Terjemahan laporan "Introduction to Cyberpreneurship"

Written by alang on October 3, 2007

Saya menerima banyak tawaran untuk menterjemah laporan "Introduction to Cyberpreneurship" yang diedarkan secara percuma di dalam Bahasa Inggeris beberapa hari lepas. Memang saya amat menghargai tawaran anda untuk menterjemahkan laporan tersebut agar lebih ramai lagi dapat membacanya. Penulis laporan tersebut iaitu Dennis Lee juga telah memberi kebenaran.

Tetapi sebelum itu, saya rasa perlu untuk menulis sedikit garis panduan.

  • Sesiapa yang ingin menterjemahkan laporan tersebut, sila hubungi saya terlebih dahulu dan perkenalkan diri anda serba sedikit. Oleh kerana laporan tersebut melibatkan nama saya, saya perlu kenal siapa yang akan menterjemahkannya.
  • Terjemahan laporan tersebut hanya akan diedarkan melalui blog ini sahaja. Saya tidak membenarkan laporan tersebut diedarkan semula di tempat-tempat lain sama ada secara percuma atau berbayar. Walaubagaimanapun, saya akan memberikan link kepada laman web penterjemah tersebut sebagai menghargai hasil usahanya.
  • Anda juga dibenarkan untuk meletakkan nama dan url laman web anda di muka pertama sebagai penterjemah kepada laporan tersebut.
  • Apabila anda sudah siap menterjemah, sila emailkan laporan tersebut kepada saya dan jika saya berpuas hati, saya akan mengedarkannya di sini.
  • Anda bebas menggunakan ayat sendiri tetapi jangan mengubah apa-apa fakta.
  • Laporan tersebut adalah harta intelek MMU, jadi sebarang proses plagiat amat dicegah.
  • Saya mungkin akan memilih hanya satu terjemahan laporan yang terbaik untuk diedarkan.

Saya harap anda semua faham kenapa saya meletakkan garis panduan di atas dan saya harap anda dapat menghormatinya.

Related posts:

  1. Laporan Penyelidikan Tentang Usahawan Siber Laporan in

  2. Laporan kajian oleh pelajar MMU Pada awal

  3. Laporan PERCUMA Bagaimana Menjana Wang Dengan Clickbank Selepas sa

  4. Rahsia Pemasaran Viral Di Sebalik Laporan “IM-Myth” Saya rasa

  5. Tawaran terhad, saya menjual paypal dengan kadar $1 USD = RM3.00 Memandangk

Comments

  • 10-03-2007
    8:41 am

    Reply

    Deen

    Pos baru ni, sahur tadi belum ada.

    Terima kasih atas garis panduan ni. :)


  • 10-03-2007
    10:30 am

    Reply

    megat

    lepas ni boleh la gelarkan penterjemah tersebut ‘the translator’ eheh


  • 10-03-2007
    4:43 pm

    Reply

    waka

    elok gk terjemahkn, sume dpt phm dgn jelas nnt


  • 10-03-2007
    9:54 pm

    Reply

    Galadriel

    well Alang,

    …sebagaimana yang saya selalu sebutkan,
    saya rasa bukan sekadar patut diterjemahkan malah patut dibukukan dalam bentuk physical book agar ia dapat tersebar ke lagi ramai orang,
    as not everyone tengok internet.

    Proud of you, my friend.
    :)


  • 10-03-2007
    11:44 pm

    Reply

    saiful

    Buat je buku seperti Galadriel cakap tu Alang..kat msia masih ramai tercari2 buku buat duit kat internet…yang surf internet kat msia ni bukannya tak kenal Alang… betul tak?….lainlah mcam saya ni org tak kenal…he he he…


  • 10-03-2007
    8:49 am

    Reply

    alang

    saya dapat inspirasi utk nak buat garis panduan ni daripada SMS you tadi la. Mula tu ingatkan nak tulis kat you melalui email jer, tapi fikir 2 kali lebih baik tulis kat blog supaya semua org dapat info ni.


  • 10-03-2007
    11:23 pm

    Reply

    alang

    kalau buat physical book, nanti ada ker org nak beli? Yer la org kita ni lebih suka baca kisah2 artis daripada nak baca kisah seorang usahawan internet yg ntah sapa2


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message