Tahukah anda?
Written by alang on August 26, 2007
Saya telah dipaksa untuk melayan tag yang dimulakan oleh shuth dimana saya perlu menulis 5 perkara yang anda tidak tahu tentang diri / perniagaan internet / laman web saya.
1. Asal usul nickname alang
Saya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan biasanya di Kedah, anak ketiga akan dipanggil alang ataupun Pak Lang oleh anak saudara. Saya telah menggunakan nickname ini semenjak tahun 1998 ketika saya baru menjinakkan diri di internet dan MiRC dimana saya menggunakan a|aNG sebagai nickname.
2. Domain pertama
Domain pertama saya ialah dotwac.com, iaitu laman web osx-e.com yang asal. Saya menggunakan domain tersebut selama beberapa bulan sebelum mendapat idea untuk menukarnya ke osx-e.com. Sekarang saya pun tak tahu apa nasib domain tersebut.
3. Handphone saya
Memandangkan shuth cerita pasal handphone, saya pun nak cerita pasal handphone saya. Bukan handphone baru, tetapi handphone lama. Handphone ini telah tiga tahun saya guna iaitu Sony Ericsson T630 yang saya beli dengan harga RM800 di Pertama Complex. Sebab kenapa saya tidak tukar handphone baru ialah, handphone ini tidak pernah memberi masalah kepada saya, tidak pernah dibaiki dan tak pernah tukar bateri. Mungkin tunggu iPhone masuk ke pasaran Malaysia baru saya tukar.
4. Projek terbengkalai
Saya mempunyai beberapa projek terbengkalai;
- deskmodr.com iaitu satu lagi desktop customization community dimana sudah tertangguh hampir setahun. Sekarang ini saya menunggu design siap sebelum melancarkannya.
- tworeview.com, merupakan blog yang memberikan ulasan tentang web2.0 website, produk dan servis. Tetapi selepas beberapa artikel, saya tidak ada masa (motivasi) untuk meneruskannya.
- theculturejammer.com, sebuah blog usahama saya dengan blogger dari UK. Blog ini adalah berkisarkan tentang dunia muzik, tetapi apabila blogger tersebut berhenti menulis, saya tidak dapat meneruskannya kerana ida dan konsep blog tersebut bukan datang dari saya.
- macreviews.net ialah blog yang memberikan ulasan tentang produk dan perisian untuk komputer Mac. Ini adalah projek usahama dengan blogger dari US dan saya akan meneruskannya apabila beberapa kerja saya sekarang siap.
- somesoul.com merupakan domain yang saya register untuk personal blog kerana dulu saya bercadang untuk memindahkan blog webmaster malaysia ke situ. Selepas menimbangkan beberapa perkara, saya mengambil keputusan untuk mengekalkannya di sini dan saya pun tak tahu apa nak dibuat dengan domain tersebut.
5. Hobi
Saya suka membaca. Saya tidak boleh duduk tanpa berbuat apa-apa. Ketika zaman naik bas dulu, saya akan pastikan saya membawa sebuah novel atau majalah untuk dibaca ketika menunggu bas atau di dalam bas. Saya boleh menghabiskan novel setebal 500 muka surat hanya dalam masa satu malam. Penulis kegemaran saya ialah Sidney Sheldon dan John Grisham dimana saya memiliki semua novel tulisan mereka.
Ok sekarang masa untuk saya memilih lima blogger untuk menceritakan lima perkara pembaca blog anda tidak tahu tentang anda.
1. Azahari – pembaca setia blog ini dan paling banyak meninggalkan komen.
2. Zamri Nanyan – penulis undangan di Blog Webmaster Malaysia yang menyumbangkan artikel-artikel yang menarik.
3. Robotys – Seorang lagi penulis undangan di sini walaupun saya masih menantikan artikel pertama beliau
4. Noorizam Shah – dulu beliau selalu meninggalkan komen disini tetapi sekarang sudah lama tidak kelihatan.
5. Mohd Ismail – sebagai seorang jejaka tampan yang sukakan publisiti, saya rasa Mail tak ada masalah untuk menceritakan lima rahsia beliau.
Tag source: mohdsuhaimy.com
Related posts:
- Tambah jumlah pengunjung di blog anda dengan BlogRush BlogRush m
- Adakah pengalaman saya berharga bagi anda? Kepada pen
- Motivasikan diri anda Tulisan sa
- Perlukah Blog Webmaster Malaysia menukar domain? Atas serua
- Kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet Soalan yan
Comments
Trackbacks
- Ro.botys.com » Blog Archive » Tahukah Anda Saya ….. 08-27-2007 at 4:46 pm
- Tahukah Anda 08-27-2007 at 10:02 pm
- Tahukah anda? by Maklumat Perisian Percuma dan Sumber Terbuka Terkini 08-27-2007 at 11:38 pm
- ProfidSteps Dot Com » Blog Archive » Pesta Tag Versi Merdeka 08-28-2007 at 12:04 pm
- Tag “Tahukah Anda?” | Santai | Rahsia Sistem Merekrut MLM 08-30-2007 at 10:23 pm
- Panduan Perniagaan Internet » Tahukah anda? 09-05-2007 at 12:15 am
- Alhusna Gallery » Blog Archive » TAHUKAH ANDA??? 09-05-2007 at 1:37 pm
Submit Reply






08-26-2007
4:15 pm
Noorizam Shah
ohhhh.. saya di tag oleh alang… ok next topik saya sahut tag nih.. hohoho
08-26-2007
6:57 pm
shuth
ho! ho!.. tak sangka.. alang suka baca novel rupanya.. jarang saya jumpa orang lelaki yang suka baca novel..
thanks sebab sudi menyahut tag ini..
