Rahsia CMD

45alang26th Aug 2008Entri, ,

Kebelakangan ni banyak betul rahsia yang saya dedahkan di sini, Rahsia Malam Pertama, Rahsia Zango dan sekarang ini Rahsia CMD. Apakah CMD? CMD merupakan singkatan untuk CMD.exe ataupun Windows Command Prompt, iaitu satu aplikasi yang ada dalam setiap Windows OS di mana anda boleh menggunakannya untuk memberikan arahan kepada komputer anda melaksanakan sesuatu tugas dengan hanya menaip arahan tertentu. Sebelum wujudnya Windows 95, CMD.exe memang amat popular kerana ia diperlukan untuk memasuki windows 3.1 dan juga mana-mana aplikasi dalam windows. Tetapi dengan kemajuan yang dicapai menyebabkan penggunaan CMD.exe semakin dilupakan malah mungkin ada antara kita yang langsung tidak pernah menggunakannya. Ok dibawah ni merupakan rupa paras CMD.exe

cmd-pic.jpg

Jadi Dr CMD telah mengambil inisiatif untuk mempopularkan kembali penggunaan CMD.exe ini dengan menulis satu panduan yang bertajuk Rahsia Penggunaan CMD.exe. Pelbagai teknik penggunaan CMD.exe didedahkah di dalam ebook ini dan ada di antaranya adalah teknik yang anda langsung tidak terfikir penggunaannya. Misalnya, membuat blog dalam masa 15 minit. Tetapi kenapa anda perlu menggunakan CMD.exe untuk membina blog sedangkan anda boleh menggunakan perisian lain ataupun terus membina blog menggunakan browser? Ok selain daripada untuk nak menarik perhatian awek yang menyangkakan anda adalah “Neo” dari The Matrix, penggunaan CMD.exe ini khusus untuk mereka yang mempunyai komputer yang lama dan lembab. CMD.exe tidak menggunakan server resources yang banyak jadi selembab mana pun komputer anda, anda tetap akan dapat melakukan sebarang kerja dengan laju. Jadi ini dapat mengatasi masalah kononnya anda tak dapat buat kerja sebab tak ada komputer yang baru dan canggih.

Ebook ini telah beberapa hari dilancarkan dan harganya hanyalah RM55 untuk hari ini sahaja di mana esok harganya akan dinaikkan ke RM99. Selain daripada penerangan dalam ebook, penulis juga turut menyediakan video yang akan memudahkan lagi anda memahami teknik-teknik penggunaan CMD.exe ini. Anda mungkin akan sedikit keliru selepas kali pertama membacanya, tetapi insyaAllah selepas beberapa kali membaca dan melihat video anda akan mahir menggunakannya dan sedikit demi sedikit mula mempraktikkan penggunaannya dalam kerja seharian.

45 Comments Comments Feed

  1. rohaizad (August 26, 2008, 5:30 pm). Reply

    wahhh… nampak sangat yang aku tak tau pasal CMD nie. maklumlah, takde basic komputer ngan programming.

    takper, ini satu kejutan yang bagus untuk diri aku sebab aku tak pernah tahu apa pun mengenai CMD sebelum ini.

  2. Azahari (August 27, 2008, 9:05 am). Reply

    Saya suka guna command prompt dari guna klik terutama untuk delete file virus. Kalau unix lagi seronok..kalau pakai Mac ada Unix command. Kadang-kadang rasa gian nak menaip command…hehehe…

  3. shamxo (August 27, 2008, 12:06 pm). Reply

    aduss…akhirnya terbit gak panduan ni…
    ramai gak yang tak tahu cmd ni…
    syabas lah!!!

  4. Abdul Rashid Basar (August 27, 2008, 12:45 pm). Reply

    Terimakasih atas informasi ini. …….ARB Dagang

  5. Mohd Hafifi (August 27, 2008, 2:30 pm). Reply

    tidak ramai yang tahu tentang penggunaan cmd jdi panduan yang ada sudah tentu sangat berharga buat mereka yang ingin tahu lebih lanjut tentang cmd

  6. usri (August 27, 2008, 8:38 pm). Reply

    Rasanya sy pernah pakai cmd ni, tp xbrp byk tahu sgt….
    Jadi sesape nk tahu lebih pasal cmd bleh la beli…

  7. zool (August 27, 2008, 8:59 pm). Reply

    Saya antara mereka yang pernah menggunakan cmd dalam penggunaan komputer..
    GUna cmd ni syok n lebih pantas….

    Tapi sekarang PC rosak apa pun tak guna… Wargh

  8. Muaz (August 28, 2008, 1:53 am). Reply

    Bro, kat mana nak contact bro?? email ada tak?? ada hal minta tolong skit (muaz kalau minta tolong mesti bab tolong tu samada dia dah study habis pastu buntu pasal sesuatu hal ataupun ‘tolong’ hal lain)

  9. alang (August 28, 2008, 1:55 am). Reply

    Nak contact saya atau penulis ebook ni? Kalau nak contact saya kat atas tu kan ada link utk contact http://www.samsulzamzuri.com/contact/

  10. Muaz (August 28, 2008, 5:59 pm). Reply

    bro, contact form tak muncul lah bro (saya guna firefox) , tak activate atau tak letak kat page tu ??

