Dapatkan diskaun hebat di RetailMeNot.com

Written by alang on August 25, 2008

Dekat-dekat nak raya ni semua pasaraya berebut-rebut nak bagi diskaun. Ada yang sampai 70% atau 80 % maka kita pun berebut-rebut la beli kononnya nak dapat harga murah. Pernahkah anda semak harga sebenar barang tersebut 2 bulan sebelum jualan murah dilakukan? Adakah diskaun tersebut benar-benar sebanyak tu ataupun harga dinaikkan sebelum jualan murah dilakukan dan diskaun yang sebenarnya hanyalah dalam 10% – 20% di mana ianya masih memberikan keuntungan kepada pemilik pasaraya sebanyak 20%. Ok ni cuma teori saya sahaja, sesekali buat teori ekonomi ni best gak, yer la dulu belajar ekonomi tapi langsung tak guna ilmu tu

Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah satu diskaun yang betul-betul wujud dan tidak ada tempoh masa tertentu. Saya telah menjimatkan beribu-ribu USD melalui website ini iaitu RetailMeNot.com

Coupon codes and discounts for 15,000 online stores! RetailMeNot.com.jpg

RetailMeNot.com adalah website yang mengumpulkan kupon-kupon diskaun untuk pelbagai online store. Antara yang paling popular ialah Amazon.com, Ebay.com, Enterprise.com dan sebagainya. Yang paling banyak saya guna ialah kupon diskaun untuk Godaddy.com di mana saya mendapat penjimatan sebanyak $3 USD untuk setiap domain yang saya beli.

Untuk mencari kupon diskaun, anda hanya perlu taipkan url atau nama online store tersebut dan senarai kupon akan keluar mengikut populariti dan juga success rate.

Bagi anda yang selalu membeli secara online seperti saya, RetailMeNot memang amat membantu menjimatkan wang tetapi jangan pula pergi taip Shell atau Petronas kat situ dengan harapan boleh dapat diskaun untuk harga minyak :D .

p/s – Oh ya, post ini bukanlah hadiah istimewa seperti mana yang saya sebut sebelum ni. Terdapat beberapa masalah teknikal yang perlu saya siapkan sebelum memberikan hadiah tersebut. Mungkin boleh dijadikan hadiah hari raya kot, jadi tunggu….

Related posts:

  1. Tawaran hebat dari 50pageswebsite.com! Beli 1 percuma 2 50pagesweb

  2. Dapatkan $25 percuma daripada AuctionAds AuctionAd

Comments

  • 08-26-2008
    3:22 am

    Reply

    rohaizad

    “RetailMeNot memang amat membantu menjimatkan wang tetapi jangan pula pergi taip Shell atau Petronas kat situ dengan harapan boleh dapat diskaun untuk harga minyak”

    Wahahahaha… lawak Alanvg… memang lawak. Tapi REtailmeNot.com no memang dah femes dah. Ingat lagi dulu masa sibuk but paid post untuk site nie.

    Anyway, terpaksalah saya top up dollar sket kalau nak shopping :)


  • 08-26-2008
    5:34 am

    Reply

    Richie

    waaaaa….mcm best je..tapi duit tak cukup lagi la nak shopping..hehe


  • 08-26-2008
    7:41 am

    Reply

    Abdul Rashid Basar

    Terimakasih atas informasi ini……….ARB Dagang


  • 08-26-2008
    11:42 am

    Reply

    apiz

    Nice info Alang, so sesapa yang banyak lagi duit dalam paypal tu, leh le shopping sakan ye


  • 09-08-2008
    1:26 am

    Reply

    fadil

    tq for the information..


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message