08-27-2007
8:06 am
kita
macam tak percaya pulak boleh habiskan novel 500 pages dalam masa satu malam…eshhh2 memang btul kuat membaca ler alang ni
08-27-2007
11:11 am
zool
banyak gak projek terbengkalai Alang ni… biasalah kan bukan semua mampu kita buat..
wah suka membaca ye.. saya pun tapi baca komik manga n katun je lah.. ha ha ha ha…
08-27-2007
12:44 pm
mohdismail
uh ah… sy di’tag oleh Alang… ngeh2.. masuk buku ye Alang, nnt kurang sibuk sy buat… he he ;p
08-27-2007
1:43 pm
saiful
bagus jugak teknik tag mengetag ni…teknik baru ni…bagus2..he he
08-27-2007
2:22 pm
Zamri Nanyan
Kena tag? Alamak… yang lepas pun belum bayar lagi… he he…
Nanti saya tulis kat blog Rahsia MLM saya untuk balas balik tag ni…
08-27-2007
5:18 pm
Robotys
Adeh, kene tag! Hahaha ;D
Nantikan artikel saya Alang. Tak lama jer lagi. (sebenarnya dah terlupa yg diri ini adalah penulis kat sinih. Sibuk ngan urusan duniawi yg melekakan)
baca: Tahukah anda Saya ….
Thx alang for da tag (mmg diri ini gila glamor
)
08-27-2007
7:20 pm
BAGAk
mirc?
channel apa tahun 1998?
#veteran?
#kampung?
#kolej?
mesti jadi operator yang ada tanda @Alang
08-27-2007
10:34 pm
bizmalaya
jarang orang yang ada kebolehan seperti saudara alang yang begitu kuat membaca hingga habis satu buku dalam satu malam
08-27-2007
11:48 pm
saido
Penulis kegemaran saya jugak adalah Shidney Sheldon. Novelnya yang saya paling suka Master of The Game. Bacanya rasa macam tengok movie, tak berenti.
Dulu masa kecik2 ada baca novel siri fantasi karangan ahmad patria abdullah, tapi
tak abih sirinya. Jenuh cari tak jumpa, ada sapa-sapa tahu tak? Hehe
08-28-2007
12:46 am
Azahari
Alang ni orang Kedah ke? Saya kalau pakai handphone, biar pakai original..puas hati.. lagi satu, saya tak tukar kalau tak rosak, kecuali terlalu outdated. Sekarang terpaksa pakai 2 hp. Satu untuk personal, satu untuk bisnes…
Alang letak nama saya nombor satu tu..bahaya ni jadi perhatian orang… hehe… malam selepas saya baca blog ni saya mimpi jumpa Alang di rumah. Yang peliknya rumah papan… kekeke.. sampai termimpi layan tag ni… muakakaka
08-28-2007
12:42 pm
musnazdotnet
ooo… minat baca novel rupernya…. saya ada banyak koleksi e-novel. cuba la request kat shoutbox saya, nanti saya tolong carikkan dan share! yeah!
11-14-2007
12:51 am
SyedHafidz
ni rupanya main tag2 rupanya..
saya tak berapa tau ..
hari ni baru tau..
SyedHafidz’s last blog post..Pengumuman..
08-26-2007
8:06 pm
alang
you antara nama pertama yg saya terlintas utk ditag. Lagipun shuth sendiri dah bagi contoh nama you kat blog dia
08-26-2007
8:08 pm
alang
tapi tak macam perempuan, saya bukan suka baca novel jiwang. Saya suka baca novel yg berkisah penyiasatan, lawyer, misteri dan thriller
08-27-2007
9:16 am
Noorizam Shah
nasib baik alang bukan kaki jiwang.. kalau tak, wujudlah beberapa blog mengenai cinta, cari jodoh, ilmu kahwin dari alang.. hehehehe
p.s: novel yang alang baca tu telah menggambarkan alang lelaki yang tulen.
08-27-2007
3:38 pm
alang
tulen bang, bukan tiruan
Saya bukan kaki jiwang, sepanjang hidup cuma ada sorang awek yg kini dah jadi isteri saya
08-27-2007
3:41 pm
alang
tu la, kita hanya mampu merancang. Kadang2 apa yg dirancang tu tak berjalan dgn baik.
08-28-2007
12:46 am
alang
#itm di undernet server. Memang saya operator kat situ walaupun saya bukan student #itm. Siap buat gatherng kat sunway piramid
08-28-2007
12:48 am
alang
master of the game pun antara novel yg saya suka jugak. Novel pertama yg saya baca ialah Doomsday Conspiracy lepas tu terus suka dan pegi cari semua novel tulisan beliau. Malangnya lepas ni kita dah tak boleh baca lagi tulisan beliau, harap2 novel anak Sidney Sheldon pun boleh meletup jugak.
08-28-2007
12:51 am
alang
saya memang org kedah, tapi dah 12 tahun menetap di lembah klang. Handphone saya tu memang ori la sbb tu bateri pun tak penah tukar. Memang tak ada masalah langsung walaupun dah banyak kali jatuh.
Letak nama you no 1 sebab you org yg paling byk bagi komen di sini.
Masa kecil dulu memang saya membesar di rumah papan. Ntah2 masa kecil dulu kita penah jumpa kot
08-28-2007
4:44 pm
alang
saya lebih suka beli novel yg dalam bentuk buku, bukan e-novel. Boleh buat koleksi.
09-03-2007
10:38 am
musnazdotnet
betul la tuh… saya pon malas je nak baca tulisan banyak-banyak kat screen komputer…. giler jadi ‘rambang’ mata…. (tapi ada member saya baca rajin baca e-novel pakai pda die, pergh!)
*e-novel pon leh buat koleksi apa…. koleksi maya, hu hu….