Senyum dan ucapkanlah terima kasih
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati sekalian, kali ini saya ingin berkongsi pendapat mengenai bagaimana cara-cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pembaca sama ada mereka blogger atau pun tidak. Bagi yang tidak tahu, akhbar Utusan Malaysia menyatakan terdapat 500,000 blogger di Malaysia.
Ini pula bancian weblog yang dibuat oleh saudara Syed Zahrul pada tahun 2006 (itu 2 tahun yang lepas, sekarang?) Ok, mari saya kongsikan beberapa cara yang mungkin anda sendiri lakukan bagi menghargai pembaca dan juga blogger yang berkunjung ke blog anda.
1. Melakukan kunjung balas – ini perkara yang paling mudah, mereka meninggalkan komentar beserta dengan url bukan? Lawatlah laman web mereka dan tinggalkan juga komentar di sana. Jikalau tiada komen cukuplah sekadar memaparkan wajah di blog log mereka sekiranya anda mempunyai akaun mybloglog.
2. Buat pautan di dalam post anda – lebih dikenali dikalangan blogger sebagai trackback atau pingback. Sekiranya ada perkara didalam entri anda itu yang mungkin berkaitan dengan tulisan orang lain, tidak salah rasanya jikalau anda pautkan link tersebut. Mana tahu dimasa akan datang, mereka pula yang link kan entri anda.
3. Submit atau undi di social bookmarking site – Kebanyakkan pemilik web atau blogger mempunyai satu akaun social bookmarking site tidak kiralah sama ada akaun digg, stumbleupon, furl, humsurfer dan sebagainya. Submit atau undi lah entri mereka yang anda rasa perlu dihargai dan dikongsi oleh orang lain.
4. Hubungi pemilik blog – mungkin anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai blogger atau pemilik web tersebut setelah membaca “about me” mereka. Kebiasaanya blogger adalah individu yang mudah berkawan dan ikatan persahabatan yang terjalin mungkin dapat melebarkan network, prospek dan sebagainya. Saya rasa untuk pertukaran link (link exchange) bukan satu masalah lagi ketika itu.
5. Tunaikan permintaan mereka – adakalanya sedar atau pun tidak pembaca ada meninggalkan permintaan didalam komentar mahupun melalui “contact me” secara email. Mereka adalah pelawat kita dan memberikan apa yang mereka mahu juga satu penghargaan dengan syarat kita selesa dengan permintaan tersebut dan tidak menganggu niche sekiranya blog anda mempunyai niche tertentu. Ini pasti menjadi jaminan pengunjung yang berulang. (returning visitor)
Sebenarnya banyak lagi cara untuk mengucapkan terima kasih kepada pelawat-pelawat yang berkunjung ke blog kita, ini cuma sebahagian sahaja. Selebihnya saya mahu anda kongsikan di blog anda atau pun di ruangan komentar. Selamat berkongsi
Mungkin ramai yang pelik dengan cara penulisan alang pada kali ini kan? Memang lain pun sebab penulisnya adalah orang lain iaitu pemilik blog Syamsulariff Dot Com vangardx. Salam perkenalan dari penulis jemputan szab ini. Sila beri tunjuk ajar ye



Memang betul,network paling penting dalam perniagaan internet.Duit internet memang mudah kalau kita tahu caranya.
artikel yg bagus sekali, sgt berguna utk dijadikan panduan. thx for sharing. thx jugak atas trackback ke blog sy
amirez’s last blog post..X1250 All in One Printer
Aku ingat alang dah nak commersial kan nama baru ..nasib baik ada penjelasan di bawah..Artis jemputan alang rupa..btw artikel yang ringkas dan bagus.
abeku’s last blog post..SONY A350 with the highest of specification.
Syam, artikel yg amat berguna, anda berjaya mengubah intonasi bahasa ke yg agak ‘formal’ dari gaya ‘bersahaja’
zaki blogjer’s last blog post..earncent.com earns dollars
tips yang menarik. berguna dan senang untuk difahami.
Ulasan yang menarik! Semoga makin ramai yang tahu bagaimana untuk ber’terima kasih’.
Sebenarnya secara tak langsung ia akan meningkatkan trafik ke blog kita
megat’s last blog post..Monsun Biz – Apa pendapat anda!?
Patutla tulisan macam lain macam jek..
haha
saya bersetuju dengan pandangan dalam post kali nie..
Memang kita kena fikirkan cara bagaimana nak menghargai orang disekeliling kita..
SyedHafidz’s last blog post..Jom Pi Seminar Di JomSeminar.com
How to get sponsorship from webhosting? at Blogjer is about bloggers (April 10, 2008, 1:23 pm).
[...] webhosting. First of all i would like to thanks to Zaki for giving me the opportunity to become a guest blogger in blogjer’s blog. Apparently, we know that blogger is not just a hobby,personal diary and [...]
betul..cuma jgn terperangkap dgn skim duit segera sudahla..
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
trackback itu juga satu penghargaan buat org yg telah menulisnya
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
takdela..alang tambah penulis baru je..
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
erk..formal ek? huhu kenala formal..takkan nak main2..ni blog org bukan blog aku
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
dengan sedikit kerajinan..yg penting komitmen..tu yg susah nak bentuk tu sebenarnya..
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
erk..tak suka ek dgn gaya penulisan nie? nak kena buat mcmana ye?
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting