Selamat tahun baru 2008

Written by alang on January 1, 2008

Terlalu cepat masa berlalu rasanya. Sekarang kita sudah berada di tahun 2008. Seperti pembaca semua, saya juga mempunyai azam tahun baru walaupun masih ada azam tahun 2007 yang masih belum tercapai.

Berikut ialah azam saya pada tahun 2007;

Mempunyai 20 buah laman web
Pada satu ketika memang saya sudah mempunyai laman web tetapi mengambil keputusan untuk menjual 8 daripadanya kerana saya tidak mampu untuk menguruskan dengan baik. Ketika membuat keputusan untuk menjual laman web tersebut, saya sedar mempunyai laman web yang banyak bukan menjamin kejayaan tetapi mempunyai beberapa laman yang berkualiti lebih baik untuk jangka panjang.

Pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan
Saya masih belum mencapai sasaran ini walaupun beberapa bulan lepas saya sudah begitu hampir (hanya kurang beberapa ratus sahaja)

Menulis ebook
Sasaran ini juga masih belum tercapai kerana saya bukanlah seorang penulis yang baik jadi untuk menulis sebuah ebook sememangnya memerlukan usaha 200% dari saya. Saya tidak mahu sekadar hanya menulis dan jual kemudian dapat untung sebaliknya saya mahu hasil tulisan saya benar-benar berkualiti dan memberi faedah kepada semua yang membacanya.

Mendaftar syarikat sendiri
Setelah sekian lama tertangguh akhirnya pada bulan Mac lepas saya telah mendaftarkan syarikat saya sendiri iaitu SZAB Network Enterprise dan buat masa ini sumber pendapatan syarikat ini hanyalah daripada perniagaan di internet. Melalui syarikat ini, saya dapat mengetahui berapa jumlah pendapatan sebenar saya kerana saya menggunakan akaun bank yang berasingan.

Selain itu, terdapat juga beberapa pencapaian yang saya tidak pernah sasarkan iaitu antaranya ialah artikel mengenai saya dan perniagaan internet yang dipaparkan di akhbar The Star, dua orang pelajar MMU menjadikan saya sebagai kajian untuk kertas kerja mereka dan juga nama saya termasuk di dalam senarai pendapatan usahaan internet (walaupun jumlah pendapatan saya tidak tepat)

Bagi tahun 2008 pula, saya menetapkan sasaran baru dan cuba sedaya upaya untuk mencapainya;

Menulis ebook
Saya masih lagi berazam untuk menulis sekurang-kurang satu ebook dan saya jadikan ini sebagai sasaran utama yang mesti saya capai untuk tahun 2008.

Mendapat pendapatan melebihi RM 20,000 sebulan
Saya yakin saya dapat mencapai sasaran ini apabila beberapa laman web yang sedang saya usahakan sekarang siap.

Memperbaiki beberapa laman web
Terdapat beberapa laman web saya yang tidak mencapai kejayaan seperti mana yang saya sasarkan dan saya telah pun membuat perancangan baru untuk laman web tersebut dan akan dilancarkan semula pada tahun 2008

Memberikan talk di seminar
Saya ada mendapat jemputan daripada UiTM untuk memberikan talk dalam seminar yang dianjurkan mereka tetapi terpaksa saya tolak kerana saya rasa belum bersedia. InsyaAllah pada tahun 2008 jika terdapat pihak yang sudi menjemput saya akan cuba sedaya upaya untuk berkongsi ilmu dalam seminar tersebut.

Anda semua bagaimana? Adakah semua azam anda untuk tahun 2007 tercapai dan apakah pula azam anda untuk tahun 2008?

Related posts:

  1. Selamat datang 2009, selamat tinggal 2008 Pejam celi

  2. Selamat Tahun Baru 2007 Mungkin ag

  3. Dua tahun bergelar usahawan internet sepenuh masa Hari ini g

  4. Blog Webmaster Malaysia berusia satu tahun Hari ini B

  5. Selamat datang pembaca Kosmo! Saya ingin

Comments

  • 01-01-2008
    2:05 am

    Reply

    naem

    Mudah-mudahan setiap azam alang terlaksana tahun baru ni. Amiiiinn…Saya dengan azam saya pastinya ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya… :-)

    naem’s last blog post..???:Komen Lebih Bermakna Dengannya


  • 01-01-2008
    11:26 am

    Reply

    Maizul

    Banyak jugak azam alang untuk tahun baru ni. Apa-apa pun semoga alang dapat mencapai apa yang alang inginkan. Semoga tahun baru ni lebih banyak kejayaan lagi. Selamat Tahun Baru.

