Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Written by alang on July 16, 2008
Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Dan di blog-blog lain pun, mungkin pembaca semua baca tentang kebaikan jer, boleh dikatakan susah nak jumpa orang yang tulis pasal keburukan menjadi usahawan internet ni. Orang yang nampak keburukan usahawan internet ni, mungkin bukan dari kalangan usahawan internet atau orang yang cuba nak jadi usahawan internet tetapi gagal.
Tetapi kali ini saya nak mendedahkan keburukan menjadi usahawan internet sepenuh masa berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Susah Berurusan Dengan Pihak Bank
Atau lebih tepat lagi memohon pinjaman dengan bank. Ini adalah kali pertama saya memohon pinjaman semenjak jadi usahawan internet sepenuh masa. Barulah saya tahu betapa peritnya nak meyakinkan bank yang pendapatan yang kita perolehi adalah sah dan stabil. Walaupun saya menunjukkan 10 bulan penyata bank saya yang mana puratanya melebihi RM 10K, tetapi mereka masih tidak yakin. Apatah lagi apabila saya beritahu yang saya tidak menawarkan sebarang produk atau servis sebaliknya hanya menjual ruang iklan. Bagi mereka kalau dah bisnes mesti ada jual barang atau tawarkan perkhidmatan.
Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung
Kalau dah pegawai bank pun sukar nak faham tentang bisnes internet, apatah lagi orang kampung. Setiap kali balik kampung mesti dapat soalan bertanyakan tentang kerja saya. Apabila saya cakap bisnes, diorang akan tanya bisnes apa, dan apabila saya cakap bisnes internet, masing-masing angguk buat-buat faham walaupun saya tahu semuanya tak faham. Ada juga yang tanya bisnes internet ni macam swisscash ker? Tak haram ker?
Berat Badan Naik
Ok jangan ketawa kalau saya mengatakan berat badan saya naik hampir 10kg selepas saya berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa pada tahun 2005. Puncanya kerana kerja yang dilakukan hanyalah duduk menghadap laptop jer. Walaupun otak penat tapi badan kurang bergerak. Ye la, takkan la nak usung laptop dan menaip sambil berlari pulak kan. Memang logik la kerja macam ni patut kena duduk dan cuma jari / tangan jer yang bergerak.
Dan lagi satu punca berat badan naik ialah bekerja di rumah, bila-bila masa rasa nak makan terus pergi dapur. Kalau kerja pejabat ada waktu makan tertentu, kat rumah asal boring jer makan.
Disiplin Diri
Rasanya masalah ni memang menghantui semua orang yang bekerja sendiri termasuklah usahawan internet. Menjadi bos sendiri memerlukan disiplin diri yang kuat untuk kita menyiapkan sesuatu kerja. Kalau kerja dengan orang, tak siap kerja kena marah. Kalau kerja sendiri siapa nak marah? Selain itu, kadang-kadang saya rasa tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Punca kurang motivasi ni mungkin disebabkan projek yang dibuat tidak menjadi, pendapatan makin merosot, kena kritik dan sebagainya. Ramai orang yang gagal untuk menjadi usahawan internet sepenuh yang berjaya adalah kerana masalah disiplin diri.
Kurang Bersosial
Satu-satunya cara kita bersosial adalah melalui email atau messenger. Kalau kerja di pejabat, masa kerja tu boleh jugak borak-borak dengan rakan sepejabat bila boring dan lepas kerja boleh minum-minum kat kedai mamak. Kadang-kadang bila sesekali pergi ke majlis tertentu, dah berbual dengan orang pun dah rasa kekok sebab dah lama tak berbual kecuali dengan keluarga dan jiran-jiran.
Menimbulkan Syak Wasangka
Kalau anda menjadi jiran saya, dan tak tahu yang saya ni buat bisnes dari rumah, apa tanggapan anda apabila setiap melihat isteri saya keluar bekerja, saya tinggal di rumah, hantar anak pergi sekolah, ambil anak dari sekolah, jemur kain, basuh pinggan, sapu halaman dan sebagainya. Dan yang peliknya, masih pula mampu hidup selesa.
