Laporan kajian oleh pelajar MMU
Written by alang on September 26, 2007
Pada awal bulan ini, saya telah menerima email dari seorang pelajar MMU iaitu Dennis Lee yang ingin menjadikan saya sebagai rujukan untuk kajian mereka tentang topik "Introduction to Cyberpreneurship" atau "Pengenalan kepada Usahawan Cyber". Tanpa berfikir panjang, saya terus bersetuju untuk bekerjasama kerana tertarik dengan email pengenalan yang mereka hantar dan saya rasa ini merupakan satu peluang kepada saya untuk memberi sumbangan kepada bidang perniagaan internet di Malaysia.
Dan pada hari Jumaat 14 September, Dennis Lee dan rakannya Chen Chuck Wye telah datang ke rumah saya di Sungai Buloh untuk bertanyakan soalan-soalan bagi tujuan kajian mereka. Wawancara tersebut berjalan hampir 3 jam iaitu dari pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengah hari. Saya memang kagum dengan persediaan yang mereka buat kerana soalan yang ditanyakan kepada saya meliputi semua aspek.
Selepas membaca laporan kajian tersebut yang telah mereka persembahkan kepada pensyarah dan pelajar-pelajar lain, saya rasakan laporan itu menepati apa yang saya ingin lakukan sebelum ini. Jadi saya meminta izin Dennis untuk berkongsi laporan tersebut di blog ini supaya lebih ramai orang mendapat manfaat daripadanya. Laporan tersebut di dalam Bahasa Inggeris tetapi saya rasa tidak ada masalah bagi sesiapa pun untuk memahaminya kerana ia ditulis dalam bahasa yang ringkas dan mudah di fahami.
Anda boleh memuat turun laporan tersebut melalui link di bawah.
Downoad Introduction to Cyberpreneurship
Related posts:
Comments
Trackbacks
- Terjemahan laporan "Introduction to Cyberpreneurship" | Blog Webmaster Malaysia 10-03-2007 at 8:29 am
- Laporan Penyelidikan Tentang Usahawan Siber | Blog Webmaster Malaysia 10-09-2007 at 7:08 am
Submit Reply






09-26-2007
1:47 pm
saiful
Wah Alang… saya dah baca laporan tu..memang bagus betul… boleh jadi satu motivasi pada newbie….
09-26-2007
3:26 pm
wemer
Alang,pembetulan…bukan penghujung bulan la itu awal bulan…hehehe…dah baca…memang bagus. Saya pun terasa kehangatannya..
09-26-2007
3:29 pm
Robotys
Terus terang saya katakan, laporan tersebut sangat best!! Ia sangat fresh! Mungkin sebab bahasa yg digunakan bukan untuk menjual … dan info2 yg terdapat dalam tuh amat berguna.
Thx for sharing Alang. Its really motivate me.
09-26-2007
3:56 pm
megat
alhamdulillah satu lagi peluang utk pergi jauh dalam cyberpreneurs!
tahniah alang! semoga anda akan terus success!
09-26-2007
4:42 pm
iskandar
Nasib baiklah ada report ni.
Senang aku nak explain kat kawan, mak bapak dan mertua aku apa yg aku buat. Aku print dan bagi – nah kome, baca jgn bising2 ..
Bagusnya sebab ianya satu laporan ilmiah dari student university dan bukan internet marketer. Jadi ia lebih objektif dan formal.
Bagus alang, dgn ini aku hadiahkan ko Pingat Jasa Kebaktian dari diri aku sendiri hehe ..
09-26-2007
4:53 pm
hafreze
wow..bangga with MMU…ahahha..subjek tue BCP 1034..saya akan amik next sem!!..so..kirenyer..blh kaco alang lagi laa erk..ahaha..
09-26-2007
4:56 pm
hafreze
aik..mane komen sy hilang nie…hurmm..tersilap plak..subjek tue BEN 2014..yeah..sy akan amik next semester..ahaha..
09-26-2007
5:13 pm
Zamri Nanyan
La… Alang ni junior saya kat Mat Jiwa… he he… kecik sungguh dunia Internet ni…
Anyway, kandungan report yang bagus…
09-26-2007
5:31 pm
naem
alang budak ekonomi UM..hoho..saya ni kira junior la..
09-26-2007
6:40 pm
Maizul
Tahniah alang… moga ianya dapat meramaikan lagi cyberpreneurs
baru nak download ni.
09-26-2007
9:38 pm
Azahari
DOB 19 Disember… sama dengan tarikh saya kawin rupanya..hehehe…
Abang saya pun ada belajar kat SM Sains Sultan Muhammad Jiwa, tapi rasanya untuk Matrikulasi je kalau tak salah…
Bagus report tu untuk rujukan dan sumber inspirasi… detail pulak tu… kalau tengok laporan tu memang mereka prepare sebaik mungkin dan bukan tangkap muat je….
terima kasih kepada penulis report tersebut
all the best
09-26-2007
9:52 pm
kita
wahhh tahniah alang…saya dah download laporan tu tapi dalam bahasa inggerish…apa pun saya akan baca n cuba memahami
09-26-2007
11:59 pm
NYONYA HARUN
Kalau sesiapa nak minta tolong translate ke dlm BM saya bole tolong especially pada masa cuti sekolah.
