Adakah pengalaman saya berharga bagi anda?

Written by alang on July 1, 2006

Kepada pengunjung buat kali pertama, selamat datang saya ucapkan. Telah sekian lama saya tidak menulis blog, kali terakhir adalah adsense-blogs.com, blog dalam Bahasa Inggeris yang telah saya jual pada tahun 2004. Saya bukanlah orang yang mahir dalam penulisan, dan itulah antara sebabnya saya tidak pernah menerbitkan sebarang ebook walaupun ramai yang menyarankan saya untuk berbuat demikian. Dan dalam blog ini, kebanyakan artikel akan ditulis di dalam Bahasa Melayu tetapi ada beberapa perkataan yang akan ditulis di dalam Bahasa Inggeris (jika tiada perkataan yang sesuai dalam Bahasa Melayu). Saya rasa sudah terlalu banyak tips tips dalam Bahasa Inggeris termasuk dari blogger/webmaster tempatan, jadi saya cuba untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita dengan menulis blog dalam Bahasa Melayu. Ini adalah laman web Bahasa Melayu saya yang pertama sebab kesemua laman saya sebelum ini adalah dalam Bahasa Inggeris (untuk tujuan pemasaran)

Tujuan blog ini bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana blog yang sedia ada tetapi adalah untuk berkongsi pengalaman saya yang hampir 3 tahun melibatkan diri dalam bidang pembangunan laman web ini. Saya tidak bolehlah mengatakan saya telah berjaya dalam bidang ni, saya belum lagi mencapai tahap jutawan, tetapi Alhamdulillah, ianya telah menjadi sumber rezeki sepenuh masa saya dan saya tidak pernah mengimpikan untuk mendapat pendapatan lima angka pada usia 30 tahun. Saya banyak mendapat email/pm dari forum forum yang saya join bertanya macam mana saya buat, dimana saya mula dan kebanyakannya telah saya cuba jawab sebaik-baiknya. Tetapi, saya fikir, lebih baik saya menulis semua pengalaman saya di satu tempat dan sesiapa pun boleh membacanya pada bila-bila masa tanpa sebarang bayaran. Dan terpulang kepada pembacalah yang menentukan sama ada pengalaman saya itu berharga atau tidak, saya tak mengatakan apa yang saya buat itu betul, cuma saya mahu berkongsi apa yang saya buat untuk sampai ke tahap ini.

Saya rasa sebenarnya tak ramai yang mengenali saya baik dalam internet mahupun diluar, berbanding dengan kidino, Dr. Irfan Khairi, Zamri Nanyan, Sunny Tan, Mohd Fairuz, Liewcf dan lain-lain lagi (sekadar menyebut beberapa nama).

Saya mula melibatkan diri dalam pembangunan laman web ini pada penghujung tahun 2003 sebagai hobi dan laman web saya yang pertama ialah Mac Emulation. Pada masa itu, saya tidak pernah terfikir yang satu hari nanti, hobi saya ni akan menjadi sumber pendapatan utama saya. Sebagai sebuah laman web yang mempunyai bahan untuk dimuaturun (download) Mac Emulation memerlukan space dan bandwidth yang tinggi. Pada masa tersebut, saya menggunakan free hosting dari Netfirms hanya untuk beberapa minggu sahaja sebelum berpindah ke beberapa lagi free hosting hinggalah saya melanggan paid hosting yang pertama iaitu Articulate-X. Saya bersama Articulate-X selama beberapa bulan sebelum berpindah ke hosting yang mempunyai package yang lebih besar dari MercuMaya selama beberapa bulan sebelum kemudiannya ke HiveHosting sehinggalah pada bulan June 2005, saya berpindah ke VPS (Virtual Private Server) dari Spry.

Pada bulan August 2005, saya telah meletakkan jawatan sebagai juruaudit di sebuah syarikat bumiputra untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada laman web. Pada masa tersebut, pendapatan saya telah mula stabil dimana saya mendapat sebanyak RM6000 – RM7000 dari adsense sahaja. Selepas menjadi webmaster sepenuh masa, saya membangunankan 3 lagi laman web iaitu Mp3 Player Review, Mobile Phone Review dan 10000 Text Links Directory. Untuk menambahkan lagi jumlah lama web, saya mengambil keputusan untuk berpindah ke dedicated server dan dedicated server saya yang pertama ialah AllManaged pada bulan November 2005 tetapi AllManaged bukanlah server provider yang berkualiti dan semua laman web saya mempunyai banyak masalah pada masa tersebut. Dan pada bulan December 2005, saya telah berpindah ke rumah yang saya beli di Sungai Buloh (hasil dari pendapatan adsense :) ) dan selama 2 bulan, saya tidak mempunyai internet access dan jumlah pelawat dan income saya juga telah merosot dengan teruk. Pada bulan February 2006, saya telah melanggan internet access dari Digi EDGE dan saya tahu, banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memulihkan kembali laman web saya yang merosot. Perkara pertama ialah berpindah ke dedicated server dari Servstra (sehingga sekarang) dan saya telah membangunkan beberapa lagi laman web seperti Featured Articles, Free Arcade Games dan Myspace Zones

