Perisian yang berguna untuk seorang webmaster
Disini saya akan menyenaraikan beberapa perisian komputer dan juga web yang saya gunakan di dalam tugas saya seharian sebagai webmaster. Perisian-perisian ini ada yang sekadar memudahkan tugas saya dan ada yang memang saya tak boleh melakukan tugas tanpanya. Jadi, saya harap rakan-rakan yang lain pun dapat sama-sama berkongsi apakah perisian (komputer dan web) yang kita gunakan setiap hari
Perisian Komputer
Photoshop – . Saya bukanlah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang graphic jadi saya mengunakan photoshop hanya untuk edit dan optimize gambar yang akan dimasukkan ke dalam laman web
Dreamweaver – walaupun hampir kesemua laman web saya menggunakan cms, tapi saya masih lagi menggunakan dreamweaver untuk edit html/php/css code kerana adanya syntax highlighting. Saya menggunakan dreamweaver di dalam code ataupun split mode, tidak pernah menggunakan WYSIWYG mode.
Feed Demon – RSS reader yang banyak fungsi. Saya menggunakannya untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dari beberapa topik yang saya subscribe dan juga untuk membaca blog-blog melalui RSS
Roboform Pro – Perisian ini merupakan satu keperluan bagi saya kerana ia dapat menyimpan maklumat login dan password dan juga memudahkan tugas saya ketika mengisi borang-borang dan juga melakukan directory submission
Lexa Organizer -Â To do list ataupun task list dimana saya menggunakannya untuk keep track semua kerja-kerja yang saya lakukan supaya saya dapat menyiapkannya mengikut jadual yang saya tetapkan. Perisian ini banyak membantu saya menguruskan masa dengan lebih baik kerana saya tahu apa yang perlu dilakukan dan tugas mana yang perlu diutamakan.
Quicken – Accounting software yang saya gunakan untuk merekodkan semua pendapatan dan perbelanjaan bisnes internet saya. Melalui software ini, saya boleh membuat budget dan juga boleh melihat sepintas lalu sama ada pendapatan saya meningkat atau menurun dan dapat melihat dari program apakah yang paling banyak menyumbang kepada keseluruhan pendapatan saya. Saya berpendapat, semua yang melibatkan diri dalam internet bisnes, sama ada menjual barang, affiliate program ataupun adsense perlu merekodkan semua perbelanjaan dan pendapatan mereka untuk memudahkan kita ketika hendak membayar zakat (bagi yang muslim) dan juga membayar cukai pendapatan. Selain itu, rekod-rekod kewangan ini juga amat berguna ketika kita hendak berurusan dengan pihak bank. Sebelum ini, saya menggunakan perisian Ace Money untuk merekodkan hal-hal kewangan ini.
Color Pix – Perisian yang simple yang digunakan untuk mendapatkan html/RGB/Hex code untuk warna dari sesuatu image.
Easy Thumbnails -Â Seperti namanya, perisian ini adalah untuk mengecilkan gambar sebelum dimasukkan ke dalam laman web.
Faststone Capture -Â Perisian yang digunakan untuk mengambil screenshot. Menggunakan perisian ini, kita boleh mengambil screenshot menggunakan selection tool, screenshot untuk active window sahaja dan juga screenshot untuk scrolling windows.
FlashFXP – Perisian FTP yang digunakan untuk memindahkan file-file dari komputer saya ke web server.
Listgarden – Perisian yang digunakan untuk menghasilkan RSS feed bagi laman web yang tidak mempunyai kemudahan tersebut terutamanya laman web yang berasaskan statik html.
Revenue Checker – Bagi sesiapa yang menggunakan adsense, perisian ini amat berguna kerana ia akan memberitahu statistik adsense anda secara automatik mengikut kekerapan yang anda tetapkan. Amat berguna kerana anda tidak perlu pergi ke laman web adsense dan login ke akaun anda untuk memeriksa.
Webshot – Perisian untuk mengambil thumbshot untuk sesuatu laman web. Anda boleh menentukan saiz thumbshot dan juga saiz browser anda.
Saya akan menyambung tulisan saya dimana pada siri yang berikutnya, saya akan menyenaraikan perisian web ataupun script yang saya gunakan di laman web saya.



wahhh banyak nyer perisian yang alang gunakan.. saya berminat untuk ketahui pasal perisian lexa organizer dan quicken tu.
Senang ke gunanya alang? mesra pengguna tak?
Yes.
Photoshop,
Illustrator,
Dreamweaver,
is a must untuk saya.
3d Studio Max dan ACAD keguaan harian di office.
dan lain2 opensource untuk memudahkan kerja.
tak lupa kepada notepad..
@noorizam – utk quicken, ambil masa sikit la nak belajar, tapi once kita dah get use, memang betul2 user friendly la. Lexa organizer is a very simple application, lepas install terus boleh guna.
Isk, byk program yang alang pakai. Patut blh jadi top webmaster kat Malaysia ni. Berapa Alang spend utk beli program2 tu? Mahal2 gak harganya..
ada yg free jer, macam colorpix, easy thumbnail, webshot, faststone capture dan listgarden. Bagi saya, duit yg saya spend utk beli software tu kira investment la.
