Kenapa saya lama tidak menulis

21alang25th Mar 2008Entri

Kebelakangan ini saya banyak mendapat pertanyaan kenapa saya sudah lama tidak menulis di sini. Antara alasan yang kerap saya berikan ialah sibuk walaupun itu bukan penyebab utama.

Buat makluman semua pembaca, sekarang saya terkena sindrom mental block ataupun kebuntuan idea untuk menulis. Sindrom ini mungkin terjadi kerana saya bukanlah seorang penulis yang baik, berbanding penulis profesional yang sudah tentu mempunyai penyelesaian bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Selain daripada itu, semua tulisan saya di sini adalah hasil dari pengalaman dan pemerhatian saya dan saya rasa sudah hampir kesemuanya dikongsikan. Ruangan cadangan topik dari pembaca juga tidak mendapat sambutan langsung yang juga menjadi penyumbang kebuntuan idea saya sekarang. Tambahan pula beberapa topik kebelakangan ini kurang mendapat sambutan daripada segi komen pembaca jadi saya beranggapan yang pembaca tidak berminat dengan topik tersebut.

Saya tidak tahu sehingga bila saya dapat mengatasi masalah ini kerana buat masa sekarang saya lebih menumpukan perhatian kepada beberapa laman web lain. Walaubagaimana pun, saya akan cuba untuk menulis di sini sekurang-kurangnya sekali seminggu dengan harapan saya mendapat kembali cetusan idea untuk terus menulis.

21 Comments Comments Feed

  1. abeku (March 26, 2008, 2:57 am). Reply

    Nasib baik mental block bukan “mental”…tula kena kuar bersosial gak sesekali…hehheee..baru gerek..kami amat mengalu-alukan kembali otai alang untuk menulis rindu gak..seminggu skali pun oklah..janji ok

    abeku’s last blog post..BMW Z4 Screensaver.

  2. saiful (March 26, 2008, 11:35 am). Reply

    Biasa la tu Alang…semua orang pernah mengalami masalah mental block ni….ilham menulis ni datang dari Sang Pencipta…so mohon je la darinya..amin

    saiful’s last blog post..NATPRO 2008 : EXPO PRODUK HERBA DAN ALAM SEMULAJADI DI PWTC

  3. Safuan A.k.a Sipenglipurlara (March 26, 2008, 2:35 pm). Reply

    Saya pun pernah mengalaminya Alang..

  4. Maizul (March 26, 2008, 7:20 pm). Reply

    Takpe alang kogsi je apa-apa cerita yang boleh di kongsi. Apa perkembangan alang terkini? saya pun baru pun menghadapi masalah yang sama walaupun ada artikel yang nak di siapkan tapi takde mood langsung nak menaip.

  5. xaer8 (March 27, 2008, 3:21 am). Reply

    Saya selalu mengikuti perkembangan alang since 2006. Ini kali pertama saya meninggalkan comment/pendapat. Saya terkejut apabila tahu once you were a Guru in this arena. Moreover listed as one of the best internet earner. However. Jangan putus asa. Seperti saya, awal-awal lagi saya sudah buntu untuk menulis. bagaimanapun saya berfikir, bagaimana saya hendak jadi seperti alang jika awal-awal ni saya sudah kehabisan idea. So saya teruskan jugak walaupun masih kecundang. Anyway, keep moving, trust your feeling and keep in faith with what you stand for. Good luck!

    xaer8′s last blog post..10 Sites that provide WordPress Themes

  6. hafifi (March 27, 2008, 12:48 pm). Reply

    sy yakin nnti Alang akan dpt lebih byk idea2 untuk dikongsikan…

    hafifi’s last blog post..Mengapa Girls Cepat Merajuk?

  7. syamsulariff.com (March 27, 2008, 11:37 pm). Reply

    saya ada beberapa idea yg mana mungkin saudara alang boleh garapkan..

    1. semakin ramai orang memperkatakan tentang blog, apa kesan baik dan buruknya?

    2. buat web, penuhkan dengan maklumat dapat kan trafik dan jual, adakah ia satu perniagaan yang sihat?

    3. strongest blogs in malaysia bagi alang buat penggal 2008 jan-mac

    4. kualiti kandungan atau trafik lebih penting?

    5. kenapa orang beli ebook sedangkan boleh dapat maklumat yg sama secara percuma

    6. kenapa perlu bahan bacaan berformat pdf?

