Soalan pembaca

10alang5th Jan 2008Entri

Sudah agak lama saya tidak menulis untuk ruangan soalan pembaca. Kali ini saya ingin menjawab soalan dari Ahmad Ridzuan yang bertanyakan beberapa perkara tentang direktori.

Assalamualaikum Alang,

Saya sudah membaca artikel yang ditulis mengenai direktori dalam blog
Alang.Saya saya memang kesini untuk mencari maklumat untuk saya memulakan tapak
dalam web direktori.Dan semestinya target saya direktori berbayar.

Soalan saya,

1)Adakah Alang membina sendiri direktori atau pun outsource?

2)Saya sebagai seorang pelajar lagi,dan mengikut pengalaman Alang berapakah
nilai minimum untuk saya membina sebuah direktori yang bagus.

3)Terakhir dari saya.Jujur saya beritahu bahawa saya takut jika saya membuat
investment untuk web direktori namun tiada mendapat hasilnya.Jadi saya ingin
meminta panduan atau buah fikiran dari Alang.

Dan berikut adalah jawapan saya untuk soalan di atas.

1) Saya tidak membina sendiri direktori sebaliknya saya hanya memikirkan idea, konsep yang saya inginkan dan menggunakan programmer serta designer profesional untuk menghasilkannya. Terdapat juga direktori yang saya guna script yang sudah sedia ada iaitu SZAB Web Directory di mana saya menggunakan PHP Link Directory. Lain-lain direktori seperti Ventedoy, Dare2bid dan juga Dare Directory semuanya menggunakan custom script yang dihasilkan oleh programmer berdasarkan idea dan ciri yang saya kehendaki. Tujuan saya menggunakan script sendiri adalah untuk kelainan dan juga script sedia ada tidak mempunyai ciri-ciri yang saya mahukan.

2) Sebenarnya tidak ada nilai minimum untuk membina direktori kerana kosnya adalah berterusan. Setelah anda siap membina direktori anda perlu mempromosikannya kerana tanpa promosi sukar untuk anda mendapat pelawat dan seterusnya pembeli yang ingin membeli listing di direktori anda. TIdak seperti laman web lain, boleh dikatakan hampir kesemua direktori adalah sama kerana isi kandungannya adalah senarai laman web yang diletakkan mengikut kategori jadi jika direktori anda tidak mempunyai apa-apa keistimewaan, sukar untuk anda mendapat submission. Tapi secara rambangnya saya anggarkan kos untuk membina direktori adalah $500 USD sekiranya anda menggunakan script sedia ada atau lebih dari $1500 jika anda menggunakan custom script. Untuk kos bulanan pula sekurang-kurangnya $100 USD untuk setiap direktori bagi tujuan promosi dan pengiklanan.

3) Saya akui memang sukar untuk mendapat hasil dari direktori. Persaingan adalah terlalu tinggi kerana tidak seperti website lain, hampir semua orang boleh membina direktori kerana ianya terlalu mudah. Beli domain, install script dan senaraikan laman web. Apa yang membezakan direktori yang berjaya dengan direktori lain ialah reka bentuk yang menarik, promosi dan juga kualiti laman web yang disenaraikan. Jadi jika and memikirkan untuk membina direktori dan mendapat hasil saya nasihatkan anda tidak melakukannya. Binalah laman web yang lain terlebih dahulu seperti blog yang dapat menjana pendapatan dari beberapa sumber. JIka anda sudah mempunyai modal yang agak tinggi dan juga pengalaman di dalam mempromosi laman web, barulah anda boleh membina direktori.

Saya harap jawapan yang saya berikan di atas dapat menjawab soalan saudara. Sebenarnya saya sudah banyak menulis tentang direktori di blog saya dan saudara boleh membacanya di sini.

10 Comments Comments Feed

  1. naem (January 5, 2008, 2:47 pm). Reply

    terima kasih alang. Sungguhpun saya bukanlah ahmad ridzuan tu :-) dapat juga saya sesuatu yang lain hari ini. Baru saya tau membina web directory lebih susah dari blog perniagaan.

    ps: Alang, alang kena buat ebook (video ) membina web direktori yang berjaya. Mesti best punya.

    naem’s last blog post..Kenapa Saya Perlu Beli 101 Tip Adsense Terbongkar?

