I have no profesional training
Kata-kata William Hung itu paling tepat digunakan semula untuk menggambarkan diri saya dalam bidang pembangunan laman web. Saya tidak pernah mendapat latihan/kursus/tunjuk ajar dari sesiapa pun dalam bidang ini dan apa yang saya perolehi hari ini adalah hasil pembelajaran saya sendiri melalui pembacaan tutorial di internet, ebook dan juga trial and error.
Saya mula mengenali HTML pada tahun 1999 sewaktu bekerja part time di cybercafe. Dan pada masa mula-mula belajar, saya pernah tidak tidur semalaman semata-mata kerana belajar untuk membuat “frame”. Ingin lihat laman web pertama saya yang dibuat menggunakan Netscape Composer? a|aNG yang dihostkan di freeserver dan saya masih terkejut apabila mendapati laman web tersebut masih lagi berada disitu hingga sekarang.
Pada tahun 2000, saya bekerja di sebuah syarikat yang menyediakan kandungan untuk CD-ROM dan disitu saya berpeluang mendalami lagi HTML code kerana kandungan CD-ROM juga dibuat menggunakan HTML language. Selepas itu, apabila saya bertugas disyarikat lain, saya tidak berpeluang untuk meneruskan minat kerana kesibukan tugas dan juga kerana pada masa itu saya telah pun berkahwin sehinggalah pada pertengahan tahun 2003 apabila tiba-tiba minat saya timbul kembali.
Pada permulaannya, saya membina osx-e dalam bentuk html sahaja menggunakan Macromedia Dreamweaver. Kemudian, saya mula mengenali CMS dan yang pertama saya cuba ialah PHP Nuke selama beberapa bulan sebelum beralih ke Mambo. Saya masih tidak berpuas hati dengan Mambo sehinggalah saya menggunakan CMS berbayar yang pertama iaitu Virtuanews. Saya menggunakan Virtuanews selama setahun lebih sebelum saya mula mengenali SEO dan sedar yang Virtuanews tidak SEO Friendly walaupun mempunyai banyak kelebihan lain. Saya beralih semula ke format html biasa untuk mempraktikkan ilmu-ilmu SEO yang saya belajar dan boleh saya katakan, sepanjang tempoh saya menggunakan format ini untuk osx-e, laman web tersebut begitu cepat berkembang dari segi traffic, search engine ranking dan revenue. Walaubagaimanapun, apabila laman web tersebut telah mempunyai beribu-ribu muka surat dan saya juga mempunyai beberapa laman web lain untuk dikemaskini, penggunaan format html tersebut agak leceh bagi saya. Dan setelah membuat beberapa survei, saya dapati yang WordPress menepati beberapa kehendak saya dari segi SEO dan simplicity dan sekarang, kebanyakan laman web saya menggunakan wordpress termasuklah osx-e.
Untuk forum, saya pernah menggunakan PHPBB, Invision Board dan sekarang Vbulletin dan bagi saya Vbulletin memang software forum yang terbaik walaupun harganya agak mahal. Dan untuk gallery pula, pada mulanya saya menggunakan Photopost PHP Pro, sebelum beralih ke Photopost VbGallery kerana ia lebih integrated dengan vbulletin.
Apa yang saya cuba sampaikan dari perkongsian pengalaman saya di atas ialah, tidak ada alasan untuk kita tidak berjaya dalam bisnes internet jika kita berusaha bersungguh, rajin belajar dan tak mudah putus asa. Bagi saya, sama ada orang tersebut mendapat latihan atau tidak, tidak menjamin bahawa mereka akan berjaya, yang penting ialah dalam diri individu tersebut sama ada mereka betul nak atau tidak. Banyak alasan yang saya dengar dari mereka yang malas seperti, “tak faham bahasa inggeris”, “dah belajar tapi tak faham”, “malas la na baca, panjang sangat” dan berbagai-bagai lagi. Tapi, bila tengok orang lain berjaya, diorang pun nak buat jugak, tapi semuanya nak jalan pintas. Itu yang menyebabkan kita boleh tengok banyak soalan2 kurang cerdik yang ditanya diforum-forum.
