Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan
“Alamak! Macam susah je buat ‘internet business’ ni. Siap kena faham matematik lagi.”
Tapi janganlah anda risau – sebab tajuk yang kita bincangkan di sini tidaklah sesusah pelajaran matematik di tahap pengajian PhD.
Saya meletakkan tajuknya sebegini supaya anda mudah mengingati keseluruhan kandungan mesej yang saya tulis supaya anda boleh terus aplikasikan di dalam perniagaan Internet anda hari ini.
Terlebih dahulu, saya andaikan anda sudah mengetahui apakah yang dikatakan blog dan bagaimana untuk membinanya. Jika belum, saya cadangkan anda melawati http://simurl.com/blogging-steps untuk mempelajarinya.
Sekiranya anda adalah pembaca sesetengah blog usahawan internet, anda akan merasakan ada perbezaannya dengan blog yang lain. Walaupun terdapat unsur-unsur atau cerita peribadi, namun di dalam sesetengah paparan, anda akan dapati gaya penulisannya adalah ala-ala sebuah artikel yang ditulis untuk sesebuah bab di dalam buku.
Inilah yang saya katakan “multi-purpose writing” atau “penulisan pelbagai” – kerana anda akan menyiapkan sesuatu kerja yang boleh digunakan bagi lebih daripada satu tujuan.
“Bagaimana?”, anda bertanya.
Begini… Blog anda perlukan kandungan yang berguna untuk pembaca anda. Jadi, anda akan menulis sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama, anda boleh berfikir beberapa langkah ke hadapan.
Untuk memudahkan anda, di sini saya berikan beberapa tip.
1. Tulis artikel yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pelbagai situasi seperti dipaparkan di dalam blog, diletakkan di dalam forum, disebarkan ke direktori artikel lain, dijadikan “mini e-report”, dijadikan sebuah atau sebahagian bab di dalam ebook dan sebagainya.
Dalam ertikata lain, artikel ini dapat disesuaikan untuk pelbagai keadaan.
2. Tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk yang anda bincangkan. Contohnya, anda boleh fikirkan tajuk sebuah ebook yang berkaitan dengan memperolehi pendapatan dengan perniagaan Internet MLM.
Jadi, sekiranya anda mempunyai ebook seperti ini, tajuk artikel yang anda boleh tulis ialah seperti “Bagaimana memilih perniagaan internet MLM yang sesuai”, “5 cara mempromosikan MLM di Internet”, “Salah faham mengenai internet MLM” dan banyak lagi. Tajuk-tajuk artikel ini boleh ditulis terlebih dahulu dan kandungannya boleh ditulis pada bila-bila masa.
Akhirnya, selepas semua artikel tersebut ditulis, secara tidak langsung, anda juga telah menyiapkan satu ebook.
3. Kekalkan gaya penulisan artikel anda bagi sesebuah tema atau tajuk utama yang anda ingin liputi. Ini penting kerana sekiranya gaya penulisan anda berbeza-beza, anda tidak mungkin dapat mencipta sebuah ebook yang mantap dan mempunyai ‘flow’ atau gaya bahasanya yang konsistent.
Praktikkan tip-tip yang diberikan di atas untuk memulakan penulisan artikel anda yang pertama, dan kita akan sambung semula dengan bahagian II pada masa akan datang.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan memulakan perniagaan internet sejak 2003 lagi dan beliau mempunyai minat yang amat mendalam terhadap bidang pembangunan diri. Sekiranya berminat dengan produk pembangunan diri yang terbaik, sila lawati http://www.successuniversity.com.my untuk maklumat lanjut. Zamri juga ada menyediakan tawaran khas kepada anda di laman web http://imran.zamrinanyan.com/offer.html untuk “Kids Fund” anak-anak beliau. Anda pasti mahukan pakej yang beliau tawarkan ini.
*** Anda dibenarkan untuk meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda dengan syarat biodata Zamri Nanyan disertakan bersama. Link ke tawaran khas boleh ditukarkan kepada link affiliate anda selepas anda menyertai affiliate program beliau di http://imran.zamrinanyan.com/share.html. Artikel ini boleh juga disebarkan melalui email.



alhamdulillah, dah tak keliru lagi sebab ada gambar..
blog alang ni boleh jadi macam about.com lah.. hehe..
hmm.. berkenaan no. 3, nampaknya tak bolehlah aku ikut sebab style aku di mailing-list amatlah istimewa hihi
sebenarnya dengan menulis blog dapat mengasah bakat menulis kita, betul tak?
Hm betul tu.. penulisan blog ni mampu mengasah bakat penulisan selain itu akan menjadikan kita lebih ambil berat tentang sesuatu topik …
zool’s last blog post..Umurku meningkat
saya tak perasan tentang hal ni. Patutle rasa macam rugi semacam je. Nampkanya nak kena ubah minda dan berfikir utk jangka panjang. Tahun 2008 dah nak masuk. Sesuatu yang baik perlu dicipta.
naem’s last blog post..How To Make Money Work For You
asahlah bakat penulisan dengan blog, kalau x reti tulis, inilah masa untuk belajar, antaranya kaji dan amati blog2 orang lain yang berkualiti, belajarlah melalui pembacaan. Walaupun kadang2 xtau nak tulis apa atau rasa penulisan mcm xde isi buat aje dulu, insyaAllah lama2 akan menjadi lebih baik.
Salam,
penulisan ni memang kena asah betul2…tp stail masing2 la…benda ni terlalu subjektif…ada pembaca suka sesuatu stail tu dan sebaliknya….
saiful’s last blog post..Pemimpin Sebenar Dan Hakikat Harta Di Dunia.