Rangkuman soalan pembaca

16alang18th Oct 2007Entri, , , ,

Berikutan terlalu banyak soalan dari pembaca yang diterima, saya akan cuba menjawab kesemuanya disini untuk mengelakkan anda menunggu lama untuk mendapat jawapan. Jawapan yang diberi mungkin tidak terlalu terperinci atau tidak dapat memuaskan hati anda kerana sesetengah soalan tersebut adalah di luar bidang kemahiran saya.

Soalan pertama dari Sabri;

Assalamualaikum…
Saya berminat dengan website www.50pageswebsite…berapa kos untuk
membuatnya..ada tak cara nak setup secara percuma.saya mempunyai web iklan
www.worldiklan.com ,dah hambir 6 bulan saya lancarkan tapi sambutan tak
mengalakkan..apa yang haru saya lakukan.

Untuk laman web www.50pageswebsite.com, saya telah membelanjakan $500 USD (RM 1700) untuk design dan coding. Saya juga telah membelanjakan hampir $1000 USD (RM  3400) untuk tujuan promosi. Anda boleh setup laman web tersebut secara percuma jika anda mempunyai kemahiran membuat design laman web yang menarik. Laman web www.50pageswebsite.com hanya menggunakan kod html biasa dan sedikit java script.

Saya telah melihat laman web saudara www.worldiklan.com dan first impression yang saya dapat ialah saya tidak akan mengiklankan produk / servis saya disitu. Ini adalah kerana laman web tersebut nampak sibuk, tidak profesional dan tidak sedap mata memandang. Selain itu saya dapati shoutbox anda juga penuh dengan spam. Untuk membina laman web iklan (classified) beberapa perkara yang perlu dititikberatkan ialah rekabentuk yang memudahkan pelawat melawat dari satu page ke satu page, rekabentuk yang menarik dan sedap mata memandang. Contoh laman web classified yang terbaik ialah craiglist

Soalan kedua dari fairuz;

saya nak tanya satu soalan……..saya ade beli e-book raja adsense tu.saya nak
tanye,
1 jika kita nak buat blog, perlukah kita mempunyai laman web
sendiri..
2. boleh x kita link kan topik yang kita buat ke web org lain.

Saya agak kurang faham dengan soalan pertama. Mungkin fairuz bermaksud apakah perlu mempunyai laman web lain terlebih dahulu dan menjadikan blog sebagai satu sekyen di bawahnya. Jawapan saya untuk soalan ini ialah anda tidak perlu mempunyai laman web untuk membuat blog kerana blog itu sendiri merupakan satu bentuk laman web. Terdapat banyak blog yang boleh berjaya dengan sendiri tanpa mempunyai blog. Antaranya ialah www.techcrunch.com, www.lifehacker.com dan juga www.boingboing.net. Anda boleh membina blog tanpa perlu register domain sendiri dengan menggunakan perkhidmatan blog percuma dari www.blogger.com atau www.wordpress.com.

Soalan yang kedua juga agak kurang jelas. Jawapan saya ialah jika kita memasukkan apa-apa bahagian artikel dari laman web lain, kita wajib memberikan link asal di mana kita ambil artikel tersebut. Selain itu, ada sesetengah laman web yang tidak membenarkan kita memaparkan artikel mereka (sebahagian atau penuh) di laman web kita walaupun kita memberikan link ke laman web asal. Anda perlu membaca terlebih dahulu syarat dan terma yang diletakkan di laman web tersebut. Bagi laman web artikel percuma, anda tidak mempunyai masalah untuk meletakkan artikel mereka di laman web anda asalkan nama penulis dan laman webnya diletakkan dihujung artikel. Sebaliknya untuk laman web jenis lain, anda hanya boleh memaparkan sebahagian artikel tersebut sahaja jika pemilik laman web tersebut memberikan kebenaran.

