Dapatkan $25 percuma daripada AuctionAds
Written by alang on September 7, 2007
AuctionAds iaitu sebuah program pengiklanan milik MediaWhiz sedang melakukan promosi untuk mereka yang baru mendaftar dengan memberikan $25 ke dalam akaun anda. AuctionAds yang dilancarkan beberapa bulan dulu oleh Shoemoney Media dan MediaWhiz merupakan sebuah program yang membolehkan anda mempromosikan barang-barang yang dilelong di eBay. Anda akan mendapat bayaran apabila ada orang mendaftar dan membida barang yang diiklankan di laman web anda.
Pada bulan Julai, MediaWhiz telah membeli sepenuhnya hak ke atas AuctionAds dan sejak itu mereka telah memperkenalkan banyak fungsi-fungsi baru seperti
- Rekabentuk iklan yang baru
- Kualiti imej produk yang dipaparkan lebih baik
- $25 percuma apabila anda mendaftar
Jika anda telah mempunyai akaun dengan AuctionAds dan baki akaun belum sampai $25, anda juga akan menerima $25 secara percuma. Walaubagaimanapun, AuctionAds telah menaikkan kadar minima bayaran daripada $10 ke $50 jadi walaupun anda mendapat $25 secara percuma, anda perlu menjana lagi $25 untuk mendapat bayaran.
Saya telah mendaftar dengan AuctionAds semenjak ia dibuka dan telah beberapa kali menerima bayaran dari mereka. Jadi jika anda masih belum mendaftar dengan AuctionAds, daftarlah sekarang
Comments
Trackbacks
Submit Reply





09-08-2007
2:03 am
naem
ini kiranya based on cpa ek? saya ada terbaca tapi tak tahu la kat mana..auctionads ni kalo letakkan sekali dengan adsense, boleh tingkatkan ct adsense sebab..ermm sebab gambar..apa pendapat alang?
09-12-2007
9:43 am
waka
auctionads ni bole ke diletakkan bersama dgn adsense dlm satu blog/web
09-08-2007
2:34 am
alang
yer, ini adalah based on CPA, iaitu pelawat mesti melawat link tersebut dan bid di eBay.
09-12-2007
10:28 am
alang
boleh diletakkan bersama dgn adsense. Tak ada masalah.