Kerana nila setitik

Written by alang on January 12, 2008

Rasanya semua orang tahu tentang pepatah ini kan? “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Tapi, apa kaitannya pepatah tersebut dengan artikel ini?

Pada minggu lepas telah berlangsungnya Consumer Electronic Show (CES 2008) bertempat di Las Vegas Convention Centre. Acara ini merupakan antara acara yang terulung dalam dunia elektronik / teknologi di mana syarikat-syarikat besar seperti Motorola, Microsoft, Apple, dan lain-lain lagi mengambil peluang mempromosikan produk-produk terkini mereka. Acara ini juga merupakan acara ekslusif di mana ia tidak terbuka kepada umum dan hanya terbuka kepada golongan profesional di mana bayarannya juga agak tinggi.

Pihak akhbar, majalah dan juga blogger telah di beri kebenaran untuk membuat liputan ekslusif. Antara blogger yang diberikan hak tersebut adalah blogger dari Gizmodo. Seperti mana yang diketahui, Gizmodo merupakan antara blog yang terunggul di dalam memaparkan artikel-artikel dan juga berita-berita terkini tentang teknologi dan elektronik. Malangnya, blogger Gizmodo telah menyalahgunakan hak yang diberikan kepada mereka dengan melakukan sesuatu yang pada anggapan mereka lucu dan hanya untuk bergurau tetapi sebaliknya telah menganggu acara yang dijalankan termasuklah presentation yang sedang dilakukan oleh pihak Motorola.

Apa yang mereka lakukan ialah menggunakan sejenis universal remote (TV-B-Gone) untuk menutup skrin-skrin televisyen di CES termasuklah skrin yang sedang digunakan oleh beberapa pihak untuk mempersembahkan produk-produk terkini mereka kepada golongan profesional. Pihak-pihak ini telah membayar ratusan ribu ringgit (malah ada yang melebihi satu juta ringgit) kepada pihak CES untuk menyertai acara ini dan mempromosikan produk mereka. Jadi sudah tentulah apabila persembahan mereka diganggu ia memberikan imej yang buruk kepada pihak penganjur CES.

Mungkin gangguan ini tidak diketahui jika blogger Gizmodo tidak menulis tentang hal ini (dengan bangganya?) di blog mereka. Tetapi mereka telah menulis dan memohon maaf kepada pihak terbabit kerana mereka beranggapan gangguan mereka tersebut adalah sekadar gurauan sahaja. Malangnya, majoriti pelawat Gizmodo tidak beranggapan demikian di mana mereka menganggap tindakan tersebut sebagai kebudak-budakan. Blogger-blogger lain juga tidak bersetuju kerana beranggapan tindakan tersebut memberikan nama buruk kepada blogger dan bimbang pada masa hadapan blogger tidak lagi dijemput untuk membuat liputan dalam acara-acara sedemikian. Ternyata kebimbangan blogger-blogger tersebut memang berasas kerana blogger Gizmodo telah diban dari CES untuk masa hadapan dan kemungkinan akan di saman.

Walaupun blogger di Malaysia belum lagi mencapai status seperti blogger di luar tetapi saya percaya satu hari nanti blogger di Malaysia juga akan diberi pengiktirafan yang sama. Jadi apa yang dilakukan oleh blogger Gizmodo tidak harus diikuti. Sebagai blogger kita harus mengganggap diri kita sebagai wakil media yang professional. Walaupun kita boleh melaporkan perkara-perkara negatif terhadap sesuatu pihak di dalam blog kita, tetapi perkara tersebut merupakan hak kita sebagai penulis yang bebas. Sebaliknya menganggu acara yang sedang dijalankan boleh dianggap sebagai penganggu ketenteraman awam.

Comments

  • 01-12-2008
    3:14 pm

    Reply

    naem

    huh..sampai begitu sekali. Memang teruk le…Saya tak pernah tahu dan sekarang baru nak ambil tahu. Thanks alang..Ini pengisian yang segar

    naem’s last blog post..7 Misteri Enjin Carian Terbongkar


  • 01-12-2008
    4:25 pm

    Reply

    abeku

    Kesian nila tu, padahal nak be part of community,tu la kekadang lawak tu biar ler bertempat,aku pun tertanya2 berapa umur krew depa nie..betul naem nie satu pengisian yang segar..sebab tu slalu aku jengok blog nie..(jek sket)

    abeku’s last blog post..Adobe Photoshop Elements 6 for Macintosh


  • 01-12-2008
    6:32 pm

    Reply

    vangardx

    oh..gizmodo bukan nama baru dalam komuniti blogger, spatutnya ini takkan berlaku..hm..

