Alternatif kepada adsense

29alang20th Aug 2006Entri,

Walaupun tidak dapat dinafikan yang google adsense memang merupakan satu program yang memberikan pulang yang lumayan, tapi mungkin ada sesetengah daripada kita yang tidak diterima kedalam program adsense ataupun telah diban. Di bawah ini, saya senaraikan beberapa program yang telah saya cuba dimana ianya boleh digunakan untuk menggantikan adsense ataupun digunakan bersama-sama dengan adsense.
Clicksor
Clicksor akan membayar kita sebanyak 60% daripada jumlah yang dibayar oleh pengiklan. Sepertimana adsense, Clicksor juga menawarkan real time stats tetapi mereka melakukan pembayaran melalui cek ataupun paypal. Selain daripada format iklan biasa seperti adsense, Clicksor juga menawarkan iklan melalui text dalam artikel kita yang boleh diklik.

Dari pengalaman saya, Clicksor banyak mempamerkan iklan-iklan berkaitan dengan adults, drugs dan gambling dan jumlah CTR juga jauh lebih rendah dari adsense.

Targetpoint
Mengikut apa yang diwarwarkan, target point lebih publisher oriented dimana, publisher bebas mengubahsuai iklan yang akan dipamerkan dalam laman web mereka. Mereka juga menjamin 60% revenue kepada kita dan cara pembayaran adalah melalui cek, paypal dan wire transfer. Pendaftaran juga adalah mudah dan cepat.

Chitika
Chitika menawarkan jenis iklan yang agak unik dimana ia bukanlah seperti iklan google ataupun banner. Walaupun revenue masih lagi menggunakan kaedah pay per click, tetapi iklannya berserta dengan gambar yang saya rasa akan menarik perhatian pelawat jika anda mempunyai laman web yang berkaitan. Chitika akan memberi pulangan yang besar jika diletakkan di laman web, blog atau forum yang mempunyai kandungan berkaitan dengan produk pengguna. Tetapi harus diingat yang Chitika tidak mengira klik daripada beberapa negara tertentu termasuklah Malaysia, jadi jika laman web anda mempunyai majoriti pelawat dari Malaysia, Chitika bukanlah untuk anda.

Value Click Media
Value Click Media membayar berdasarkan page impression, bukanlah per click. Jadi jika anda mempunyai laman web yang mempunyai jumlah pelawat yang tinggi, kaedah pengiklanan seperti ini amat bersesuaian. Jumlah minimum pelawat untuk diterima masuk ke program ini ialah 3000 pelawat sehari yang majoritinya daripada US/UK dan mereka juga tidak menerima laman web forum.

Text Link Ads
Text Link Ads merupakan broker untuk menjual text link dalam laman web kita. Jika kita menghadapi kesukaran untuk menentukan harga text link dan mencari pembeli, melalui Text Link Ads, kita dapat menjualnya dengan mudah dimana jumlah harga yang dijual akan dibahagi 50/50 dengan pihak Text Link Ads. Kebelakangan ini, ramai pengiklan lebih gemar membeli iklan dari Text Link Ads kerana ia dapat membantu dari segi search engine ranking, berbanding iklan dari adsense dimana ia hanya untuk traffic semata-mata.

Program-program iklan yang akan disenaraikan dibawah ini, belum pernah saya cuba jadi saya tidak dapat memberikan ulasan tentangnya. Sila lawat pada laman web program tersebut untuk mengetahui lebih lanjut.

