Soalan pembaca: Bagaimana cara untuk register domain

12alang17th Aug 2007Entri, ,

Soalan ini saya terima dari Mohd Khaikal

asmekum alang saya student nk bejinak dalam perbikinan website boleh awk
tunjukannya kepada saya. lagi alang bagaimanakan cara untuk register nama
website kte sendiri seperti khaikal.net atau kaizer.com awk tau boleh tunjukan
kepada saya x, dalam masa yang terdekat nie kwn

Bagi orang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia internet, soalan ini mungkin tidak perlu ditanya. Tetapi oleh kerana sebelum ini kebanyakan panduan yang saya berikan kepada mereka yang telah mempunyai laman web sendiri, panduan kali ini adalah untuk mereka yang baru nak bermula. Dan mungkin sesetengahnya boleh juga digunakan oleh mereka yang sudah berpengalaman.

Untuk menjawab soalan Mohd Khaikal, cara untuk register nama website atau domain memang mudah. Biasanya, setiap laman web yang menyediakan perkhidmatan web hosting akan menyediakan perkhidmatan register domain. Ada yang menyediakan pakej harga yang menarik jika anda register domain dan memilih web hosting dengan mereka. Antara contoh web hosting di Malaysia yang membolehkan anda register domain ialah www.exabytes.com.my, www.sempoihosting.com dan www.mercumaya.net (sekadar menyebut beberapa nama).

Walaupun cara diatas mudah, saya sebenarnya kurang menggalakkannya. Ini adalah kerana domain yang diregister melalui web hosting biasanya berada di bawah kawalan web hosting tersebut. Mungkin ada sesetengah yang memberikan anda akses yang limited terhadap untuk anda mengawal domain anda tetapi ada sesetengah web hosting yang tidak memberikan anda akses langsung. Semuanya perlu dilakukan oleh mereka seperti untuk menukar name server, dns dan sebagainya. Dan domain anda juga didaftarkan atas nama pemilik web hosting tersebut jadi apabila sesiapa melakukan “whois” maka nama pemilik laman web yang akan keluar dan bukannya nama anda. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan sebuah web hosting tempatan. Saya tidak pernah menggunakan web hosting yang saya sebutkan di atas jadi saya tak pasti sama ada mereka mempraktikkan perkara yang sama.

Jadi kaedah yang terbaik ialah anda daftar sendiri nama domain anda dengan domain registrar. Contoh domain registrar ialah www.godaddy.com, www.enom.com, www.namecheap.com dan juga www.mynic.net. Anda akan mempunyai kuasa penuh terhadap domain-domain yang didaftarkan disini dan boleh menentukan siapa pemilik domain atau siapa yang perlu dihubungi untuk tujuan-tujuan teknikal. Selain itu, anda juga mudah untuk menukar hak milik domain jika satu hari nanti anda ingin menjual laman web anda ataupun menjual domain tersebut.

Jadi setelah mengetahui di mana anda boleh register anda juga perlu tahu apakah domain yang ingin anda daftarkan. Jika anda sudah mempunyai idea tentang laman web / blog yang ingin anda buat, anda cuma perlu mencari nama domain yang sesuai. Misalnya, anda ingin membuat laman web / blog tentang music sebaik-baiknya domain yang didaftarkan mempunyai perkataan music atau yang seerti dengannya. Di sinilah bergunanya domain suggestion tool di mana anda cuma perlu memasukkan keyword tentang topik laman web anda dan tool tersebut akan memberikan cadangan nama yang berkaitan dengan keyword anda dan masih belum didaftarkan. Terdapat banyak domain suggestion tool tetapi yang selalu saya guna ialah http://domain-suggestions.domaintools.com/

Setelah melihat cadangan nama domain yang masih belum didaftarkan, anda perlu melihat sama ada domain yang ingin didaftarkan itu mempunyai extension .com, .net, .org, .biz, atau .info. Walau apapun tujuan laman web anda, saya nasihatkan lebih baik daftar dengan extension .com kerana ia lebih mudah diingat dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Kecualilah, jika domain yang ingin anda daftarkan itu adalah nama syarikat, nama anda sendiri atau sesuatu yang ingin anda jadikan sebagai jenama, anda boleh memilih extension lain. Contoh di sini ialah problogger.net, szab.net, bankislam.biz dan sebagainya. Tetapi pilihan pertama masih lagi .com

Saya rasa penerangan di atas lebih dari menjawab soalan asal Mohd Khaikal dan harap ia juga boleh dijadikan panduan bagi yang ingin mendaftarkan nama domain anda.