Soalan ketiga dari hafifi;

Sebagai seorang penulis blog yang profesional, saya rasa saudara Alang adalah
orang yang patut saya tujukan soalan. Soalan saya seperti berikut:
1) Selain daripada adsense, apakah program lain yang serupa dengannya.
2) Saya baru belajar tentang blog. Apa yang boleh saya buat umtuk mendapatkan
traffic yang tinggi?
3) Apa itu ADVERTLETS?
Itu sahaja soalan buat masa sekarang. Thank you.

Buat makluman saudara hafifi saya bukanlah seorang penulis blog profesional. Saya adalah pemilik laman web, blog dan direktori yang menulis di Blog Webmaster Malaysia hanya untuk berkongsi pengalaman saya. Penulis blog profesional adalah mereka yang mendapat pendapatan dengan hanya menulis di blog. Mereka tidak semestinya mempunyai blog sendiri kerana mereka boleh menulis di mana-mana blog dan mendapat bayaran darinya. Contoh-contoh blog yang mempunyai penulis blog profesional ialah www.techcrunch.com, www.engadget.com, www.lifehacker.com dan sebagainya.

Untuk soalan saudara pula, ini ialah jawapan saya.

1. Jika saudara mengikuti saranan saya dengan membaca terlebih dahulu tulisan saya sebelum bertanyakan soalan, saudara akan menjumpai tulisan saya sebelum ini Alternatif kepada adsense

2. Jawapan untuk soalan ini juga telah saya sentuh sebelum ini di 110 cara mendapatkan lebih banyak trafik ke laman web / blog anda

3. Jawapan untuk soalan ketiga boleh diperolehi dari laman web advertlet sendiri seperti yang saya paparkan di bawah

Advertlets.com is a blog advertising network that offers the remarkably sensible proposition of targeted, unintrusive advertising that benefits the online advertising and blogger community, as well as their readers.

Secara amnya, Advertlets ialah satu program pengiklanan seperti adsense yang dimiliki oleh rakyat Malaysia dan mensasarkan pemilik blog dari Malaysia. Anda boleh mendapat lebih lagi maklumat mengenai Advertlets di Advertlets Support. Selain itu, rakan kita Ismail telah memberikan penerangan yang lengkap

Saya telah memberi nasihat sebelum ini kepada semua pembaca blog supaya cuba mencari maklumat itu sendiri terlebih dahulu sama ada di blog saya ataupun di laman web lain sebelum bertanyakan soalan. Jawapan kepada soalan yang berbentuk fakta sebegini mudah diperolehi jika anda rajin mencari.

Selepas ini, soalan sebegini tidak akan saya layan lagi.

Saya akan menulis bahagian kedua rangkuman soalan pembaca ini sedikit masa lagi.

16 Comments Comments Feed

  1. Fahmishah (October 18, 2007, 4:38 pm). Reply

    dulu aku pun suka letak iklan banyak2..tapi pengalaman mengajar .aku letak sikit saja.nampak elegan gitu

    Fahmishah’s last blog post..Automattic Has Bought Gravatar

  2. Norfazli Hamzah (October 19, 2007, 3:22 pm). Reply

    Bagi saya,saya lebih suka guna konsep “gunakan wang untuk menghasilkan wang”.

    Maksubnya ialah jangan takut untuk mengeluarkan modal untuk design,iklan dan meningkatkan taraf web site/blog.

    Kemudian bekerja keras untuk berjaya supaya keuntungan akan di perolehi.

    Norfazli Hamzah’s last blog post..Musuh Paling Jahat Dalam Perniagaan Anda

  3. naem (October 20, 2007, 2:49 pm). Reply

    saya setuju sesangat dengan kenyataan ni..dunia di hujung jari..tapi tak ramai yang benar2 memahami.(saya pun bukan faham juga )..cuma nak cakap kat sini,nak dapat info atau apa2 sj dlm internet ni, kena la rajin mencari..bertanya tu boleh tapi mencari la terlebih dahulu…

    naem’s last blog post..Adsense Coder & Window Live Writer

  4. nadzal (October 21, 2007, 9:49 am). Reply

    Ehm. Soalan begini memang banyak kat mana-mana website. Tapi its still fine. At least membantu serba sedikit sekarang. Apapun, berusahala sehingga berjaya.

    nadzal’s last blog post..Why You Must Buy Page Peel Ads?