Ya!! Photoshop,Illustrator, Mmg wajib untuk saya
“Ia sebati bagai darah yang mengalir dalam diri ini” chewah! dah memang designer, standard la guna software2 tuh.
Banyak juga software2 “pembantu” yang alang guna. No wonder la webmaster skill tahap sifu nih.
By the way, tak rugi invest duit beli software. Tapi pastikan software tersebut betul2 berbaloi untuk dibeli. Jangan beli ikut keperluan orang lain, tapi beli ikut keperluan sendiri.
ps: software paling membazir beli: GAME (kecuali untuk game2 tertentu
)
Alhamdulillah, thanks for the great infos Alang…memang bermanfaat untuk semua, especially newbie macam saya
saya guna FileZilla bagi menggantikan FlashFXP.
Untuk FTP saya lebih suka pki online punya: net2ftp.com . Sebab saya upload web dari shared komp. Susah ler nak install software2 sendiri kat shared komp nih.
ps: ader tak FTP software yg leh install dlm thumb drive jer?.. senang sket ..
saya gunakan WS_FTP jika fail yg hendak dipindahkan terlalu byk…
atau saya gunakan website http://www.net2ftp.com jika fail yg hendah dipindahkan sikit saje…
That’s a great list, alang!
wah best juga ni.Ada juga perisian yg belum saya cuba.
banyak gak software yang alang guner..bleh sy try nanti..yg free je la..:P
robotys, try smartftp… tapi aku tak pernah try kat thumbdrive la…
photoshop satu kemustian bagi aku, yang simpan2 password tu, aku gune excel jer… kampong lagi
rasa2 nak try yang alang pakai… (kene ikut langkah orang yang berjaya)
Banyaknya software Alang.. Utk FTP, saya gunakan smartftp..
Alang, bleh bg contact x?? YM ker?? Email ker??
wah..bagus btol…untuk ftp saya pakai cuteFTP..pasal dreamweaver saya masih xreti2 lagi..hehe pakai frontpages reti la..
Huh.. banyak betul software yang bagus ya. Sy pun cuma guna sebahagian daripada list kat atas tu. Nampaknya banyak lagi yang sy kena cuba ni.
Ermm ttg ‘Revenue Checker’ tu lebih kurang sama dgn Adsense notifier ker?
Alang, ade x free software utk rekod pendapatan kite kt internet nie..sy student lg..xde duit..P
@pinvader – guna excel jer, yg penting rekod. Saya dulu pun guna excel gak, ikut kemampuan dan keperluan la nak beli software ni.
dulu-dulu saya guna console ajer untuk ftp fail.
kadang-kadang guna nextftp(shareware).
Tapi sekarang pun masih guna konsole juga,kerana kerja saya banyak menggunakan konsole dan script.
..bagus juga tempat ni, saya terjumpa, banyak info yang bagus utk beginner & intermediate.Tak sangka dah ramai orang malaysia yang menceburkan diri dalam usaha internet ni.
Excel jer senang Pinvader.. User friendly and easy..
Byk rupanye perisian yg berguna utk webmaster..
Baru saya tau..
Err.. Alang xguna lg Xsitepro ke?
Lebih banyak website dan perniagaan yang kita ada, memang memerlukan software yang dapat membantu untuk memudahkan kerja dan menjimatkan masa. Ada jugak software yang saya belum guna lagi tu. Takpe, nanti nak try.
Tips hebat.
Yang paling sy suka…. software ROBOFORM. Bak kata sabri ‘senang dan mudah’..
byk sgt software.. berserabut..
antara tools yang aku guna utk develop website
windows
=======
Notepad++ : handcoding html,php,xhtml etc
gimp : picture editor
fireftp : upload the file using firefox plugin.
linux
======
vi/emac/pico
gimp
fireftp
Banyak bahan – bahan dan penerangan yang menarik bagi seorang newbie seperti saya. Terima kasih Alang. Keep your good work.
thanx for sharing these tools. ftp kalau file sikit je boleh guna window console (screen hitam) tapi kena belajar basic ftp command cam put, get, open, ascii etc. fireftp tu cam menarik gak tp taknah try.
rss reader saya guna yg free – tristina
skrang dah banyak software alternative yg free dan boleh tahan jugak features dia
Blog Webmaster Malaysia » Perisian yang berguna untuk seorang webmaster (Web script) (November 4, 2006, 5:32 am).
[...] Ini adalah sambungan daripada tulisan saya sebelum ini Perisian yang berguna untuk seorang webmaster [...]
» Useful Applications For Webmasters Part 2 (August 11, 2007, 3:36 pm).
[...] A great thank to Alang for the post inspiration. Posted by admin on Sunday, November 12th, [...]
yoo…pelbagai info yang bernas, xrugi la menyelongkar kt sini
banyak nya software..terima kasih bro..moga2 hidup bro berbahagia selalu..