I have no profesional training

Written by alang on August 29, 2006

Kata-kata William Hung itu paling tepat digunakan semula untuk menggambarkan diri saya dalam bidang pembangunan laman web. Saya tidak pernah mendapat latihan/kursus/tunjuk ajar dari sesiapa pun dalam bidang ini dan apa yang saya perolehi hari ini adalah hasil pembelajaran saya sendiri melalui pembacaan tutorial di internet, ebook dan juga trial and error.

Saya mula mengenali HTML pada tahun 1999 sewaktu bekerja part time di cybercafe. Dan pada masa mula-mula belajar, saya pernah tidak tidur semalaman semata-mata kerana belajar untuk membuat “frame”. Ingin lihat laman web pertama saya yang dibuat menggunakan Netscape Composer? a|aNG yang dihostkan di freeserver dan saya masih terkejut apabila mendapati laman web tersebut masih lagi berada disitu hingga sekarang.

Pada tahun 2000, saya bekerja di sebuah syarikat yang menyediakan kandungan untuk CD-ROM dan disitu saya berpeluang mendalami lagi HTML code kerana kandungan CD-ROM juga dibuat menggunakan HTML language. Selepas itu, apabila saya bertugas disyarikat lain, saya tidak berpeluang untuk meneruskan minat kerana kesibukan tugas dan juga kerana pada masa itu saya telah pun berkahwin sehinggalah pada pertengahan tahun 2003 apabila tiba-tiba minat saya timbul kembali.

Pada permulaannya, saya membina osx-e dalam bentuk html sahaja menggunakan Macromedia Dreamweaver. Kemudian, saya mula mengenali CMS dan yang pertama saya cuba ialah PHP Nuke selama beberapa bulan sebelum beralih ke Mambo. Saya masih tidak berpuas hati dengan Mambo sehinggalah saya menggunakan CMS berbayar yang pertama iaitu Virtuanews. Saya menggunakan Virtuanews selama setahun lebih sebelum saya mula mengenali SEO dan sedar yang Virtuanews tidak SEO Friendly walaupun mempunyai banyak kelebihan lain. Saya beralih semula ke format html biasa untuk mempraktikkan ilmu-ilmu SEO yang saya belajar dan boleh saya katakan, sepanjang tempoh saya menggunakan format ini untuk osx-e, laman web tersebut begitu cepat berkembang dari segi traffic, search engine ranking dan revenue. Walaubagaimanapun, apabila laman web tersebut telah mempunyai beribu-ribu muka surat dan saya juga mempunyai beberapa laman web lain untuk dikemaskini, penggunaan format html tersebut agak leceh bagi saya. Dan setelah membuat beberapa survei, saya dapati yang Wordpress menepati beberapa kehendak saya dari segi SEO dan simplicity dan sekarang, kebanyakan laman web saya menggunakan wordpress termasuklah osx-e.

Untuk forum, saya pernah menggunakan PHPBB, Invision Board dan sekarang Vbulletin dan bagi saya Vbulletin memang software forum yang terbaik walaupun harganya agak mahal. Dan untuk gallery pula, pada mulanya saya menggunakan Photopost PHP Pro, sebelum beralih ke Photopost VbGallery kerana ia lebih integrated dengan vbulletin.

Apa yang saya cuba sampaikan dari perkongsian pengalaman saya di atas ialah, tidak ada alasan untuk kita tidak berjaya dalam bisnes internet jika kita berusaha bersungguh, rajin belajar dan tak mudah putus asa. Bagi saya, sama ada orang tersebut mendapat latihan atau tidak, tidak menjamin bahawa mereka akan berjaya, yang penting ialah dalam diri individu tersebut sama ada mereka betul nak atau tidak. Banyak alasan yang saya dengar dari mereka yang malas seperti, “tak faham bahasa inggeris”, “dah belajar tapi tak faham”, “malas la na baca, panjang sangat” dan berbagai-bagai lagi. Tapi, bila tengok orang lain berjaya, diorang pun nak buat jugak, tapi semuanya nak jalan pintas. Itu yang menyebabkan kita boleh tengok banyak soalan2 kurang cerdik yang ditanya diforum-forum.

Golongan ini juga tidak segan silu bertanya melalui ruangan komen diblog-blog walaupun soalan mereka tidak ada kena mengena langsung dengan tajuk blog yang ditulis. Bagi saya, pepatah “Malu bertanya sesat jalan” telah disalahgunakan oleh golongan ini untuk kepentingan mereka sendiri kerana jawapan untuk semua soalan mereka semuanya sudah tersedia, apa yang perlu dilakukan ialah sedikit usaha untuk mencari dan memahami. Pergilah ke kursus yang bernilai beribu-ribu ringgit pun jika dalam diri masih tidak mahu berusaha, mereka akan cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain seperti kursus tak bagus, ataupun jika soalan yang mereka tanya tak dijawab mereka akan mengatakan orang tersebut “kedekut ilmu”, “tak nak tolong bangsa sendiri”, “nak kaya sorang” dan sebagainya (antara kata-kata yang pernah saya sendiri terima)
Bagi saya, terlalu banyak ilmu di dalam internet yang boleh kita pelajari secara percuma. Semuanya sudah tersedia bagi saya sendiri, setiap hari ada sahaja benda baru yang saja belajar dan masih ada banyak lagi ebook yang sedang dan akan saya baca dalam tujuan untuk mendalami bidang yang saya ceburi ini. Mungkin bagi sesetengah orang akan berpuas hati apabila sudah memperoleh pendapatan lima angka, tetapi bagi saya tidak kerana saya melihat potensi yang lebih besar.

Untuk sesiapa yang baru hendak mula saya cabar anda untuk membina satu laman web yang berjaya dalam tempoh 6 bulan tanpa bertanya soalan kepada sesiapapun, sebaliknya hanya melalui pembelajaran anda sendiri. Apa yang saya maksudkan berjaya disini ialah, laman web anda mempunyai pengunjung setiap hari dan memperolehi pendapatan daripadanya walaupun hanya beberapa sen sehari.

