Ebook Rahsia Zango: Perkembangan setakat ini
Written by alang on July 28, 2008
Sebagaimana yang anda semua sedia maklum, pada 11hb Julai lalu saya telah melancarkan ebook saya yang pertama iaitu Rahsia Zango. Ebook ini boleh dikatakan sebagai satu eksperimen kepada saya di dalam dunia penulisan ebook dan penjualan produk digital. Sebelum ini, saya hanya menulis 2 report pendek yang dijual melalui forum dan blog sahaja. Ebook Rahsia Zango merupakan ebook pertama saya yang mempunyai sales page sendiri di http://www.rahsiazango.com termasuk forum rahsia khusus untuk pembeli dan juga program affiliate juga khusus untuk pembeli
Alhamdulillah penerimaan terhadap ebook ini amat menggalakkan walaupun saya melakukan kesilapan di dalam pelancaran ebook ini. Biasanya, sebelum ebook dilancarkan, penulis akan menyiapkan sales pagenya terlebih dahulu, dalam kes saya pula, seminggu selepas ebook dilancarkan baru siap sales page. Ini adalah kerana pada mulanya saya ingin mengeluarkan ebook ini sebagai satu report sahaja, yang tidak memerlukan sales page. Tetapi oleh kerana saya ingin menyediakan support forum kepada pembeli, lebih baik saya jadikannya sebagai satu ebook walaupun ia hanya 17 muka surat sahaja.
Menyebut tentang muka surat, ada juga yang bertanya kepada saya kenapa ebook ini hanya 17 muka surat dan tidak padan dengan harga yang saya jual. Saya ingin bertanya kepada anda adakah harga sesebuah ebook bergantung kepada jumlah muka surat atau isi kandungan ebook tersebut dan support yang diberikan oleh penulis? Apa guna ebook yang mempunyai lebih 100 muka surat sedangkan isinya bukan asli, hanya copy and paste daripada sumber-sumber di internet seperti blog dan forum.
Ebook Rahsia Zango yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman saya dan saya menulis menggunakan ayat saya sendiri. Oleh kerana saya bukan penulis yang baik, saya tak mampu menulis ayat yang berjela-jela untuk menerangkan sesuatu fakta. Jadi, pendekatan saya adalah straight to the point dan menggunakan screenshot sebagai contoh. Alhamdulillah setakat ini feedback yang saya terima dari pembeli mengatakan mereka lebih mudah memahami dengan cara ini. Selain itu, saya juga menyediakan forum khusus untuk menambah apa-apa isi tambahan yang saya tidak masukkan dalam ebook. Dan tidak seperti ebook-ebook lain, saya juga tidak menulis tentang latar belakang saya atau pengenalan diri saya kerana saya beranggapan orang yang membeli ebook tersebut bukan mahu membaca mengenai saya tetapi sebaliknya tentang apa yang saya tulis.
Ada juga yang mempersoalkan tentang saya yang baru sebulan lebih menggunakan ZangoCash tetapi terus menulis ebook. Bagi mereka, saya masih tidak cukup pengetahuan atau pengalaman. Memang saya akui pengetahuan dan pengalaman saya tentang ZangoCash masih cetek malah saya masih belum menerima bayaran pertama. Tetapi jangan risau, ZangoCash memang bayar publishernya, saya ada beberapa orang kawan yang sudah menerima bayaran. Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah walaupun pengetahuan saya tentang ZangoCash ini masih cetek, tetapi saya mampu menjana pendapatan sehingga $50 sehari. Jadi di sini bermaksud yang anda tidak memerlukan masa dan tempoh pembelajaran yang lama untuk menjana pendapatan dengan ZangoCash. Selain itu, setiap hari saya mempelajari perkara baru tentang ZangoCash dan pengetahuan ini saya kongsikan dengan pembeli ebook di forum. Saya tidak perlu menunggu sehingga satu atau dua tahun menggunakan ZangoCash baru nak menulis ebook kerana mungkin ketika itu ZangoCash ini dah basi dan saya sendiri sudah tidak mampu nak menjana pendapatan barulah sibuk nak tulis ebook.
