Laman web artikel

Written by alang on July 31, 2006

Pernahkan anda terfikir untuk mempunyai satu laman web yang penuh dengan artikel tanpa anda sendiri perlu menulis artikel tersebut. Apa yang menariknya ialah, laman web anda akan mempunyai artikel baru setiap hari dan apa yang perlu anda lakukan ialah klik pada button “approve”.

Seperti yang diketahui, adsense amat menggemari laman web artikel kerana ia penuh dengan keywords. Tetapi, tidak semua orang mempunyai bakat dalam bidang penulisan untuk menulis artikel sendiri. Saya sendiri tidak terkecuali dalam masalah ini kerana saya ingin mempunyai laman web artikel tetapi saya tidak mampu untuk menulisnya sendiri. Saya pernah terfikir untuk membina laman web artikel daripada Adsense Ready Sites tetapi apa yang saya lihat, artikel tersebut bukanlah ditulis oleh mereka sebaliknya diambil daripada laman web artikel yang berbentuk ezine atau direktori artikel. Dari situlah saya terfikir untuk mempunyai direktori artikel saya sendiri maka lahirlah Featured Articles

Kelebihan laman web artikel ini ialah setiap hari, anda akan mendapat artikel baru yang ditulis oleh penulis yang benar-benar berbakat dalam bidang penulisan. Tujuan mereka menghantar artikel mereka di direktori artikel ialah untuk mendapatkan backlink percuma untuk tujuan search engine ranking dan juga traffic.

Bagi mengelakkan duplicate content penalty oleh search engine, saya telah membayar beberapa penulis untuk menulis PLR (Public Label Right) artikel khusus untuk laman web saya sahaja sekurang-kurangnya sebanyak lima artikel sebulan.

Untuk laman web Featured Articles saya menggunakan script ArticleMS bukan sahaja kerana ianya percuma tetapi kerana ia mempunyai banyak features yang menyamai script-script yang berharga lebih dari $50 USD dan saya memang highly recommended script ini untuk sesiapa yang berminat untuk membuat laman web artikel. Walaubagaimanapun, di bawah ini saya senaraikan beberapa script-script untuk laman web artikel sama ada yang berbayar atau percuma.

  1. www.articledashboard.com – Free
  2. http://sensesites.com – Free
  3. http://articlescript.org – $10.00 USD
  4. http://www.evo-dev.com/products/evoarticles – $50.00 USD
  5. http://www.interspire.com/articlelive – $239.00 USD

Oleh kerana saya tidak perlu lagi mengluangkan masa untuk menulis artikel, saya boleh menggunakan masa tersebut untuk melakukan promosi. Promosi amat penting terutamanya bagi laman web artikel yang mempunyai topik yang umum kerana persaingan amat tinggi. Untuk mengurangkan saingan, anda boleh membuat laman web artikel yang mempunyai pengkhususan untuk topik tertentu seperti “Health”, “Travel”, “Computer” dan sebagainya. Tetapi, laman web yang mempunyai pengkhususan topik seperti ini akan mendapat jumlah artikel yang kurang berbanding dengan laman web artikel yang mempunyai pelbagai topik.

Pada masa sekarang Featured Articles mendapat lebih kurang 15 article submission setiap hari dan jumlah revenue adalah sebanyak $200 – $300 USD setiap bulan daripada adsense, text links dan banner. Bagi saya, ini adalah jumlah yang agak membanggakan untuk laman web yang berusia kurang dari 6 bulan dan saya hanya meluangan masa kurang daripada 30 minit untuk laman web ini setiap hari.

Jadi bagi anda yang masih tercari-cari laman web anda yang ingin anda mulakan, laman web artikel adalah satu pilihan yang baik untuk anda.

Tambahan – Bagaimana nak promote direktori artikel
Cara paling mudah ialah dengan mencari website/company yang menyediakan article submission service dan hubungi mereka untuk memaklumkan tentang laman web anda dan minta disenaraikan. Biasanya, mereka tidak akan menolak kerana bagi mereka, lebih banyak senarai direktori artikel, lagi bagus servis mereka.

