Terima kasih penaja (August 2007)
Setelah saya membuka ruang iklan untuk tempahan di Blog Webmaster Malaysia awal bulan lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua penaja yang membeli ruang iklan di sini.
1. Ready Companies merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk anda mendaftarkan perniagaan anda dengan mudah dan cepat.
2. Online Profits Made Simple merupakan sebuah ebook tulisan Zamri Nanyan yang menerangkan bagaimana anda menjana pendapatan dari internet dengan mudah.
3. Web Directory List merupakan sebuah direktori untuk direktori sahaja. Di dalamnya terdapat senarai direktori-direktori berbayar dan percuma yang berkualiti tinggi.
4. Alive Web Directory merupakan sebuah direktori yang mendapat authority status dari google.
5. Big Web Links Directory merupakan direktori yang masih baru tetapi sudah pun mendapat PR7. Direktori ini menyenaraikan laman web anda mengikut jumlah yang anda bayar.
6. My Inspirational Quote adalah sebuah laman yang memberikan anda inspirasi melalui petikan kata-kata orang yang berjaya dan juga kisah-kisah inspirasi yang lain.
7. Teknik Blog adalah ebook yang mengajar anda teknik membuat blog dengan mudah.
8. Perisian Percuma merupakan satu perkhidmatan yang memudahkan anda untuk mendapat perisian-perisian sumber terbuka tanpa perlu memuat turun dari internet.
9. Sempoi Hosting adalah penyedia web hosting mampu milik dengan perkhidmatan yang setanding dengan web hosting dari luar.
10. Rich Dad Poor Dad merupakan buku yang memberikan tips-tips kewangan, pelaburan dan perniagaan untuk kebebasan kewangan anda.
Ini adalah testimonial daripada saudara Zamri Nanyan
Bercakap mengenai topik keuntungan melalui iklan di atas… saya pun nak update sedikit… dan boleh juga dijadikan testimonial untuk ruangan iklan di blog Alang ni…
Untuk bulan ni, Alang caj saya RM50 (promosi harga potongan 50%) untuk iklan ebook Online Profits Made Simple saya (lihat banner 300 x 250).
Setakat ni, ada 60 orang telah klik ke iklan tersebut, dan 2 orang telah membuat pesanan (conversion rate bagi pembelian ebook ini di laman web ini sekarang ialah 3.33%)
2 orang x RM37 = RM 74.
Jadi untungnya ialah RM74 – RM50 = RM24
Boleh tahan juga untuk iklan selama 4 hari. Jika data yang disebutkan di atas konsisten, saya akan mendapat 2 jualan bagi setiap 60 klik ke iklan saya, dan setiap jualan seterusnya merupakan untung bersih. Soalan seterusnya ialah berapa jumlah klik yang saya akan perolehi di akhir pengiklanan ini? Jika ianya dapat diketahui, saya akan dapat menjangkakan keuntungan iklan ini pada setiap bulan.
Untuk maklumat lanjut tentang harga dan bagaimana ingin menempah tempahan, sila baca di sini



Terima kasih kembali Alang.
Moga satu hari blog ini dpt menjual iklan dgn harga yg tinggi satu hari nanti
fuh, testimoni zamri nayan tu sungguh ‘alluring’ kata orang tuh. cayalah testimoni, saya agak terpengaruh nih, hu hu
*niat kena pasang dulu….
ermm.saya cuba hantar komen tadi, tak kuar plak..oh ya, alang, kalau reseller boleh iklankan kat sini tak?
saya pun nak booking satu iklan, agak-agak berapa lama kena tunggu?
testimonial tu bukan saya minta tetapi diberikan oleh saudara Zamri melalui ruangan komen di sini
saya ada baca komen you yg mula2 tadi tapi bila tgk kat spam pun takde. Mungkin sbb skrg saya tengah pindah ke server baru.
Apa yg you maksudkan dgn reseller? Affiliate ker?
buat masa skrg, hanya iklan 468 x 60 dan 120 x 600 shj yg perlu tunggu. Utk iklan saiz lain, sebaik sahaja bayaran dibuat, iklan anda akan dipaparkan.
tak, maksud saya hak jualan sebagai reseller..macam MRR jugak la
sila hubungi saya http://www.szab.net/blog/contact/
nak menjampuk skit, iklan 468×60 atau yg besar siapa yg kena buat banner?sendiri ke
semua banner iklan kena buat sendiri.