Seorang lagi otai adsense

Written by alang on September 8, 2007

Saya pernah mendapat gelaran itu dulu pada tahun 2005 ketika pendapatan saya dari adsense mencecah ke US$3000 – US$4000 sebulan. Ketika itu, belum ramai yang mengenali apa itu adsense dan kalau ada pun kebanyakannya agak sukar untuk mendapat pendapatan walau US$100 sebulan.

Dan ketika pendapatan dari adsense saya kini hanya tinggal 30% dari jumlah tersebut (sehingga tidak lagi layak digelar otai) muncul otai-otai baru antaranya saudara Syed Ikhwan, saudara RinggitHit (hmmm, kedua-duanya orang Kelantan, KELATE BOLEH :) dan yang terkini saudara Naem.

Saudara Naem merupakan pengunjung setia blog ini dan aktif meninggalkan komen, tetapi daripada komennya saya sangkakan beliau seorang yang baru nak belajar. Sebab tu ada pepatah yang mengatakan "air tenang jangan disangka tiada buaya" begitulah juga dengan rakan kita Naem yang bagi saya memang begitu merendah diri.

Dalam tulisan terbaru di blog beliau memberitahu yang jumlah pendapatan adsense untuk bulan Ogos ialah US$ 2746.56 dan beliau akan berkongsi tips yang beliau gunakan secara percuma jika ada pengunjung meninggalkan komen di artikel tersebut. Oleh kerana saya pun teringin mengetahui tips tersebut dan belajar dengan beliau (tabik SIFU), maka saya bukan sekadar meninggalkan komen malah menulis artikel ini khusus untuk beliau.

Lihatlah jumlah pendapatan sehari Naem daripada adsense.

 Seorang lagi otai adsense

Related posts:

  1. Pendapatan tertinggi sehari dari adsense Terpesona

  2. The Adsense Game, cara interaktif untuk mengenali adsense Mungkin

  3. Panduan Ringkas Adsense Siri 4: Blend adsense dalam artikel Ada orang

  4. Lagi kisah usawahan internet di akhbar tempatan Saya baru

  5. Ulasan Ebook Raja Adsense: Rahsia membuat duit tanpa modal dengan google adsense Pertama se

Comments

  • 09-08-2007
    11:28 am

    Reply

    surfaddict

    tahniah utk naem, hasil usaha yg berterusan akhirnya membuahkan hasil. Akhirnya thn ini muncul seorang lagi sifu adsense selepas aston dan ringgithit. Sy harap sebelum thn ni berakhir akan ramai lagi yg menyusul berkat perkongsian ilmu otai2 di forum.


  • 09-09-2007
    8:22 am

    Reply

    Azahari

    Betul tu naem, nak berjaya ni tak payah pening kepala.. ikut je cara yang digunakan oleh org yang dah berjaya.Irfan Khairi pun ada cakap camtu. Apapun abg tabik la kat naem…. kalau tak bersungguh dah tentu tak jadi ye tak? Boleh buat kelas kat Univ nanti naem…hehehe


  • 09-09-2007
    11:36 am

    Reply

    affuan

    Pengajarannya, kena la rajin praktik apa yang dipelajari. :)


  • 09-10-2007
    8:20 pm

    Reply

    saiful

    rezeki masing2 la…mmmm sentiasa biasakan diri bersyukur ketika “hujan tgh turun ni”..nanti dah kemarau takde la merana…he he he…


  • 09-12-2007
    9:16 am

    Reply

    waka

    rajin usaha..tu berjaya tu :)


  • 09-19-2007
    3:00 pm

    Reply

    kams

    Makin ramai ya otai2 ads.. apapun semoga semuanya berjaya.


  • 09-08-2007
    1:01 pm

    Reply

    naem

    ishh..saya ni bukan sifu la..takde pun teknik2 yang nak dibanggakan..apa yang saya buat adalah dari apa yang saya berlajar dari lain2 sifu dan senior2 lain

    insyaAllah, sama2 la kita semua menggapai paling kurang USD$1000 sebulan selepas ni..


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message