Comments

  • 08-29-2006
    8:57 am

    Reply

    Walikard

    Terbakar nih…alang, saya sahut cabaran tu. Kalau alang boleh buat, saya pun boleh, InsyaALLAH. Azam, usaha dan tawakkal. Tak lama dah 6 bulan tu :-)


  • 08-29-2006
    9:05 am

    Reply

    alhafiz3d

    Itula yang menariknya mengenai INTERNET ini,
    sebenarnya semua dah tersedia..
    Berkenalan lebih rapat lagi dengan En.Google dan En.Yahoo, saya sendiri pun takde latihan formal di mana-mana.
    Good Luck semua.. Termasukla diri saya sendiri.


  • 08-29-2006
    10:33 am

    Reply

    moso73

    Assalammualaikum…alang. Bila baca tulisan u ni, terasa sama macam perjalanan hidup saya. Saya dulu sekitar tahun 2001 pernah muncul dengan website sendiri menggunakan html, memang tak cantik dan yang teruknya tu saya guna free wysiwug netscape developer. But peliknya banyak web mat saleh kata cun…saya bua affiliate program dan dapatlah beberapa ratus dollar sebulan. Tapi malangnya web tersebut tutup kerana syarikat webhosting tu tutup. Hmmm…saya tak tau sangat masa tu dan di tambah kesibukan saya, maka berkuburlah laman web tersebut.

    Emmm…saya juga belajar sendiri…lagi teruk sebab tak guna buku langsung! Just trial and error sepanjang masa!!! hehehehe…December tahun lepas siaplah laman web kedua saya di http://www.oshtechnicalgroup.com. Teruk juga sebab guna html. Last2 tertengok xoops dan baca sedikit kat xoops website, lepas tu terus buat trial and error. Tak tau plak nak buat duit camana.

    Laman kedua saya http://www.eb2us.com just pada April lalu (baru 4 bulan). Terbaca plak pasal adsense. Betul ke? Saya pun daftar. Tapi saya biar aje, tak pasang iklan pun. Masa berada di Sarawak Julai lalu terfikir nak pasang. Penghujung Julai saya pasang satu adsense di eb2us. Pada 18 August baru ni bukak adsense…ish ada beberapa dollar!

    Lepas tu saya terus pasang iklan….hasilnya saya dapat beberapa dollar sehari!!!!

    So, alang, cabaran tu telah pun saya sahut terlebih dahulu…


  • 08-29-2006
    10:41 am

    Reply

    moso73

    Terlupa plak nak bagitau, kedua-dua laman web saya meningkat jumlah trafficnya secara mendadak. Tadi tengok bulan lepas jumlah traffic oshtechnical naik ke 6++ berbanding 1++ bulan lepas. Manakala eb2us pula naik lagi hebat, hampir mencecah 900 visitor berbanding 311 bulan lepas…wah…terkejut juga, sebab saya ni malas nak promote!!! Rasanya satu pencapaian baik bagi eb2us yang tak sampai 6 bulan online…


  • 08-29-2006
    12:34 pm

    Reply

    cjcm

    Saya rasa menarik juga nak di kongsi pengalaman saya. Saya bekerja dalam bidang IT..dah dekat 20 tahun, tapi saya langsung tak tahu macamana nak buat website. Keinginan memang ada…jadi ada laa belajar sikit-sikit dari online tutorial tapi setakat belajar saja dan x ada matlamat, saya rasa x menjadi. Sehinggalah beberapa bulan lepas baru saya ada matlamat iaitu mewujud kan http://www.desaminium.com untuk persatuan penduduk Taman Desaminium. Pengetahuan yang serba sedikit semasa belajar HTML online digunakam dlam process tersebut tapi kena juga buat banyak research online untuk berjaya mencapai matlamat. Hasilnya..pada 16th June 2006, http://www.desaminium.com selamat di lancarkan…rasa seronok sangat. Kini saya dah semakin banyak terlibat dalam bab-bab internet ni…sapa yg berminat boleh lah mengikuti kisah saya dan IT dalam blog saya ‘CJCM and IT’. TQ


  • 08-29-2006
    1:52 pm

    Reply

    cjcm

    Oh ya..moso73…yes Xoops memang cool….I am already working on a new project using Xoops. Tapi x tau laa bila siap he he.


  • 08-29-2006
    2:41 pm

    Reply

    aku

    satu cabaran yang ikhlas dari alang.
    saya pon bermula pada tahun 1999.. pada tahun inilah buat pertama kali dalam hidup saya mempunyai komputer… tapi minat pada komputer dah lama, bila dah dapat tu.. asik mengadap komputer je.. nasib baik mak tak marah (restu ibu itu penting)

    tak semua pelajar sains komputer sendiri yang tahu buat website.. saya sendiri belajar macam yang alang cakap.. masa tu saya guna frontpage :)

    pasal alasan-alasan tu.. sebenarnya bila saya jumpa, saya akan sakit hati, sebab betapa sesetengah manusia tak mahu berusaha. yang penting, pembelajaran yang berterusan.. ni tak, asik nak kene suap.. letih le orang lain, kan..


  • 08-29-2006
    2:44 pm

    Reply

    aku

    tambahan: oh, alang peminat MU ek.. aku Arsenal.. leh fight.. huhuhu…


  • 08-29-2006
    3:20 pm

    Reply

    selamat

    salam semua. 2 3 minggu lepas saya mencari cari dalam internet cara-cara untuk ‘membuat duit’ dan cara-cara membina laman web. Saya berjumpa site ini direfer dari blog penulis M-Chapter. Kerana saya memang daif dalam bidang internet ini, saya pun terus bertanya soalan yang boleh dikatakan kurang cerdik, cuma sekali/dua kali sahaja. Saya harap post saudara alang yang ini bukan dituju kepada saya. 8 tahun saya berniaga buku2,barangan alat tulis, mesin photostat dll, ada juga sikit barang2 komputer.