    Maizul’s last blog post..Kaedah mencari pasaran menguntungkan


  • 01-01-2008
    12:56 pm

    Reply

    RajaBlog.info

    Wah, banyak jugak list alang :D

    Saya pun akan senaraikanlah camni kat blog saya.

    Semoga tercapailah niat alang utk tahun 2008

    Oh ya alang, alang tinggal kat mana? saya ingat nak jumpa and berkenalan dengan alang la sekali sebelum saya balik ke utp, tu pun kalau alang tak busy. Saya kat kl sampai 19hb jer..

    Thanks


  • 01-01-2008
    2:11 pm

    Reply

    saiful

    menarik sungguh azam Alang tu..terutama sasaran rm20 ribu sebulan…

    azam saya hanya menjadi lebih baik dari sebelumnya…lebih kurang sama cam si Naem tu…he he ….lagipun 2007 memang mencabar sejak awal tahun lagi bagi sesiapa yang cari rezeki online….semua org tahu kot awal tahun ini internet down satu dunia dan macam2 lagi…tahun 2008 nampaknya ok je.. all the best utk semua…..amin

    saiful’s last blog post..Allah Pemberi Rezeki


  • 01-01-2008
    2:55 pm

    Reply

    megat

    Insya allah semuanya akan tercapai pada tahun 2008.

    Selamat tahun baru!

    megat’s last blog post..Newbies!?


  • 01-01-2008
    4:30 pm

    Reply

    SyedHafidz

    Saya nak meningkatkan keputusan akademik saya..
    sem lepas saya tak dapat anugerah dekan..
    sedih 2…
    1 lagi, saya nak tubuhkan syarikat sendiri n commit dengan bisnes internet…
    hope harapanku termakbul..
    huhuhu

    SyedHafidz’s last blog post..Rahsia Model Perniagaan Drop Ship – Siri 2


  • 01-02-2008
    1:55 am

    Reply

    abeku

    Panjang nye list…sasaran 20k…aku doakan moga berjaya.(dah capai jgn lupa announce..hehhehee..)…

    Untuk rakan2 blog yang lain selalu ke blog alang…alang nie the most low profile person,tak kedekut ilmu dan a very creative person. aku cukup jealous dengan dia…bukan bodek…anyway to all blogger…selamat tahun baru dan moga apa2 jua anda usahakan akan berjaya..doakan saya sekali …

    abeku’s last blog post..GPS Photo Finder by ATP


  • 01-02-2008
    6:01 am

    Reply

    NayanMohd

    walaupun saya tak mengenali alang…tapi saya teruja dgn kejayaan yg alang capai setakat ni….


  • 01-02-2008
    6:43 am

    Reply

    Labanon

    Tahniah bro Alang :)

    Saya juga menjadikan bro sebagai salah satu dorongan untuk lebih berjaya dalam ebiz :) Terima kasih bro!

    Labanon’s last blog post..Goodbye 2007 – Welcome 2008


  • 01-02-2008
    11:54 am

    Reply

    saiful

    Salam Naem,

    kau guna wireless ke? atau streamyx? sesiapa guna streamyx takde masalah cuma wireless celcom dan maxis je ada masalah sikit tapi harap2 tak lama la…pasal internet connection slow tu aku dapat info dari kwn aku di overseas…info ari ni dia cakap dah solve ..kwn aku tu keje kat Vodafone beb….

    p/s connection ok je..he he he

    saiful’s last blog post..Allah Pemberi Rezeki


  • 01-02-2008
    11:59 am

    Reply

    Badruzamani Bin Azmi

    TAHNIAH ! Alang.

    Semoga Alang berjaya mencapai target dan matlamat yang di impikan.

    Pada 2008 ni, saya akan ‘berundur’ seketika dari dunia IM demi kesihatan saya. Insyaallah… saya akan kembali semula nanti.

    p/s – Post yang wujud di blog saya adalah kerana saya sudah set terlebih dahulu. Saya menjangkakan Febuari nanti, saya akan ‘tiada’ dalam dunia IM buat sementara waktu. Sebelum itu, sekiranya saya ada melakukan apa – apa kesalahan dan kesilapan pada sesiapa pun, saya MINTA MAAF.


