JomBincang, satu lagi forum khusus untuk usahawan internet Malaysia

11alang27th May 2008Entri

jombincang-logo.jpg

JomBincang merupakan satu forum yang diwujudkan khusus untuk membantu peserta-peserta JomSeminar. Walau bagaimanapun ia juga membuka keahlian kepada sesiapa sahaja untuk menyertainya, cuma terdapat beberapa kategori yang hanya boleh diakses oleh peserta JomSeminar sahaja. Tetapi pihak pengurusan JomBincang tidak melupakan kategori-kategori yang lain di mana banyak ilmu-ilmu yang dikongsi di situ.

Semasa berita ini ditulis, JomBincang mempunyai 248 ahli aktif, 171 thread dan juga 1254 posts. Sebagai speaker untuk JomSeminar, saya turut menjadi mentor di situ di mana saya akan berkongsikan beberapa tips dan juga cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh ahli-ahli.

Perbincangan di dalam forum ini hampir 95% dalam Bahasa Melayu jadi saya rasa JomBincang boleh menjadi satu lagi tempat terbaik untuk para usahawan internet berbincang, bertukar-tukar idea dan sebagainya selain dari forum yang sudah sedia ada seperti WangCyber dan juga Webmaster Malaysia

11 Comments Comments Feed

  1. kerja sambilan (May 27, 2008, 5:27 pm). Reply

    semoga ianya menjadi pusat yg berjaya melahirkan IM berkualiti dan tidak disalahgunakan oleh pihak2 tidak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi…

    syabas kepada team yg menghasilkan ‘jombincang’ ini!!…

  2. Promosikan Forum JomBincang - Page 2 - Forum Pemasaran Internet | Pendapatan Internet (May 27, 2008, 8:22 pm). Reply

    [...] saya dah post sikit pasal forum jombincang di JomBincang, satu lagi forum khusus untuk usahawan internet Malaysia | Blog Webmaster Malaysia [...]

  3. apiz (May 28, 2008, 2:53 am). Reply

    Tahniah kepada ota-otai IM, ianya amat bagus menjadi tempat rujukan dan bertukar pendapat selepas Wangcyber. Apalagi JomBincang!

    apizs last blog post..Penantian Selama 28 tahun berakhir

  4. rohaizad (May 28, 2008, 10:08 am). Reply

    ermmm… satu lagi step untuk mematangkan bloggers dan webmasters

  5. Noorizam Shah (May 28, 2008, 12:06 pm). Reply

    sokongan kalian amatlah dialu-alukan (dituju kepada semua pembaca blog Alang) :)

    Noorizam Shahs last blog post..Senarai Laman Web Ebay Seluruh Dunia

  6. Azahari (May 28, 2008, 3:47 pm). Reply

    Saya suka ruangan chat forum tu…simple je.. kadang-kadang perlu ada jugak tambahan kalau nak tanya soalan simple-simple..takkan nak bukak topik baru ye tak… tapi kalau ada yang ambil kesempatan nanti susah juga…terutama yang minat buat spam chat nanti..

    apapun, tambah lagi satu forum yang berkualiti perniagaan dan income dari internet. :)

  7. saiful (May 29, 2008, 1:31 am). Reply

    mmm..menarik jugak jombincang ni he he he

    saifuls last blog post..Jangan Takut Miskin Kerana Bersedekah

  8. SyedHafidz (June 2, 2008, 11:18 am). Reply

    Saya baru je dapat tau ttg jombincang ni..
    baru register tapi tak sempat nak explore abis lagi coz agak sbuk skang nie..
    anyway, tahniah kepada team2 jombincang yang mengusahakan forum nie…
    good luck

    SyedHafidzs last blog post..Tinggal 3 Paper lagi…

  9. izzportal (June 5, 2008, 11:02 am). Reply

    Jombincang merupakan salah satu tempat ‘port’ yang memang sesuai untuk golongan2 baru yg nak bertapak dalam Internet Marketing..dengan main supporternya terdiri daripada golongan2 otai Internet, so, adalah sebaiknya forum ini dimanfaatkan sepenuhnya…:)

    Semoga sama2 kita mendapat faedah..Jom menyertai JomBincang…:)

    izzportals last blog post..Getting Paid from Paypal – Earn Money with MySearchFund

  10. z (July 30, 2008, 7:43 am). Reply

    salam,

    bagus tu. dapat mengembangkan lagi maklumat kepada orang-orang baru macam saya…

  11. duit (May 29, 2008, 2:17 pm). Reply

    perlu buat garis panduan atau peraturan yg ketat utk mengawal mereka2 yg suka mengambil kesempatan ni…minda ‘newbies’ boleh menjadi negatif dgn perlakuan mereka…

Add a Comment