Tips mempromosi laman web

27alang10th Aug 2006Entri, ,

Jika dalam tulisan yang lepas, saya banyak memberi panduan, tips dan berkongsi pengalaman tentang pembinaan laman web, kali ini saya akan berkongsi tips bagaimana mempromosi laman web.

Membina laman web bagi saya mudah, kerana sekarang terdapat banyak perisian untuk tujuan tersebut dan mendapatkan content juga mudah, kerana terdapat banyak PLR artikel yang kita boleh gunakan semula. Tetapi, kenapa kita melihat banyak laman web yang seperti “Hidup Segan Mati Tak Mahu”. Kerana mereka gagal dalam promosi.

Bina laman web yang unik
Sekiranya anda mempunyai laman web yang unik, ia sebenarnya memudahkan proses anda untuk mempromosi kerana orang lain akan mempromosi untuk anda. Disini saya akan menggunakan laman web saya http://www.osx-e.com sebagai contoh. Walaupun ada banyak laman web yang berkaitan dengan desktop customizing, tetapi hanya ada beberapa sahaja yang fokus untuk customize windows untuk kelihatan seperti mac. Dan dari beberapa laman web tersebut, hanya osx-e.com sahaja yang mempunyai downloads section, kebanyakan yang lain adalah forum atau blog. Dan terdapat banyak files dalam osx-e.com downloads section, yang hanya terdapat disitu, bukan di website lain. Dan itu menjadikan osx-e.com unik dan banyak laman web lain yang lebih popular seperti engadget.com, zdnet, osnews, neowin.net dan lain2 lagi, yang akan refer kepada osx-e.com downloads section untuk file-file tertentu.

Bagaimana saya boleh mendapat hak untuk meletakkan file-file tersebut? Sebenarnya semua file-file itu di buat oleh individu yang tidak mempunyai laman web dan perlukan seseorang untuk hosting file mereka dan saya menawarkannya di laman web osx-e.com. Pada permulaannya, memang agak susah, kerana saya perlu menghubungi setiap pemilik file-file seperti themes, skins, icons dan sebagainya untuk meminta izin mereka meletakkan di laman web saya, tetapi lama kelamaan, mereka yang menghubungi saya meminta saya hostingkan file mereka.

Showcase
Terdapat banyak laman web yang memaparkan laman-laman web lain yang mempunyai design yang menarik seperti cssbeauty.com, cssthesis.com dan lain-lain lagi. Sekiranya anda mempunyai laman web yang mempunyai design yang menarik, anda bolehlah menghantar laman web anda untuk disenaraikan disitu kerana kebiasaannya, laman web sebegini mempunyai ramai pengunjung yang mencari inspirasi di dalam membina laman web mereka.

Tetapi, ada cara lain yang lebih berkesan, dan saya menggunakan cara ini. Sekiranya laman web anda menggunakan script-script tertentu, kebiasaannya, di laman web developer script tersebut, ada ruangan showcase site, site using this script that testimonial. Pastikan anda menghubungi developer script tersebut, beritahu yang anda menggunakan script beliau, dan berikan pendapat anda tentang script tersebut dan berikan url laman web anda. Ada sesetengan laman web, yang mempunyai form untuk kita submit url laman web kita untuk ruangan showcase dan biasanya mereka akan menyenaraikan semua, lebih senang untuk diterima tetapi kurang efektif dari segi traffic. Ada laman web yang betul2 selektif, dan mereka hanya menyenaraikan laman web yang mempunyai design dan content yang menarik sahaja kerana mereka mahu menjaga kualiti laman web dan script mereka sendiri.

Cara ini saya gunakan untuk laman web saya http://www.featured-articles.com dimana laman saya tersenarai untuk laman web showcase di http://www.articletrader.com/articlems/ dan dari sini sahaja laman web saya menerima lebih dari 200 visitors sehari.

