Jual ruang iklan anda di Madhens
Written by alang on July 27, 2006
Pertama sekali, saya minta maaf kerana hampir seminggu tidak menulis apa-apa di blog ini kerana saya terlalu sibuk melakukan complete revamp pada website saya osx-e.com. Saya tergerak hati untuk menulis hari ini kerana begitu tertarik dengan konsep laman web ini iaitu Madhens.
Madhens merupakan satu tempat dimana pemilik laman web boleh mengiklankan ruang iklan di laman web mereka dan pengiklan akan bersaing menawarkan harga untuk meletakkan iklan di laman web tersebut. Dan apa yang membuatkan saya paling tertarik ialah dari segi perkongsiannya di mana dalam tempoh promosi ini, pemilik laman web akan memperoleh sebanyak 90% dari pada harga yang dibayar oleh pengiklan dan 10% lagi diperolehi pihak Madhens. Dan selepas tempoh promosi, pembahagiannya adalah 80% untuk pemilik laman web dan 20% oleh pengiklan. Saya merasakan perkongsian ini masih yang tertinggi diperoleh oleh pemilik laman web berbanding dengan Adbrite, Text Links Ads, Adsense dan sebagainya.
Dan cara untuk mendapatkan akaun juga sungguh mudah kerana anda hanya perlu memasukkan nama penuh, email dan password. Selepas login ke akaun, anda hanya perlu click ke link publisher dan masukkan laman web di mana anda hendak menjual iklan. Terdapat 16 size banner yang boleh anda pilih, dan selepas itu anda akan diberi kod yang perlu anda copy dan pastekan pada bahagian dan di laman web anda (semuanya ada diterangkan)
Apa yang menariknya ialah, jumlah page view laman web kita akan direkodkan melalui kod tersebut dan pengiklan akan membuat tawaran harga berdasarkan rekod tersebut. Semaking tinggi jumlah page view dan click, maka semakin tinggilah harga yang akan ditawarkan. Anda boleh melihat contoh ruang iklan untuk dijual ini pada bahagian sidebar blog saya iaitu ruang iklan yang bersaiz 300 x 250 dimana bila anda klik pada banner tersebut, anda akan dapat melihat maklumat berkaitan dengan pageview dan klik laman web ini, tempoh ruang iklan akan dipamerkan dan juga sama ada sudah ada orang yang menawarkan harga atau belum.
Oleh kerana Madhens masih terlalu baru, saya tidak dapat mengatakan ianya bagus atau tidak walaupun saya amat tertarik dengan konsepnya. Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk menjual ruang iklan di laman web mereka bolehlah mencuba Madhens ataupun menjual sendiri sebagaimana yang saya tulis dalam disini
Comments
Trackbacks
Submit Reply





07-27-2006
11:46 am
fazli
waaa ni best ni..
nak tanya ni camna nak terima bayaran? guna payment pro apa?
dan satu lagi boleh kita joinkan sekali dengan web yang ada google adsense ka?
07-27-2006
1:51 pm
alang
utk maklumat lanjut saya rasa lebih baik tanya pihak Madhens.
07-28-2006
7:02 am
aman
tima kasih sebab kongsi info ngan kitorang..nanti aku join…alang dah join ke..?
07-28-2006
11:27 am
alang
saya dah join tapi blm dpt jual adspace lagi, mungkin sbb website tu masih baru, jadi tak ramai advertiser yg tahu ataupun mungkin semua org dah abis budget utk July, so diorang budget utk august utk nak beli adspace
07-31-2006
8:20 am
aman
owh…aku pun dah register tapi adspace tu kosong lagi…