    Internet adalah sesuatu yang asing bagi saya. Malang nasib saya, usaha selama 8 tahun saya musnah kerana semuanya sikit-sikit disonglap oleh rakan kongsi saya sendiri. Malang betul, sikit lagi nak bankrap. Duit punya pasal kawan pun sanggup aniaya. Lain kali, pasal duit jangan percaya sangat pada orang, walaupun kawan.Tak selamat hidup tu, rezeki tak berkat.

    Menyesal tak guna. Dalam keadaan yang penuh tak bermotivasi , saya cuba-cuba berbaik-baik dgn internet yang saya tak tahu langsung ini, walaupun ramai yang tak percaya, tapi itulah realitinya. Saudara alang telah menyarankan saya supaya membeli ebook RajaAdsense, tapi saya tidak mendapatkannya kerana saya ingin cuba mencari maklumat itu sendiri, menggunakan teknologi search engine yang macam macam ada ni. Seminggu dua ini saya tidak berkunjung kesini kerana saya tak dapat tidor selagi tak dapat mencapai keinginan untuk melihat laman web yang saya yang pertama(agak susah sikit, otak pun sudah berkarat). Walaubagaimanapun, sebagai ‘warm up’, saya telah memulakan blog yang percuma, artikel copy & paste, dan saya telah mendapat $0.10sen yang pertama pada hari semalam. Jangan gelakkan saya, :) . Saya sedang mencari ilham untuk membuat satu laman yang boleh memberi manfaat kepada orang yang mengunjungnya, seperti yang saudara alang punya yang dah banyak tu. Kalau nak dikira maraton, saya baru di 0.5km yang pertama, sedangkan yang lain-lain kat sini agaknya sudah di kilometer yang 27. Tapi tak apa, saya amat suka kepada persaingan. Saya pernah bersaing dgn ramai tokeh2 yang kaya raya, saya juga boleh berjaya, cuma jaga-jaga belakang jangan kena tikam.

    Saya malu nak tunjuk blog saya ni, tapi sebagai bukti: http://howtomakemoneyonline.tblog.com/


  • 08-29-2006
    4:31 pm

    Reply

    alang

    @selamat – tulisan saya ini sama sekali tidak ditujukan kepada saudara, walaupun saya akui apa yg saya tulis itu adalah dari pemerhatian saya di forum-forum (termasuk forum luar negara) dan juga blog-blog termasuk blog saya sendiri. Maaf la sekiranya saudara terasa.

    Bagi saya, setiap orang bermula dari tak tahu, tapi kemahuan dan minat yang mendalam akan mendorong kita utk mendapat kemahiran. Buat permulaan saya rasa, ketepikan dulu soal wang, kerana bagi saya ia bukanlah satu pendorong yang baik dalam menunutut ilmu.


  • 08-29-2006
    4:57 pm

    Reply

    Bitol

    Heh..nak story gak!!

    Saya start buat website tahun 2000. Masa tu umur baru 14 tahun, minat gile dengan bahasa jepun kat sekolah. So, saya pun setup satu website kat geocities dengan angelfire pasal belajar bahasa jepun. Pengunjung website saya masa tu semua yang sebaya la, yang minat bahasa jepun. Kire top jugak la tapi website tu dah takde sekarang ;(

    Masa tu saya tak tahu langsung pasal Frontpage. Saya buat website tu 100%, ye 100% belajar kat page source. Saya buat satu-satu, , etc. Saya buka satu persatu website yang menarik, pastu tiru page source die. Memang tak tau langsung psal frontpage. Pastu saya ada tengak partner saya sekarang, website Najmi dulu pasal diri dia and kelas tingkatan 3. Lawa gile sampai rasa jeles. Pastu website terkubur je sebab kat sekolah berasrama penuh takde internet.

    Tahun lepas, 2005 baru saya tahu tentang kewujudan Frontpage. Lambat gile baru tau. Itupun Najmi beritahu yang dia buat website masa tu pakai Frontpage je. Terasa macam ketinggalan zaman yang teramat sangat.

    Start balik minat lepas dapat tahu cara-cara bagaimana buat duit dengan Internet. Saya dan Najmi ambil first step dengan kewujudan http://www.cheapestcovers.com . Website sepenuhnya di design oleh Najmi kerana dia mempunyai kepakaran dalam menggunakan Frontpage.

    Website kedua ialah blog kami, http://www.road2millionaire.com. Website ini turn saya setup pula, memandangkan pengalaman saya membaca coding html masa tingkatan 2, still ingat lagi dekat mana nak ubah, nak setting. Problem kat sini, hosting saya tak menyediakan fantastico, so problem nak setup database. Saya baca manual, satu persatu kat wordpress tu camne nak buat. Ambil masa seharian jugakla semata-mata study database. Sekarang, dah reti sepenuhnya nak setup database.

    Website ketiga, http://www.malaysiapal.com . Ni website terbaru kami. Website hasil gabungan saya dan Najmi. Saya buat first draft dalam Frontpage dan Najmi edit sikit2 apa yang patut diubah. Website belum dilancarkan sepenuhnya, 5/9/2006 nanti baru nak dilancarkan.

    Dari segi traffic pula, CheapestCovers.com trafficnya banyak datang dari luar negara, kebiasaannya 100 unique visitors sahaja sehari tapi income memuaskan. Pentingnya belajar bagaimana untuk menulis sales letter yang terbaik. Apabila kami lakukan promosi, tak cukup tangan untuk membuat design, hehe.

    Road2millionaire pula traffic 100 and above sehari, just coretan kami sebagai usahawan Internet. Setiap pengalaman kami, kami nak kongsikan kepada semua.

    MalaysiaPal pula, baru seminggu pra-pelancaran, traffic agak mengejutkan, lagi-lagi kami ni baru 6 bulan jalankan Internet business, masih terlalu mentah dalam perniagaan Internet. Unique visitors sehari lebih dari 600. Diharapkan traffic ni akan terus bertambah, dapat bersaing dengan Alang. :)

    Inilah sahaja coretan 50sen saya.

    Bitol


  • 08-29-2006
    4:58 pm

    Reply

    Bitol

    Heh..nak story gak!!