Direktori
Bagi saya direktori merupakan cara terbaik bukan sahaja untuk mendapatkan traffic, tetapi juga mendapatkan backlink yang berkualiti untuk mendapat kedudukan yang baik dalam search engine. Terdapat banyak direktori sama ada yang percuma ataupun berbayar. Untuk kualiti, saya menyarankan untuk submit ke direktori yang berbayar kerana kebiasaannya, direktori berbayar tidak menerima laman web yang tidak berkualiti atau laman web yang penuh dengan iklan. Selain itu, direktori berbayar juga mempunyai traffic yang tinggi kerana mereka banyak melaburkan wang untuk tujuan promosi.

Untuk memudahkan kerja saya dalam directory submission, saya menggunakan Lazy SEO Automatic Directory Submission dengan membership fee sebanyak $19.95 USD sebulan dimana saya dapat submit ke 265 direktori dalam masa 15 minit sahaja. Walaupun terdapat banyak Auto Directory Submitter software, bagi saya, ini yang terbaik kerana, laman web anda akan disubmit pada category yang tepat, dan kebarangkalian untuk diterima adalah lebih tinggi kerana ia tidak seperti spam.

Selain itu, saya juga menggunakan tools disini Directory Tracker untuk menyemak di direktori mana laman web saya sudah tersenarai dan dimana belum.

Menggunakan forum
Promosi laman web anda melalui forum disini bukanlah bermaksud anda spam semua forum tentang laman web anda. Hanya lakukan di forum yang berkaitan. Kebiasaannya, di forum webmaster, terdapat ruangan untuk website review, dimana anda boleh membuat satu thread untuk laman web anda dan meminta ahli-ahli yang lain memberi pendapat. Promosi juga boleh dilakukan melalui forum signature, dan percaya atau tidak ada orang yang menyewakan signature mereka di forum-forum yang popular seperti sitepoint dan digitalpoint. Saya sendiri, menyewa beberapa signature dari ahli-ahli yang aktif untuk laman web saya
Press Release
Ini adalah antara cara yang paling berkesan walaupun memerlukan sedikit modal. Tetapi, anda hendaklah memastikan yang laman web anda sudah betul-betul siap dan berfungsi dengan betul sebelum melakukan press release. Untuk press release ini, anda boleh menggunakan khidmat individu yang boleh menulis press release dengan baik dan anda boleh pilih untuk menghantar ke laman web press release yang percuma atau berbayar. Biasanya, press release ini akan disiarkan juga di laman web berita yang popular seperti google news dan yahoo news dan oleh kerana terdapat banyak laman web lain yang menyiarkan semula berita dari google news dan yahoo news, anda boleh mendapat beribu-ribu backlinks dalam masa yang singkat secara percuma.

Ini adalah cara-cara yang saya guna untuk mempromosi laman web saya dan ianya berkesan untuk saya. Diharap, saudara/saudari semua dapat berikan pula bagaimana cara anda supaya kita dapat berkongsi ilmu untuk kebaikan bersama

27 Comments Comments Feed

  1. cikgubiz (August 10, 2006, 10:38 am). Reply

    Saudara Alang buat sendiri ke laman web ni http://www.osx-e.com? Mengapa ye laman web lain tidak seperti laman web saudara alang menyediakan ruangan untuk downlaod ye hanya sekadar berforum sahaja mungkin saudara alang tau sebabnya.

  2. ramzwatcher (August 10, 2006, 11:11 am). Reply

    terima kasih ya alang. Satu info emas buat pelawat blog ini (saya juga). saya telah pun bookmark post ini.

    saya dari dulu tertarik dengan konsep ‘bina website yang unik’ tetapi buat masa ini, masih tiada idea dan antara yang terpenting, tdak tahu bagaimana dapat menonjolkan diri dengan idea unik nnt. dan post ini banyak membantu.

    btwn, alang terima tak kalau tlg promosikan website rakyat malaysia yang dirasakan boleh pergi ke peringkat global. Saya percaya ramai rakyat malaysia yang ada idea yang unik tetapi tidak tahu cara yang betul promosikan web mereka.

