Meniru

21alang3rd Aug 2006Entri,

Pendek saja tajuk tulisan saya kali ni dan walaupun perkataan ini sebenarnya menggambarkan satu perbuatan yang tak elok, tapi saya akan terangkan konsep meniru yang memberi manfaat kepada semua.

Kalau semasa belajar, perbuatan meniru memang dilarang sama sekali sama ada di dalam peperiksaan atau semasa membuat latihan. Tetapi, di dalam pembangunan laman web, kadang kala kita perlu meniru walaupun sebenarnya adalah lebih baik jika kita mempunyai idea yang original dan unik. Tetapi, kita perlu berfikir adakah idea yang kita anggap original dan unik itu akan diterima oleh pasaran?

Kalau kita lihat sejarah meniru ni dah lama wujud, oleh sebab itulah kita boleh melihat pelbagai jenis jenama untuk sesuatu barang. Kenapa ia bagus? Sebab ia akan memberikan pelanggan lebih pilihan dan menjadikan sesuatu barang itu lebih baik.

Dalam konteks pembangunan laman web pula, cuba anda fikir dari mana lahirnya search engine google? Adakan konsep search engine itu asli? Sebenarnya tidak kerana ia lahir dari konsep yang telah sedia ada tapi apa yang membuatkan ianya berjaya sebab ia menjadikan konsep itu lebih baik. Inilah yang saya nak tekankan, jika kita ingin meniru sesuatu laman web yang telah sedia ada tak salah, asalkan jangan kita meniru bulat-bulat apa yang orang telah buat.

Laman web pertama saya, http://www.osx-e.com lahir daripada http://www.aqua-soft.org, iaitu antara laman web awal yang membincangkan tentang cara-cara untuk menukar windows seperti Mac Os X. Saya menjadi pengunjung setia http://www.aqua-soft.org untuk beberapa ketika, dan saya rasa ada sesuatu yang saya boleh improvekan dari laman web tersebut, maka lahirlah http://www.osx-e.com dimana, merupakan satu laman web yang mempunyai konsep yang sama seperti http://www.aqua-soft.org tapi saya menambah ruangkan artikel, galery dan downloads di mana http://www.aqua-soft.org hanya mempunyai ruangan forum sahaja. Dan hasilnya, sekarang http://www.osx-e.com adalah laman web pertama yang menjadi rujukan atau sumber untuk menukar windows ke Mac Os X.

Laman web terbaru saya, http://www.50pageswebsite.com juga bukanlah konsep yang asli. Ianya lahir dari pemerhatian saya ke atas laman web milliondollarhomepage dan 500words, di mana saya amat tertarik dengan konsep yang mereka buat tapi saya tahu kalau saya meniru bulat2 saya akan menghadapi saingan yang sengit kerana sudah terlalu banyak laman web yang serupa. Lagipun, dari pengalaman saya dalam SEO, laman web seperti itu tidak membawa sebarang nilai dari segi search engine ranking. Jadi, saya menggabungkan kedua2 konsep pixels dan words bersama2 dengan konsep web directory, maka lahirlah 50pageswebsite.com dimana laman web ini menyenaraikan 10 links sahaja pada satu mukasurat berserta dengan thumbshot dan description. Alhamdulillah, dalam masa beberapa jam pertama selepas dibuka, saya telah berjaya mendapat lebih dari $500 USD, berbanding modal yang saya keluarkan untuk design, programming dan promotion yang hanya berjumlah $400 USD. Sehingga sekarang, saya sudah memperolehi lebih dari $1000 USD dari laman web tersebut dan 5 muka surat sudah habis dijual dan saya percaya apabila akan dapat menjual lebih lagi bila laman web tersebut mendapat pagerank.

Jadi bagi sesiapa yang masih tercari-cari apa jenis laman web yang ingin anda buat, cuba analisa mana-mana laman web yang anda lawat setiap hari, dan cuba cari apakah kelemahan yang terdapat pada laman web tersebut dan bolehkan anda membuat lebih baik. Kalau laman web yang ingin anda tiru itu adalah laman web yang besar dan berpengaruh, bersedialah untuk mengeluarkan modal yang besar. Jadi, ukur baju di badan sendiri dulu sebelum anda cuba konsep meniru ini dan buat analisa dan perancangan yang cukup mendalam dalam segenap aspek.

21 Comments Comments Feed

  1. smartusaha (August 3, 2006, 6:22 pm). Reply

    Alang, mungkin yang alang maksudkan dengan meniru di atas adalah inovasi. :) Banyak sebenarnya benda2 di sekeliling kita adalah hasil dari inovasi yg mana dia ditingkat taraf daripada yg sedia-ada.

    PS. Bab inovasi ni, teringat dulu masa ambil subjek rekacipta time SPM. Inovasi salah satu topik yg dipelajari.

  2. alang (August 3, 2006, 6:29 pm). Reply

    inovasi adalah hasil idea kita sendiri. Meniru adalah satu perkataan yg sama maksud dgn inspirasi, ilham dengan melihat benda2 yg sudah sedia ada. Saya gunakan perkataan meniru supaya semua senang faham.

  3. ramzwatcher (August 4, 2006, 2:41 am). Reply

    wah-wah..simple tapi bila dah bg contoh nyata, nampak ‘terang’ sikit. Btwn, website alang yang lawa-lawa semua tue bukan alanglah yang buat?

