Selamat Hari Raya Aidil Adha

20alang20th Dec 2007Entri,

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat hari raya Aidil Adha kepada semua pembaca blog ini yang beragama Islam. Buat makluman pembaca semua saya masih lagi bercuti sekarang dan saya menyambut hari raya di kampung isteri saya di Kelantan dan turut serta mengambil bahagian menunaikan ibadah korban.

Ada satu cerita yang ingin saya kongsikan di sini yang saya rasa dapat dijadikan pengajaran untuk semua. Pada awal bulan ini, saya telah kehilangan beberapa ratus dollar kerana seseorang telah dapat masuk ke bahagian admin SZAB Directory dan mengubah paypal ID saya kepada paypal ID beliau. Perkara ini hanya saya sedari selepas 10 hari apabila saya dihubungi oleh seorang pelanggan tetap yang bertanyakan kenapa saya menggunakan nama dan paypal ID lain untuk menerima bayaran. Saya juga terlambat menyedari perkara ini kerana sedang bercuti dan jarang memeriksa bahagian admin direktori tersebut.

Pada mulanya saya mengesyaki direktori saya diceroboh oleh hacker (penggodam) tetapi setelah diperiksa tidak terdapat tanda-tanda yang server saya diceroboh. Kemudian baru terlintas yang saya telah menggunakan password yang hampir saya untuk kesemua laman web saya dan juga di forum-forum / laman web lain yang saya daftar. Password ini juga agak ringkas kerana saya mahu ianya senang diingati.

Selepas kejadian ini saya telah menukar semua password-password yang telah saya gunakan sebelum ini kepada password yang lebih susah menggunakan password generation tools. Walaupun saya sendiri tidak dapat mengingati password tersebut, tetapi saya menggunakan software yang akan mengisi password tersebut secara automatik.

Jadi bagi anda yang aktif dalam internet, pastikan anda tidak menggunakan password yang sama di semua laman web yang anda daftar. Dan pastikan juga password anda menggunakan huruf besar dan huruf kecil, nombor dan juga karakter untuk menyebabkannya sukar diagak. Terdapat banyak software dan juga online tools untuk anda dapatkan password yang sukar antaranya http://www.goodpassword.com/ dan juga http://www.roboform.com

20 Comments Comments Feed

  1. Azahari (December 20, 2007, 9:39 pm). Reply

    Selamat Hari Raya Korban Alang…

    Terkejut juga saya dengar paypal email telah ditukar. Rasa risau pulak.. saya pun sama jugaklah menggunakan password yang sama setiap kali. Bila dah banyak sangat website yang saya subscribe memang tak ingat kalau letak password lain-lain. Cuma kalau password spt Internet Banking je yang lain sikit…yang lain semuanya sama je…

    Lepas ni saya kena guna jugaklah tools macam roboform tu… Hari tu saya pakai juga masa pakai Windows, tapi tu pun baru je guna sebenarnya… Tak sempat nak explore dah kena pakai 1password pulak sebab pakai Mac…takde pulak option untuk create password macam roboform tu…

  2. saiful (December 21, 2007, 10:13 am). Reply

    Pergh..saya pun byk guna password yg sama…terpaksa la tukar nampaknya… ho ho bahaya betul lah…

    saiful’s last blog post..Sememangnya Allah Amat Berkuasa

  3. Noorizam Shah (December 22, 2007, 9:36 am). Reply

    Selamat hari raya aidiladha alang. macam mana dengan byaran? kira burn la eh?

  4. abeku (December 22, 2007, 3:47 pm). Reply

    Gile nie..mcm ne boleh trlepas pandang..bagus org yg bg tahu ko tu…kalau tidak..

    abeku’s last blog post..Fujifilm Finepix S8000fd review

  5. Labanon (December 22, 2007, 10:43 pm). Reply

    Wah bahaya tu… tp saya lain2 password ehehe kecuali benda tak penting barulah guna password sama :)

    Labanon’s last blog post..3 Benda Dalam Satu Harga

  6. kita (December 23, 2007, 1:23 am). Reply

    ermmm…tak leh detect ker sapa yang buat…report kat paypal ker

    kita’s last blog post..Hosting Blog Percuma Menggunakan WordPress

  7. Maizul (December 23, 2007, 2:49 pm). Reply

    Macam mana diorng boleh tau ye no password ni. Memang handal betul la hacker tu. Banyak jugak no password yang perlu di ingat kalau dah banyak sangat nonya.

    Maizul’s last blog post..Report : Search Engine MYTHS

  8. Mohd Sufian (December 24, 2007, 4:14 pm). Reply

    Kes nyaya nie. Dah tak ada kerja lain mamat tu.

