Ulasan JomSeminar

8alang15th May 2008Entri

Rasanya saya yang paling lewat tulis pasal JomSeminar. Pada hari kedua JomSeminar, saya demam dan terus tak bangun-bangun sehingga pagi ni apabila mendapat bayaran JV JomSeminar sebanyak RM 194 (untuk dua conversion).

JomSeminar kali pertama ni telah berlangsung dengan jayanya di Petaling Jaya (Hotel Armada). Kenapa saya kata berjaya? Sebab tak ada apa-apa masalah besar sepanjang dua hari seminar tersebut dan kalau setakat masalah teknikal yang kecil-kecil tu biasa la. Selain itu terdapat juga komen-komen yang mengatakan masa yang diberikan untuk setiap speaker tidak mencukupi malah ada yang mencadangkan supaya setiap satu sessi seminar di adakan selama 2 hari.

Di JomSeminar ini juga saya pertama kali memberanikan diri keluar berhadapan dengan lain-lain usahawan internet. Walaupun sebelum ini sudah banyak perjumpaan untuk usahawan internet diadakan, saya tidak pernah hadir walau satu pun. Dan sebelum JomSeminar, saya hanya pernah berjumpa dua orang usahawan internet lain di luar iaitu Kidino dan juga alhafiz (terjumpa di pasar malam). Tetapi semasa 2 hari JomSeminar, ramai nama-nama yang sebelum ini saya hanya tengok di internet berjumpa, berbual, beramah mesra macam dah lama kenal. Baru saya tahu seronok rasanya bila berjumpa dengan orang yang sealiran dengan kita. Jadi lepas ni kalau ada lagi seminar atau gathering, confirm saya pergi.

Bercakap tentang seminar itu sendiri, sebenarnya sudah 3 tahun saya tidak bercakap di depan orang ramai. Kali terakhir ketika saya masih bekerja di mana saya hanya bercakap di dalam bilik meeting yang kecil di hadapan 20 – 30 orang tentang ISO. Memang terdapat banyak perbezaan dengan bercakap di JomSeminar kerana peserta JomSeminar semuanya membayar untuk menyertainya dan sedang berkobar-kobar untuk belajar. Jadi saya yakin mereka ingin dapatkan pulangan yang terbaik dari pelaburan mereka. Apa pun saya harap semuanya berpuas hati dengan penyampaian saya kerana pada hari pertama tu, nervous saya masih belum hilang dan pada hari kedua pula saya demam. Tapi perkara tersebut tak dapat la dijadikan alasan dan saya sedia menerima sebarang komen-komen yang membina.

Untuk gambar-gambar sekitar JomSeminar, rasanya dah ramai yang post kot. Gambar yang diambil dengan kamera saya masih belum diimport ke dalam komputer. So, untuk gambar rasmi JomSeminar sila ke blog Syed Ikhwan dan di situ terdapat semua link-link ke blog lain yang juga mempunyai gambar sekitar JomSeminar.

8 Comments Comments Feed

  1. saiful (May 15, 2008, 11:10 pm). Reply

    bilalah aku nak jumpa si Alang ni…hi..hi

    saiful’s last blog post..Download Ebook Percuma & Anda Dapat RM0.25

  2. z (May 16, 2008, 9:02 pm). Reply

    Belum lagi berkesempatan untuk ke seminar…
    Mungkin ada rezeki dan masa akan join..

    z’s last blog post..Keputusan separuh akhir Piala Thomas 2008

  3. Ubi (May 16, 2008, 11:39 pm). Reply

    Saya berterima kasih kpd Brader Alang dan mereka yg lain kerana sudi mencurahkan ilmu pada ari tu.

    Cuma saya sayang sangat pasal tak dpt dengar penerangan dari Brader Alang mengeani teknik direktori. Iskh… nak buat camana, masa tak mengizinkan…

    Anyway, terima kasih sekali lagi atas usaha semua yg menjayakan Jomseminar ari tu. Kepada semua mentor, Selamat hari Guru…!!

    Download Komik Ubi Percuma!

  4. NayanMohd (May 19, 2008, 9:24 am). Reply

    Pada pandangan saya, JomSeminar ni memang best ( walaupun saya bukanlah peserta JomSeminar). Tapi saya merasakan begitu..sebabnya speaker yg hadir ialah orang yang berpengalaman dan ada pengetahuan yang lebih dalam topik yang dibincangkan..

    Tahniah Bro Alang…Tahniah…JomSeminar.

  5. Nasran (May 19, 2008, 6:56 pm). Reply

    Saya setuju dengan Brader Alang,bahawa memang seronok bila dapat berjumpa rakan-rakan sealiran dengan kita…

    Pada pendapat saya ia juga dapat memotivasi diri agar terus fokus mencapai matlamat dalam perniagaan internet…

    Apa pun saya disini sekali lagi ingin mengucap berbanyak-banyak terima kasih kepada Brader Alang dan krew JomSeminar atas perkongsian ilmu yang buat saya puas hati kerana amat berbaloi dengan pelaburan yang dikeluarkan…

    TERIMA KASIH JOMSEMINAR

  6. Abooain (May 22, 2008, 11:09 pm). Reply

    Semoga kita dapat berjumpa lagi, Alang…… dapat belajar lebih lagi dari anda.

  7. ammbiz (June 3, 2008, 11:49 am). Reply

    berminat sgt nak join jomseminar ,,, harap lepas nie leh le pi :)

  8. Firdaus (July 8, 2008, 5:22 am). Reply

    Kenapa tak buat kat penang!!!!

    Sini pun banyak blogger

Add a Comment