Menulis blog dengan Windows Live Writer

Written by alang on September 7, 2007

Ini adalah tulisan yang kedua yang saya buat menggunakan Windows Live Writer iaitu sebuah perisian yang membolehkan anda menulis blog secara offline. Saya baru sahaja install perisian ini semalam walaupun ianya sudah hampir setahun dikeluarkan oleh Microsoft. Apa yang saya boleh katakan ialah saya amat kagum dengan perisian ini dan menjadikan saya bersemangat untuk mengemaskini blog.

Sebelum ini saya telah mencuba beberapa offline editor seperti Qumana, Ecto, Performancing dan sebagainya tetapi kesemuanya tidak memenuhi ciri-ciri yang saya inginkan. Antara ciri-ciri Windows Live Writer ialah

  • Boleh digunakan dengan blog servis daripada Windows Live Spaces, Sharepoint, Wordpress, Blogger, LiveJournal, TypePad, Movable Type dan sebagainya
  • Mempunyai fungsi WYSIWYG editor dimana anda anda menulis blog sama seperti menulis menggunakan Microsoft Word. Anda boleh memilih untuk melihat bagaimana tulisan tersebut kelihatan di blog anda 
  • Memasukkan gambar, video dan jadual dengan mudah

Jika fungsi-fungsi sedia ada tidak cukup, anda boleh mendapatkan plugin yang boleh menambahkan pelbagai lagi fungsi kepada Windows Live Writer.

2007-09-07_173238

Related posts:

  1. Dari Windows ke Mac Hari ini s

  2. Urus akaun anda dengan MoneyDance Bagi seora

  3. Dibayar untuk menulis blog Jika selam

  4. Aplikasi Web: WriteToMyBlog WriteT

  5. Perkembangan terkini Setelah ag

Comments

  • 09-07-2007
    7:39 pm

    Reply

    naem

    menarik ni, guna word tak la sehebat ni..so, nak kena download la..hehehe..thanks alang..


  • 09-07-2007
    11:59 pm

    Reply

    kita

    terima kasih alang…sebelum ni saya tulis kat wordpress jer..kalau macam ni leh menjimatkan streamyx saya…tq banyak-banyak…maybe 2 3 hari lagi saya akan buat iklan kat blog alang speerti yang dibincangkan


  • 09-07-2007
    8:12 pm

    Reply

    alang

    you guna word ke utk tulis blog? Saya tulis melalui wordpress dashboard dan guna code editor. Lagi senang nak control daripada WYSIWYG editor dlm wordpress.


  • 09-07-2007
    9:35 pm

    Reply

    naem

    ha ah..takpe,lepas ni ikut cara alang la..


  • 09-08-2007
    1:59 am

    Reply

    naem

    streammyx bayar ikut penggunan ke? maaf sebab tanya, saya gunakan maxis broadband


  • 11-23-2007
    12:44 am

    Reply

    kita

    yup..saya guna paket unlimated…pakej 60 jam untuk rm44

    kita’s last blog post..Ubuntu Muslim Edition


  • 09-16-2007
    10:25 am

    Reply

    waka

    streamyxkn ade beberapa pakej naem…bkn semua unlimited.(saya pn xpkai streamyx guna celcom je)


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message