Have a break, have a Kit Kat

26alang18th Aug 2008Entri, , , , ,

Ok ni bukan iklan Kit Kat, saya tak dibayar pun oleh mereka untuk menulis tajuk di atas. Saya tulis tajuk di atas cuma memaklumkan yang sekarang cuti sekolah dan seperti biasa masa cuti sekolah saya pun turut bercuti.

Walaupun saya bercuti, tetapi segala urusan tetap berjalan seperti biasa cuma mungkin sedikit lambat kerana saya membawa laptop balik ke kampung dan access internet menggunakan Celcom 3G. Jadi, insyaAllah semua order Ebook Rahsia Zango akan saya uruskan dalam tempoh 48 jam. Dan begitu juga untuk mereka yang menempak pakej khas website zangocash, semua website tersebut akan disiapkan tepat pada masanya (mungkin lewat sehari dua).

Selain dari kebaikan yang saya nyatakan di sini sebelum ini, boleh membuat kerja di mana sahaja juga merupakan salah satu kebaikan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Apa yang anda perlukan adalah laptop dan juga akses internet tak kiralah melalui 3G / Edge ataupun Wifi. Tapi kalau tak ada laptop pun tak apa sebab kita masih boleh buat kerja dari cybercafe. Jadi, pada bila-bila, saya boleh bercuti tetapi pada masa yang sama kerja masih boleh dilakukan.

Ebook Rahsia Zango telah mencapai jualan lebih dari 200 buah dan pada bulan ini saudara Hafiz Latib (Bitol) jauh mendahului peserta affiliate yang lain dengan 24 jualan setakat artikel ini ditulis. Semasa saya berbual dengan Bitol di WangCyber Gathering bulan lepas, beliau berjanji untuk mendapatkan saya 100 jualan bulan ini, jadi saya masih lagi menunggu 76 jualan :) .

Saudara Smartzul juga ada menulis satu artikel yang sungguh menarik di mana dalam artikel itu, beliau telah memberikan pandangan beliau terhadap artikel yang saya tulis sebelum ini. Pandangan beliau yang kritis dan menulis pro dan kontra untuk setiap pendapat saya itu amat saya hargai kerana ia membantu saya lebih memahami industri ebook di Malaysia. Sesungguhnya dalam bidang penulisan ebook, saya masih setahun jagung berbanding Smartzul yang boleh dikatakan orang lama dan banyak pengalaman.

Mungkin ada yang bertanya saya berada di kampung mana sekarang? Buat makluman saya berada di kampung isteri saya di Kelantan jadi kalau ada kelapangan insyaAllah saya akan berjumpa dengan IM dari Kelantan. Kalau ada sesiapa yang sudi nak bertemu, boleh hubungi saya.

p/s – Saya ada hadiah istimewa untuk diberikan kepada pembaca blog ini. Jadi tunggu tulisan saya sehari dua lagi untuk mengetahui apakah hadiah istimewa tersebut. Kalau ada sesiapa yang rajin nak meneka apa hadiah tu boleh jugak, tapi tak ada hadiah untuk sesiapa yang meneka dengan tepat. Yang nyata, hadiah tersebut bukan ini

26 Comments Comments Feed

  1. joerzoe (August 18, 2008, 11:47 am). Reply

    Tahniah alang.Kehidupan seperti alang ni lah yang saya impikan.Bekerja untuk hidup dan mempunyai masa untuk family bukan hidup untuk bekerja je.Selamat maju jaya

    http://syokbeb.com

  2. apiz (August 18, 2008, 12:38 pm). Reply

    Best ye kalau dapat kerja macam Alang, boleh blk kg dan buat kerja dalam masa yang sama.Jeles,jeles

  3. tehtarik (August 18, 2008, 12:52 pm). Reply

    Alang, tahniah kerana boleh survive dengan full time as a blogger. selain shuth dan ifran khairi. boleh alang bukukan kehidupan alang sebelum dan selepas jadi usahawan internet macam azizi ali…TQ

  4. alang (August 18, 2008, 1:01 pm). Reply

    @tehtarik – sebenarnya saya bukan fulltime blogger tetapi fulltime usahawan internet di mana punca pendapatan saya adalah dari blog, pengiklanan, servis, direktori, dan juga penjualan ebook.

  5. taukey (August 18, 2008, 2:57 pm). Reply

    erkkk hadiah istimewa tu aper erkk? blh bagi klu tak. ekekeke

  6. Farizal (August 18, 2008, 7:14 pm). Reply

    Assalamualaikum Alang,

    Saya rasa hadiah tersebut adalah eBook Rahsia Zango :)

  7. khairul (August 18, 2008, 8:58 pm). Reply

    wa…alang pun kena penangan cuti sekolah. Saya nak tanya sket, saudara Alang dah bp lm terlibat ngan IM ini???

