Satu lagi bukti

Written by alang on August 23, 2007

Saya rasa sudah berpuluh atau beratus kali saya menekankan perkara ini sama ada melalui tulisan saya di sini, melalui wawancara, forum ataupun email yang bertanyakan kepada saya apakah cara terbaik untuk memulakan perniagaan internet. Tetapi mungkin kerana kejayaan saya yang tidak seberapa menyebabkan sesetengah orang masih lagi sangsi untuk mengikut saranan saya tetapi yang peliknya mereka masih lagi bertanya kepada saya bagaimana untuk membina laman web yang berjaya.

Walaupun saya agak sibuk kebelakangan ini (mengubah suai www.osx-e.com) tetapi selepas membaca satu artikel saya terpanggil untuk berkongsi dengan anda semua disini. Artikel tersebut berkenaan seorang gadis 17 tahun dari Detroit USA yang ditawarkan $ 1.5M dan sebuah kereta pilihan untuk membeli laman web beliau www.whateverlife.com

Apa yang menariknya ialah gadis tersebut Ashley Qualls telah menolak tawaran tersebut. Dan beliau menjadikan laman webnya sebagai satu perniagaan dimana ibu dan rakan-rakan sebaya beliau menjadi pekerja. Laman web Ashley yang menawarkan layout untuk myspace.com menarik beratus-ratus ribu pengunjung sehari terutamanya di kalangan gadis-gadis remaja yang ingin menukar layout personal page mereka di myspace.com. Kesemua layout tersebut ditawarkan secara percuma di mana Ashley menjana pendapatan daripada pengiklanan yang terdapat di laman webnya. Satu lagi bukti, tanpa produk juga anda boleh menjana pendapatan.

Tetapi apa yang paling menarik perhatian saya ialah bagaimana beliau bermula.

It all started as a hobby. She began dabbling in Web-site design eight years ago, when she was 9, hogging the family’s Gateway computer in the kitchen all day. When she wasn’t playing games, she was teaching herself the basics of Web design. To which her mother, Linda LaBrecque, responded, “Get off that computer. Now!” For Ashley’s 12th birthday, her mother splurged on an above-ground swimming pool–”just so she’d go outside,” LaBrecque says.

Kini Ashley telah berhenti daripada sekolah untuk menumpukan sepenuh masa terhadap perniagaannya yang menjana pendapatan lebih dari kebanyakan lulusan PHD dari Harvard.

Related posts:

  1. Satu lagi laman web unik dari SZAB Network Akhirnya,

  2. Adakah website anda satu aset atau liabiliti – Satu analisa Saya menda

  3. Satu lagi teknik rahsia bagaimana mendapat ranking yang tinggi di Google dengan percuma Hari ini s

  4. Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun Hari ini B

  5. JomBincang, satu lagi forum khusus untuk usahawan internet Malaysia JomBincan

Comments

  • 08-23-2007
    11:54 am

    Reply

    kita

    fuhhh..memang menakjubkan…betul kata sifu kita,,,,apa-apa yang kita buat mesti bermula dengan minat bukan kerana duit…duit akan datang sendiri bila minat yang kita zahirkan tersebar ke seluruh dunia.bila kita membuat sesuatu perkara mengikut minat,,,kita akan rasa seronok santa-sangat sehingga kita tidak akan putus asa walaupun perkara yang kita buat tidak menarik perhatian orang buat sementara waktu.akan datang pasti menarik perhatian


  • 08-23-2007
    12:25 pm

    Reply

    Azahari

    Dah lama saya nak tanya Alang soalan ni :-
    Adakah hobi Alang berubah sebab sekarang ni Alang buat bisnes, dan tentunya mencari pendapatan merupakan perkara utama sekarang?

    p/s: cantik themes terbaru osx-e tu… cmstheme.com designer yang buat logotwo dulu jugak ke Alang? nak tengok portfolio dia tak tunjuk pulak :)


  • 08-23-2007
    1:20 pm

    Reply

    jeketb

    salam sifu alang,

    berkait dgn minat ni, saya ada satu blog yg saya buat ikut minat saya…masa mula2 buat dulu ingtkan xleh naik sbb keyword yg saya pilih tu ramai persaingan..ssh jgk la nk cari visitors..tp bile gne teknik promoting yg betul, saya berjaya jgk menaikkan populariti blog saya tu..