    7. internet marketer termuda dan berjaya di malaysia

    8. bagaimana hendak menarik pengiklan mengiklan di web kita

    9. mengupah atau menjemput penulis jemputan

    10. dan bnyk lagi nak tulis nie.. :D

    syamsulariff.com’s last blog post..Video minah rempit peragut di hempap dengan batu sampai mati

  8. syamsulariff.com (March 28, 2008, 9:37 am). Reply

    kalau begitu, saya berpeluang jg utk menulis? apa syarat2 nya.. :D

    syamsulariff.com’s last blog post..Video minah rempit peragut di hempap dengan batu sampai mati

  9. Mat Ber (March 28, 2008, 9:08 pm). Reply

    Tulis jer yang kau rasa best aku pon buntu nak siap kan essay MA aku ni. Sampai satu masa kau rasa malas semacam sebab idea tak sampai. Cara yang baik solat lepas tu tidur jap dalam 20 minit insyallah dapat idea sikit-sikit. Sebab aku selalu buat macam tu kadang tu terlajak pulak tido tu terus sampai pagi. Tu kira idea tak datang la. hehehehehehe

  10. Mat Ber (March 29, 2008, 6:15 am). Reply

    Sambung belajar pon sebab sampai satu masa kerja dah jadi terlalu rutin dalam hidup nak cuba cari pengalaman baru dan suasana baru. Tapi bila dah sampai tahap ni aku rasa banyak sangat cabarannya dan kadang-kadang tu rasa macam nak balik je. Tapi kena tahan jugak la sebab benda dah berjalan tak boleh nak undur balik. Bukan seronok pon duduk kat negeri orang ni bosan semacam je. Aku pon tak faham kenapa orang bila belajar luar negara berlagak semacam jer. Pada hal kat sini biasa jer cuma kualiti universiti ngan kursus jer baik.

  11. starline (March 29, 2008, 8:04 pm). Reply

    Tak pandai menulis tapi pandai benda lain kan?business mantap,semua ok.Biasalah tu.Kita ni insan biasa saja,ada kelemahan.Semua orang ada dan jangan bimbang,itu semua normal.

    sekadar pandangan…

  12. zool (March 29, 2008, 9:04 pm). Reply

    Biasalah tu alang..
    Bukan semua orang boleh menulis setiap hari..
    Kadang2 kebuntuan idea gak..

    zool’s last blog post..Menilai Individu

  13. ahib0205 (March 30, 2008, 8:08 am). Reply

    er.. mcm sy lak ida byk tp masa nk menulis tu terhad… :P

    ahib0205′s last blog post..Advertlets expired?

  14. SyedHafidz (April 2, 2008, 10:25 pm). Reply

    Untuk mengatasi masalah saudara, saya cadangkan saudara mengupah bloggers terkenal untuk menulis di blog. nie..

    Sayangla kalau dibiarkan jjek..
    saya ni peminat setia blog nie.. :)

    SyedHafidz’s last blog post..Dr Khir Toyo Dan Blog?

  15. James (April 3, 2008, 12:33 am). Reply

    Saya pun pernah macam Alang. Kadang2 memang tak ada “idea” apa nak tulis. Kadang2, banyak idea pula. Yang efektif untuk saya, saya baca & observe apa yang berlaku sekeliling saya.

    Atau boleh cuba tukar rutin, supaya otak kita tak jam. Berkesan untuk saya.

  16. titan (April 6, 2008, 2:11 pm). Reply

    ehm..bende biasa. Nak buat macam mana. Memang benda nih selalu terjadi.

    titan’s last blog post..Edisi Siasat : AWsurvey Juga SCAM!

  17. mazlie nadzri (April 16, 2008, 1:38 pm). Reply

    Salam..

    Saya merupakan pengunjung setia web alang, cuma saya jarang beri komen je. Heheheh..suka membaca. Saya juga hairan juga kenapa alang tak post artikel sebulan dua bulan ni. Rupenya masalah idea dah kering rupenya.:-)

    Takpe, ni saya rasa masalah biasa saje. Maybe dengan pembacaan alang dapat banyak lagi idea kot. Tapi saya rasa alang ada cara camne nak dapat kembali idea menulis alang.:-)

    wassalam,

    Mazlie Nadzri

  18. alang (March 28, 2008, 12:01 am). Reply

    terima kasih atas cadangan yg bernas, saya akan pertimbangkan kesemuanya.

    Berkenaan dgn penulis jemputan, saya telah buat tawaran mengenainya dan setakat ini hanya Zamri Nanyan yg memberi sumbangan.

  19. alang (March 28, 2008, 9:11 pm). Reply

    semua org dipelawa menulis di sini dengan syarat artikel yg akan ditulis nanti berkaitan dgn perniagaan internet atau pembangunan laman web.

    Sila hubungi saya utk maklumat lanjut

  20. alang (March 28, 2008, 9:14 pm). Reply

    hehe, tu la, sapa suruh rajin sgt nak buat master. Apa pun aku memang respect kat ko la amat, kalau aku kena study lagi tak dpt nak dibayangkan macam mana tension.

  21. syamsulariff.com (March 31, 2008, 1:52 am). Reply

    ok..saya cuba ye.. :D

    syamsulariff.com’s last blog post..Thanks to my sponsor

Add a Comment