Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
Berhati-hati Dengan Penggunaan Blog Percuma
oleh Zamri Nanyan
Ada banyak yang bertanyakan saya… macam mana nak bina blog secara percuma?
Saya anggap ini merupakan soalan daripada newbie… jadi saya tak sentuh mengenai blog yang dipasangkan di website sendiri (walaupun ini merupakan saranan terbaik saya).
Untuk permulaan, anda ada 2 pilihan.
1. www.Blogger.com
2. www.Wordpress.com
www.Blogger.com lebih baik sekiranya anda ingin mempromosikan produk sendiri, produk affiliate atau online MLM. Di sini anda juga boleh meletakkan kod Adsense anda di mana jika ada yang klik di iklan Adsense ini, anda akan mendapat bayaran daripada Google.
www.Wordpress.com juga adalah percuma. Versi yang anda boleh pasang di webserver lagi banyak kelebihannya tetapi untuk versi percuma di www.Wordpress.com, tak banyak ‘feature’ yang anda boleh tambah.
Kedua-dua perkhidmatan di atas adalah antara yang terbaik tetapi saya pernah mengharungi satu pengalaman buruk bersama www.Wordpress.com dan pernah juga dengar masalah dengan www.Blogger.com
Semasa pelancaran ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM, saya menggunakan www.Wordpress.com untuk pre-launch campaign. Banyak juga yang saya muatkan di situ dan banyak juga trafik ke laman blog tersebut.
Satu hari, saya dapat berita daripada seseorang yang mengatakan blog saya dah kena ‘banned’. Lepas membuat semakan sendiri, memang benar yang blog saya sudah dipadamkan.
Saya pun hantar satu email kepada support dan balasannya mudah – saya telah mempromosikan MLM di www.Wordpress.com. Ianya melanggar terma dan syarat mereka walaupun saya sebenarnya menggunakan blog tersebut dengan tujuan memberikan berita terkini mengenai pelancaran ebook saya dan bila dirayu untuk mendapatkan kembali kandungan blog tersebut, jawapannya “sorry”.
Ramai juga individu yang menyatakan blog dari servis www.Blogger.com yang mereka gunakan hilang walaupun saya belum pernah mengalaminya lagi.
Jadi, sebagai permulaan, gunakan www.blogger.com untuk percubaan atau membina blog untuk mempromosikan produk anda tetapi cepatlah bertukar ke blog yang dipasangkan di laman web anda sendiri selepas anda berjaya belajar menggunakan blog di servis percuma ini.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Laman web utama beliau ialah http://www.zamrinanyan.com dan sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut.
*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.



btul kata alang,,,baik ada domain sendiri dari yang free…berapa sen sangat kos untuk dapatkan domain sendiri sekarang ni…keluarkan modal sekali setahun jer lepas tu kita ada masa satu tahun untuk dapatkan modal…kalau kita betul-betul buat dalam masa satu bulan pun dah dapat modal
kita’s last blog post..Buat Images Avatar Secara Online
memang benar….jangan tunggu sehingga blog anda hilang atau dipadam, baru nak kalang kabut dan berserabut… blog percuma mungkin boleh dijadikan sebagai platform permulaan anda sahaja…
untuk perniagaan yang serius dan berterusan, anda perlu dapatkan blog yang dipasang sendiri…lebih banyak faedahnya dan menguntungkan..
betul tu…kita jangan tunggu bila maklumat dalam blog percuma tu hilang baru nak sibuk sini sibuk sana…blog percuma hanya boleh dijadikan platform permulaan sahaja…
nasihat yg berguna utk newbie..terima kasih banyak banyak
eriy’s last blog post..Start Good New Habits
nampaknya perlu hati2 pasni sapa yang ade blog free tu…termasuk la saya..tapi blog free saya pun just untuk adsense saja..:)takla promote gile2..erm
Saya penah gak guna blospot tapi xpenah kene ban setakat ni..
lagipun sejak guna blog sendiri saya dah xguna sangat blogspot..
SyedHafidz’s last blog post..Jejak Jutawan Bersama Irfan Khairi
salam, jadikan blogspot dan wordpress sebagai satu bahan ujikaji atau tempat utk try and error, seelok2nya banyakkan bergaul dgn wordpress lah kerana bila kita dah beli hosting nanti tiada platform seumpama blogspot di hosting kita..biasanya yg pre-installed didalam fantastico itu adalah wordpress, b2evolution dan sebagainya. Tetapi kalau tuan-tuan dan puan-puan mahu membiasakan diri dengan wordpress tanpa perlu koneksi internet kita boleh host kan wordpress itu di localhost. Caranya dengan
1. Memuaturun wordpress 2.3.1 di wordpress.org/download
2. Memuaturun xammplite (software yg berkaitan dgn apache dan mysql)
3. Install wordpress di localhost (perlu sedikit penambahan di wp-config.php)
4. Dan anda boleh komen, boleh hantar entry, adjust theme, cuba plugin, dan sebagainya secara offline.
5. Bila dah biasa, baru la cari hosting dan bina empayar blog anda.
P/s jgn risau, entry2 lama anda diblogspot boleh diimport masuk kedalam wordpress
sekian, http://www.syamsulariff.com
vangardx’s last blog post..How to check who linked your blog/web via Google BlogSearch
Kalau nak selamat guna je blog berbayar..