    Bisnes TDTone
    http://bisnesTdTone.com/khairul
    “Teknik Paling Mewah & Mudah Jana Wang”

  8. alang (August 18, 2008, 9:56 pm). Reply

    @taukey – klunya hadiah tu semua org boleh guna la :p

    @Farizal – bukan ebook, kalau tak sapa yg dah beli rugi la. So, kalau you blm beli, silalah beli skrg sebab memang saya tak akan bagi free :D

    @khairul – saya terlibat ngan IM dari tahun 2003. Fulltime dari tahun 2005

  9. Tomankulai (August 18, 2008, 11:16 pm). Reply

    Hadiah istimewa….emmm..agaknya beli ebook Rahsia Zango dengan harga diskaun.

  10. mirlme (August 18, 2008, 11:44 pm). Reply

    Celcom 3G ek bro..mmg payah nak dapat connection..
    saya punya Celcom 3G pun asyik DC Jer kebelakangan nie..
    harap Celcom 3G improve servis mereka..bro d kelantan ek..
    leh ar jmpa ngan labanon..kekeke

  11. megat (August 19, 2008, 2:07 am). Reply

    menarik la kehidupan seorang usahawan internet sepenuh masa!

    teringin punyai kehidupan seperti alang. mungkin perlukan masa dan perlu mempelajari banyak perkara.

    ok bro, semoga semakin cemerlang dan bahagia!

  12. AmmarZahar (August 19, 2008, 3:27 am). Reply

    Tahniah Alang dengan kejayaan sales ebook Rahsia Zango! :D

  13. alang (August 19, 2008, 7:14 am). Reply

    big clue – hadiah tu tak ada kena mengena langsung dgn ebook :D

    Eh labanon ada di kelantan ker skrg? Bukan ker dia ada di perlis.

    Celcom3G memang dah improve kat sini, siap ada coverage 3gx (HSDPA) lagi.

    Kalau betul2 nak full time banyak kena belajar sebab memang terlalu besar risiko tambah2 utk org yg dah bekeluarga macam saya.

  14. kita (August 19, 2008, 3:42 pm). Reply

    wahhhh..rupa-rupanya wife alang orang kelantan..orang negeri kita ler tu :) …kalau nak jumpa alang mcm mana nak contact

  15. Adsense Blogspot : Newbie Fridays | diariadsense.com (August 19, 2008, 9:12 pm). Reply

    [...] yang jarang online dan inginkan hadiah istimewa. Apa kata nantikan sesuatu yang istimewa dari Alang Szab ( Sekarang dah tukar domain ) sekitar beberapa hari lagi. Share and [...]

  16. zool (August 20, 2008, 9:47 pm). Reply

    Memang best jadi IM cam alang..
    Tapi masing2 punya bahagian ka.

  17. NayanMohd (August 21, 2008, 6:39 am). Reply

    kalau tak silap saya, rumah alang di Sg Buloh…

    Kalau Alang ada free time, boleh tak kalau nak jumpa Alang ( kalau saya balik Rawang la..). Rumah mertua saya di Sg. Choh, Rawang.. Mungkin Alang tau tempat ni..

  18. saido (August 21, 2008, 6:12 pm). Reply

    Memang besh keje macam alang ni, dari rumah ajer, tak payah membazir keluar duit minyak.. tol lagi. Saya pun nak berenti keje jugak, keje sendiri, tapi bukan IM la. Saya rasa macam tak ada kebolehan nak jadi IM. Kerja saya buat program ajer. Kalau nak buat program panjang-panjang memang tak ada masalah, tapi kalau nak tulis artikel dalam blog, 8 hari pun tak habis lagi. :)

  19. usri (August 21, 2008, 9:52 pm). Reply

    tulah kelebihan menjadi IM. kat mana2 pun boleh bekerja. org cuti kita pun cuti, org tak cuti kita cuti….hehe

  20. Mohd Hafifi (August 22, 2008, 8:09 am). Reply

    saya rasa hadiahnya mungkin ebook itu sendiri..:-)

  21. lempeng (August 23, 2008, 2:24 pm). Reply

    cam nak bagi duit raya jer plak rasa hihi :)

  22. Safuan a.k.a Sipenglipurlara (August 25, 2008, 10:10 am). Reply

    Relaks dan income berjalan.. Bestnya Alang kan??

  23. smartzul (August 28, 2008, 1:45 pm). Reply

    Kampung wife Alang kat Machang kan? Spt yg saya bagitahu dulu, tu daerah kampung saya.

    Kalau saya kat sana, boleh lah jumpa. Tapi saya kat JB skrg. :)

    Selamat bercuti.

  24. alang (August 28, 2008, 5:10 pm). Reply

    kampung wife saya kat wakaf bharu. Kat Machang tu kampung biras saya.

    Raya nanti balik kan? Saya tahun ni raya kat kelantan so kalau ada masa boleh jumpa :D

  25. SyedHafidz (September 3, 2008, 5:37 pm). Reply

    mantap bitol!
    dapat 24 sales..

  26. Muhamad Hasan Murtadha (October 17, 2008, 2:23 am). Reply

    En Alang,

    I admire you and want to learn from you to be successful in internet marketing.

    Thank u

Add a Comment