MarketBanker
BidClix
AllFeeds

Adhearus
BidVertiser
Veoda
RevenuePilot

Kanoodle BrightAds
Enhance Interactive
Quigo AdSonar

Searchfeed
Vibrant Media IntelliTXT
Vibrant Media SmartAD
Nixxie
AdRevenue XpressTM (ARX)
ContextAd
TargetFirst
CoverClicks
AdBrite

Rydium
Claxon
clixGalore
ClickThruTraffic
ClickCent
DynamiContext
AzoogleAds

Casale Media
BURST! Media
Tribal Fusion
Right Media
RealTechNetwork
BUDS Media
Mamma Media Solutions
RealCast Media
Hurricane Digital Media
Advertising.com
adagency1
Traffic Marketplace
Revenue Science

29 Comments Comments Feed

  1. linn_comel (August 20, 2006, 8:22 am). Reply

    besh..besh..! baru tahu, banyk juga ye alternatif selain dari google adsense. Mcm ni baru boleh MSI income kita..bak kata orang-orang yang melabur jangan simpan telur dalam satu bekas..atleast sekiranya satu berkubur, masih lagi ada pilihan yang lain..good info Alang..thanks.

  2. rsfrs (August 20, 2006, 12:17 pm). Reply

    Good job Alang..

  3. sham (August 20, 2006, 2:30 pm). Reply

    Saya tengah testing Bidvertiser di Forum Raja Adsense..

    Memang ia alternatif kepada adsense..Tapi kita tak boleh campur dengan adsense. Jangan pulak sesiapa campur nanti.

  4. titaniumhijau (August 20, 2006, 2:31 pm). Reply

    ehmm..betul ke leh guna sama2 dgn adsense ?? kalau leh bagus gak..baru saja belajar macam mana nak wat adsense dengan yg lain2..banyak lagi kene belajar..apa2pun gud information for me, masih banyak lagi kene tahu..kene cari guru untuk internet marketing ini..

  5. Uniten.com.my (August 20, 2006, 3:34 pm). Reply

    banyak jugak alternatif lain selain adsense ye..sebelom saya bace post alang ni yang saya tahu alternatif lain selain adsense adalah clicksor, chitika n bidvertiser..neway thanks alang coz senaraikan alternatif lain..tq

  6. tech-scope admin (August 20, 2006, 3:53 pm). Reply

    thx alang..saya dh apply untuk text link ads dan chitika tapi permohonan saya tak diterima sebab kekurangan trafik (cuma 250-400) setiap hari. tengok google adsense tiap-tiap hari naik muak juga visitor kita nanti.

  7. sham (August 20, 2006, 7:06 pm). Reply

    titaniumhijau.. tu semua contextual ads dari pesaing Google Adsense. Kita tak boleh campur dengan adsense sebab melanggar polici adsense.

    Maybe tu strategi google nak jaga kualiti adsense dia sebab kalo campur dengan yang lain yang mengarut,jatuh la reputasi adsense..

    Kalo clicksor sebagainya contohnya membenarkan ads pasal adult & pape pape yang bertentangan dengan kita sebagai orang islam. Tu sebab saya tak jadi guna clicksor takut sumber dia tu dari yang bertentangan dengan Islam..boleh jadi haram hasil darinya..

  8. alhafiz3d (August 21, 2006, 1:42 am). Reply

    Clicksor saya ada kecewa sket, sbb bila dah dalam pending withdraw, last2 kena suspend.. macam2 alasan juga.. Adsense pun tak songeh camtu. maybe kes terpencil kot.
    Walaupun baru dapat ciput dari Bidvertiser, saya rasa Bidvertiser salah satu alternatif yang baik, cuma leceh sket masa nak set template dan category.
    Sekarang tengah cuba dengan Click-Share :)

  9. suhaimy.org (August 21, 2006, 3:21 am). Reply

    terimakasih alang, good info…tengah cuba yang mana berkenaan di hati.

    Hafiz..clisksor banyak songel ye…aku pun tak letak lagi sebab banyak songel

  10. sham (August 21, 2006, 3:31 am). Reply

    Kita pakat test semua..Tapi banyak betul alang listkan..saya tahu skit je alternative tu..alang listkan 40 alternative adsense..time kasih banyak² alang..

  11. mizi (August 21, 2006, 5:51 am). Reply

    tq alang…info yg bebenor membantu..