12 Comments Comments Feed

  1. Azahari (August 17, 2007, 11:19 am). Reply

    Bagus juga ada domain suggestion.Tapi saya perhatikan keyword Bahasa Melayu macam tak berapa tepat untuk pilih guna tu..betul ke Alang?

    Apa pendapat Alang tentang penggunaan dash “-” pada nama domain? katalah nama domain yang kita nak tu takde, tinggal yang dash je ada, ataupun lebih baik kita tambah keyword lain pada domain tu supaya kita tak pakai dash?

  2. diari seorang usahawan internet (August 17, 2007, 12:56 pm). Reply

    [...] Bagaimana Cara Untuk Register Domain [...]

  3. Maizul (August 17, 2007, 5:38 pm). Reply

    Betul jugak kata alang tu. Saya pun pernah mengalami masalah apabila hendak menukarkan domain ke hosting lain. Penyedia hosting tersebut mengawal domain & tidak membenarkan kita bertukar ke hosting lain. Lebih baik dapatkan domain dari registrar.

  4. MYBlog (August 17, 2007, 10:56 pm). Reply

    Bagus info ini, berguna untuk newbies

  5. Zamri Nanyan (August 18, 2007, 4:01 am). Reply

    Sufian ada menyediakan satu video tutorial berkaitan pendaftaran nama domain untuk produk kami yang terbaru di videopercuma.com. Untuk preview video pendaftaran nama domain ini, anda boleh lawati http://videopercuma.com/domain/domain.swf

    Videopercuma.com akan mempunyai beberapa lagi video yang berkaitan dengan nama domain dan webhosting (sesuai untuk newbie). Pelancarannya ialah pada 27 Ogos nanti.

  6. azraai (August 22, 2007, 12:49 am). Reply

    .asia akan muncul tidak lama lagi. sesiapa yang mahu reserve nama mereka, USD$10000 diperlukan.

  7. BAGAk (August 25, 2007, 5:20 pm). Reply

    TQ, Jawapan yang menarik, walaupun soalan yang dikemukakan tidak cantik/ kurang adab.

    Maaf, Mohd Khaikal jika saya terpaksa memberi komen yang berbentuk menegur.

    Ganti nama kedua “awak @ awk” yang ditulis amat tidak sesuai jika ditulis macam itu. Tambah lagi jika memerlukan pertolongan seseorang yang kurang kita kenali.

    Alangkah bagusnya jika “awak @ awk” itu anda tukar tukar kepada “Saudara Alang, Encik Alang ataupun Alang”.

    Mungkin boleh baca blog di awah untuk lebih rujukan
    http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet/2007/08/howtotips-ebook-adab-bertanya/#comments

  8. nia (March 3, 2008, 4:33 pm). Reply

    cam mane nak wat own myspace

  9. alang (August 17, 2007, 3:29 pm). Reply

    memang la sbb tools tersebut mana faham bahasa melayu :)

    Lupa saya nak terangkan berkaitan dgn dash di atas. Sebaik-baiknya cari yg tak ada dash, tapi kalau tak ada pilihan juga, boleh guna asalkan hanya ada satu dash sahaja di domain tersebut. Kalau lebih dari satu dash, org akan susah ingat.

  10. zool (August 20, 2007, 12:59 pm). Reply

    betul kata alang tu..
    seeloknya jangan pakai yang ada simbol-simbol sebab menyukarkan untuk orang mengingatinya…
    rasanya kalau domain tu dah digunakan cariklah nama lain..
    banyak nama lagi boleh digunakan..
    betul tak??? yang penting menjenamakan website/blog anda..

    chewah cam handal je aku nie…
    he he he..

  11. alang (August 22, 2007, 4:59 pm). Reply

    mahalnya!, mungkin kalau nak dptkan 3 letters domain boleh la kot tempah awal2. Kot2 boleh dpt domain fant.asia ker :)

  12. azraai (August 24, 2007, 12:14 pm). Reply

    dia akan bagi balik duit tu lepas .asia tu di lancarkan sepenuhnya. kira duit tu untuk dia orang invest infrastructure. return of the investment akan dipulangkan balik.

Add a Comment