  4. alang (August 4, 2006, 2:47 am). Reply

    saya tak ada skill langsung dlm web design so, saya hire web designer/developer utk buat design dan coding. Dari kesemua laman web saya, hanya http://www.featured-articles.com saja yg saya coding sendiri template based on template dari solucija.com

  5. cikgubiz (August 4, 2006, 7:02 am). Reply

    wow hebat… tahniah saudara alang bagus jugak saudara alang buat artikel ni boleh memberikan panduan kepada saya.

    Semoga saudara alang terus maju…

  6. aku (August 5, 2006, 2:06 am). Reply

    setiap kali alang tulis, mesti dapat banyak input. best!

  7. galadriel (August 5, 2006, 4:15 am). Reply

    Yes … saya faham apa yang alang maksudkan, learn dari website lain dan cuba improvekan your own site untuk menjadi lebih baik. Meniru bukan dalam erti kata ‘cut n paste segala isi kandungan website orang lain’, tetapi mengambil idea yang baik dan menyesuaikannya untuk idea website diri sendiri.

  8. phupang (August 5, 2006, 1:41 pm). Reply

    memang ini Best informative blog

  9. suhaimy (August 5, 2006, 2:56 pm). Reply

    salam,
    sesuatu yang bagus dan saya akan cuba membeli dan membacanya

  10. sham (August 5, 2006, 3:46 pm). Reply

    Terkejut jugak saya dituduh meniru kat forum WC..Terkilan pun ada sebab usaha saya buat sendiri,tapi dituduh meniru..tapi takpe,saya dipihak yang benar..buat apa nak ditakutkan..

    Apa² pun saya still bersemangat untuk meneruskan perjuangan..Perjuangan saya dlm Internet Biz Malaysia baru bermula..

  11. alang (August 5, 2006, 3:54 pm). Reply

    sebenarnya, apa yg saya maksudkan meniru disini bukanlah meniru hak cipta org lain, tetapi lebih kepada meniru konsep dan menjadikannya lebih baik. Seperti yg saya katakan di atas, lebih kepada inspirasi, seperti mana saya membuat 50pageswebsite.com kerana inspirasi dari onemilliondollarhomepage dan tak ada siapa pun yg mengatakan saya meniru

  12. sham (August 5, 2006, 6:28 pm). Reply

    Bagi saya,alang buat tu satu idea baru..satu ciptaan baru..bukan lagi meniru sesiapa..new concept,kalo kene cara,ramai yang tiru konsep alang buat ni..

    Apa yang saya maksudkan pada posting sebelum ni apa yang menimpa saya..terbawa bawa sampai sini,sorry ye alang..

  13. smartusaha (August 6, 2006, 7:29 pm). Reply

    hehe, sabar ajer lah sham. Sudah adat dan asam garam dunia bisnes. ;)

    Alang, saya faham maksud alang. :) Thanks..

  14. surfaddict (August 7, 2006, 12:37 pm). Reply

    idea tiada hak cipta..so mcm air coca cola dan pepsi. yg penting kreatif dan inovatif mcm yg alang buat, kita improved apa yg patut..meniru dgn cara yg baik..

  15. mizi (August 8, 2006, 3:35 pm). Reply

    zaman sekarang nak jadi founder mungkin susah sikit so upgred ler dari yang dah ada…

  16. alhafiz3d (August 8, 2006, 4:35 pm). Reply

    Saya suka konsep 50pages tu. Gabungan Ads dengan SEO. Good idea.
    Alang, saya baru dengar interview gobala tu.. :)
    Best.

  17. hasrul (August 9, 2006, 6:14 am). Reply

    alang.. terima kasih untuk segala info. memang banyak input yang kami semua dapat.

    memang kita semua mesti memikirkan sesuatu pembaharuan melalui idea-idea yang digabungkan.

  18. bunnyrich (August 11, 2006, 3:26 pm). Reply

    saya juga ade gak gunakan cara ini..just untuk dptkan idea nk buat site ape je.. :) xde la tiru bulat..boleh pakai care ni..xsalah pon..

  19. code7 (February 20, 2007, 6:43 pm). Reply

    bagi saya ia satu idea yang dipertingkatkan.. kalo dalam lagu linkinpark dinamakan ReAnimation… 50pageswebsite mmg unik dan mmg berasaskan konsep web milliondollarhomepage iaitu utk iklan.. konsep pengiklanan melalui web smmgnya boleh diteroka dgn lebih kreatif lagi.. terpulanglah pada webmaster menjadikan ia dalam pelbagai bentuk asalkan ia mendatangkan hasil.. all da best buat bro alang.. keep it up..

  20. Ulasan: One Million Malaysian Webmaster Links Tag (February 21, 2007, 1:42 am). Reply

    [...] sesebuah laman web yang sedia ada kerana kebarangkalian untuk berjaya amat rendah. Jika anda ingin meniru sekalipun, pastikan apa yang anda buat itu sedikit berbeza ataupun lebih baik dari yang [...]

  21. waka (August 30, 2007, 11:36 am). Reply

    meniru…kalau tgk kopi yg biasa diminum, asalnya kopi sahaja…sekarang ada mcm2 jenis. kopi tongkat ali,kopi apa2 la…nk sebut x berapa ingat. so lebih camtu la.

Add a Comment