Tak cukup dengan itu, sales page saya juga turut dipersoalkan. Kenapa terlalu ringkas dan pendek tidak seperti sales page lain yang panjang berjela sehingga naik pening membacanya dan juga lenguh tangan scroll page tersebut. Terus terang saya cakap saya memang tidak suka sales page yang panjang berjela yang penuh dengan hype-hype yang entah apa-apa hanya untuk melariskan produk. Saya tahu mungkin teknik tersebut terbukti berkesan tetapi apabila saya sendiri tidak suka sales page yang sedemikian buat apa saya hendak melakukan perkara yang sama kepada bakal pelanggan saya. Saya pasti, hanya beberapa orang sahaja yang membaca keseluruhan ayat-ayat yang dtulis itu. Dan segala macam janji yang ditaburkan kepada pembeli juga membuatkan saya gerun membacanya kerana memberikan harapan yang tinggi menggunung kepada bakal pembeli, tiba-tiba harapan itu dihancurkan dengan hasil yang tidak seberapa adalah kejam bagi saya. Jadi, seperti ebook yang saya tulis, sales page saya juga pendek dan ringkas kerana saya lebih suka straight to the point. Kalau cara tersebut membuatkan saya kehilangan beberapa pembeli saya terima daripada saya mendapat pembeli yang terpedaya dengan janji-janji manis yang saya buat.
Dan perkara terakhir yang dipertikaikan adalah kenapa tidak ada bonus yang lumayan? Bonus yang saya berikan hanyalah peluang menyertai program affiliate dan juga forum rahsia khusus untuk pembeli. Tidak ada bonus-bonus yang yang harganya berpuluh kali ganda dari ebook yang membuatkan pembeli fikir banyak kali nak komplen tentang kualiti ebook kerana rasa terhutang dengan bonus-bonus tersebut. Saya ingin bertanya kepada pembeli ebook adakah anda membeli sesuatu ebook untuk mendapatkan ebook tersebut atau mendapatkan bonus-bonus yang diberi? Terus terang saya cakap, saya tidak pernah download atau guna bonus-bonus yang diberikan bersama-sama dengan ebook walaupun dikatakan harganya dikatakan mencecah ribuan USD. Saya membeli sesuatu ebook kerana ingin mengetahui isi kandungan ebook tersebut dan mungkin juga kerana reputasi penulisnya. Kalau penulis ebook itu sendiri tidak yakin dapat menjual ebooknya tanpa memberikan bonus-bonus tambahan, adakah anda berasa yakin untuk membeli ebook tersebut?
Dan saya juga cuba memberikan nafas baru pada ebook Rahsia Zango ini dengan menawarkan perkhidmatan tambahan iaitu kepada pembeli ebook yang masih tidak dapat melakukan apa yang saya ajar di dalam ebook tersebut kerana tak cukup masa, kurang faham ataupun merasakan mengambil masa yang lama jika melakukan sendiri. Saya tidak mahu panduan yang saya ajar tidak diikuti kerana faktor-faktor tersebut. Jadi saya menawarkan perkhidmatan membuat website sebagaimana yang saya ajar di dalam ebook termasuk promosi dengan harga yang amat berpatutan. Harga yang dikenakan juga adalah termasuk pendaftaran domain dan juga setahun hosting. Seboleh-bolehnya, saya mahu setiap pembeli ebook Rahsia Zango mempunyai sekurang-kurangnya satu website khusus untuk ZangoCash seperti mana yang saya ajar yang mampu memperolehi pendapatan. Daripada empat website yang saya sudah siapkan untuk pelanggan, dua daripadanya sudah diterima untuk menyertai program ZangoCash dan semuanya mempunyai purata pelawat 200 orang sehari malah ada yang mencecah sehinga 700-800 sehari walaupun baru beberapa hari siap dibina.
Dan akhir sekali, sedikit statistik tentang ebook Rahsia Zango yang ingin saya kongsi bersama anda
Jumlah yang terjual setakat ini – 96 buah
Jumlah ahli berdaftar di forum khas – 69 orang
Jumlah pembeli yang menempah pakej membuat website – 7 orang
Jumlah peserta program affiliate – 35 orang
Jumlah jualan melalui affiliate – 19
Jualan tertinggi oleh Amirul Faisyal – 12
Peserta affiliate paling agresif ialah Din Beramboi kerana beliau daftar satu domain khusus iaitu rahsia-zango.com untuk promosi ebook ini. Beliau juga paling banyak menghantar pelawat ke laman web www.rahsiazango.com.