  • 08-23-2007
    2:05 pm

    Reply

    Labanon

    Salam sifu hehe,

    Wah sama umur dengan saya tu :( oh.. adaah sempat ku ingin mencapai cita-citaku huhuhu seorang demi seorang dah remaja berjaya… saya bila? hehe best post ni :D


  • 08-23-2007
    7:22 pm

    Reply

    naem

    17 tahun? hehehe..saya baru mula sentuh komputer umur 13 tahun.tapi kejap je.tak sampai sebulan ( komputer sekolah )

    pastu umur 18 pula baru sentuh..( huh..lamanya..itu pun komputer kolej..hehehehe )

    skang, baru sentuh balik ( komputer sendiri la pula… )

    Ermm…theme baru tu cantik la alang..memang nampak macam pro..


  • 08-23-2007
    11:33 pm

    Reply

    bizmalaya

    wahhh..memang terror a budak tu..i nak ajar anak i guna komputer sejak umur 1 tahun lagi


  • 08-24-2007
    2:56 am

    Reply

    wizvax

    Betul ckp alang diorg lg advance dr kite. start kenal internet pd usia yg mude. satu lg cerite yg lebih kurang same pasal ashely spencer.

    15 year old kids Chloe Spencer earn between $20 and $30 per day and sometimes even as much $40. If you guys do the math that about $700 to $900 a month.

    bace lg >> http://blogs.cnet.com/8301-13530_1-9753204-28.html


  • 08-24-2007
    11:03 pm

    Reply

    zool

    tapi cukup menarik ye sampai tawaran hingga ke 1.5 Mllion
    saya ingat dulu masa saya praktikal dan berjumpa dengan pengasas mesra.net ..
    Sebelum tu PETRONAS pernah menawarkan kepada empunya domain tu untuk membeli dengan harga tinggi namun beliau masih berpegang dengan domainnya…
    dan petronas terpaksa memakai domain mymesra… tu lah kekuatan dalam diri empunya diri..
    kalau ianya berlaku pada saya pun mungkin tak menjualnya…
    p/s :- Minta maaf alang saya ter’tag’ untuk kempen tag merdeka.. http://ligakampung.com/blog/2007/08/24/merdekakah/ .. Abaikan kalau tak berminat.. Tadahal punya


  • 08-25-2007
    5:12 pm

    Reply

    shuk

    zaman sekarang ni, kalau dapat idea2 bisnes yang bagus memang boleh jana duit tak kiralah berapa umur kita…segan pulak tengok muda2 diorang dah mampu jana sebanyak tu…tentunya pendedahan yang diorang dapat lagi awal dari kita.


  • 08-26-2007
    11:31 am

    Reply

    zaki

    Saya mula dulu sbb terdesak taknak keje makan gaji, kena relocate.

    Mmg rangkaian web & blog alang bagi inspirasi utk saya lebih maju. At least klu dpt suku mcm alang pun dh syukur sangat dah saya boleh buat full time


  • 08-26-2007
    8:45 pm

    Reply

    zaki

    saya target dpt 1.5 lebih dari gaji saya skrg, saya nk berenti dah, tapi mungkin saya akan revise balik kot. Betul gak kan, mana tau ada yg tak jadi.

    Lagipun internet ni mmg sng berubah, tngk apa yg dah jd pada yahoo, skrg ketinggalan dgn google, tak mustahil google yg jadi pendapatan no#1 saya akan terima nasib yg sama kelak.


  • 08-30-2007
    9:48 pm

    Reply

    reezluv

    tertarik saya dengan budak berumur 17 tahun tu…yela disana internet sudah didedahkan lagi lama dari kita..kita plak, tak semua rumah yang mempunyai komputer.

