih ramai rakyat Malaysia menghasilkan duit diinternet dgn betul.
Just my 2 cent! Again, keep up ur work~
Team SaifulSham
08-19-2007
12:04 pm
ktom
Askm Alang dan salam perkenalan.
Tahniah dan terima kasih kerana post ini sedikit sebanyak telah memberi idea kepada Ktom. Ktom masih terlalu baru dlm bidang ini, keinginan utk buat ebiz tu memang ada cuma buat masa ini masih terlalu byk perkara yang perlu dipelajari.
Nampaknya Ktom kena selalu ke sini dan membaca post2 Alang yang lepas supaya dapat gambaran, jika tidak secara menyeluruh, separuh pun jadi lah.
Umur pun sudah memasuki usia emas namun kesempatan dan peluang yang ada rasanya sukar untuk dilepaskan. Tetapi apa yang nyatanya….orang yang usia cam Ktom ni, lambat sikit nak pick up benda2 macam ni. Jika buat bisness offline kita senang nampak tp utk ebiz ni kena betul2 faham apa peluang yg boleh kita rebut.
Sekali lagi tahniah….dan harap lepas ni boleh ler jadi consultant/mentor berbayar pulak ya…
03-24-2008
11:18 pm
Fathuri
Tahniah buat saudara Alang. Saya baru aje nak berkenalan dengan IM. Terserempak dengan blog ini adalah satu rezeki pada saya. Saya nak jadikan blog ini sebagai rujukan.Target to get my first income through internet within 100days, become full-time in 2 years. InsyaAllah
Fathuri’s last blog post..HARI KE-19 (Pay PerPost?)
10-29-2008
5:27 pm
zul
taniah saudara alang ,sy pun berminat cam cara anda ni ….? tapi nak mula x tahu.
08-14-2007
3:28 pm
alang
terima kasih. Saya bermula agak lewat sebenarnya dan saya rasa anda akan menjadi lebih berjaya dari saya. Setiap orang mempunyai kekuatan sendiri dan terpulang pada individu itu bagaimana untuk menggunakan kekuatan itu untuk mencapai kejayaan
08-14-2007
3:32 pm
alang
terima kasih hasrul. Saya rasa utk berjaya dlm bisnes cara hasrul adalah yg terbaik
08-14-2007
6:54 pm
alang
Tu la, saya ni baru lagi, macam mana la org boleh gelar otai la, sifu la atau pun mentor. Banyak lagi benda yg saya masih belajar.
15 laman web tu tak termasuk yg saya dah jual. Kalau termasuk yg dah jual, lebih dari 20 rasanya.
Tentang pengalaman tu, nanti saya createkan topik baru, terima kasih utk cadangan yg bernas.
08-14-2007
6:57 pm
alang
saya pun bukan internet marketer sebenarnya. Internet marketer ni biasanya org yg promote affiliate program dan juga jual produk sendiri. Cthnya kidino, gobalakrishnan, smartzul.
08-14-2007
6:59 pm
alang
terima kasih profidz. Baru 2 3 kali jengah rasanya belum habis lagi baca apa yg saya tulis kat sini
. Baca sampai habis lepas tu kalau ada kemuyskilan lagi, boleh tanya saya.
08-14-2007
7:00 pm
alang
mana boleh goyang kaki. Bukan pencen government tiap2 bulan ada duit masuk. Keje sendiri ni, kalau tak keje tak ada duit la jawabnya
08-14-2007
11:28 pm
alang
lebih dari tu pun boleh. Tapi kita mesti yakinkan pengiklan yg mereka akan mendapat pulangan yg baik daripada iklan yg dipaparkan di blog kita. Apa yg penting, cuba cari satu niche tersendiri utk blog supaya kita dpt pelawat yg memang merupakan golongan sasaran utk pengiklan.
Saya akan cuba buktikan dengan blog ini saya boleh menjana pendapatan lebih dari RM1K sebulan
08-14-2007
11:36 pm
alang
sumber pendapatan utama saya sekarang dari web direktori, yg kedua dari text link / banner dan yg ketiga dari feedburner
08-14-2007
11:38 pm
alang
kalau nak jadikan saya sebagai mentor senang jer, baca semua yg saya tulis sebelum ni dan yg bakal saya tulis pada masa hadapan. Semuanya telah saya kongsikan disini sebab tu bila org email saya bertanyakan soalan, saya tak tau lagi apa yg perlu dijawab sebab semuanya sudah saya tulis di sini
08-14-2007
11:40 pm
alang
Kalau blogger, liew yg pertama la sebab saya bukan blogger.
08-14-2007
11:42 pm
alang
ada ker nanti org nak baca buku tu? Saya pun tak pastilah tentang ebook sebab saya memang bukan seorang penulis yg bagus. Sejak zaman sekolah lagi. Mungkin saya akan buat draft dan minta penulis ebook yg handal di Malaysia utk tulis
08-14-2007
11:48 pm
alang
2 tahun memang singkat dan sepatutnya saya bermula lama dulu, masa zaman saya masih bergelar student. Tapi apakan daya, pada masa tersebut pc sendiri pun tak ada dan cybercafe RM15 sejam.