09-27-2007
6:08 am
Asmuii
wah.. bdak mmu ke.. bangga nye.. aku dah amek subject nie..
memule nk buat psal Dr. Irfan Khairi tapi dah ade org amek
tajuk tu.. so aku buat psal Azizi Ali.. hehe.. pape pun tahniah
kat Dennis Lee dan Chen Chuck Wye atas kejayaan membuat
assignment nie dgn amat baik.
09-27-2007
11:08 am
wemer
Ermm…tula jogging kuat sesgt …sampai lupe bulan la pulak..anyway sume..ari nie aku nak try baca helaian demi helaian..mungkin nak publish kat my coming blog..hehehe
09-27-2007
2:32 pm
aku
ada satu mispell – Samsuri(ke nama timangan?). hehehe..
Bagus report tu, kalau ada orang translate, lagi mudahlah nak sebar kat org2 kampung
09-27-2007
2:37 pm
wemer
hi aku…Saya tgh cuba nak translate ke bahasa melayu,nanti aku foward kat sesape yang mahu..report dia bagus sesgt…bagus bebudak mmu nie…:)
09-27-2007
2:59 pm
wemer
Sori alang, nanti before aku publish need your approval dulu…
09-28-2007
12:42 am
trinity9
Hey kawan semua. Dennis Lee di sini, pengarang laporan tuh.
I baru jer dapat e-mail dari alang tentang posting laporan ni kat blog dia.
Glad to hear laporan ni dapat membantu dan jutaan terima kasih kepada alang kerana setuju ditemuramah.
09-28-2007
10:18 am
Norfazli Hamzah
Saya dah baca laporan kajian itu.Sungguh bermaklumat.
Tahniah saya ucapkan kepada Alang.
09-28-2007
6:47 pm
waka
aku xbaca lg, br nk dolot hehe
09-28-2007
9:40 pm
smartzul
Mantap.
ps. Alang nak nulis Ebook dan nak buat online course yer nanti?
09-28-2007
11:57 pm
shueqry
saya dah baca report tu tadi, ada lebih 5 page yg saya baca balik ..
bersemangat membacanya !
thanks Alang, for sharing this report.
- shueqry -
09-29-2007
4:49 pm
reezluv
saya baru je download..malam ni saya baca..:)
09-30-2007
12:54 pm
zool
Masih tengah membaca…
Dah jadi bahan kajian ye alang ni..
09-30-2007
11:39 pm
Galadriel
Tahniah Alang!
Ni boleh buat buku fizikal ni … !
Kalau keluar kat MPH, Kino atau Popular, saya mesti beli…
Galadriel.
10-01-2007
6:05 pm
zool
Dah baca dah report tu…
Hm.. sungguh jeles bila tengok diari Alang..
He he he..
almaklumah keje makan gaji…
tapi takpe masing2 ada cara tersendiri..
satu kajian yang berkemungkinan mendapat A+..
tahniah Dennis Lee..
10-09-2007
4:08 pm
dynn
Wah..memang menarik report tuhh…jelas dan terang.
10-17-2007
12:26 pm
Mohmmad Hamdy
Memang bagus.. panduan yang rinkas dan padat…boleh dijadikan contoh untuk buat profile peribadi
09-26-2007
3:38 pm
alang
eh nyanyuk betul la aku amir. Aku cakap hujung bulan tu sebab sebenarnya hujung bulan Syaaban. Biasa la aku memang ikut bulan Islam :p
09-26-2007
7:50 pm
alang
terima kasih tengku iskandar
09-26-2007
7:51 pm
alang
eh you kat mat jiwa tahun berapa? Agak2 kita penah jumpa ker tak yer? Ntah2 dulu you selalu raging saya kot
09-26-2007
7:53 pm
alang
junior sesangat la, saya masuk UM dulu tahun 1995, dah 12 tahun dah.
09-26-2007
11:20 pm
alang
kalau ada sapa2 yg volunteer nak translate ke BM amat dialu-alukan
09-27-2007
9:13 am
Zamri Nanyan
Tahun 86-90… mesti jumpa punya… tapi dah tak ingat…
ragging? tak penah buat time sekolah dulu… aiseh… kalau ada reunion, bagitau sini sama…
09-27-2007
9:28 am
alang
oh, you satu badge dgn alang budiman, subki, mat daud (sekadar beberapa nama yg ingat). Saya masuk 1988 tapi sampai form 4 jer, tahun 1991 kena transfer sekolah sbb masalah disiplin
Dulu tahun 1996 ada diorang buat sekali reunion utk badge kita org, tapi lepas tu dah lost contact dgn semua. Kittirak Somchit kenal tak? Dah masuk Islam
09-27-2007
2:41 pm
Zamri Nanyan
Yep… sama batch dengan Alang Budiman… masuk sampai form 4 je…? he he… kira OK la tu… harap2 dah takdak masalah disiplin dah sekarang ni…
Alhamdulillah… dah masuk Islam akhirnya…
09-27-2007
8:33 pm
alang
ye ker, tak perasan pulak. Terima kasih kerana bagitau
09-27-2007
8:35 pm
alang
translate jer amir, aku takda masalah. Asalkan semua fakta tidak diubah.
09-28-2007
11:29 pm
alang
dalam perancangan utk masa depan. Tak tau bila boleh terlaksana. Mungkin kena minta khidmat nasihat dari org yg lebih berpengalaman macam zul
03-01-2008
8:56 pm
azauzin
saya . azauzin . 0129097800 . YM id : syah_bandar