  • 01-02-2008
    7:21 pm

    Reply

    mirul

    Syabas Alang! semoga semua azam Alang untuk tahun 2008 nie akan tercapai .. Amin.

    Selamat Tahun Baru! :D


  • 01-03-2008
    2:10 am

    Reply

    Rosli

    Hebat, satu matlamat yang cukup menarik.

    Rosli’s last blog post..2008 Special Link Love


  • 01-05-2008
    2:37 am

    Reply

    Azahari

    Tak sabar nak tunggu ebook dari Alang…. saya tengok Alang ok je menulis dalam blog ni….rasanya kalau buat ebook pun takde masalah…cuma mungkin perlukan masa untuk buat yang terbaik.

    Kalau Alang ada buat talk kat mana-mana ke bagitau la…mana tau boleh join ke :)

    All the best Alang !!


  • 01-05-2008
    9:03 pm

    Reply

    starline

    Kalau Alang tulis ebook saya sokong sebab info berguna dalam blog,artikel dalam WC sudah cuup buktikan kemampuan Alang.


  • 01-21-2008
    10:40 am

    Reply

    Noorizam Shah

    saya sokong alang tulis ebook. pasti banyak manfaatnya nanti


  • 01-01-2008
    1:09 pm

    Reply

    alang

    saya tinggal di sg buloh. InsyaAllah besok saya akan ke Plaza Lowyat so kalau nak jumpa saya boleh pegi sana.


  • 01-01-2008
    1:12 pm

    Reply

    RajaBlog.info

    oh, esok ke? Time? nway ni no phone sy 016-9450657. Thanks Alang


  • 01-01-2008
    1:20 pm

    Reply

    alang

    ya, besok mungkin waktu tengah hari saya nak pergi beli printer katrij dan saja jalan2 tengok aksesori komputer (memang rutin saya setiap bulan). Pasni bila dah start sekolah saya agak busy sikit.


  • 01-01-2008
    4:32 pm

    Reply

    SyedHafidz

    Aminn…hope azam naem pun akan terlaksana hendaknye..
    bila agaknya nak wat ebook?
    nak tengok gak camne naem menulis.. :)

    SyedHafidz’s last blog post..Rahsia Model Perniagaan Drop Ship – Siri 2


  • 01-02-2008
    8:43 am

    Reply

    naem

    bila alang kuarkan ebook dulu, pastu baru la saya buat plak..hehehe :-)

    naem’s last blog post..Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma


  • 01-02-2008
    8:49 am

    Reply

    naem

    bro saiful, info ttg internet slowdown tu kat mana boleh dapat ek? memang lembap la connection sehari dua ni.
    patah pinggang saya dibuatnya. Menunggu berjam2 utk download dan upload.

    naem’s last blog post..Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma


  • 01-02-2008
    2:04 pm

    Reply

    SyedHafidz

    Bro alang bukan orang baru dalam bisnes internet nie..
    Ssh 2 nak capai rm 20000 sebulan walaupun tak mustahil…
    Saya pun berangan2 camtu gak.. :)
    Hope angan2ku menjadi kenyataan..

    SyedHafidz’s last blog post..Harapan Tahun Baru


  • 01-02-2008
    11:29 am

    Reply

    RajaBlog.info

    alang dah gerak lum? ke tak jadi pergi?


  • 01-02-2008
    3:32 pm

    Reply

    alang

    eh saya tepat pukul 11 tadi dah gerak dan pukul 1:30 dah balik sebab saya ada keje lain pulak. Ingatkan you nak terus tunggu saya kat sana.


  • 01-02-2008
    2:00 pm

    Reply

    SyedHafidz

    Dah kuarkan…
    hehe..
    bolehla download.. :)

    SyedHafidz’s last blog post..Harapan Tahun Baru


  • 01-02-2008
    3:13 pm

    Reply

    naem

    guna maxis..patutle berjam-jam menunggu..tension tahap gaban. Saya cuba cari info ni kat cnn, pastu macam2 lagi la..tapi tak jumpa.

    naem’s last blog post..Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma


  • 01-02-2008
    3:33 pm

    Reply

    alang

    pandai le ko amir :D

    Bila free? Nanti aku pegi lepak kat ofis ko


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message