    Saya pun guna passsword yang berbeza-beza. Senang sikit. Kalau nak password yang senang diingati cuma tukar aksara tu dengan nombor. Mcm no 3 utk e, no 7 utk t. Semuanya bergantung kepada rakan2.

    Sebab kalau password kalau dicampur nie, payah sikit nak cracks.

    Mohd Sufian’s last blog post..Laporan percuma untuk penggiat pemasaran rangkaian (Network Marketing) di Malaysia

  9. SyedHafidz (December 25, 2007, 10:46 am). Reply

    saya pun masih lagi menggunakan pasword yang sama kepada suma akaun saya..
    tp pasword yang saya gunakan memang password yang tak boleh nak diagak..
    sebab ada bercampur no dan huruf.. :)

    SyedHafidz’s last blog post..Laaaa?.tukaq lagi ka?

  10. cakapgold (December 25, 2007, 12:38 pm). Reply

    assalamualaikum alang, selamat hari raya aidiladha…saya juga beraya di destinasi yang sama di mana banyak sangat kejadian tanah runtuh berlaku… memang dugaan raya haji tahun ini begitu mencabar.

    Berkaitan hal paypal id di ceroboh.. kejadian ini pernah berlaku kepada saya sendiri di mana dalam masa 24 jam saja no akaun ataupun email telah di tukar oleh pencuri yang entah dari mana datangnya.. antara no akaun yang paling mudah di ceroboh adalah script untuk menerima payment melalui egold.

    Oleh itu saya telah mengambil langkah dengan memaparkan no akaun atau email dengan lebih “MENONJOL ” seperti penggunaan “highlight” ataupun huruf besar sebelum menuju ke laman pembayaran. Perkara ini akan menjadi satu verify kepada pelangan kita sebelum membuat bayaran .

    Terima kasih untuk ruang komen ini…

  11. Afham (December 25, 2007, 4:12 pm). Reply

    selamat hari raya aidiladha! :p

    Afham’s last blog post..Gambar awek di E-Jodoh

  12. naem (December 26, 2007, 12:12 am). Reply

    belum pernah terjadi pada saya. Ini iktibar yang baik dikongsi bersama.

    naem’s last blog post..Kenapa Perlu Bayar Jika Boleh Dapatkan Percuma

  13. megat (December 26, 2007, 2:14 pm). Reply

    Bahaya juga ya. General password kt “Musang Berapi” uhuhu

    megat’s last blog post..Newbies!?

  14. Iskandar (December 26, 2007, 8:35 pm). Reply

    Apa nak buat Alang, dah ujian.

    Aku pun beraya tahun ni tak berapa syok sebab accident dgn mat rempit masa hari raya.

    Anyway, semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya bro!

    Iskandar’s last blog post..Birthday question

  15. Zoull (December 29, 2007, 11:51 am). Reply

    pelajaran yang bagus..
    kadang2 kite hanya ambik mudah ajer perkara ini
    padahal ia byk mempengaruhi..
    terima kasih pasal infor tentang password.. :D

  16. Ramzwatcher (December 30, 2007, 2:14 am). Reply

    Tak perlukan hacker pun utk tau password sape-sape.

    Bagi mangsa register kat mana-mana web and dia tengok jer kot admin atau database dia. Tak susah kan? ;) Ni salah satu teknik craker, offer something and makan mangsa tu..

  17. zool (December 30, 2007, 8:49 pm). Reply

    Hm merbahaya tu.. Kenalah selalu melakukan semakan ye..
    Nak guna roboform tu bahaya gak…
    nanti kang sistem problem.. dah tak ingat.. APahal pun kena selalu mencatat password di tempat yang rahsia…

    zool’s last blog post..Kenangan 2007

  18. catzer (December 31, 2007, 10:14 am). Reply

    salam aidul adha dan thn baru buat alang, pergh bahaya sungguh tu. Sy gunakan 3 passwords berbeza dan kadang2 tersalah gak tp nasib baik guna 3 passwords jerk so salah satu akan match gak.

    Mcm Alang ckp tu nampaknya sy akan improved kesemua password sy menggunakan huruf besar dan gabungan nombor dan huruf. :d

    risau gak sbb skang ni ramai jadi hacker bukan sekadar sbb duit tp diselitkan dgn perasaan dengki gak.

    catzer’s last blog post..Al-Fatihah-Benazir Bhutto Assassination

  19. alang (December 20, 2007, 11:20 pm). Reply

    saya pun guna 1password dan memang ada tools utk nak create password. You klik pada button 1password di safari atau firefox dan klik pada strong password generator.

  20. Azahari (December 21, 2007, 11:35 pm). Reply

    oh….baru saya perasan..selama ni saya pergi ke menu utama je dan tak perasan pulak ada function tu… tq Alang.Kena buat backup password pulak la lepas ni ye…sebab password tu memang tak boleh ingat punya :)

Add a Comment