Ulasan panduan Jana Pendapatan Dengan Nuffnang

16alang22nd Jun 2008Entri,

Rakan kita saudara Noorizam baru sahaja siap menulis satu panduan bagaimana untuk menjana pendapatan dengan Nuffnang dan saya antara orang yang terawal diberi peluang untuk membaca panduan ini. Rasanya semua dah tahu apa itu Nuffnang dah hampir kesemua anda sudah mendaftar akaun. Tetapi saya yakin hanya sebahagian dari anda yang benar-benar dapat menjana pendapatan dengannya.

Saya adalah antara orang yang tidak bernasib baik, setakat ini hanya menjana RM 1.20 sahaja pendapatan dari Nuffnang. Sebenarnya saya memang dah berputus asa dan terus membuang iklan Nuffnang dari blog saya. Tetapi selepas membaca tips-tips yang ditulis Noorizam di forum JomBincang, saya mengambil keputusan untuk memberi Nuffnang peluang kedua. Walau bagaimanapun saya masih tidak dapat menjana apa-apa pendapatan malah iklan pun jarang-jarang keluar. Setelah membaca panduan yang ditulis Noorizam barulah saya tahu apa sebabnya.

Di dalam ebook ni Noorizam telah menceritakan latar belakang Nuffnang dan juga panduan bagaimana untuk memohon, memilih iklan dan memasukkan iklan ke blog anda. Noorizam juga berkongsi beberapa tips yang berkesan berdasarkan pengalaman beliau sendiri.

Ebook ini akan dilancarkan pada hari Selasa 24hb Jun dan yang paling menarik sekali, ianya akan diberikan secara percuma. Ya, PERCUMA, FREE, GRATIS. Apa yang anda perlu lakukan ialah pergi ke laman web Noorizam dan masukkan nama dan email anda di ruangan yang disediakan sebagaimana gambar di bawah

nuffnangads.jpg

Selamat membaca.

.

16 Comments Comments Feed

  1. Noorizam Shah (June 24, 2008, 9:17 am). Reply

    terima kasih dengan review ini Alang.. wahh dah ada iklan yang keluar.. tahniah!

  2. titan (June 24, 2008, 10:33 am). Reply

    aku tengah download ni norizam. Asik failed aje manjang.Awat hang wat berat sangat aa..

    titans last blog post..Did you take Car Insurance?

  3. zool (June 24, 2008, 10:53 am). Reply

    Belum download lagi.. Balik kang download..
    Semalam line stremyx teruk

    zools last blog post..Kakitangan Awam berpeluang berniaga

  4. Abdul Rashid Basar (June 24, 2008, 5:28 pm). Reply

    Saya berminat dengan apa yang diterangkan mengenai Jana Pendapatan Dengan Nuffnang. Saya akan ulas setelah habis membaca e-book tersebut tetapi bagaimana utk mendapatkannya….ARB Dagang

    Abdul Rashid Basars last blog post..Siapa Dr. Irfan Khairi (IK) ?

  5. Abdul Rashid Basar (June 25, 2008, 5:03 pm). Reply

    Untuk makluman en Norizam saya telahpun daunload dan tunggu ulasan dari saya. Terima kasih…..ARB Dagang

    Abdul Rashid Basars last blog post..Siapa Fione Tan di Dunia Internet Marketing Asia ?

  6. NayanMohd (July 2, 2008, 5:40 am). Reply

    Satu panduan yang bagus.. dah download..dah baca..dan sedang praktikkan.

    TQ

    NayanMohds last blog post..Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”

  7. Nizam (July 7, 2008, 8:29 am). Reply

    TK atas makluman diberikan. Kadang kala kita terlepas pandang.

  8. aman (July 7, 2008, 7:25 pm). Reply

    dah download dan baca…

    amans last blog post..Feed Dari Blog GMail di Laman Utama GMail

  9. En Dlie (July 9, 2008, 11:32 am). Reply

    Terima kasih kerana sudi berkongsi dan beritahu mengenai ebook percuma ini..

  10. usri (August 17, 2008, 10:30 pm). Reply

    benda free, boleh buat duit plak tu…

  11. blalang (July 22, 2009, 5:03 pm). Reply

    Saya dpt cek nuffnang 2-3 bulan sekali jer.

    Nuffnang mmg tak laju tapi kalau dapat iklan advertorial event peh puas hati.

    saya dapat offer RM1062 utk satu iklan advertorial untuk event astro. Masuk ni dah kali ke-3 dpt iklan advertorial.

    Saya ada review kat: http://blalang.blogspot.com/2009/04/iklan-advertorial-nuffnang.html

    (siapa kata blogspot xleh cari makan huhuhu)

  12. Noorizam Shah (June 24, 2008, 2:06 pm). Reply

    file tu banyak grafik.. kasi newbie lebih faham.
    :D

    pakai link alternatif.. dah hantar ke emel.. sila cx.

  13. Noorizam Shah (June 24, 2008, 2:07 pm). Reply

    guna link alternatif yang saya beri tu yea.. so far ramai dah yang dwnload.

    kalau free, jemput sekali review kat blog :)

  14. alang (June 24, 2008, 4:36 pm). Reply

    dah keluar iklan pun tapi earning still RM 1.20 :(

    Poning den dgn nuffnang ni

  15. noorizam shah (June 24, 2008, 7:49 pm). Reply

    abdul rashid basar.. sila ke http://www.noorizamshah.com dan masukkan email anda di ruangan yang disediakan.. :)

  16. Noorizam Shah (July 5, 2008, 9:42 pm). Reply

    Alang.. result tak keluar hari-hari.. dia by weekend.. earning nuffnang memang tak laju macam adsense.. setidak2nya beri pendapatan sampingan.
    :D

    Noorizam Shahs last blog post..Jika Anda Copy Paste Maklumat Ini, Saya Boleh Ketahuinya…

Add a Comment