Dari Windows ke Mac

20alang10th Jan 2008Entri,

Hari ini saya akan memulakan satu siri artikel yang dinamakan dari Windows ke Mac. Siri artikel ini merupakan pengalaman saya sebagai seorang pengguna Windows sebelum ini yang baru beralih ke Mac. Dari apa yang saya lihat, saya rasa kurang (atau tidak ada langsung) artikel / tips / panduan tentang Mac di dalam Bahasa Melayu. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kurangnya pengguna Mac di Malaysia dan di kalangan orang Melayu terutamanya. Jika ada pembaca yang mengetahui tentang laman web, blog atau forum yang berkaitan dengan Mac di dalam Bahasa Melayu, sila maklumkan di ruangan komen.

Antara topik-topik yang akan saya sentuh ialah apakah perisian-perisian Mac yang saya gunakan setiap hari di dalam melakukan kerja saya, tips-tips ringkas dan juga perbandingan antara Windows dan Mac. Tetapi ini bukanlah bermaksud yang blog ini akan bertukar fokus sebaliknya siri artikel Dari Windows ke Mac ini hanyalah merupakan artikel selingan di mana topik-topik berkaitan pembangunan web dan perniagaan internet tetap di beri keutamaan.

Perisian pertama yang ingin saya sentuh hari ini ialah Things, iaitu satu perisian yang masih lagi berada di tahap alpha. Things merupakan satu perisian GTD (getting things done) di mana kita boleh menyenaraikan senarai-senarai tugas yang kita perlu lakukan mengikut projek, keutamaan, tarikh dan lain-lain lagi. Saya memang seorang yang mengamalkan prinsip GTD ini di dalam melakukan tugas-tugas seharian. Sebelum ini saya menggunakan Vitalist untuk menguruskan perkara tersebut tetapi memandangkan terdapat begitu banyak pilihan perisian GTD untuk Mac OS X, saya berpendapat menggunakan perisian desktop lebih baik dari perisian web.

Buat masa sekarang, Things boleh didapat secara percuma tetapi apabila ia sudah mencapai tahap stabil (dijangka pada bulan Mac / April) ianya akan dijual pada harga $49

Things

20 Comments Comments Feed

  1. blalang (January 10, 2008, 1:26 am). Reply

    Ya, saya pun berminat dengan MAC, selalu tgk customer Singaporean yang guna. Saya nak try create dialer streamyx pun x pandai.Berbeza sangat dengan Windows dari segi istilah-istilah dia.

    Bagus kalau alang bagi tip/info kat sini. Yang setau saya kalau beli MAC dah tak payah upgrade lagi macam Windows XP ke Vista etc. Dan memerlukan RAM yang tinggi sekurang-kurangnya 1GB, pasal graphic dia kemas power. Win Vista dah ala-ala macam MAC dari segi layout.

    blalang’s last blog post..Lagi gambar Siti bertudung

  2. Azahari (January 10, 2008, 4:12 am). Reply

    Wah makin menarik blog ni….sebenarnya saya ada juga bercadang nak senaraikan perisian yang Alang beri pada saya tu… cuma tak kesampaian je… Apapun memang seronok menggunakan Mac ni.. hehehe… Walaupun tak kesemua perisian mudah didapati, tapi pada saya perisian yang dibina untuk Mac ni kebanyakkan adalah yang berkualiti.

    Mula-mula saya bercadang nak install Windows pada MacBook saya ni, tapi bila saya fikir balik..boleh kata kebanyakan perisian yang saya gunakan sekarang ni lebih kurang sama dengan Windows. Jadi macam takde sebab pulak kenapa saya nak gunakan Windows. Lagipun sayang pulak nak partitionkan HDD ni balik…

    Pada saya kalau Mac ni dibenarkan secara sah dipasang pada komputer biasa, persaingan dengan Microsoft memang tinggi. Tapi buat masa ni tak berlaku sebab Mac jual sofware dengan hardware sekaligus. Bayangkan harga PC biasa dengan iMac contohnya…harga memang jauh berbeza. Tapi kalau banding kualiti memang saya respect pada Mac dari segi packaging sampai la finishing pada produk tu sendiri.

    Cakap tentang perisian to do list ni pulak…sebelum ni saya pakai perisian Anxiety je… tapi memang tak advance macam perisian yang Alang bagi sebelum ni. Saya mula tertarik pada Mac ni sejak saya secara terpaksa menggunakannya kerana customer saya pada masa tu menggunakan Mac. Tapi bila makin lama guna makin mudah pulak rasanya. Terutamanya kalau nak cari fail. Kalau guna Windows nak cari satu file ambik masa kadang-kadang berpuluh minit. Tapi Mac ni saya tengok memang cepat..mula dari kita menaip pun dia dah mula cari.

    Panjang pulak tercerita kat sini….hehehe.

  3. mrozaidi (January 10, 2008, 11:13 am). Reply

    Saya ada jugak simpan impian nak pakai mac..Harga pun emm..mahal juga..Mac pun laju proses dia..tapi kena pakai Original Sofware baru boleh jalankan dia..