08-14-2007
11:51 pm
alang
macam yg saya cakap di atas, banyak perkara yg saya upah orang seperti design, web programming, menulis di blog dan sebagainya. Saya masih ada masa untuk bersama family, tengok tv, main games, beriadah dan sebagainya.
08-14-2007
11:54 pm
alang
ni pengajaran yg saya dapat dari kisah si lalang. Mungkin sebelum ni apabila saya tak membalas setiap reply di sini menyebabkan ada yg menganggap saya sombong. Sekarang ni, setiap reply di blog dan setiap email akan saya cuba balas secepat mungkin.
Saya menggunakan plugin ini utk komen http://meidell.dk/threadedcomments/
08-15-2007
12:51 am
naem
terima kasih alang..
ps: nampaknya si en lalang dan group lalang tak dapat nak bagi komen negatif dah la lepas ni..
pps: hehehehe..alang dah jadi sangat peramah..
bestnyer…saya tak kisah sangat samada alang nak bagi jawapan atau tak..tapi saya lagi kisah apabila alang bagi respon..memang rasa dihargai
08-15-2007
8:11 am
Azahari
Kalau Alang nak buat ebook, saya memang berminat nak baca/beli ebook membina directory yang berjaya.Kalau buat dalam BI pun tak kisah, dalam BM pun tak kisah.Rasanya banyak yang Alang boleh cerita dalam ebook tu.Buat ebook jenis step-by-step ok juga, lagipun banyak juga newbie nak tahu.
Maksud saya dari awal pemilihan domain, setup directory, jenis-jenis directory, themes untuk directory, menguruskan pelanggan dan macam-macam lagi.. menarik tu..
Kalau berbayar pun tak kisah..mesti ramai org yang beli punya.
08-15-2007
10:11 am
alang
in terms of revenue I can say that I’d emulate it with http://www.szab.net but in terms of traffic, no site come close.
08-15-2007
10:14 am
alang
saya memang dah lama rancang nak publish ebook tentang direktori tapi masih tak mampu utk menulisnya. Saya nak ebook yg saya tulis tu betul2 berkualiti dan memberi info yg berguna kepada pembaca. Saya tak nak org katakan saya hanya menggunakan nama utk menjual ebook sedangkan kualitinya tak seberapa
08-15-2007
10:18 am
alang
Bila dah buat fulltime, saya boleh gunakan masa tersebut sebaik-baiknya. Kalau dulu masa buat parttime, paling banyak masa boleh spend pun 4 jam sehari utk website tapi bila dah fulltime, at least 10 jam sehari
Majalah yg nak interview saya tu ialah Al Islam. Nak minta pandangan tentang adsense. Oleh kerana pada masa sekarang, adsense bukan merupakan sumber pendapatan utama saya, jadi saya rasa tak layak utk memberi pandangan.
08-15-2007
10:20 am
alang
saya gembira saudara dpt belajar daripada blog saya yg menggunakan bahasa rojak ni. Blog ni memang mempunyai ranking yg tinggi dlm search engine utk beberapa keyword berkaitan.
08-15-2007
10:56 pm
alang
2 tahun lepas, blog ni masih belum wujud lagi :p
08-15-2007
11:02 pm
alang
ye ker zul, sorry la sbb miss. Saya kenal zul pun baru tahun lepas bila saya join wangcyber jadi saya tidak tahu bila sebenarnya tarikh zul buat fulltime. Ntah2 zul ni lagi senior dari saya
Dulu saya katakan tak nak menulis ebook sebab saya memang tak pandai menulis. Begitu juga dgn mengadakan kursus atau bengkel. Saya memang kurang bagus utk bercakap dan mengajar di depan org ramai walaupun saya ada banyak juga pengalaman sewaktu bekerja dulu, tetapi setiap kali nak bercakap mesti rasa nervous.
Ini merupakan satu cabaran yg mesti saya hadapi.
08-15-2007
11:07 pm
alang
bak kata sebuah lagu “Jangan tunggu lama-lama, nanti dikebas orang”
Saya tengok blog you tu pun ok jugak, cuma perlu lebih fokus.
08-17-2007
9:59 am
alang
Setiap orang ada caranya sendiri yang penting bagaimana kita menggunakan kebolehan yang kita ada dengan sebaik-baiknya. Kalau diberi pilihan, saya pun ingin mempunyai produk sendiri tetapi buat masa sekarang, masih belum mampu
08-17-2007
3:36 pm
alang
Saya pun tau bila la nak boleh balik berbakti kepada anak2 sg petani. Skrg dah beli rumah di sini, wife pun keja kat sini tu yg susah sikit. Ok la tu, saya dulu pun mula umur 28 thn gak
08-17-2007
3:37 pm
alang
terima kasih draxter, selalu-selalulah singgah disini dan tinggalkan komen. Komen-komen anda membuatkan saya semakin bersemangat utk bekerja.