Akhir kata, mungkn ramai penulis-penulis ebook yang lebih senior tidak setuju dengan pandangan dan pendapat saya dan kalau ada yang terasa hati tu, saya pohon maaf. Mungkin dah sikap semula jadi saya yang tidak suka mengikut tradisi sebaliknya suka melakukan dengan cara saya sendiri.
Kalau anda masih belum mendapatkan ebook Rahsia Zango, anda boleh mendapatkannya di www.rahsiazango.com dan saya merasakan panduan yang saya tulis sesuai untuk semua peringkat sama yang baru belajar ataupun yang telah lama.
p/s – Terima kasih kepada labanon dan zhafran dari Team FlareBiz yang telah menyediakan sales page, banner untuk promosi, sistem jualan dan juga sistem affiliate untuk ebook Rahsia Zango. Mereka ini merupakan mentor saya di dalam bidang penulisan dan penjualan ebook.
Comments
Trackbacks
- Jumpa Saya di Bukit Jalil Golf & Country Resort? : Noorizam Shah (dot) com 07-29-2008 at 12:15 am
- Cari Duit Online dan Info Perniagaan Internet Cari Buat Dengan Affiliate dan WC Gathering… : Cari Duit dan Buat Duit dengan Perniagaan Internet 08-02-2008 at 3:42 am
- Perniagaan Internet | Usahawan Internet Malaysia Berjaya | Motivasi » Ulasan Terhadap Tulisan Alang 08-18-2008 at 2:07 am
- Have a break, have a Kit Kat 08-18-2008 at 10:19 pm
- Ro.botys.com » Blog Archive » Ro.botys.com V3.0 - Akan Datang 09-09-2008 at 11:36 pm
Submit Reply




07-28-2008
12:24 pm
aman
wow..tahniah atas jualan alang..
07-28-2008
1:57 pm
abeku
Biarla apa org kata…janji konsep dan matlamat sale page tu tercapai. Aku pun yg pnjg sesgt pun lenguh gak nak scrolling..anyway tahniah…tgh tgu approval nie.
abekus last blog post..Just A Photo.
07-28-2008
8:15 pm
TheReds
bagi saya sebab kredibiliti alang dah terbukti..
ikut je cara alang..
pedulikan yg mempersoalkan tu..
TheRedss last blog post..Tawaran Pengiklanan Bersama Kami!!
07-28-2008
8:39 pm
naem
Tahniah bro…Nampaknya matlamat untuk terbitkan ebook dah pun alang capai..hehehe ..saya ni belum lagi beli ebook alang. InsyaAllah saya akan beli jugak nanti…Nampak menarik dan pastinya kupasan dari pengalaman tu sangat berharga..
07-28-2008
10:24 pm
pyanmanjung
Tahniah Alang,
syok baca ebook tu , cuma tak reti nak buat.
07-28-2008
11:10 pm
apiz
Congrats Alang kerana menceburi dunia penulisan ebook dengan cara yang tersendiri.
07-29-2008
4:02 pm
NayanMohd
Dengan berpandukan ebook panduan ZangoCash yang Alang tulis, saya sudahpun memiliki sebuah blog khas untuk zangocash. Memang banyak tip dan rahsia yang Alang kongsikan dalam forum khas untuk pembeli. semuanya memang berbaloi.
TQ Alang…
07-30-2008
1:36 am
z
salam,
newbie selalunya tertarik dengan ebook dari otai2 ni. masalahnya newbie sukar nak merealisasikan apa yang ada dalam ebook tersebut kerana kadangkala teknik yang diguna agak advance bagi newbie. bagi otai ianya simple sangat tapi bagi kami ia perlukan pemahaman dan mahir dengan teknik tertentu. bila ambil masa nak faham, tu yang jadi drag dan lama2 semangat tu fading dan akhirnya malap dan tidak menjadi.
lagi satu, bolehkah laman web untuk promote zangocash tu nanti menggunakan blogger (free blog)?
