Perjumpaan webmaster / blogger Malaysia

Written by alang on November 14, 2007

Pihak Forum Webmaster Malaysia telah menghubungi saya berkenaan dengan perjumpaan ini malangnya saya tidak dapat hadir pada hari tersebut kerana mempunyai urusan perkaitan persekolahan anak saya. Limcs telah meminta saya mewarwarkan perkara ini di blog saya tetapi kerana terlalu sibuk (betul ke?) saya telah terlupa sehinggalah apabila saya terbaca tulisan di blog beliau hari ini. Saya harap saya belum terlewat untuk menyampaikan berita ini.

Perjumpaan ini merupakan yang pertama dianjurkan oleh forum webmaster Malaysia dan setakat ini sudah 32 orang bersetuju untuk hadir antaranya ialah wakil dari Google, Gobala Krishnan dan juga Liewcf. Jadi jika anda ada kelapangan pada hari Sabtu ini 17 November 2007, di jemput beramai-ramai hadir ke Starbucks KL Sentral.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut berkenaan perjumpaan ini dan mendaftar di http://getfound.com.my/webmaster-gathering-starbucks-kl-sentral/

Saya juga mungkin akan hadir jika segala urusan saya selesai lebih awal.

Comments

  • 11-14-2007
    6:45 pm

    Reply

    SyedHafidz

    Alamak nak g tapi ada exam la plak..
    sedihnye tak dapat g.
    agak2 bila ada lagi peluang camni ek..

    SyedHafidz’s last blog post..Pengumuman..


  • 11-14-2007
    8:55 pm

    Reply

    Galadriel

    Hmm … saya akan pergi meeting ni kot.

    Tapi maybe takleh lama coz malam tu kena pergi wedding cousin saya lak kat Ampang. :p

    Galadriel.


  • 11-14-2007
    8:56 pm

    Reply

    Galadriel

    Alang,

    Saya akan pergi meeting ni kot.
    Tapi stay sekejap je kot coz malam tu kena pegi wedding cousin kat Ampang. :p

    Galadriel


  • 11-15-2007
    1:05 am

    Reply

    Zamri Nanyan

    Bagus jugak kalau dapat pegi sebab boleh juga jumpa satu sama lain…

    Banyak yang saya kenal dari website je… :)


  • 11-15-2007
    12:16 pm

    Reply

    kita

    ermmm untung ler orang yang dok area kl..leh pergi…yang tinggal jauh dari area kl susah sedikit lerrr

    kita’s last blog post..Buat Images Avatar Secara Online


  • 11-15-2007
    4:30 pm

    Reply

    zool

    Tak pegi kot..
    Lagipun siapalah saya.. Huhuhuhuhu

    zool’s last blog post..Kunci


  • 11-15-2007
    4:39 pm

    Reply

    megat

    pegi ker tak eh !? masih byk jemputan open house uhuhu

    megat’s last blog post..Twit @ Twitter With Megat On 2007-11-14


  • 11-15-2007
    8:32 pm

    Reply

    saiful

    aku setuju dengan kau zool…siapalah kita ni…ha ha ha


  • 11-16-2007
    12:31 pm

    Reply

    SyedHafidz

    1 nak tanya…
    suma IM boleh g ke??
    atau mereka2 yang dah otai2 je…
    tgkmacam otai2 je yg g…

    SyedHafidz’s last blog post..4 Kaedah Promosi Link Affiliate Menggunakan Blog


  • 11-16-2007
    2:21 pm

    Reply

    mrozaidi

    Ermm..Jadi Webmaster Yang Anjurkan Ke..Orang Luar Boleh Join Ke..Berapa Bayaran..Hehe


  • 11-16-2007
    2:22 pm

    Reply

    mrozaidi

    Jadi Kena Bayaran Tak


  • 11-16-2007
    4:53 pm

    Reply

    Panduan FTP

    rasanya semua boleh pergi syedhafidz…
    kalau berkesempatan nak juga pergi…
    tapi tak leh sebab ada exam….

    han


  • 11-16-2007
    11:02 pm

    Reply

    sham

    Ala..kenapa wat ari sabtu plak.Buat la hari ahad. Sabtu ada keje skit.Rugi plak,ramai otai ke sana.


  • 11-17-2007
    4:47 am

    Reply

    vangardx

    salam, ada sape2 yg pegi ke esok? huhu..aku nak pegi je kalau sempat..tapi tak kenal sape2 pun..ade ke yg nak pegi kat sini? boleh dtg sama2..

    vangardx’s last blog post..How to check who linked your blog/web via Google BlogSearch


  • 11-20-2007
    2:59 pm

    Reply

    Noorizam Shah

    rugi tak pergi sabtu tu… well saya kerja hari sabtu.. so memang terlepas la..


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message