  12. cikgubiz (August 21, 2006, 10:08 am). Reply

    Banyak jugak program lain yg boleh di joint selain adsens ye.

  13. ray (August 22, 2006, 5:03 pm). Reply

    Saya ada experience guna adsense, clicksor, bidvertiser, allfeeds dan kontera. Paling best tentu lah adsense, tiada bandinganya, yang kedua, kontera, revenue ada dalam lingkungan 50% adsense, ketiga clicksor dan bidvertiser, tapi ia membenarkan advertisement porn dan gambling, tidak begitu elok. allfeeds tu cuma boleh accept USA traffic, tiada guna.

    sekarang sedang tunggu Yahoo YPN dan MSN publisher keluar

  14. sham (August 23, 2006, 4:02 pm). Reply

    Yahoo & MSN terpaksa ikut cara Google buat bisnes..Kongsi dengan webmaster,baru cepat berkembang.Kalo tak tiru,mereka akan ketinggalan..Sekarang ni pun yahoo dah buat site search..Macam ala google sitemap skit..claims site,kene letak fail txt dia dalam root.

  15. Noorizam Shah (August 24, 2006, 9:17 am). Reply

    bertambah info lagi.. caya lah alang!! pewitt!

  16. kingkong (August 26, 2006, 11:59 am). Reply

    bidvertiser boleh letak sekali ngan adsense..

    aku da tanya google :D

  17. Pinvader (August 28, 2006, 4:52 am). Reply

    Saya nak tambah satu lg, Adster

  18. Ezree (September 8, 2006, 3:53 am). Reply

    Tima kasih Alang kerana bagi ilmu pasal Adsense.
    Saya punya akaun sudah approved.

  19. soulof99 (September 16, 2006, 1:55 am). Reply

    Setakat ni alternatif adsense yg sy cuba cuma clicksor dgn bidvertiser. Nampaknya kena cuba2 pula alternatif yang lain2 tu…

  20. Boost Adsense Revenue (June 19, 2007, 10:30 am). Reply

    best adsense website template

  21. Rangkuman soalan pembaca | Blog Webmaster Malaysia (October 18, 2007, 9:47 am). Reply

    [...] 1. Jika saudara mengikuti saranan saya dengan membaca terlebih dahulu tulisan saya sebelum bertanyakan soalan, saudara akan menjumpai tulisan saya sebelum ini Alternatif kepada adsense [...]

  22. abang (August 6, 2008, 2:50 pm). Reply

    thanks alang dan kengkawan. Saya ni baru belajar. Masih guna free punya website pun(camana nak register .net/.com/etc yg kos rendah?). Try register kat adsense tp rejected.Bidadvertiser tu kan ke kena traffick 5000/day?

  23. Nazran (August 29, 2008, 9:42 am). Reply

    Tima kasih byk2 akaun aku juga telah diban oleh pihak google.Ni aku nak share dgn korang affiliate tempatan..kalau nak join pi kat..http://rahsia-online.blogspot.com

  24. hanep (October 11, 2008, 3:14 pm). Reply

    huhu.. tq alang.. banyak membantu post ni…

  25. Jagung (October 11, 2008, 3:15 pm). Reply

    thanks for the posting. helps me a lot.

  26. BuyNiaga (October 11, 2008, 3:17 pm). Reply

    Thank you for the list. Another missing: backlinks.com . Hehe :-)

  27. nedyasafira (July 9, 2009, 9:14 pm). Reply

    Trims atas infonya,berguna banget bagi yang membutuhkan penghasilan untuk blog

  28. ade (July 5, 2010, 4:56 pm). Reply

    thanks infonya

  29. cikguyie (August 26, 2010, 12:07 am). Reply

    sy nak minta tlng ajarkan cara program baru dan elakkan dari penolakan adsense…tolonnnnnnnnnnnngggggggg

Add a Comment