07-30-2008
2:54 am
Azahari
Terus terang saya katakan saya ni memang tak pernah baca sampai habis sales letter yang berjela-jela.Biasanya saya akan baca tajuk, lepas tu scroll cari testimonial (nak tengok testi buat sendiri ke tak), lepas tu cari harga ebook berapa.
Bonus kalau dah melampau banyak nampak macam ebook tu murah sangat. Mula-mula rasa ragu-ragu jugak tentang ebook ni takut terjadi macam ebook-ebook yang saya pernah beli sebelum ni tapi tak terbuat.Bukannya ebook yang dah beli tu tak bagus, cuma masa agak terhad untuk membuatnya. Nampaknya kalau Alang ada offer service untuk buatkan web ni bagus juga, terutama orang yang tak banyak masa macam saya ni.
InsyaAllah saya akan beli ebook ni dan cuba pulak nak dapatkan pendapatan darinya.
07-30-2008
6:44 pm
Mohd Hafifi
saya jg tidak suka membaca sales letter yang panjang. Sales letter panjang tapi tidak “MEMBUNUH” takda gunanya..saya cm ingin sedikit info tentang ebook berkenaan dan terus sy tgk harga yang dijual..
Mohd Hafifis last blog post..Entri Khas (Ucapan Terima kasih)
07-30-2008
7:10 pm
Abdul Rashid Basar
Zango rupanya tidak menerima blog/website berbahasa Malaysia……..ARB Dagang
07-30-2008
7:21 pm
Nabieel
wahai bro alang..dah bayar utk ebook ni..tgg kelulusan pihak anda..tak sabar nak baca..
Nabieels last blog post..Bisnes Domain
07-30-2008
7:38 pm
usri
satu lagi alternatif dlm bisnes internet
07-30-2008
10:06 pm
Mohd Ismail
ZangoCash mmg kool.. but, the hardest part is to get traffic from Tier 1 @ 2… tp bila da dapat, mmg steady la income.. =)
*sesiapa nk cuba, beli la e-book Alang ni.. alternatif Adsense yg tgh x menentu ni..*
07-31-2008
11:17 am
Nabieel
bro alang mmg bisnes minded..ebook yg sempoi..
Nabieels last blog post..Bisnes Domain
07-31-2008
1:05 pm
Zamri Nanyan
Alang, bagi saya ebook yang ringkas dan senang difahami adalah yang terbaik. Sekiranya ebook tersebut mempunyai ilmu berdasarkan pengalaman yang terbukti berkesan, ianya adalah lebih bernilai daripada ebook berdasarkan teori.
Harga menjadi faktor kedua kerana nilai ilmu sebenarnya susah diukur dengan wang ringgit.
Anyway, saya ada buat ulasan mengenai ebook Rahsia Zango di laman web saya. Bagi mereka yang rasakan penerangan Alang di laman web ini belum mencukupi, boleh baca ulasan ebook ini di blog saya dengan lebih lanjut:
http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/ulasan-e-book-rahsia-zango/
Zamri Nanyan
07-31-2008
8:35 pm
Nasran
Tahniah Alang,
Dah selesai baca ebook tu…
Sekarang sedang mempraktikkan ilmu ni sebagai income kedua selepas adsense…
Tapi nak tahu la,betul ke adsense makin tak menentu sekarang ni…
Nasrans last blog post..Sistem Rahsia Tambahan Pendapatan
07-31-2008
10:52 pm
habib
ebook dan domain n hosting sekali berapa harganya ?
habibs last blog post..RM 50,000.00 Free
08-02-2008
2:40 am
Din Beramboi
tahniah Alang atas jualan ebook yang memberansangkan tu…dan terima kasih juga kerana mention nama saya..hehe. Betul ke penyumbang trafik?
Saya promote ebook Alang sebab saya dah baca ebook tu dan bagi saya, itu tu bagus dan satu ilmu baru buat saya. Saya hanya promote ebook yg berkualiti..
