The Adsense Game, cara interaktif untuk mengenali adsense
Written by alang on September 4, 2006
Mungkin sesetengah daripada anda sudah mengetahui tentang laman web ini, tetapi saya baru sahaja terjumpa semasa sedang search keyword “adsense” di google. Laman web ini dibangunkan oleh salah seorang Adsense Guru iaitu Joel Comm.
Di dalam laman web ini, terdapat interaktif game tentang adsense di mana anda diberi modal permulaan sebanyak $500 untuk memulakan satu laman web baru di mana anda perlu memilih jenis laman web, domain sendiri atau blogspot, di mana hendak mendapatkan isi kandungan, kaedah pengiklanan, posisi dan juga warna iklan adsense. Dan selepas itu, anda akan dapat melihat secara virtual, berapakah jumlah pendapatan adsense anda berdasarkan pilihan yang anda buat sebelum ini. Setiap satu pilihan akan memberikan hasil yang berbeza.
Walaupun The Adsense Game hanyalah bertujuan untuk hiburan semata-mata, disamping mempromosi produk Joel Comm, tetapi sedikit sebanyak ia dapat membantu kita mengenali adsense terutamanya bagi mereka yang baru menjinakkan diri dalam bidang ini.
Related posts:
- Benarkah program adsense sudah berakhir? Sejak kebe
- Ulasan Ebook Raja Adsense: Rahsia membuat duit tanpa modal dengan google adsense Pertama se
- Soalan pembaca: Bagaimana cara untuk register domain Soalan ini
- Panduan adsense percuma Panduan ad
- Panduan Ringkas Adsense Siri 4: Blend adsense dalam artikel Ada orang
Comments
Trackbacks
- Adsense Planet » The Adsense Game, cara interaktif untuk mengenali adsense 09-04-2006 at 9:59 am
- Boost Adsense Revenue 04-16-2007 at 10:31 pm
Submit Reply






09-04-2006
1:37 pm
romico
Menarik, mmg salah satu cara yg mudah utk mengenali adsense. Beberapa bulan lepas saya ada terjumpa buku (Asense) dari Joel Comm di kedai buku tempatan (MPH, Popular etc.), tapi saya tak beli sbb agak mahal. Hmmm…. dasat gak joel ni. Alang atau ada sesiapa ada pernah beli produk En Comm ni.
09-04-2006
1:50 pm
aku
Memang game mampu menjadi medium mengajar. Contohnya, game Cash Flow dari Robert Kiyosaki.
09-04-2006
1:51 pm
alang
saya penah beli buku adsense secret version 1 dan 2 ketika mula join adsense. Utk newbie, memang bagus la, byk info dan tips2 yg boleh kita belajar
09-04-2006
2:20 pm
suhaimy
salam,
saya pun baru tahu, tq for info…bagus juga sekali-sekala ada games macam ni
09-04-2006
5:03 pm
alhaadi
wah, En Alang hari pertama dah $ 17 ++. Saya cuma dapat $ 7++. Kedudukan mana yg En Alang pilih?? Tapi kan, saya tengok earning semakin menurun plak kalu kedudukan adsense sama…
09-05-2006
9:39 am
Noorizam Shah
alang nih memang kaki surfing la… heheheheh
09-05-2006
9:57 am
nasril
saya pun dah main game ni…tapi naper yek earning makin lama makin turun?
09-06-2006
6:19 pm
Pinvader
seronok gak main game tu..kire mcm experiment..good stuff
09-07-2006
7:50 am
sAf-OnE
Memang best lah..
09-07-2006
3:33 pm
Galadriel
huhu…saya pernah gak main Robert Kiyosaki punya game Cashflow tu, tapi dalam bentuk PC game, bukan boardgame…memang banyak mengajar tentang finance…
Game adsense ni adalah game jenis simulation, ia cuba simulate real-life conditions, sama macam game-game Tycoon (railroad Tycoon, rollercoaster tycoon)…
Thanx Alang. Nanti nak try gak.
09-09-2006
11:23 pm
RinggitHit
Bagus juga game ni tapi yg saya perasan, makin lama makin turun earning adsense tu kecuali kalau kita tukar kedudukannya atau cara promosi tu.
09-10-2006
8:53 pm
soulof99
Tapi bak kata Joel Comm, “Making money with adsense is no game!’ Huhu.. setakat nak suka2 memang best game ni…
09-11-2006
6:28 am
Robotys
Hmm, maner boleh beli ek versi PC punyer?? Nak try main la…
09-24-2006
7:58 am
CypherHackz
saya pernah juga main game ni. game ni dapat mengajar kite di mana tempat yang sesuai untuk meletakkan ads. tetapi pilihan tempat adalah terhad. so limited la penggunaan game ini.
11-14-2007
9:09 am
Surya
Saya mau juga tuh cashflow game. Bisa share di sini ga?
Surya’s last blog post..About Bali