    Saya start buat website tahun 2000. Masa tu umur baru 14 tahun, minat gile dengan bahasa jepun kat sekolah. So, saya pun setup satu website kat geocities dengan angelfire pasal belajar bahasa jepun. Pengunjung website saya masa tu semua yang sebaya la, yang minat bahasa jepun. Kire top jugak la tapi website tu dah takde sekarang ;(

    Masa tu saya tak tahu langsung pasal Frontpage. Saya buat website tu 100%, ye 100% belajar kat page source. Saya buat satu-satu, , etc. Saya buka satu persatu website yang menarik, pastu tiru page source die. Memang tak tau langsung psal frontpage. Pastu saya ada tengak partner saya sekarang, website Najmi dulu pasal diri dia and kelas tingkatan 3. Lawa gile sampai rasa jeles. Pastu website terkubur je sebab kat sekolah berasrama penuh takde internet.

    Tahun lepas, 2005 baru saya tahu tentang kewujudan Frontpage. Lambat gile baru tau. Itupun Najmi beritahu yang dia buat website masa tu pakai Frontpage je. Terasa macam ketinggalan zaman yang teramat sangat.

    Start balik minat lepas dapat tahu cara-cara bagaimana buat duit dengan Internet. Saya dan Najmi ambil first step dengan kewujudan http://www.cheapestcovers.com . Website sepenuhnya di design oleh Najmi kerana dia mempunyai kepakaran dalam menggunakan Frontpage.

    Website kedua ialah blog kami, http://www.road2millionaire.com. Website ini turn saya setup pula, memandangkan pengalaman saya membaca coding html masa tingkatan 2, still ingat lagi dekat mana nak ubah, nak setting. Problem kat sini, hosting saya tak menyediakan fantastico, so problem nak setup database. Saya baca manual, satu persatu kat wordpress tu camne nak buat. Ambil masa seharian jugakla semata-mata study database. Sekarang, dah reti sepenuhnya nak setup database.

    Website ketiga, http://www.malaysiapal.com . Ni website terbaru kami. Website hasil gabungan saya dan Najmi. Saya buat first draft dalam Frontpage dan Najmi edit sikit2 apa yang patut diubah. Website belum dilancarkan sepenuhnya, 5/9/2006 nanti baru nak dilancarkan.

    Dari segi traffic pula, CheapestCovers.com trafficnya banyak datang dari luar negara, kebiasaannya 100 unique visitors sahaja sehari tapi income memuaskan. Pentingnya belajar bagaimana untuk menulis sales letter yang terbaik. Apabila kami lakukan promosi, tak cukup tangan untuk membuat design, hehe.

    Road2millionaire pula traffic 100 and above sehari, just coretan kami sebagai usahawan Internet. Setiap pengalaman kami, kami nak kongsikan kepada semua.

    MalaysiaPal pula, baru seminggu pra-pelancaran, traffic agak mengejutkan, lagi-lagi kami ni baru 6 bulan jalankan Internet business, masih terlalu mentah dalam perniagaan Internet. Unique visitors sehari lebih dari 600. Diharapkan traffic ni akan terus bertambah, dapat bersaing dengan Alang. :)

    Inilah sahaja coretan 50sen saya.

    Bitol


  • 08-29-2006
    7:17 pm

    Reply

    cikli

    maaf mencelah skit, baru ni ada terbaca http://www.szab.net/blog/2006/08/05/ulasan-ebook-rahsia-aku-dan-clickbank/
    mengenai buku tersebut, saya telah menempah buku tersebut dan membuat bayaran, tetapi hingga sekarang >36jam masih belum mendapat apa apa email dari saudara Zamrin Md. Zin. Apa perlu saya buat sekarang?


  • 08-29-2006
    11:48 pm

    Reply

    cjcm

    cikli,

    Mungkin u kena send email kat Zamrin…sertakan sekali bukti pembayaran. Mungkin ada yang terlepas pandang.


  • 08-30-2006
    12:41 am

    Reply

    suhaimy

    belajar perlu masa…sikit2 lama2 jadi bukit…perlahan-lahan lama-lama sampai juga.


  • 08-30-2006
    3:35 am

    Reply

    Noorizam Shah

    saya nak cerita pun.. cerita saya dah nak hampir sama dengan alang dan yang lain-lain…

    So kesimpulannya.. sebelum orang lain mencabar kita.. (tu alang cabar tu) seelok-elok kita cabar diri sendiri dahulu.

    Amacam ada berani? ;)


  • 08-30-2006
    6:03 am

    Reply

    ramzwatcher

    Kita mempunyai pilihan sama ada untuk memilih mendapatkan ilmu percuma dari google atau berbayar.

    Percuma? Ada perlu tahu bagaimana memaksimumkan pencarian seperti penggunaan ” ” dan AND. Plus, kena peruntukkan masa untuk belajar

    Berbayar? Depend kepada penghasil dan biasanya ada cara rahsia atau sekurang-kurangnya maklumat terkumpul telah tersedia.

    Kesimpulan saya: percuma jika tiada modal dan ingin belajar. berbayar untuk mereka yang malas mencarik.. ;)


  • 08-30-2006
    10:45 am

    Reply

    sham

    Satu cabaran buat saya.Alang yang tak tau pasal web sebelum ni,boleh berjaya.Inikan saya dari IT background mesti boleh lebih berjaya.

    @cikli,saudara boleh email zamrin di admin@jutacash.com.bagitau tak dapat lagi ebook tu.


  • 08-31-2006
    2:59 pm

    Reply

    moso73

    wah, banyak jugak yang mencurahkan pengalaman termasuk saudara malaysiapal kita. Ehem…saya ada promosi malaysiapal tu kat http://www.eb2us.com. Bukan apa, dulu masa saya cuba2 buat website tahun 2000 dulu, org Malaysia langsung tak leh masuk paypal. La ni dah boleh plak. Sebab tu saya promosikan.