Ebook Alang tu dah bagus…Walaupun 17 pages, sales page tak berjela-jela..itu sebenanrnya yg saya suka. Tak hype sgt..
Yg penting, content dan ilmu yg disampaikan..
08-02-2008
4:51 pm
draman md
Assalamualaikum dan salam sejahtera kapada saudara saudari semua…saya ada lah salah seorang client Alang dan dlm proses menunggu laman wed saya yg mungking siap minggu depan.Dgn ringkas nya, saya sangat tertarik dgn simplicity ebook Alang dan mudah difahami.Rm yg saya bayar untk nya bak kata orang putih.(only peanuts) compared dgn ilmu yg saya dpt. Sekarang dgn ilmu itu saya bakal mendapat satu pulangan yg bakal merubah hidup saya!
TERIMA KASIH ALANG!!!!!!
draman mds last blog post..BioLulur
08-03-2008
12:14 pm
titan
so, kepada yang dah beli. Leh la apply zangocash dan cuba wat duit dari cara yg diajar oleh alang. Dah beli. rugi woo kalau tak apply cara tu..
08-04-2008
10:49 am
Din Beramboi
Haah..betul tu Titan. Affiliate tu side jer…yg utama adalah aplikasi ilmu tu utk dpt $$$$$ yg lebih byk..hoho.
08-07-2008
9:36 am
am
am never2lah baca salespage sampai habis… jarang sangat2 baca.. kalau betul bagus.. skip dan carik point jer.. apa yang produk tu tawarkan dan terus beli..
pasal harga dengan pages tu tak sesuai lah.. dengan 5 muka pun tapi isi dalam hebat.. takde masalah kalau harga mahal. Am suka style wso diorang jual report jer.. dan isi tak meleret2 terus str8 to the point jer.. senang, kita bukan nak baca yang diorang celoteh tu. kita nak tau isi jer sebenarnya..
09-14-2008
2:51 pm
luz
Thanks for the info.
09-16-2008
3:23 pm
alfie
Buat masa nih kalau nak pakai video online untuk marketing,kena tunggu Wimax punya liputan seluruh Semenanjung nih…….
09-19-2008
5:58 pm
habib
tak ada ke member yang nak kongsi income dr zango ni.utk motivasi
09-19-2008
6:38 pm
alang
ok kat sini saya postkan beberapa screenshot pendapatan yg dikongsikan di private forum pembeli ebook rahsia zango. Jumlah pendapatan di bawah adalah jumlah pendapatan yg akan dibayar pada 20hb September.
http://www.mohdzakri.com/pendapatan/pembayaran-zangocash-pada-20-september-2008-ini-pendapatan-zangocash-semasa.html
http://photos.friendster.com/photos/91/17/56497119/1_156288208l.jpg
http://img.skitch.com/20080917-1d4wt3a2wcf223ip2ca41b9892.jpg
http://www.wayimg.com/viewer.php?file=lsqtcz5fbdocjwwwdz8l.jpg
09-20-2008
3:50 pm
poshbeck
baru je letak zango 3 ari.. harap2 nanti dpt mcm screenshoot geng2 zango ..
10-29-2008
3:35 am
menj
Tahniah di atas kejayaan membuat ebook ini, saya akan membelinya dalam masa terdekat ini insya Allah.
11-02-2008
2:06 pm
x-po shop
hehe nnt sy akan bli ebook ni..nk jana pendapatan gak
11-05-2008
6:57 pm
Mhnizam
alang mcm mana zango sekarang…saya berminat buat zango ni..tp de masa la nak download citer siri baru ni…anyway good ebook..
http://usahawankekal.wordpress.com
11-05-2008
7:10 pm
alang
@Mhnizam – actually tak payah download citer2 tu. Kena cari embed code jer.
11-08-2008
7:04 pm
SyedHafidz
Tahniah Alang!
banyak jualan ye…bolehla belanje!
hehe
11-11-2008
2:48 pm
x-po shop
smoga trus sukses alang!!
11-13-2008
11:55 am
Richie
ke mana alang menghilangkan diri?
11-16-2008
11:14 am
Khai...
Lambat lagi le nak dapat join zango ni, disable le plak. traffic! traffic!