    Mentaliti remaja skarang belum lagi ke tahap maksimum sedar akan kegunaan internet.Yela..bila saya tgk je kat cc tu, ape yang depa confirm bukak, adalah myspace..macam kekawan saya di kolej skang.

    Yang melucukan adalah depa seronok gile bila ade org comment something di page depa atau gambar yang mereka yang depa post kan yang bagi mereka amat menarik posenya..:)Depa taktau disebalik tu, Myspace dapat earning hasil view depa tu..hehe..memang melucukan..

    ape yang depa tau bila bukak internet adalah..Myspace,YM,download lagu..itu je..keluasan gerbang ilmu tu depa taktau..erm..payah nak mendidik mentaliti ke alam cyber..kalau ade pun tak ramai yang sedar..:)


  • 09-02-2007
    11:47 am

    Reply

    suhaimy

    idea yang sungguh bijak dr seorang gadis


  • 09-04-2007
    9:22 pm

    Reply

    David Lee

    Age and sex is no obstacle.
    Success can come to anyone, if you want it badly enough.


  • 11-24-2007
    7:55 pm

    Reply

    SyedHafidz

    kejayaan adalah hak milik semua tak kira siapa dia…
    kalau berusaha pasti akan berjaya..
    ini 1 motivasi yag berguna pd sesiapa yang ingin memulakan perniagaan di internet..

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Dengan Panduan Mudah FTP Dari SmartZul


  • 08-23-2007
    12:35 pm

    Reply

    alang

    asalkan jgn minat kita tu bertentangan dgn undang-undang atau hukum agama sudah la :)


  • 08-23-2007
    12:41 pm

    Reply

    alang

    walaupun hobi dah jadi bisnes, tetapi saya rasa minat tetap menjadi penyebab #1 kenapa saya boleh mengadap komputer melebihi 14 jam sehari. Tetapi ada beberapa keputusan yg saya buat atas dasar bisnes, seperti menjual laman web logotwo.com, walaupun memang saya minat dgn konsep yg saya buat disitu tetapi apabila mendapat tawaran yg cukup baik, saya tidak akan tolak kerana ia baik utk bisnes saya.

    themes terbaru osx-e memang didesign oleh cmstheme, designer yg sama yg design tech blogs dan juga blog webmaster malaysia. Logotwo didesign oleh sergios singeridis (www.singeridis.com) iaitu designer yg design osx-e yg lama, 50pageswebsite.com dan juga ventedoy.com

    Jika saya ada lagi projek di masa hadapan memang saya akan gunakan cmstheme tetapi jumlah yg menunggu tu terlalu ramai.


  • 08-23-2007
    1:25 pm

    Reply

    alang

    ni apsal yg semua org dok panggil sifu lak ni?

    Apa blog you tu? Boleh kongsikan kat sini?


  • 08-23-2007
    2:28 pm

    Reply

    alang

    tak boleh la nak compare dgn org luar. Diorang dah advance. Di kalangan remaja malaysia ni, you dah kira advance. Saya dulu masa umur 17 komputer pun tak pernah sentuh.


  • 08-24-2007
    11:12 pm

    Reply

    alang

    alamak zool, saya tak penah layan la tag2 tu sblm ni, tambahan pula skrg ni saya tgk agak sibuk sikit. Blog ni pun tak sempat nak update.


  • 08-26-2007
    3:56 pm

    Reply

    zool

    Tadahal punya..
    saja je tag…


  • 08-26-2007
    4:01 pm

    Reply

    alang

    saya baru jer layan satu tag dari shuth, insyaAllah lepas ni dan terlanjut melayan tag, saya layan tag you pulak :D


  • 08-26-2007
    4:05 pm

    Reply

    alang

    Saya dulu target dapat lebih dari RM 10,000 sebulan baru consider nak resign sebab tu dah lebih dari 3 kali ganda gaji saya. So pun pada saya yg nak resign tu target at least 3 kali gaji anda supaya boleh ada saving jika apa yg anda rancang tidak menjadi


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message