    Kalau ikutkan pengalaman saya ni taklah setinggi mana, cuma ia bermula pada tahun 1997 sebenarnya. Nak buat bulletin board import export yang kitaorang beri nama Mietra.com. Masa tu di dunia ni cuma ada 2 website, satu india dan satu sweden. Ianya cuma iklan board untuk importer & exporter berkumpul. Dalam satu website tu ada 3 column. Dari pemerhatian saya, dalam satu column, mereka ni boleh dapat 7 iklan sehari. Bayangkan masa tu mereka charge USD150 satu iklan. Iklan kilang2 Malaysia pun masuk. So saya masa tu bersungguh2 nak buat. Tapi ada masalah – webdesign yang mahal dan online credit card yang takde satu bank pun masa tu kat Malaysia ni buat.

    Saya mintak tolong Mara. So, masa tu Mara panggil saya buat presentation kat panel funder…you all tau apa jadi? One of the panel kata “tak masuk akal you punya projek ni…sedangkan kat kedai guna kad kredit kena swipe dan sain resit, camana you nak buat tak payah swipe & sain? kami semua tak boleh terima idea awak ni”….sedih…sedih…

    Langsung tergendala projek tu…lepas tu kami cuba pula projek yang kedua…ala…sama macam panggilan telefon murah tu. Cuma masa tu kami target untuk certain kawsan sahaja, contohnya setiawangsa sebab kapasiti server tak besar (maklumlah masa tu server harag paling murah RM50,000). But lagi sekali takde orang yang percaya boleh buat…tapi sekarang tengoklah…pelbagai ada – redtone, nasioncom, i talk, ring-ring, etc…sedihnya…

    Apa-apa pun tahun 2006 saya bangun kembali…


  • 08-31-2006
    3:05 pm

    Reply

    moso73

    cjcm,

    xoops memang cool, tapi ada masalah sikit, lambat nak list dalam google search engine. So tak friendly lah. Tapi dalam Yahoo agak baik jugak. Kalau nak ranking bagus, guna Drupal, sebab google & Drupal tengah working together. Ramai kengkawan yang guna Drupal ranking atas kat google. Lagi pun tak sampai seminggu dah listed dalam google. Tapi blog macam wordpress yang alang guna sekarang ni pun bagus juga.


  • 08-31-2006
    3:05 pm

    Reply

    moso73

    cjcm, xoops memang cool, tapi ada masalah sikit, lambat nak list dalam google search engine. So tak friendly lah. Tapi dalam Yahoo agak baik jugak. Kalau nak ranking bagus, guna Drupal, sebab google & Drupal tengah working together. Ramai kengkawan yang guna Drupal ranking atas kat google. Lagi pun tak sampai seminggu dah listed dalam google. Tapi blog macam wordpress yang alang guna sekarang ni pun bagus juga.


  • 08-31-2006
    4:03 pm

    Reply

    Mukhlis

    Salam sejahtera dan salam kemerdekaan untuk semua. Saya baru lagi nih… dalam bidang ni. Saya mula terpikat dengan internet bisnes ni sejak tahun sudah, agak-agak dah nak dekat setahun. Saya pun macam alang jugaklah, saya mula dengan ‘0′, satu apapun tak tahu. Tapi kata orang, kalau dah minat giler tu, ikut mana pun di reka bagi jadi. Alasan tak boleh itu dan tak boleh ini, saya tak layan. Perkataan pertama yang keluar mesti…..”aku boleh buat”, atau paling tidakpun, “aku cuba dulu”.Dengan semangat tu saya pun mulalah cari ilmu, rujuk sana, rujuk sini, beli buku, baca e-book, pergi library. Letih juga….dan memakan masa.

    Nak buat web site, tapi tak tahu macam mana nak mula. Lepas buah search sikit, sana-sini, saya pun pakailah Frontpage. Senang, dah ada pun siap terpasang dalam komputer. Maka saya pun mulalah belajar sedikit sebanyak tentang FP. Siap juga laman web tu. Kalau kau orang tengokpun tentu nak tergelak punya.

    Lepas tu try pulak nak guna NVU, itu pun dapat tahu selepas baca buku RBDDI. Dapatlah belajar serba sikit pasal NVU.

    Selepas tu dalam sebulan lepas saya pakai pulak WordPress. Saya rasa Wordpress ni lebih sesuai bagi saya. Maka bertukarlah saya kepada WordPress, dan saya pun memulakan laman web saya yang kedua iaitu http://www.explorechances.com.

    Web site/atau blog saya ni saya anggap macam buku nota saya saja, macam dekat sekolah dulu tu….Lepas baca satu topik, buat nota. Jadi kalau nak refer balik senanglah sikit. Kira dah jadi macam budak sekolah baliklah saya nih…

    Saya tak kisah, janji saya ada buat sesuatu untuk memajukan diri saya.Pendek kata semangat nak buat atau setidak-tidaknya semangat ingin mencuba tu kena kuat. Kalau tidak mana mungkin yang pipih datang melayang dan yang bulat datang bergolek. KENA USAHA SENDIRIlah jawabnya.


  • 09-01-2006
    2:21 am

    Reply

    moso73

    Pagi ni saya nak ambik kesempatan sikit utk menyibuk. Kerana cabaran alang, saya sahut buat kali kedua. Ya, kali kedua. Pukul 10 mlm tadi sampai pukul 1.30 pagi, saya tekun buat trial and error blog wordpress. Wah, cool jugak theme wordpress ni. Selama 3 jam setengah tu saya dah mempelajari blog wordpress tanpa bertanya sesiapa, just trial and error. Malah jatuh cinta pula dengan wordpress biarpun masih baru main blog nih. Cadang nak guna wordpress menggantikan xoops yang dah lama saya gunakan untuk http://www.oshtechnicalgroup.com saya. Kalau nak tengok blog wordpress oshtechnicalgroup saya pegi kat sini, http://www.oshtechnicalgroup.com/blogs. Ini laman sementara sebelum saya switch sepenuhnya. Benar kata alang, belajarlah dan bersabar, kalau saya boleh dalam masa tak sampai sehari, tentu anda juga boleh.