  3. alang (August 10, 2006, 12:01 pm). Reply

    @cikgubiz – masa permulaan, memang saya buat sendiri. Tetapi bila dah ada sedikit modal, saya gunakan profesional web designer/developer. Laman web lain tidak menyediakan ruang download kerana ia memerlukan kos yang tinggi. osx-e.com menggunakan 20Gb bandwdith sehari dan saya membayar lebih dari RM1000 sebulan utk dedicated server.

  4. linn_comel (August 10, 2006, 1:16 pm). Reply

    info yang benar-benar berharga,’Unik’ tu yang penting ..tapi bina sesuatu yang unik benar-benar perlukan idea yang bagus. Terima kasih Alang..panduan yang benar-benar beguna

  5. selamat (August 10, 2006, 2:08 pm). Reply

    maafkan saya kerana akan bertanya satu soalan yang
    mungkin tidak sepatut ditanya disini. dimanakah saya
    boleh belajar buat website. saya baru sahaja berkenalan dgn internet dan baru register satu emel
    percuma.
    Terima kasih.

  6. hasrul (August 10, 2006, 4:26 pm). Reply

    Kalau nak yang bagus, memang kena modal. Cepat sikit projek berjalan. Tapi kena ler fikir pulangannya. Berbaloi ke tidak. Yang penting, tahu caranya.

    Terima kasih Alang.

  7. galadriel (August 10, 2006, 10:51 pm). Reply

    Thanx Alang …another great post!

    Memang website / blog yang unik ialah yang terbaik. Walaupun lambat dan memakan masa, in the end ia lebih berbaloi dan berfaedah – bukan hanya untuk pembaca tetapi penulisnya juga.

    Selamat, nak bina website? Kliklah pada nama saya kat atas tu…

  8. sham (August 11, 2006, 7:31 am). Reply

    20GB sehari?Site saya pakai bawah 20GB sebulan je bandwidht..

    Great post alang..Banyak info baru yang saya tak tau..

  9. Zack (August 11, 2006, 11:04 am). Reply

    thanks alang…
    info yg sangat berguna bg saya…
    alang telah mencadangkan beberapa website berguna di sini…

  10. Labanon (August 12, 2006, 2:44 am). Reply

    Wah…. lebih RM1000 sebulan utk dedicated server… huhuhu demi utk kebaikkan penggunakan Alang

  11. Noorizam Shah (August 12, 2006, 4:10 am). Reply

    Sebab tulah osx-e.com mendapat ranking yang tinggi.. 20GB …. gerun saya membacanya.. hehehe.. best tips alang :)

  12. sham (August 12, 2006, 5:49 am). Reply

    Salah satu sebab dapat ranking tinggi sebab ia unik/niche dan orang lain tak sanggup nak buat. Yela RM1000 utk satu site just for dedicated server. Boleh wat server sendiri tu..

  13. Iskandar (August 12, 2006, 9:47 am). Reply

    Woit alang,

    Ini aku iskandar. Congrats atas site baru nih.. baru jumpa tadi.

    Anyway, layout osx-e baru mmg mempesonkan hati hamba di sini. Aku tgh dlm proses siapkan site baru aku.

    Semoga aku berjaya bersma2 ko dan org2 lain kat sini.

  14. fuad (August 12, 2006, 2:11 pm). Reply

    Terima kasih alang atas semua tips yang alang beri. Em..saya ingin bertanya..untuk orang yang baru hendak membuat website seperti saya. package hosting yang manakah sesuai?

  15. dino nesta (August 13, 2006, 10:54 am). Reply

    Alang,tanya ckit apa kegunaan web traffic bagi sesebuah laman web???Saya ada melihat satu laman web iaitu http://www.immensehits.com yang menawarkan perkihdmatan web traffic,kononnya dapat menarik & meramaikan pengunjung ke sesebuah laman web,boleh caya ke semua tu???

    TQ…

  16. LcF (August 18, 2006, 7:02 am). Reply

    yet another great aricle by you, alang. :)
    I have subscribe to lazySEO, because I am really lazy to do submitions manually. hehe.