Selain itu, anda juga boleh umumkan di webmaster forum, letakkan url di forum signature, submit ke web direktory dan sebagainya. Jika anda menulis artikel sendiri atau membayar untuk PLR artikel, anda boleh submit pula artikel tersebut ke direktori artikel yang lebih popular seperti ezine, goarticles dan sebagainya untuk mendapatkan backlink.

Comments

  • 07-31-2006
    3:18 am

    Reply

    m@rco

    Thanks for this info! Great job, Alang.


  • 07-31-2006
    3:50 am

    Reply

    robotys

    Thanks Alang for sharing the info. Dulu saya ragu2 terhadap keupayaan monetising website article direktori nih, tapi you show me the prove it can make money! Leh bagi tips tak camner nak promote article direktori nih selain SEO?


  • 07-31-2006
    7:22 am

    Reply

    cikgubiz

    Menarik ni boleh menambahkan pendapatan dengan artikel percuma…


  • 07-31-2006
    8:24 am

    Reply

    aman

    nanti aku try buat satu :P


  • 07-31-2006
    2:58 pm

    Reply

    haziq

    Good info Alang.. Thanks for sharing.. tapi bole jelaskan sikit tak knp perlu upah penulis PLR tu??
    TQ.


  • 07-31-2006
    3:59 pm

    Reply

    alang

    upah penulis PLR tu adalah sebagai satu pilihan utk menjadikan laman web kita mempunyai unik content dan mengelakkan dari dikenakan penalti oleh search engine.


  • 08-01-2006
    1:25 am

    Reply

    syia

    idea yg menarik :) adakah article2 saudara Alang approve tu ada niche2 sendiri atau bergantung pada article mana yg menarik? sebab skrgkan ramai yg suke buat site niche?


  • 08-01-2006
    2:26 am

    Reply

    zack

    upah untuk penulis PLR tu selalunya berapa yg alang bayar?


  • 08-01-2006
    2:43 am

    Reply

    alang

    @syia – featured-articles adalah direktori artikel general jadi saya tak fokus niche tertentu. Saya approvekan semua artikel yg berkualiti.

    @zack – saya bayar $10 USD utk satu artikel 500 – 1000 perkataan.


  • 08-01-2006
    7:26 am

    Reply

    Noorizam Shah

    Menarik Alang… Thanks for info.. (mengenai diri alang saya ada siarkan diblog saya) ;)


  • 08-01-2006
    5:57 pm

    Reply

    matzfain

    Tak sangka rupa2nya jd penulis PLR dapat duit ye..

    Thanks Alang


  • 08-02-2006
    9:52 am

    Reply

    mizi

    remark kat sini/ @zack – saya bayar $10 USD utk satu artikel 500 – 1000 perkataan.
    alang ada x penulis local yang alang upah setakat ni??


  • 08-03-2006
    5:06 am

    Reply

    alang

    setakat ni, blm ada lagi, saya akan hire jika saya jumpa local writer yg betul2 berkualiti


  • 08-07-2006
    8:14 am

    Reply

    cjcm

    Assalamualaikum Alang (and bloggers),

    I was really interested about Articles Directory after reading your article here.

    I immediately went to research and read more on the subject. I downloaded both ArticleMS(AMS) and Article Dashboard(AD). I decided to use AD because it has more features.

    Now I am glad to announce my own article directory http://www.articlesportfolio.com

    Please offer your comments.

    Thank you.

    Regards
    CJCM


  • 08-08-2006
    8:08 am

    Reply

    mdpai

    hm bagus ni, boleh juga dibuat utk dijadikan salah satu network kita kan.. terima kasih alang.


  • 08-08-2006
    3:03 pm

    Reply

    dino nesta

    Akum Alang and geng!
    Saya nak tanya soalan ni(malu btanya sesat jln)
    Camana nak buat Leave a Reply didalam sesuatu laman web artikel…Harap sesiapa dpt bantu saya.
    TQ….