  • 09-01-2006
    6:31 am

    Reply

    skyjuice

    hehe ramai gak user malaysia yang berminat ngan cari income melalui internet ye. erm terharu gak saya, saya pun dulu mcm korang gak tapi kenal ngn internet sebab kegilaan berchatting dalam mirc akhirnya fall in love dengan internet dari situ la minat timbul sehinggakan final projek semester pun saya buat website portal je guna phpnuke iaitu plkn.net dulu siap ada support dari JLKN tu hehehe tapi apakan daya masa tu masih student duit pun takde hehe skang dah keja jadi webdesigner terus saya nak keja makan gaji ni dalam 3 4 tahun je pasni nak jadi mcm bro alang coz dia dah macam idola saya dah lagipun saya ngan alang sekampung haha orang sungai petani (tapi tak pernah jumpa pun) jadi skang dah ada 4 website maintain je semua bawah 1thn profit tu banyak takde la coz masih baru lagi pagerank pun paling tinggi pagerank 3, apa apa pun wish me luck coz banyak lagi website yang saya nak buat pas ni dan harap harap leh stream banyak duit dari adsense :) hahaha

    satu je pesanan saya belai la website anda tu dengan kasih sayang jgn ingat nak duit je pada permulaan pastu nanti web anda yang dibelai dengan kasih sayang itu akan membelai anda dengan duit yg beribu-ribu ringgit :) hehe


  • 09-03-2006
    8:15 pm

    Reply

    salmi

    Assalamualaikum,
    Pada pengamatan saya , biarkan lah mereka bertanya. Biar malu bertanya asal jangan sesat jalan. Kalau tak bertanya tak nampak jalannya. Kene ingat ..

    1) Tahap pemahaman masing2 berbeza. Soalan yang kamu pernah tanya mentor2 kamu dulu mungkin juga dianggap kurang cerdik juga oleh mereka. Siapa tahu …

    2) Background masing2 berbeza. Saya cabar saudara alang buat model kapal terbang ade guna remote selama 6 bulan tanpa bertanya sesiapa.

    3) Forum2 juga memang tempat orang yang kurang cerdik. Atau kamu suka nak borak2 kosong sahaja sebab yang join forum memang kebanyakan beginner. Jangan lemahkan semangat mereka.

    Tu je la …


  • 09-04-2006
    1:04 am

    Reply

    alang

    w’salam

    Saya setuju dgn malu bertanya sesat jalan tu, tapi kalau boleh usaha sendiri dulu. Kalau kita bawa kereta pertama sekali, kita tengok signboard, bukan tiap2 kali jumpa simpang nak tanya org.

    1) Saya tak pernah ada mentor dlm bidang ni.

    2) Memang background berbeza, tapi yg penting ada minat. Saya pun tak pernah ada background dlm bidang komputer, pertama kali sentuh komputer masa umur 20 tahun, tapi yg penting ada minat. Saudara/i cabar saya utk buat model kapal terbang dan kalau saya berminat, saya yakin saya boleh buat, tapi malangnya saya tak ada minat. Begitu juga dgn laman web ni, kalau kita ada minat, kita akan berusaha bersungguh, tapi kebanyakan yg saya tengok, cuma berminat nak dpt duit jer, tu yg nak cari jln mudah.

    2) Forum adalah tempat perbincangan, kalau soalan yg sama ditanya berulang kali, boring jugak nak jawab. Dan sebenarnya, jawapan utk soalan mereka tu, dah pun ada dlm forum kerana pernah ditanya sebelumnya, tapi kerana malas nak mencari, mereka tanya lagi. Saya bukan bertujuan nak melemahkan semangat sesiapa, tapi cuma nak bangsa kita ni jadi lebih kuat, dah lama kita dimanjakan, disuap, diberi subsidi.


  • 09-04-2006
    8:16 am

    Reply

    amirul

    Hm,untuk cik Salmi,change your mentality kalau nak survive dalam internet biz.Even bukan internet biz pun kalau masih ada sikap macam tu,sukarlah untuk maju kehadapan.

    Apa yang Alang sebutkan tu memang betul.Mungkin saudara/i belum mengalami situasi begitu.Sepatutnya saudara/i bertuah berforum di Malaysia,sbb walaupun soalan yang ditanya berulang-ulang tetapi ada juga mereka2 yang sudi untuk membantu.Kalau mreka tak bagi penyelesaian mereka akan bagi link2 ke sumber2 yang boleh membantu.

    Tetapi jika saudara/i berforum diluar(I mean forum antarabangsa),kemungkinan post saudara/i akan didelete amatlah tinggi.Jika dilihat untuk setiap sub-forum akan diberitahu supaya membuat carian yang telah disediakan didalam forum tersebut dahulu sebelum membuat post untuk bertanyakan soalan yang sama berulang2.

    Bukankah itu akan membazir masa mereka2 yang lebih advanced untuk membantu?

    Bertanya itu tak salah,tapi cubalah sendiri dulu sebelum bertanya.Dan buatlah sesatu kerja itu dengan minat.Nanti semuanya akan menjadi mudah.=)


  • 09-04-2006
    8:17 am

    Reply

    salmi

    Soalan yang ditanya boring nak jawab?Soalan yang sama tetapi ditanya mesti dari orang yang berbeza …

    Saya nasihatkan beginner internet marketer harus lebih berhati2 untuk bertanyakan soalan kepada senior internet2 marketer selepas ini.

    Soalan yang mungkin sangat bernilai jawapannya kepada kamu mungkin akan dianggap kurang cerdik oleh sesetengah internet marketer . Harap berhati-hati sebelum bertanyakan apa apa soalan selepas ini.