Jadi, adakah anda menghadapi masalah yang saya seperti yang saya hadapi? Atau ada masalah lain? Kongsikan di sini supaya semua orang tahu tidak semuanya indah tentang bisnes internet ni.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




07-16-2008
12:07 pm
abeku
Memang berbeda tajuk ini, tapi ia satu topik yang memang patut dikongsikan.Apa yang pasti keikhlasan yang diluahkan itu sampai di lubuk hati ni. Lebih lebih lagi pasal berat badan…hehehe..Biarlah apa org kata, janji kita pakai 4wd 2.2cc lagi..hehhehee..Tapi bab sosial tu, lu pikir la sendiri…angkat fon call je kekawan.
abekus last blog post..BMW 320i
07-16-2008
2:32 pm
abeku
Post dan posing ler skali…
abekus last blog post..BMW 320i
07-16-2008
7:08 pm
Abdul Rashid Basar
Untuk menceburkan diri sepenuh masa perlu difikirkan berulang kali sekiranya kita telah ada pekerjaan tetap. Sekiranya hasil pendapatan perniagaan internet telah stabil dan lebih daripada pekerjaan tetap maka bolehlah mengambil keutusan untuk mengusahakannya sepenuh masa………….ARB Dagang
07-16-2008
10:50 pm
Noorizam Shah
Alang sebaiknya sesekali tu pergi la bersosial.. ha ni gath WC dah dekat.. boleh la kita eksesais main golf nanti.. hehehe
07-17-2008
1:25 am
Fai
Hehe.. Memang benar sungguh kata-kata Alang yang no 3 tu.. Berat badan saya makin naik berbanding dengan berat awal 2006 dulu.. Naik mendadak plak tu.. Hehe..
Boleh dikatakan setiap petang kalau dirumah, saya akan ke dapur cari makanan.. Biskut pun biskut la janji makan.. hehe..
07-17-2008
1:19 pm
saiful
salam Alang,
saya masih gagal kat perkara Displin Diri tu..hu hu..memanglah kot masih mkn gaji lagi ni…buat 2&3 kerja satu masa memang payah sikit kot nak displin diri….tapi ckp Alang betul gak…FOKUSSSSS…..tk.
saifuls last blog post..Jus Magno Minuman Anti Oksida Semulajadi!
07-17-2008
1:58 pm
Fizi
Takpe Alang.. kalau berat badan naik sikit.. tapi kalau petang-petang pergi berjogging ke pun ok gak kan.. baru boleh cover sikit..
Macam org yg keje 9-5 ni.. sampai rumah dah dekat maghrib dah.. letih lagi dlm kerete.. maklumlah rumah jauh dari tempat kerja.. bila lah nak dapat kerja dari rumah je ni..
p.s: Eh.. petang semalam kat pasar malam SU tu Alang ke, pergi ambil anak?.. nak tegur segan plak takut salah org.. hehe..
07-17-2008
2:00 pm
aman
berat badan naik? huhu…patut pompuan kurang dalam bidang IM nie..haha
amans last blog post..Microsoft Live Mesh Kini Public Beta
07-18-2008
4:30 am
Azahari
Kalau nak terangkan orang kat Bandar tentang perniagaan internet pun satu masalah juga, inikan pulak orang kampung.
Satu lagi keburukan pada saya pulak kena bebel dengan wife bila terpaksa mengadap komputer lama sebab internet connection yang lembab. Bukannya tak nak tutup cepat-cepat, tapi bila dah ada customer order rasa nak cepat-cepat je hantar produk yang mereka dah beli. Bila internet slow, lagi lamalah mengadap nak tunggu loading email lagi, nak check akaun bank online lagi.
Kalau internet laju nak hantar download link pun laju je…bukan susah pun, copy paste je….
Azaharis last blog post..Google Now Indexes Flash. Should Bloggers Rejoice?
07-23-2008
12:23 pm
nabieel
susah nak berurusan dengan pihak bank memang tak dapat di elakkan..
kalo Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung..bagi aje bisnes kad kat dia orang..
kalo menimbulkan syak wasangka..buat stiker ttg bisnes kita tampal kat cermin kereta atau buat signboard kat dpn umah menyatakan bisnes kita..
yang bersosial buatlah berkumpul 1bulan sekali gi main bowling ke,tgk wayang ke tak pun gi berkelah dgn kawan2 yg lain..
;p
nabieels last blog post..Rahsia Menjadi Pro Affiliate Terbongkar!
07-23-2008
9:59 pm
gaman
I understand your frustrations haha. Still being able to be in charge with your time and money makes everything worth while.
07-24-2008
10:18 pm
titan
serius alang. Benda yang sama berlaku kat aku. Pasal bank tu, memang sakit jiwa gak nak terang kat diorang. Nak cashkan cek pun diorang banyak soal. Kalau dapat yg jenis memahami, senang. Kene yg jenis curious, macam2 dia jawab.
Nak wat loan? Ehm..itu satu hal..