    vangardx’s last blog post..Real Undergraduate Conference 2008 (RUC 2008)


  • 01-12-2008
    6:57 pm

    Reply

    Maizul

    Memang best gadjet ni. tapi kalau di salah gunakan boleh menyusahkan orang. Rupanya benda ni boleh di beli di internet di sini http://www.tvbgone.com/cfe_tvbg_main.php

    Maizul’s last blog post..Cara membuat ebook percuma


  • 01-12-2008
    9:10 pm

    Reply

    Lela Iskandar

    Kalau membuang masa, wang dan tenaga org2 di CES satu yg kelakar, saya harap mereka di Gizmodo akan ketawa juga jika ada hackers yg menutup laman web Gizmodo buat seminggu dua.

    Prank yg keterlaluan

    Lela Iskandar’s last blog post..Blind Climber Who Conquers Everest


  • 01-12-2008
    9:12 pm

    Reply

    Lela Iskandar

    Kalau membuang masa, wang dan tenaga org2 di CES satu yg kelakar, saya harap mereka di Gizmodo akan ketawa juga jika ada hackers yg menutup laman web Gizmodo buat seminggu dua sekadar sebagai satu permainan.

    Lela Iskandar’s last blog post..Blind Climber Who Conquers Everest


  • 01-13-2008
    12:13 am

    Reply

    Azahari

    Dulu saya pernah jugak kacau majlis kenduri/rumah orang guna FM Transmitter…hehehe..yang paling senang kacau bila orang tu buka radio..saya akan tune sama frequensi dengan radio tersebut dan akan transmit signal ‘radio saya’ dan mengganggu radio tersebut…siap boleh jadi DJ lagi..hehehe….
    alat sebegini memang mudah didapati dan boleh didapati di jalan pasar KL ataupun kedai elektronik DIY.Kalau beli pasang siap pun ada…tapi saya sendiri lebih suka pasang sendiri…

    Alat elektronik ni kalau disalahguna buruk padahnya…contoh macam yang digunakan oleh pencuri notebook…

    Apapun, hal seperti ni tak patut berlaku untuk majlis rasmi atau melibatkan pihak profesional. Ini bukan masa nak buat lawak.. Nak berlawak biar bertempat… kalau nak kacau majlis hari jadi ke boleh tahan lagi..ini majlis tertutup pulak tu…apapun kita tunggu nanti apa kesudahan kisah tersebut…


  • 01-14-2008
    2:53 pm

    Reply

    Noorizam Shah

    harap2 18th nih masa kat youth malaysia tak ada la blogger yang buat dajal.. :)


  • 01-14-2008
    3:19 pm

    Reply

    saiful

    Blogger kat msia ni apa kurangnya…banyak juga yang buat dajal….kalau kita perasan la….

    saiful’s last blog post..Tokoh Aura Dan Minda Bergabung Membawa Formula RESQ56


  • 01-16-2008
    2:13 am

    Reply

    SyedHafidz

    kalau nak bergurau pun berpada2la…
    ni bergurau tak kena tempat…
    last2 makan diri..
    1 pengajaran yang berguna pada blogger2 yang lain2 supaya tak buat benda yang sama… :)

    SyedHafidz’s last blog post..Ukur Keberkesanan Promosi Anda


  • 01-16-2008
    11:53 am

    Reply

    Muaz

    Ish3x , blogger tu dah sunat ker ? tak faham antara serius dan gurauan . Elok saman jer blogger tu , nih jenis perasan tak sedar diri .


  • 01-17-2008
    8:10 pm

    Reply

    ramzy0

    owhh, pasal hal ni. memang pon. ramai blogger yang kutuk perangai gizmodo tuh…ade ker patut.

    ramzy0’s last blog post..Disintegrator Rubber Band Gun : Cara Baru Untuk Membunuh Cicak ?


  • 01-21-2008
    5:13 pm

    Reply

    zool

    Semoga ianya menjadi pengajaaran untuk semua..

    zool’s last blog post..Melaka Maju 2010


  • 03-04-2008
    7:35 pm

    Reply

    titan

    aku tengok tadi. depa memang saje buat lawak. buruk dah di mata pandangan orang..

    titan’s last blog post..Edisi Siasat : SEO dan Paid Per Lead | Menghuru-harakan Blogger?


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message