  • 09-04-2006
    8:21 am

    Reply

    moso73

    Hmm…bagus jugak korang ni…semua bersemangat. Ok, lah…saya dah pun siapkan sepenuhnya laman web saya guna wordpress tu. Cuma ambil masa beberapa jam sahaja untuk saya siapkannya. Cuma rasanya wordpress ni ada beberapa masalah kecil untuk adsense – keyword yang dipilih sukar untuk keluar dalam website. Contohnya kalau letak keyword safety, yang keluar blog press, RSS blog, etc. Tak seperti xoops yang lebih adsense friendly. So, bagi saya, ada kelebihan dan kekurangannya. Laman web tu dah siap – http://www.oshtechnicalgroup.com untuk wordpress dan http://www.oshtechnicalgroup.com/otg untuk xoops. Apa-apa pun saya masih mencari cara (trial & error lagi!) bagaimana nak bagi wordpress ni adsense friendly.
    Tapi dari segi hits, wordpress memang class. Mungkin laman web kedua http://www.eb2us.com saya nak guna wordpress juga.


  • 09-04-2006
    8:37 am

    Reply

    alang

    @salmi – harus faham yg kita org jawab soalan semua tu secara percuma, dgn niat utk menolong jadi org yg mintak tolong tu kena la jugak consider masa yg sepatutnya kita org gunakan utk update website yg lebih mendatangkan hasil. Jgn ingat nak pentingkan diri sendiri jer. Bila org tak nak tolong dah kata sombong, tapi kalau diri sendiri tak nak menolong, macam mana org lain nak tolong. Mentaliti macam ni la yg perlu diubah, kalau tak berjaya dlm sesuatu, atau tak boleh buat apa2, pertama sekali, cari salah diri sendiri dulu, baru cari salah org lain. Sekali lagi saya bagitau, saya dulu tak pernah ada mentor, tak pernah diajar oleh sesiapa, semuanya belajar sendiri melalui pembacaaan dan pengalaman. Kalau saya boleh, kenapa org lain tak boleh? Saya tak ada apa2 kelebihan pun berbanding org lain.


  • 09-06-2006
    12:32 am

    Reply

    salmi

    Assalamualaikum. Sebenarnya saya tak menafikan pembelajaran sendiri memang sangat efektif kerana menggalakkan manusia lebih berfikir dan berusaha tanpa kenal putus asa.Kerana semakin kita berusaha ,semakin kita mencari memang semakin nampak/terbuka jalannya.
    Tetapi berbalik tentang “konsep menjawab soalan2″ tu,saya terkilan dengan komen soalan kurang cerdik tu. Bagi saya kalau betul2 lah nak membantu lebih baik bantu soalan yang kurang cerdik yang baru nak nampak jalan dalam dunia ini daripada membantu soalan2/perkara2 yang lebih advanced kerana mereka telah dapat gambaran dan boleh cari sendiri(sesaja nak tunjuk dah tahu itu dan ini kot).


  • 09-06-2006
    12:52 am

    Reply

    alang

    @salmi – cth soalan yg saya pernah dpt yg saya anggap kurang cerdik

    “Untuk bahagian address tu saya kene tulis full address ke?”

    Bagi saya, benda2 macam ni guna common sense jer, tak payah baca buku pun tau. Kalau benda2 camni pun nak tanya org, baik tak payah involve dlm internet business.

    Kat sini bukannya masalah nak tunjuk pandai, tetapi masalah memberi tunjuk ajar, nasihat secara percuma tetapi tak dihargai.


  • 09-06-2006
    1:49 am

    Reply

    salmi

    oh ..”(sesaja nak tunjuk dah tahu itu dan ini kot)”–>>kepada yang bertanya soalan bukan kepada senior2 yang menjawab soalan.


  • 09-06-2006
    4:26 pm

    Reply

    moso73

    Hmmm…well, jadi panas plak isu ni…takpe la…just read…tak rugi baca pun…heheheheh…


  • 09-06-2006
    7:10 pm

    Reply

    Bitol

    Saja nak hangatkan topik. Meh saya cerita saya punya pulak.

    “Payable Check tu nak tulis ape ek”
    -Apabila check bermakna kena letak nama sebenar, takkan nak letak nama tipu2 lak.

    “Saya takde akaun maybank la. Boleh nak join tak?”
    -Anda tak baca kat dalam website saya tu ke? Kan ada tulis duit akan diberi ke dalam akaun lain.

    “Saya dah join program affiliate, tiba-tiba duit dalam akaun maybank saya hilang, korangni apsal amek duit saya lak?”
    -Saya ada 1000 lebih affiliate di bawah saya yang perlu saya jaga dan saya tak tahu langsung yang awak ni join affiliate saya. Bukan saya tau username and password Maybank2u tu.

    Apa perasaan korang bila dapat camni? Patut dilayan atau tidak? Bukan disebabkan senior atau junior tp kalau diri sendiri tak nak usaha, nak baca pun malas, siapa lagi nak tolong?


  • 09-06-2006
    7:14 pm

    Reply

    Bitol

    Salmi, forum untuk orang kurang cerdik? Saya memang marah kalau dengar pasal ni! Saya pernah dengar cerita pasangan suami isteri berenti kerja hanya nak fokuskan jual selendang kat forum. Saya sendiri pernah dapat order yang mencecah usd200 dengan satu forum. Adakah itu kurang cerdik? Kalau masuk forum gosip artis, lagu2, entertainment dan apa2 yg tak boleh buat duit, pikir sendiri la ek…


  • 09-07-2006
    4:37 am

    Reply

    Noorizam Shah

    ehem ehemmm.. panas panas….. minum air dulu.. abis la blog alang jadik tempat berforum… :D


  • 09-07-2006
    7:23 am

    Reply

    salmi

    ooohh ..forum untuk mereka yang kurang cerdik dalam bidang yang baru mereka nak ceburi -> sbg tempat perbincangan. Itu maksud saya. Untuk orang bisnes memang forum satu pasaran yang baik.

    Saya SEBENARNYA nak tahu tahap macam mana soalan kurang cerdik tu. Soalan yang ikut ‘common sense’ macam alang cakap tu memang tersangatlah kurang cerdik bagi pendapat saya.Sekarang memang nampak jelas soalan2 yang kurang cerdik tu .So,baru saya faham.Maaflah kalau saya ni lembab.heh.


  • 09-07-2006
    8:55 am

    Reply

    salmi

    ooohh ..forum untuk mereka yang kurang cerdik dalam bidang yang baru mereka nak ceburi -> sbg tempat perbincangan. Itu maksud saya. Untuk orang bisnes memang forum adalah satu pasaran yang baik.

