WC300, keahlian ekslusif forum wangcyber.com
wangcyber.com, satu komuniti usahawan internet yang terulung di Malaysia telah memperkenalkan program keahlian ekslusif yang dinamakan WC300. Melalui program ini ahli WC300 akan menerima banyak kelebihan dan manfaat berbanding ahli biasa, antaranya ialah;
dan juga banyak lagi faedah-faedah yang anda boleh baca secara lanjut di http://www.wangcyber.com/pengumuman/wc300/
Program keahlian ekslusif ini hanya akan menerima 300 ahli sahaja dengan bayaran sebanyak RM 47 (USD 15) setahun dan untuk 100 ahli yang terawal mendaftar bayarannya hanyalah RM 37 (USD 12) setahun.
Saya sendiri sudah mendaftar untuk WC300 walaupun saya merupakan moderator dan juga penaja di forum tersebut. Program keahlian ekslusif ini sudah banyak digunakan di forum-forum luar antaranya Warrior Forum, Webmaster World dan lain-lain lagi dan saya rasa ini adalah cara yang terbaik untuk membantu memajukan forum tersebut.
Dengan keahlian ekslusif ini, sesebuah forum dapat mengelakkan spam dan juga scam selain itu dapat membantu kos penyelenggaraan forum yang agak tinggi terutamanya forum yang mempunyai pelawat yang tinggi. Jika sesebuah forum terbuka untuk semua, sesiapa sahaja boleh mendaftar beberapa akaun dan risiko untuk berlaku penipuan amat tinggi. Sebagai contoh, banyak kes-kes penipuan berlaku di forum Digital Point kerana forum tersebut terbuka untuk semua dan pendaftaran adalah percuma.
Saya yakin quota keahlian 300 itu akan penuh sedikit masa lagi tetapi saya tidak pasti sama ada tindakan pemilik wangcyber menetapkan 300 ahli itu sesuatu yang baik atau tidak kerana dari satu segi, menerima hanya 300 ahli sahaja menjadikan ianya benar-benar ekslusif dan dari satu segi pula adakah dengan hanya jumlah 300 ahli itu boleh menjadikan perbincangan di ruangan ekslusif itu lebih berilimiah. Mungkin pemilik wangcyber telah memikirkan hal ini dan beliau ada strateginya sendiri. Bagi saya, dengan hanya RM47 setahun saya yakin keahlian ekslusif ini akan memberi banyak manfaat kepada semua ahlinya dan rebutlah peluang untuk mendaftar secepat mungkin sebelum ditutup.



Saya dah daftar dah. Mujur semalam gtalk ngan en shuth ttg hosting sempoihosting.Pastu en shuth maklumkan ttg wc300. Terus je saya daftar.
Banyak faedahnya. Rasanya memang tak sepadan dengan harganya. Tapi tak sangka plak wc founder bermurah hati untuk menawarkan nilai mampu bayar rakyat malaysia
ps: bagi yang tak daftar lagi tu, baik daftar terutama yang nak mula serius dalam bisnes online ni
hehehe
mai wc300 secawan…
naem’s last blog post..Mari Mengenal Tag & Ping : Ebook Percuma
Saya pun dah daftar…
nasib baik tak terlepas peluang nie…
saya rasa saya antara 10 orang pertama..
hehehe
SyedHafidz’s last blog post..eBook Percuma Naem Diari Adsense.com
yup.. sy dah daftar..
sempat jugaklah 100 terawal..
sy teragak-agak utk mendaftar memandangkan sy jarang2 di forum WC untuk beberapa bulan ini. Namun, demi semangat setia kawan kepada pengasas WC sy laburkan keahlian sy semoga wang itu nanti mampu menjadikan WC lebih baik dr skang.
Saya pun dah daftar. Nasib baik sempat 100 pertama, jimat RM10 hehe.
blalang’s last blog post..Lagi gambar Siti bertudung
hadoii..ingatkan nak daftr..tengok2..duit dlm maybank ciput plak..haih…