07-28-2008
8:13 pm
TheReds
Kenapa alang x bawak sekali keratan akhbar pasal alang tunjuk kat bank..
pastu sebut nama irfan khairi..alang cakap la alang buat biz macam irfan..
tu pon kalo dorang kenal irfan ler..:D
08-02-2008
12:20 am
leana
chek (slang penang) ada baca sapa tu sebut payah IM pompuan nk join? tersangat la memang… tapi chek ni cam alang gak. suka menongkah arus…..
10-18-2008
2:18 pm
Kuruskan Badan Untuk Lelaki
ek eleh,
pendapatan IM kan sudah cukup untuk pergi ke pusat kuruskan badan. hehehe… Takde perkhidmatan untuk kuruskan badan untuk lelaki di Malaysia. di China dah ada. Kalau Malaysia ada, mesti hits bisnes tu… hehehehe….
11-03-2008
10:00 am
waka
orang sekeliling syak wasangka xpa asal ada duit dan xsusahkan mereka. apa-apahal pun kena bawak2 berjoging ke, basikal ke, xbagus tuh kalau xbersenam.
“duit tidak boleh membeli kesihatan, duit hanya boleh membeli ubat kesihatan” ayat yang tertulis dalam buku kaya sebelum miskin, kalau xsilap begitulah ayatnya.
05-27-2009
10:11 am
shahrul
Setiap perkara ada baik dan buruk.
08-12-2009
8:55 pm
wan azhar
salam alang…dah dua kali kita jumpa…alang ni pemalu orangnya kalau jumpa face to face….kali pertama kat besut kursus wordpress…rupanya kereta alang pegi kat besut..hyundai wooo! kali kedua kita jumpa kat seminar speed adsense…memg mesra alam btul alang nih…
08-12-2009
9:28 pm
alang
eh yer ker? Hahaha tak perasan pulak saya. Masa bengkel kat besut tu, saya dah separuh lalok sbb tido satu jam jer.
Masa SpeedAdsense dah ramai sangat, tak sempat nak tegur semua.
Tapi yg sebenarnya, you ni nak cakap saya pemalu atau mesra alam?
11-18-2009
7:47 pm
mr google
Saya raser senarai2 keburukan menjadi usahawan internet yg diterang kan oleh saudara….amat tepat skali….walaupun membacanya agak kelakar….tapi itulah realitinya….huhuhuh
07-16-2008
12:12 pm
alang
ko jer sahabat aku yg memahami amir :p.
Takpe, kalau yg dah rasa lemah semangat tu, lepas ni saya postkan satu gambar yg akan menaikkan semula semangat anda? Hint dia, macam yg kawan kita ni cakap kat atas, 4wd 2.2
07-16-2008
7:27 pm
alang
kalau posing sapa lak nak ambik gambar
07-16-2008
7:28 pm
alang
bukan setakat lebih, sekurang-kurangnya 3 – 4 kali ganda dari gaji dan ada sedikit saving baru la betul2 boleh buat sepenuh masa
07-16-2008
11:03 pm
alang
gath WC ni memang saya pergi? Main golf? Kureng la
07-17-2008
2:05 pm
alang
hehe boleh la jogging seminggu 2 3 kali. Kalau tak jogging langsung rasanya makin banyak naik.
Eh saya la tu, anak saya memang sekolah kat SU. Hehe, apsal tak tegur, kalau tak boleh saya belanja makanan kat pasar malam tu. You nampak saya dok tengah beli apa masa tu?
07-17-2008
2:06 pm
alang
hehe, tau takpe :p
07-17-2008
3:59 pm
Fizi
Ha kan betul.. ruginya tak tegur.. Alang tgh kat stall yg ada cendawan goreng tu kalau tak silap..
Insya-Allah kalau terserempak lagi saya tegur..
takut silap org nak tegur.. tgk muka Alang mcm garang jer.. huhu.. tapi hati baikkan..
07-17-2008
5:11 pm
alang
hehe, semua org cakap muka saya ni garang. Kalau dah kenal baru tahu saya ni mesra alam sebenarnya. Tak caya tanyala abeku kat atas tu
07-19-2008
10:48 am
Badruzamani Azmi
Set automatik snap lepas 5 second la Alang.
TAHNIAH Alang. Saya pun target nak beli Viva aja nanti.Senang nak bergerak.
Tapi, saya sekarang lain sikit. Dari bisnes offline sepenuh masa dulu, sekarang buat kerja separuh masa. Siang kerja Offline, malam kerja online. Sebelum ni, memang banyak kerenah dengan bank dan lain – lain. Tapi, bila beri kad tertulis jawatan Pengurus kat Syarikat sendirian berhad, terdiam juga diorang,
Tengok saya biasa aja.:) Satu lagi pasal bab disiplin ni, kadang – kadang mandi pun lewat (dulu la
)