    Saya SEBENARNYA nak tahu tahap macam mana soalan kurang cerdik tu .Soalan yang ikut ‘common sense’ macam alang cakap tu memang tersangatlah kurang cerdik bagi pendapat saya.Sekarang memang nampak jelas soalan2 yang kurang cerdik tu . hahaha..


  • 09-07-2006
    10:42 am

    Reply

    alang

    jadi saya harap semua disini faham dan lupakan la kita punya perselisihan pendapat. Kita disini dgn tujuan yg sama. Saya dah agak yg tulisan saya yg ni memang akan mengundang kontroversi tetapi itulah kenyataan yang perlu kita hadapi.


  • 09-07-2006
    1:48 pm

    Reply

    aku

    mutut. mutut.. manyak mutut..
    kita disini ngan tujuan yang sama, sama2 memperkemaskan pengetahuan…

    bitol ada sebab tersendiri ntuk melenting (letih agaknya, aku baca soalan yang ditujukan pada orang lain pon kadang2 letih.. hehehe)

    salmi pon tak salah, kita tak sedar, kadang2 soalan kurang cerdik tu, memang tak disedari pon oleh yang bertanya.. kecuali soalan soalan dalam group cenggini: “Untuk bahagian address tu saya kene tulis full address ke?” Ini nak kene belasah.. :)

    Sepatutnya, dalam adab bertanya dalam net ni, kena tanya balik diri sendiri, ” soalan yang aku kemukakan ni, munasabah atau tak dengan masa yang perlu diambil oleh orang yang ditanya. ”

    Dalam contoh full address ni, cuba tanya balik kepada diri sendiri, “kalo tak letak full address, tahu ke diorang di mana rumah aku? cemana diorang nak post surat kalo tak tahu full address aku?”

    ini yang salmi katakan, ‘common sense’ begini memang pon tak patut ditanya.

    panduan mudah: sebelom bertanya, pastikan soalan yang hendak ditanya tersebut tidak menunjukkan anda malas berfikir.

    inilah kaitannya antara post alang, “I have no profesional training” dan isu “soalan cerdik” iaitu, orang yang berjaya walau malas seteruk mana sekalipun, mereka tidak malas berfikir. Apabila manusia malas berfikir, kiamat untuk diri mereka, sudah dekat :)

    sesuatu untuk difikirkan: anda buka satu forum, dan terjumpa post begini;
    “saya nak tanya:
    1. dimana perlu saya daftar ebay?
    2. perlukah saya gunakan kad kredit untuk menjual barang?
    3. kalau guna kad debit, dan kalau duit dalam akaun kad debit habis, apa yang akan berlaku?”

    ya, soalan2 di atas tidak ketara kebodohannya, kecuali soalan 1, dan mungkin ada yang berpendapat ia tidaklah bodoh sangat, tapi.. dengan soalan-soalan begini, apakah tanggapan anda? saya tak tahu tanggapan anda, tapi tanggapan saya, si penyoal tidak mahu berfikir terutama soalan no. 3.


  • 09-07-2006
    2:47 pm

    Reply

    Bitol

    Hehe ter”emo” lak. Terima kasih En Aku kerana memahami. Sorry la sume, memang penat nak layan. Tapi semua tu takkan melemahkan semangat buat online business.


  • 09-07-2006
    4:15 pm

    Reply

    amirul

    good spirit Bitol,as well as Salmi,Alang,Aku and others,=)


  • 09-10-2006
    8:24 am

    Reply

    selamat

    Salam semua.
    Dalam masa kalian semua panas berbincang tentang forum kurang cerdik dan cerdik pandai internet,
    saya telah menyiapkan satu kedai maya saya yang pertama, http://www.belisini.com , dengan bantuan seorang pakar web dari forum webmastermalaysia. Saya membayarnya kerana tak mampu nak buat sendiri.Lama-kelamaan saya akan pandai juga kalau tak berenti belajar.Semoga semua berjaya.


  • 09-10-2006
    8:37 am

    Reply

    alang

    well done selamat. Thats the spirit, macam tu yg kita nak, less talk more action. Satu tabiat buruk org melayu yg sukar dikikis ialah terlalu banyak berbincang, bermesyuarat, berdebat tetapi satu kerja pun tak jalan


  • 09-11-2006
    6:37 am

    Reply

    Robotys

    Heheh, tak setuju sgt dgn org yang banyak tanya nih. sebab lama2 ia akan jadi habit: mender simple pon nak tanya. saya lebih suka try and error sendiri. Buat-tgk apa jadi-buat sampai jadi apa yang kita nak. Lgpon, takat “dalam address bar tuh nak tulis full address” baik test terus.. kan senang.. :)


  • 09-11-2006
    6:38 am

    Reply

    Robotys

    Kalau nak tanya sangat. Tanya pakcik GOOGLE. Dialah “Sifu” dan Professor serba tahu dalam segala hal.. i mean “EVERYTHING” .. :)


  • 09-11-2006
    2:49 pm

    Reply

    tech-scope

    ingin juga saya jadi seperti alang. Sekarang saya sudah pun berjaya siapkan sebuah tech blog di mana ia memang bukan niche tp dan agak sukar saya untuk mempromosinya. Syukurlah, banyak benda yang saya telah belajar tentang SEO, blogging,dan melalui pengalaman ini, saya telah berjaya improve english saya sebagai pelajar. Thanx for for all your guide and tips.


  • 09-12-2006
    1:31 am

    Reply

    Noorizam Shah

    alang bila nak post topik baru nih…. teruja nih.. teruja… :D


  • 09-16-2006
    5:41 pm

    Reply

    moso73

    dalam hangat-hangat isu ni, aku plak tengah dok godeng wordpress…hasilnya siaplah satu lagi web terbaru aku – http://www.oshtechnicalgroup.com/in4loans. Senang aje nak buat…kalau ada kemahuan. Web tu aku usahakan just a few hours saja…tak sampai setengah hari.


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message