  5. eracyber (October 21, 2007, 11:33 am). Reply

    untuk soalan yang paling atas sekali tu. saya setuju sengan alang. orang takkan tempah iklan sesuka hati jer, untuk mendapat tempahan iklan pada satu web iklan, web tersebut mestilah kelihatan kemas. selain inu perkaran yang paling penting ialah trafik. orang takkan mengiklan di web yang tiada atau kurang trafik.

  6. zool (October 21, 2007, 9:27 pm). Reply

    Saya juga setuju dengan kenyataan bahawa lebih elok mencari terutamanya dengan bantuan pakcik google.. Kalau dah blur baru boleh tanya…
    Wah menarik sungguh post kali ini.. Alang mengeluarkan segala ilmunya untuk tatapan ramai…

    zool’s last blog post..Matang

  7. waka (October 23, 2007, 7:17 am). Reply

    informasi sebenarnya memang banyak, kena rajin mengeledah sehabisnya untuk mengelakkan soalan2 yang berulang.

  8. DiariAdsense.Com - Nak Bercuti Ke Tak? - Diari Adsense.com (October 23, 2007, 5:41 pm). Reply

    [...] saya gunakan ini agak lembab ( lebih baik dari celcom tau ). Tapi sempat la juga masuk melayari blog Alang, Blog Smartzul dan Blog En Sham ( blog-blog kegemaran saya ). Ramai rupanya yang bercuti dari [...]

  9. abdfatah (October 27, 2007, 7:33 am). Reply

    yaa… informasi terlalu banyak dn kita perlu dan patut rajin menaip dalam kotak search bukan sekadar mencari dan bertanya… maka dengan itu rajin2lah bertanya dalam kotak google tersebut…

  10. kita (October 29, 2007, 4:48 pm). Reply

    Terima Kasih kepada saudara Alang/kawan2 di atas komen yang membina mengenai worldiklan.Wordliklan adalah salah satu projek kerjasama dengan bizmalaya.

    kita’s last blog post..Basic Adobe Photoshop Shotcut Keys Keyboard

  11. kita (October 30, 2007, 12:46 am). Reply

    alhamdulillah worldiklan kini berwajah baru..pelawat semakin meningkat kepada +- 100 sehari…worldiklan akan di update dari masa ke semasa..sebarang komen diperlukan bagi meningkatkan worldiklan……

    kita’s last blog post..Login Dua Akaun Yahoo Mesenger Pada Satu Komputer

  12. SyedHafidz (November 2, 2007, 8:17 pm). Reply

    Tahniah Alang kerana menjadi rujukan pembaca blog masakini..
    Saya membayangkan juga kalau2 suatu hari nanti saya pun akan menjadi rujukan kepada IM yang lain..gemapk gitu..
    =)

  13. bizmalaya (November 20, 2007, 1:16 am). Reply

    terima kasih kepada saudara alang kerana secara tidak langsung promosikan worldiklan.com

    bizmalaya’s last blog post..Produk Ebook atau Ebuku Satu Peluang Menguntungkan

  14. naem (October 20, 2007, 2:51 pm). Reply

    opsss.. tersilap letak kode…kenyataan alang yang ni yang saya rujuk…

    Saya telah memberi nasihat sebelum ini kepada semua pembaca blog supaya cuba mencari maklumat itu sendiri terlebih dahulu sama ada di blog saya ataupun di laman web lain sebelum bertanyakan soalan. Jawapan kepada soalan yang berbentuk fakta sebegini mudah diperolehi jika anda rajin mencari

    naem’s last blog post..Adsense Coder & Window Live Writer

  15. waka (October 28, 2007, 12:00 am). Reply

    yela abdfatah. setuju sgt dgn jawapan anda tu

  16. waka (October 31, 2007, 8:01 am). Reply

    wah bagusla kira dah ada kemajuan tu, mungkin lama-lama nanti beribu orang sehari

Add a Comment