Secara amnya, itulah perjalanan saya dalam bidang pembangunan laman web ini dari tahun 2003 hingga sekarang. Dari masa ke semasa, saya akan berkongsi pengalaman yang lebih terperinci dalam setiap proses pembangunan kesemua laman web dan apa yang saya tempuhi dalam tempoh tersebut.

Comments

  • 07-01-2006
    8:29 am

    Reply

    smartusaha

    Begitu berharga sebuah ilmu… Orang2 kita memerlukannya lebih2 dalam bahasa Melayu. :)

    Banyak dan lama gak tu pengalaman alang. Oh ya, blog ni nak citer pasal apa jer? Pasal adsense jer ke?


  • 07-01-2006
    11:44 am

    Reply

    adik_catz a.k.a surfaddict

    alang, lama saya tunggu alang publish blog. Saya mmg suka mengetahui pengalaman org lain kerana ia akan membantu memberi panduan dan semangat pada newbie seperti saya. Lebih2 lagi dapat mengetahuinya tanpa perlu membayar. Semoga dgn ilmu yg dikongsi, insyaallah makin bertambahlah rezeki utk alang.


  • 07-01-2006
    5:29 pm

    Reply

    hasrul

    memang sangat² berharga alang. Kalau saya sultan, dah lama saya kasi pingat.. (sorry lawak sikit).


  • 07-02-2006
    5:24 am

    Reply

    Bagak

    muncul sorang lagi jaringan internet bisnis di malaysia, sama2 kita meriahkan lagi alam maya ni

    bagi saya alang ni dah dikira sifu sebab dia ada kepakaran tertentu


  • 07-02-2006
    4:57 pm

    Reply

    amirul

    bertambah satu lagi sumber ilmu saya,=)


  • 07-04-2006
    1:40 pm

    Reply

    robotys

    Wah… sifu adsense!. Banyak yang saya perlu belajar dari sifu alang dalam adsense nih. Mintak tunjuk ajar yer… bak kata org dulu2:

    Buah cempedak di luar pagar,
    Ambil galah tolong jolokkan,
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan.

    hehehe, kalau tak salah tapi nak ajar jugak pon boleh :)


  • 07-05-2006
    10:44 pm

    Reply

    suhaimy

    tahniah kerana bertambah satu lagi sumber rujkan saya


  • 07-06-2006
    7:42 am

    Reply

    Lovingmom

    This is my first time reach this page.. Terima kasih kerada sudi berkongsi pengalaman.. Although I’m not to to the internet.. but I’m newbie to the internet business… Tunjuk ajarku sifu… :D


  • 07-06-2006
    2:14 pm

    Reply

    gaman

    Sebuah merketing blog yang berpotensi besar yang ditulis dalam Bahasa Melayu, menarik,.. keep up the good work!


  • 07-06-2006
    7:15 pm

    Reply

    e-tech

    Ini adalah blog yang baik,terima kasih kerana sudi berkongsi pengalman anda.

    Saya ada satu soalan untuk Alang,SZAB Network,adakah alang membuka syarikat? bermaksud adakah SZAB Network
    sebuah syarikat offline? registered with business registration?

    Terima Kasih


  • 07-08-2006
    2:19 pm

    Reply

    dynn

    terima kasih kerana share pengalaman yg amat berharga nie…mudah-mudahan murah lagi rezeki nko alang.


  • 07-10-2006
    9:51 am

    Reply

    mizi a.k.a kromosomtraxx

    mmmm…nampak macam best je alang nie..bole buat sifu kot..ni first time kite masuk kat sini..best juga bole ler tambah koleksi info untuk panduan ke alam maya nanti..ok alang besok tulis lagi xperience yang ngam-ngam moga-moga dapat jadi lampu suluh untuk newbie cam kite nie ok


  • 07-20-2006
    1:57 pm

    Reply

    Umie

    Saya sungguh kagum dengan pengalaman dan sumbangan dari saudara alang. Sekiranya saudara alang bercadang untuk membuat course – saya tidak mahu ketinggalan.

    Syabas!

    Kejayaan Dikongsi Bersama :)


  • 10-25-2009
    11:40 pm

    Reply

    cyberz

    Boleh tanya sikit, saya baru nak mula dalam bidang internet ni.. itu pun baru blog.. susak x nak guna vps server tu.. perlukah kita belajar IT dulu..


Trackbacks

Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message