Masa tidak menunggu kita
Written by vangardx on April 7, 2008
Salam & hello buat semua pembaca yang dihormati. Pada entri kali ini saya ingin berkongsi idea mengenai bilakah waktu yang sesuai untuk menulis entri? Saya ingin menyentuh dari aspek masa. Satu hari ada 24 jam dan dari jumlah itu kita telah bahagikan kepada aktiviti-aktiviti harian yang utama iaitu ibadat, urusan kerja, riadah dan sebagainya. Jadi bila masanya kita nak menulis?
Entri ini saya tujukan buat mereka yang berminat untuk menulis dan mengulas tentang isu-isu semasa dari akhbar harian yang mana pembaca sasarannya adalah rakyat Malaysia dan tempat/negara yang sama waktu dengannya. Pada pendapat saya, masa yang sesuai untuk mendapatkan maklumat adalah pada awal pagi antara pukul 2 pagi – 6 pagi.
Kenapa?
1. Sebab akhbar-akhbar tempatan akan dikemaskinikan pada waktu ini sebelum dicetak. Kiranya kita dah mendahului berita dari surat khabar versi cetakan. Jadi kita perlu lihat berita-berita terkini versi online.
2. Individu yang membaca akhbar versi cetakan kebiasaannya akan cuba mendapatkan info lanjut mengenai berita yang dibacanya melalui internet. Ini satu kelebihan bagi anda sebab entri yang kita tulis itu tadi mungkin sudah di indeks oleh enjin carian yang membawa kepada trafik organik.
3. Menggalakkan pengunjung berulang dan mungkin mereka akan menjadi pembaca setia kita apabila anda berkongsi info-info yang terkini. Tidak semua rajin membaca dan mereka pula hanya mencari tajuk-tajuk berita yang tertentu sahaja. Jadi sekiranya tulisan anda memenuhi kehendak mereka, tahniah kerana anda berjaya memikat hati para pengunjung.
Ini antara sebahagian idea saya dalam menulis, cuba bayangkan pelawat anda adalah golongan yang bekerja. Jadi waktu antara pukul 12 hingga 2 petang dan pukul 4 hingga 6 petang adalah waktu puncak kerana mereka mungkin sedang membaca blog anda. Jadi sediakanlah info-info yang menarik buat mereka pada waktu yang sesuai.
Sekiranya anda ingin mendapatkan isu-isu luar negara. Kita perlu lawat laman web mereka pada waktu malam (bergantung kepada berita dari negara mana yang anda mahu) Namun begitu berita online sekarang sudah 24 jam bukan? Gunakan map di who’s amung us untuk melihat waktu siang dan malam bagi mengetahui bilakah pengunjung ramai bertandang ke blog anda.
Jadi terpulanglah pada diri sendiri bilakah waktu yang sesuai untuk menulis kerana ianya adalah subjektif.
Entri ini ditulis oleh penulis jemputan Syamsulariff Bin Mohamed, sila subscribe blog beliau sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang update di blognya
Related posts:
Comments
Trackbacks
- Syamsulariff.com » Bilakah waktu yang sesuai untuk menulis? 04-07-2008 at 4:21 pm
Submit Reply






04-07-2008
5:26 pm
abeku
Itu la pasal…masalah gak bagi part timer blogger…ermm..tapi bak kata org lama hendak seribu daya tak nak berdalih dalih..hehhehe..baguih betui artikel ari nie.
abeku’s last blog post..World Health Day 2008
04-07-2008
7:03 pm
Affuan
ya ya. say NO to dalih dalih neh. haha.
04-08-2008
1:41 pm
En Dlie
Pada saya, saya menulis pada waktu pagi dan post pada waktu pagi kerana target saya untuk rakyat Malaysia…
04-12-2008
11:35 am
ADILAH
Saya berminat untuk menceburi perniagaan Internet khususnya lebih kepada perniagaan iklan yang diusahakan oleh Samsul Zamburi Abu Bakar… tapi saya tidak mempunyai pengalaman dan tidak tahu bagaimana mahu memulakannya… Adakah apa-apa panduan dan nasihat untuk saya?
04-13-2008
8:57 pm
smartzul
Yup, saya kerap publish artikel di waktu pagi dan tengahari (waktu orang rehat). Artikel2 tertentu sahaja yg saya publish tak tentu masa.
smartzul’s last blog post..Perniagaan Internet : Bagaimana Mengurangkan Beban Persaingan?
04-09-2008
11:47 am
syamsulariff.com
itu je pepatah yg slalu aku guna..org lain boleh buat kenapa kita tak boleh..nak taknak je..
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
04-09-2008
11:48 am
syamsulariff.com
yerp..buat awal sket..cepat sket dia diindeks..
syamsulariff.com’s last blog post..10% lifetime discount from Malaysia Web Hosting
04-10-2008
10:16 am
SyedHafidz
Saya ni tak berapa amik tau sangat waktu bila nakmenulis…
asalkan ada masa, saya menulis la..
thanks for the info..
maybe lepas ni saya kena lebih particular dengan benda nie..
SyedHafidz’s last blog post..Jom Pi Seminar Di JomSeminar.com
04-12-2008
11:40 am
alang
Jika saudari betul minat utk belajar, boleh datang ke JomSeminar di mana saya akan menjadi salah seorang speaker di seminar tersebut. Sila lawat ke laman web JomSeminar utk maklumat lanjut dan mendaftar