  2. Maizul (January 5, 2008, 5:37 pm). Reply

    Menarik persoalan ni. Bukan mudah sebenarnya (pernah cuba buat). Macam kata alang beli domain install script memang mudah persaingan pun tinggi kalau takde promosi yg power susah la org nak jumpa.

    Maizul’s last blog post..Kaedah mencari pasaran menguntungkan

  3. catzer (January 5, 2008, 6:41 pm). Reply

    persoalan ni byk kali ditanya dan sy juga dah tekankan perkara yg sama pada ahmad ridzuan ttg directory site. Beberapa minggu ini Malaysian agak aktif membuat directori berbayar. Ramai yg terpesona dgn kejayaan alang namun tidak memperhalusi maksud sebenar dlm post alang sebelum ini ttg directory site.

    Kepada yg betul2 berminat nak buat directory site yg profitable. Anda perlu fikirkan idea yg unique untuk directory site tersebut. Study revolusi directory site, mcm mana ianya berkembang dan bagaimana idea unique anda tu mampu mengatasi bidding directory sedia ada. Mungkin jika anda mampu menghasilkan costum script yg lebih unique dan berkonsep 2.0 insya-allah ada ruang utk bersaing lebih dekat dgn pesaing-pesaing sedia ada.

    p/s-Maaf alang kerana membebel panjang disini. Salam

    -catzer

  4. Azahari (January 6, 2008, 10:36 pm). Reply

    Saya pun sebenarnya tertanya-tanya jugak apa keunikan atau kekuatan sesebuah direktori tersebut. Secara tak langsung juga menjawab soalan saya sebelum ini…hehe…

  5. ahib0205 (January 7, 2008, 8:55 am). Reply

    Hm… harap dgn thread ni semua bloggers dh paham sedikit sbyk pasal directory. betul la kata bro alang tu. kbykan dr kita main ikut je. kaji? ada la sikit2 kot. hehehe..

    apa2pun thanks kat alang sbb bgtau. catzer tu geram sbb dia ada pengalaman gak dgn directory nih :P

    P/s: ada kawan sy wat directory suka2. hhehehe..

    ahib0205′s last blog post..Advertlets expired?

  6. hafifi (January 7, 2008, 4:05 pm). Reply

    alhamdulillah,dptlah sikit info pasal direktori..mahal juga ya kosnya memandangkan ianya berterusan..hmm..

    hafifi’s last blog post..Semester Baru, Azam Baru

  7. mrozaidi (January 8, 2008, 4:04 pm). Reply

    Wah..Sudah Lama Tak Kunjung Kat Sini Ni..

    Nak Kena Buat Laman Web Sendiri Ni..Kena Besarkan Space Ni..

    Wahhhhh

  8. alang (January 5, 2008, 8:04 pm). Reply

    takpe membebel sebab apa yg you cakap tu memang betul. Kebanyakannya hanya jadi follower. Apabila dengar kejayaan sesuatu website, semua berebut-rebut membuat website yg sama bulat2 tanpa mengkaji terlebih dahulu konsep sebenar website tersebut. Jadi follower tu rugi sebenarnya kerana kita hanya mendapat sisa-sisa daripada org yg pertama membuatnya. Jadi, lebih baik ambil masa cari idea yg benar2 unik.

  9. SyedHafidz (January 6, 2008, 1:15 pm). Reply

    Saya perhatikan juga trend nie bukan pada penghasilan web directory je, mlh yang lain2 pun sama gak…
    Sekarang org sbuk bercakap pasal adsense mka ramaila yang nak buat adsense…
    tp buat bukan kerana btul2 paham , just ikut2an je…
    anyway, tahniahla saya ucapkan pd saudara ridzuan coz berani nak cuba benda baru..:)

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Sambil Jaga Kesihatan

  10. SyedHafidz (January 7, 2008, 2:30 pm). Reply

    Walaupun persaingan ni perkara yang biasa dalam perniagaan internet, tp kalau tak kena cara kita akan ketinggalan krn tak mmpu bersaing ngan orang lain… :)

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Sambil Jaga Kesihatan

Add a Comment