  17. Ezree (August 23, 2006, 8:51 am). Reply

    Alang, saya dah download wordpress.
    Tapi saya confuse nak setup benda ni,adakah saya kena register domain dahulu dan dapatkan hosting baru saya boleh guna wordpress ni.
    Minta tolong guidekan dari mula.
    Terima Kasih

  18. Ezree (August 23, 2006, 9:14 am). Reply

    Alang,

    Disini saya ingin bertanya alang selepas saya muat turun word press , sekadar bertanya

    define(‘DB_NAME’, ‘wordpress’); // The name of the database
    define(‘DB_USER’, ‘username’); // Your MySQL username
    define(‘DB_PASSWORD’, ‘password’); // …and password
    define(‘DB_HOST’, ‘localhost’); // 99% chance you won’t need to change this value

    Apa yg perlu diisi, perlukah saya mendaftar domain dan dapatkan local host dan kemudian di isi disini.

    Kalau kawan-kawan boleh tolong tunjukkan saya amat beterima kasih.
    Terima kasih

  19. matzfain (August 23, 2006, 4:02 pm). Reply

    sori alang.. saya tumpang sekaki..

    utk install wordpress msti ada hosting.. he he
    lepas tu setup Mysql..

    ni panduannya
    http://www.tamba2.org.uk/wordpress/cpanel/

    kalau nak pakai fantastico pun bole jgak..

    PS: Try & Error is the best way to learn

  20. sham (August 23, 2006, 4:05 pm). Reply

    nape tak guna fantastico je..lagi senang..

  21. matzfain (August 23, 2006, 4:13 pm). Reply

    adeh error plak

    lepas tu tukar kat file wp-config-sample.php yg korang install tu n tukar mende berikut

    // ** MySQL settings ** //
    define(‘DB_NAME’, ‘wptemp_wordpress’); // The name of the database
    define(‘DB_USER’, ‘wptemp_Podz’); // Your MySQL username
    define(‘DB_PASSWORD’, ‘secret’); // …and password
    define(‘DB_HOST’, ‘localhost’); // 99% chance you won’t need to change this value

    ptunjuk (hanya contoh)
    ‘wptemp_wordpress’ ialah nama database yg korang guna
    ‘wptemp_Podz’ ialah username utk database Mysql korang yg korang setup tadi..
    ‘secret’ ialah password username utk database yg korang setup tadi
    ‘localhost’ tu jgn usik ape2

    last skali korang save file yg korang edit ni kpd file wp-config.php

    then korang upload smua file kat hosting korang..

    (PS: Pakai Fantasico lg snang jgak)

  22. daniel (August 27, 2006, 12:38 am). Reply

    Informasi yang sangat menarik! Saya dari Indonesia mengucapkan selamat buat saudara Alang untuk websitenya. :-)

    Terima kasih juga buat tips untuk mempromosikan website di internet.

  23. hana (September 15, 2006, 7:11 am). Reply

    ape elemen2 dalam sesuatu laman web?

  24. melayuboleh (December 22, 2006, 7:52 pm). Reply

    memang idea yang menarik, cuma mungkin boleh ditambah sperti linking, tag dan sebagainya

  25. alang (December 23, 2006, 3:52 pm). Reply

    @melayuboleh – tips2 tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya, iaitu apa yg saya gunakan dan berkesan utk saya. Memang banyak lagi cara2 lain utk mempromosi laman web, tetapi saya kurang mahir dan masih lagi mempelajarinya.

  26. Tips mempromosi direktori (March 7, 2007, 1:23 pm). Reply

    [...] sebelum ini saya memberikan tips bagaimana untuk mempromosi laman web secara am, tetapi hari ini atas permintaan daripada beberapa pembaca, saya akan memberi tips khusus untuk [...]

  27. Joili Marubin (October 28, 2007, 7:46 pm). Reply

    saya budak baru belajar , tolong nilai sendiri laman web ini http://www.mindaxpert.com

Add a Comment