lagi terjamin n banyak features leh ltk..
tak timbul msalah blog kena ban dll
SyedHafidz’s last blog post..Berhati-hati Dengan Blog Percuma
Setakat ni saya masih guna blogger, kalau ada rezeki nak buat website sendiri.
kawan_cyber’s last blog post..Kisah Pak Pandir Dan Pak Kaduk
cadangan: setiap post dari zamri nanyan, rasanya better letak gambar dia. baru orang tak keliru
kalau mcm blogger, die lebih flexible. suka hati nk buat ape2, tp mostly splog yang kene delete. tapi, kalau blog yg ok, blogger tak ban pnyer. tgk la mcm labnol tue, setia dgn blogspot. lepas tu, kalau kite nk linkkan ke blog2 baru pn, google tk kira link tu dr IP yang sama. so, cam ade backlinks juga laa.
Hm.. dari Zamri Nayan rupanya..
patutlah rasa cam penah baca je..
Huhuhu.. betullah tu kalau domain sendiri lagi best….
cuma kalau nak cuba blogger.com rasanya lebih baik dari wordpress.com
zool’s last blog post..Hari Sabtu yang jiwang
begusla post ni utk pedoman bloggers yang guna blog percuma..
jangan sampi blog kene ban..
SyedHafidz’s last blog post..Berhati-hati Dengan Blog Percuma
Setuju dengan saudara ZamriNayan…
Namun begitu, adalah tidak salah kepada newbie untuk belajar menjadi blogger melalui blog percuma, asalkan dia orang buat back up pada maklumat dia orang. kebanyakan blogger menjadikan blog percuma sebagai platform untuk mereka sebelum mempunyai laman web atau webblog sendiri….
“Jika anda ingin Kaya, utamakan yang Percuma sebelum mencari yang berbayar. Yang Percuma anda boleh menggunakannya tanpa mengeluarkan wang anda satu sen pun sebaliknya yang berbayar belum tentu anda dapat gunakan kesemuanya”
- Thinkerich-
http://www.thinkerich.blogspot.com
“Jika anda ingin Kaya, utamakan yang Percuma sebelum mencari yang berbayar. Yang Percuma anda boleh menggunakannya tanpa mengeluarkan wang anda satu sen pun sebaliknya yang berbayar belum tentu anda dapat gunakan kesemuanya”
- Thinkerich
Thinkerich’s last blog post..HARTA KEKAYAAN, TIDAK BOLEH BAWA KE MATI?
Kalau newbie guna je blogger percuma coz takde modalkan…yg penting jgn langgar TOS mereka insya allah takde apa2….
dah ada modal beli domain+hosting sendiri baru ada kredibiliti sikit he he
saiful’s last blog post..Pemimpin Sebenar Dan Hakikat Harta Di Dunia.
alang, bleh saye tau kat mne awk bli windows vista OEM version tanpa bli komputer baru dan brapa harganye utk windows vista home premium?
sy ade trbace komen yg dhantar mgnai harga wv di malaysia..
alang bleh hantar kpd emel sy atau disini..
terime kasih.
saya dah pun melalui fasa familiarization dengan blog percuma (blogspot / wordpress)
Sekarang tiba lah masa untuk try blog berbayar.Leh try usha-usha blog saya
http://blog.joerzoe.com
assalamuailaikum..saya banyak menggunakan hosting dan juga domain percuma untuk membuat blog..adakah ianya baik untuk saya.saya kekurangan modal la untuk beli hosting.
benar kata alang & kita! aku setuju sbb tu aku sudah memiliki domain & host sendiri eheh. dan kita blh buat apa yg kita suka
megat’s last blog post..Twit @ Twitter On 2007-11-06
buat makluman artikel ni bukan ditulis oleh saya sebaliknya saudara Zamri Nanyan
Wah! Kena letak gambar?
Kalau Alang OK, saya takde masalah… kalau ianya dapat menolong ‘confusion’ anda semua.
Zamri Nanyan’s last blog post..The Danger In ?Join My New MLM? Syndrome
saya tak ada masalah kalau you nak letak gambar. Tapi saya rasa orang akan miss jugak. Bayangkan dalam artikel di atas, 3 kali nama Zamri Nanyan muncul tetapi macam mana boleh tak nampak
Nanti saya try sekali letak gambar… kalau miss jugak, tak tau apa nak cakap dah…
Apa-apa pun, diharapkan apa yg saya kongsikan memberi kebaikan dan manfaat kepada semua… itu yang lebih penting…