Golongan ini juga tidak segan silu bertanya melalui ruangan komen diblog-blog walaupun soalan mereka tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk blog yang ditulis. Bagi saya, pepatah “Malu bertanya sesat jalan” telah disalahgunakan oleh golongan ini untuk kepentingan mereka sendiri kerana jawapan untuk semua soalan mereka semuanya sudah tersedia, apa yang perlu dilakukan ialah sedikit usaha untuk mencari dan memahami. Pergilah ke kursus yang bernilai beribu-ribu ringgit pun jika dalam diri masih tidak mahu berusaha, mereka akan cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain seperti kursus tak bagus, ataupun jika soalan yang mereka tanya tak dijawab mereka akan mengatakan orang tersebut “kedekut ilmu”, “tak nak tolong bangsa sendiri”, “nak kaya sorang” dan sebagainya (antara kata-kata yang pernah saya sendiri terima)
Bagi saya, terlalu banyak ilmu di dalam internet yang boleh kita pelajari secara percuma. Semuanya sudah tersedia bagi saya sendiri, setiap hari ada sahaja benda baru yang saja belajar dan masih ada banyak lagi ebook yang sedang dan akan saya baca dalam tujuan untuk mendalami bidang yang saya ceburi ini. Mungkin bagi sesetengah orang akan berpuas hati apabila sudah memperoleh pendapatan lima angka, tetapi bagi saya tidak kerana saya melihat potensi yang lebih besar.
Untuk sesiapa yang baru hendak mula saya cabar anda untuk membina satu laman web yang berjaya dalam tempoh 6 bulan tanpa bertanya soalan kepada sesiapapun, sebaliknya hanya melalui pembelajaran anda sendiri. Apa yang saya maksudkan berjaya disini ialah, laman web anda mempunyai pengunjung setiap hari dan memperolehi pendapatan daripadanya walaupun hanya beberapa sen sehari.



hehe… tekanan giler melihat anda semua seronok membagunkan site dan menghasilkan $$$!!!
tapi aper kan daya… saya nak SPM lagi berapa bulan da…
semua tool.. script… grafik… dah ader dalam pc sayer cuma idea jer tak der lagi…
wa… aperkan daya tgn saya telah dikunci untuk SPM wa….wa…wa….!!!
bab adsense dah berlambak site saya buat, tapi biasa la.. dah pakai free host.. site yg cam nak mampust tuh dia bunag selamber jer…
tapi tak perlah… habis spm saya akan buat site power punya pendaftaran/forum/download/ bla…bla..
walau aper wa….wa…!!! bnyak gak saya nak belajar lepas SPM nih mau sakit otak gakz!
OS/Linux
Programming
Grafik
PHP/ASP
Server Mysql/Sql
Cara membagunkan software (ader projek besar akan dilancarkan!!)
Saya baru berpeluang baca artikel yang agak lama.Memang menarik. Kalau citer pengalaman ringkas saya pulak, sebelum ni saya adalah bekas pelajar Universiti jurusan Elektrik & Elektronik dan memang takde asas dalam HTML pun. Tapi setiap kali kelas komputer, saya begitu seronok sekali. Kalau tak salah dalam tahun 1998-1999 saya dah mula belajar melayari internet.Masa tu takde minat nak buat perniagaan pun.Cuma saya selalu save lagu-lagu dalam disket.Sampai satu masa bila saya save, lepas tu tengok balik apa yang saya dah save tu saya tengok macam serabut sebab font ada yang besar dan ada yang kecil. Saya pun mulalah buka file saya tu menggunakan command prompt. saya edit manually sebab masa tu saya tak reti sangat Netscape Composer dsb.
Saya pun mula belajar edit page tersebut dari disket. Makin hari makin seronok sebab saya belajar pulak edit font color, lepas tu buat bold, letak underline. Semua tu saya try n error sebab masa tu tak ramai yang reti HTML ni.Lepas saya edit guna command prompt tu saya reload disket saya..hehe.. jumpa yang terbaru pulak cara nak letak gambar..fuh! satu kepuasan masa tu.. seronoknya.. terus saya pun cari website free.Kalau tak salah masa tu webspawner.com
tapi tengok macam dah tak wujud je.
Saya explore lagi jumpa la java script, java applet, macam Alang buat tu..air bergerak-gerak tu..hehe..best giler masa tu.Lepas tu saya pun hanyut dengan mIRC selama beberapa tahun.Baru tahun lepas saya terdetik nak buat perniagaan internet setelah saya jumpa iklan jutawan internet..dan mula “menjalar” ke web Alang pula..
Apa yang saya nak kata kat sini, saya pun tiada basic juga pada awalnya.Saya belajar tu kira syok sendiri je.Lama-lama jadi minat. Tapi masa tu saya tak terfikir pun untuk buat duit melalui internet ni.Mungkin kalau saya start awal, mungkin sekarang saya dah advance lagi dari sekarang.
Azahari
Semua yang alang cakap tu saya sokong.Perlukan usaha untuk belajar dan mencari ilmu.Nak belajar dengan orang lain boleh,tak boleh nak harap orang lain sangat sebab kalau nak berjaya,kena tolong diri sendiri dulu,jangan harap orang lain nak tolong kita.
Walaupun tak reti coding,try usik2..macam alang cakap trial and error..by the way,good post alang..sokong 100%..
Programming Tutorials (August 19, 2007, 10:10 am).
Programming Tutorials
I couldn’t understand some parts of this article, but it sounds interesting
It is really impressive articles,inspires a lot of bloggers.