12-08-2008
11:45 pm
penie
salam bro alang..!
saya dah dengar pasal zangocash ni dah lama.2,3 bulan yang lepas. tapi saya takut nak mencubanya.
tapi sekarang,saya nak mencubanya.
01-11-2009
8:41 pm
rahsiasongo
buat rugi jer aku beli ebook xder paedah ni hangus 60 henget.. masuk forum nk mintak bantuan xder update. buku ilmiah lebih murah dari e-book sampah ni
06-22-2009
12:46 pm
hanifisme
alang kongsi la statistik tentang ebook Rahsia Zango yang terkini..hek3
06-22-2009
8:15 pm
alang
yg download ebook ni secara percuma dah lebih 800 orang.
Nanti bulan julai, bila dah genap setahun Rahsia Zango dilancarkan, saya akan mengeluarkan versi yg kedua.
07-29-2008
8:37 pm
alang
tapi dlm bidang penulisan ebook ni saya masih blm terbukti. Betul apa yg you cakap, as long as kita rasa comfortable dgn apa yg kita buat tak yah peduli apa org kata
07-29-2008
8:40 pm
alang
Ye, salah satu azam saya utk tahun ni. Alhamdulillah tercapai. Ebook kedua mungkin tahun depan kot.
Jgn tunggu lama2, nanti makin basi
07-29-2008
8:41 pm
alang
baca lagi sampai reti dan boleh bertanya kat forum. Kalau tak boleh gak, tawaran saya sentiasa terbuka
07-30-2008
1:44 am
alang
saya faham, saya pun penah jadi newbie dulu. Sebab tu saya sediakan private forum utk bantuan tambahan dan saya juga menyediakan pakej khas dgn harga yg amat rendah utk menyediakan website buat newbie memulakan langkah. Mereka hanya perlu sambung kemaskini website yg telah siap dan sudah ada pelawat.
Zango tak terima website yg guna subdomain dan juga free blog seperti blogger dan worpdress.com
08-10-2008
12:46 pm
TH
betul. Ini terpaksa diakui. Jadi, faham-faham ajela.
Yang penting kene usaha dan jangan mudah putus asa.
Pasal promote tu. Tak kesahla nak guna blogger ke apa la. Mana2 pun boleh..
THs last blog post..The Best Place To Transfer Your Domain
07-31-2008
4:28 pm
alang
siap ada promotion free lagi mail
Actually ada caranya utk nak dptkan traffic dari Tier 1 & 2 tu, dan cara tersebut saya terangkan dlm ebook
07-31-2008
4:30 pm
alang
terima kasih atas review yg lengkap bro. Bagi saya bro ni memang senior dan otai dlm bidang penulisan ebook
07-31-2008
10:55 pm
alang
RM 200. Sila hubungi saya utk maklumat lanjut
07-31-2008
11:11 pm
habib
Boleh difikirkan tu, tak da diskaun ke, boleh emailkan keterangan lanjut
habibs last blog post..RM 50,000.00 Free
08-09-2008
10:52 am
z
kos ebook rm60. webpage rm200. adake design sahaja atau termasuk domain dan hosting?bagaimana dengan promosi, agaknya berapa kos yang diperlukan?
08-09-2008
9:05 pm
z
bagaimana nak bincang dengan saudara alang dengan lebih lanjut secara private…
08-09-2008
10:23 am
z
so camner bang draman? profit dah masuk ke?
08-09-2008
10:58 am
alang
RM200 tu adalah anggaran kos utk pendaftaran domain dan hosting. Design tak tak ada kos dan promosi pun tak ada kos. RM200 tu, first month dah boleh dapat balik pulangan.
08-09-2008
10:56 pm
alang
boleh hubungi saya di sini http://www.szab.net/blog/contact/
08-10-2008
12:47 pm
TH
better ringkas tapi mampu mengujakan pelawat untuk membeli..
THs last blog post..The Best Place To Transfer Your Domain
01-11-2009
9:17 pm
alang
boleh bagitau apa username you kat forum dan bagi url thread yg you nak minta bantuan. Mungkin saya terlepas pandang. Dan sila hubungi saya dan bagi maklumat detail pembelian jika nak refund