  • 08-08-2006
    3:25 pm

    Reply

    ZulSmartusaha

    dino, biasanya kita guna script PHP. Kat internet banyak skrip percuma. Tapi kalau nak mudah, upah pengaturcara buatkan. :)

    Tapi tengoklah juga, kekadang sistem artikel tertentu dia dah ada sekali function tu..


  • 08-08-2006
    5:45 pm

    Reply

    dino nesta

    TQ ZulSmartusaha..,biasanya kat laman web mana yang menyedia skrip percuma???


  • 08-09-2006
    2:29 am

    Reply

    alang

    saya rasa kat atas tu dah saya senaraikan 2 skrip percuma yg ada function leave a reply.


  • 08-10-2006
    5:56 am

    Reply

    dino nesta

    TQ Alang….Blog ni mmg best giler!!!!Byk manfaat!!


  • 08-12-2006
    5:13 pm

    Reply

    Uniten.com.my

    thanks alang..sekarang saya tgh buat article site ni menggunakan script2 yg sesuai..ade script yg xbetol la..ke sya yang salah install..hehe


  • 08-13-2006
    5:11 am

    Reply

    Uniten.com.my

    alang…saya dan try pakai script articlems ni..tapi time nk login kat bahagian admin xboleh la..nape ye..


  • 08-13-2006
    5:17 am

    Reply

    alang

    sila tanya soalan kat sini http://www.articletrader.com/forum/


  • 08-18-2006
    3:30 am

    Reply

    faezah

    hai..assalamualaikum..
    nak tanye..macamne nak wat laman web perniagaan?
    harap dapat pertolongan anda..
    saya nak tahu cara nya untuk perluaskan perniagaan herba Warisan Ibu.
    sekian, terima kasih.
    wassalam


  • 08-18-2006
    7:37 am

    Reply

    alang

    @faezah – sila hubungi saya melalui contact us form. Tapi servis yg saya tawarkan memerlukan bayaran, harga akan dirunding mengikut keperluan laman web tersebut.


  • 08-19-2006
    4:44 pm

    Reply

    Uniten.com.my

    alang..untuk ArticleMS ni kat mane nk dapat theme/skin die ek? saya dah cari tapi xjumpe la


  • 08-19-2006
    4:46 pm

    Reply

    alang

    setakat ni, takde siapa yg release free/paid theme utk articleMs. Saya punya theme code sendiri.


  • 08-19-2006
    5:16 pm

    Reply

    Uniten.com.my

    owh alang buat sendiri ye..terer la alang ni..hehe neway thanks for da info..


  • 08-21-2006
    11:37 am

    Reply

    Uniten.com.my

    laman web article saya yang menggunakan script ArticleMS –>> http://apiit.com.my
    alang review skit..bleh la xchange link :D


  • 08-21-2006
    1:14 pm

    Reply

    Uniten.com.my

    alang..boleh x bagi default setting kat bahagian blok untuk script ni..yang mane universal yang mane standalone..ade masalah sikit la..adeh


  • 08-23-2006
    2:44 pm

    Reply

    dino_nesta88

    Akum Alang nak tanya ckit bagaimanakah nak buat web form didalam website dan menghubungkannya dengan CGI-Bin.Saya kurang arif ler psl ni…Harap dpt bantu..


  • 08-29-2007
    1:07 pm

    Reply

    waka

    info berkenaan article directory yang ada disini telah memberi sedikit sebanyak cara bagaimana nak mula, dan sebelum ini tidak tahu pun bagaimana dari directory boleh hasilkan duit

    tq alang


  • 12-11-2007
    12:42 am

    Reply

    kita

    ermm…artikel dalam bahasa inggerish memang banyak tapi dalam bahasa malaysia menang susah sekarang ni…so kalau anda ingin backlink percuma hantar artikal anda ke blog saya :)

    kita’s last blog post..Ubah Masa Boot Dua Operating System Windows


  • 02-26-2008
    7:44 pm

    Reply

    raka

    I just try articleMS Thank you for your information


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message