    Ada fungi macam Microsoft Office tak..Untuk Wat design ok la..Mmm

  4. Azahari (January 10, 2008, 12:06 pm). Reply

    Saya sendiri pun pakai NeoOffice je…. ok juga… boleh buka Word, Excel takde masalah so far.. hari tu saya pergi Low Yat di tingkat 2 kalau tak salah saya dengar kalau beli Office Mac 2004 cuma RM150.00 je utk pakej student.. nanti bila launching Office Mac 2008 dapat free upgrade …cuma bayar sikit je utk disc.

  5. kaizen (January 10, 2008, 3:34 pm). Reply

    saya perrnah guna mac osx ni,cuma pandai guna jelah cikit2.kalu abg alang ada tip atau langkah2 nak mula install mac bagus gak.hari tu saya ada jumpa blog berkataitan linux,tapi dalam tu dia ada citer pasal macam mana nak mac osx kat pc biasa.tapi saya x try lagi.alang try tengok kat link kat bawah.selamat awal muharram 1429

    http://melayubuntu.blogspot.com®

    kaizen’s last blog post..Cooking Southern Fried Chicken

  6. SyedHafidz (January 10, 2008, 4:02 pm). Reply

    MAC harganya bukan mahal ke?

    SyedHafidz’s last blog post..Buat Duit Sambil Jaga Kesihatan

  7. abeku (January 11, 2008, 9:49 pm). Reply

    MAC nie nak kena org mcm alang…rajin godek-godek..lepas tu implement..tahap kesabaran tinggi bila nak implement kat windows..skali corrupt…terus jadi benazir …hehheh…betul tak? Brapa dah total investment en alang kat laptop baru tu…apa kata buat blog ceta pasal MAC…payah nak cari dlm bahasa melayunya…

    p/s: teringgin gak nak tgk laptop baru tuuuu…aku nyeee..uwaaaaaa!!!

    abeku’s last blog post..RIDATA SMART Compact Flash Card

  8. abeku (January 12, 2008, 3:40 pm). Reply

    aku cadangkan buat dalam bahasa inggeris, tapi dgn gaya bahasa tersendiri,kan dah ada translator tu…lagi baik dwi bahasa…dah ramai benar org nak pakai MAC,especially photographer yg baru nak berjinak dgn dunia graphic…

    abeku’s last blog post..Adobe Photoshop Elements 6 for Macintosh

  9. ibnuhassim (January 16, 2008, 12:45 am). Reply

    Salam alang,

    Pengalaman saya pertama kali pakai Mac. Nak shutdown laptop pun kena search kat help dulu :)

    ibnuhassim’s last blog post..Blog Cikgu Farizal Dot Com Dilancarkan Dengan Rasminya!

  10. melayubuntu (January 17, 2008, 4:50 pm). Reply

    datang ke blog aku utk tahu lebih lanjut install mac ke dalam pc
    xsmua pc yg boleh tp possibilities ttp ada…

    melayubuntu’s last blog post..Corak kepenggunaan sistem operasi

  11. nuar (March 15, 2009, 12:05 am). Reply

    aku baru install Mac OS X Leopard kat laptop Asus. semua merujuk pada panduan yang aku beli dari http://mymac4all.com

    setakat ni masih belajar lagi mcm mana nak mengoperasikannya.

  12. azmacho (July 31, 2009, 10:12 pm). Reply

    boleh kongsi x cam mne nak install mac os x leopard (iatkos) ke dalam pc biase

    • alang (August 1, 2009, 9:07 am). Reply

      harap maaf saya tak pernah buat, jadi saya pun tak tahu macam mana nak install mac kat pc.

  13. alang (January 10, 2008, 11:18 am). Reply

    microsoft office version mac memang ada tapi kalau nak yg murah boleh guna iWork dan kalau nak yg free boleh guna NeoOffice (Open Office versi Mac)

  14. alang (January 10, 2008, 11:20 am). Reply

    saya buat partition 20GB utk install windows melalui bootcamp. Saya install windows ni semata-mata utk nak main games jer sebab tak banyak games2 yg menarik utk mac.

  15. alang (January 10, 2008, 11:22 am). Reply

    actually guna mac still kena upgrade malah mac os lagi kerap update berbanding dgn windows. Versi Mac OS terkini ialah Mac OS 10.5 (Leopard) yg baru dilancarkan pada bulan October 2007

  16. alang (January 10, 2008, 5:53 pm). Reply

    saya beli mac dah siap preinstall os dia so takde pengalaman lagi la macam mana nak install os. Kalau tentang nak install os x kat pc biasa tu cuba download file ni http://www.mininova.org/tor/1059704

  17. alang (January 10, 2008, 5:54 pm). Reply

    memang lebih mahal harga sebab tu tak ramai org guna.

  18. alang (January 11, 2008, 9:59 pm). Reply

    aku dah ada domain berkaitan dgn mac, dah lama register tapi tak tau nak buat blog dlm BM ke BI.

  19. mrozaidi (January 11, 2008, 10:18 pm). Reply

    Ooo..Ada Rupanya..ThankU²

Add a Comment