  11. alang (August 28, 2008, 6:54 pm). Reply

    sorry muaz saya overlook. Lepas transfer wordpress ke domain baru, saya tak ingat nak install plugin utk contact form :)

  12. olie (August 28, 2008, 8:49 pm). Reply

    pening juga memeikirkan pasal CMD ni. pernag lihat tapi tak tau plak apa fungsinya. Thanks Alang..

  13. Richie (August 29, 2008, 9:44 am). Reply

    betul ke kita boleh hantar message kat kawan guna CMD ni walaupun takde connection?
    BIAR BETIK!!!

  14. Din Beramboi (August 29, 2008, 3:50 pm). Reply

    terima kasih Alang kerana review…Rahsia Penggunaan CMD.EXE ini merupakan yg pertama di Malaysia dalam bahasa Melayu.. :D

    Tak kira komputer anda laju atau slow, dengan bantuan CMD.EXE ia mampu melakukan tugas dgn lebih pantas.. :D

  15. ira (August 31, 2008, 5:34 am). Reply

    huhu..nampak gaya. ramai la orang akan tahu pasal CMD lepas nih. :)

  16. SyedHafidz (September 1, 2008, 3:52 am). Reply

    CMD ni walaupun bukan perkara yang baru dalam komputer tapi ianya exposure baru in term of cara penggunaannya..

    Saya tengah berkira2 untuk beli..
    hehehe

  17. Bujuk (September 1, 2008, 4:24 pm). Reply

    usaha tu saya rasa memang patut digalakkan. cuma harga tu terlalu tinggi. pandangan saya sebelum kita meletakkan harga kita kena kaji “demand” dulu. demand utk belajar command prompt rasanya tak lah seberapa. jadi kalau betullah rm99 kemungkinan orang nak beli memang kurang. kecualilah subjek kita tu berkenaan cara2 membuat duit ke, cara nak jadi hansem ke….

  18. Richie (September 2, 2008, 7:56 pm). Reply

    hehe..saya dah beli dah nie..sgt membantu..

  19. Tomankulai (September 3, 2008, 1:40 am). Reply

    Aiseh…lewat dapat info ni lah..nak beli satu la ni!

  20. Din Beramboi (September 3, 2008, 11:41 am). Reply

    Bujuk, harga promosi dah tamat…sebelum ni ada harga promosi selama 3 hari. Saya rasa ebook ini tidak terlalu mahal berbanding contentnya yg pelbagai. Jika anda kreatif, anda mampu lakukan apa saja dgn CMD.EXE. Ebook ini dijual kepada mereka yg berminat sahaja, bukan kpd semua org.. :D

    Terima kasih Richie.. :D

    Tomankulai, kalau berminat boleh grab satu..hehe.

  21. serangin (September 3, 2008, 1:53 pm). Reply

    kalau nak yang murah dapatlah application yang biasa2 aje…kalau mahal tu tentulah ada yang istimewa (hanya bagi orang yang tahu nak guna)

  22. yazidyahaya (September 3, 2008, 6:08 pm). Reply

    zango cah ni kalau tak tahu nak wat tak guna juga..sebab iya memerlukan kerajinan untuk melakukannya serta experience

  23. Bujuk (September 4, 2008, 3:37 pm). Reply

    pandangan saya kalau harganya rendah sikit tentu ramai yg membeli. sekarang ni harga barang semua naik kan, jadi pengguna akan berfikir dua kali sebelum membeli.

    saya dari era MS Dos, jadi cmd tu tak lah benda asing :)

  24. Richie (September 5, 2008, 1:40 am). Reply

    apa-apa yang kita nak buat,pastikan kita bersungguh-sungguh..jangan hangat2 tahi ayam saja..berikan sedikit komitmen,mudah-mudahan rezeki dtg jua..

  25. dzulanuar (September 5, 2008, 3:32 pm). Reply

    Aha harga rasanya terlalu mahal…rasanya kalau google pun mesti dpt nye la…hurm…samalah… CMD is not new for hardcode IT ppl…to me its very expensive…so my advice…google…

  26. dzulanuar (September 5, 2008, 3:32 pm). Reply

    hurm hardcore actually…typo

  27. dr.oracle (September 6, 2008, 10:47 pm). Reply

    huhu, sebenarnye aku gune cmd nie nak nampak stylo jer, nampak cam hacker gitu. Kalo nak buat blog, baik guna wordpress atopon guna perisian WYSIWYG cam dreamweaver, hehe…

  28. dlagu (September 7, 2008, 10:31 am). Reply

    Fuyoo…CMD pun ada orang buat ebook skrg ni. Nampaknya berlaku peperangan ebook di Malaysia.

  29. fadil (September 7, 2008, 2:15 pm). Reply

    ye la bro alang. kalu bole kurangkan harga utk ebook tu. Maybe org ramai bole beli kalu harganya murah sedikit. tq..

  30. alang (September 7, 2008, 2:37 pm). Reply

    eh ebook tu bukan saya yg punya, macam mana nak turunkan harga :)

  31. fadil (September 7, 2008, 10:18 pm). Reply

    oic.. ingatkan alang punye ebook tu.. sori ye.. tapi kalau penulis ebook tu terbaca komen saya harap dapat pertimbangkan harganya.. tq..

  32. dr.oracle (September 7, 2008, 11:32 pm). Reply

    lorh, aku pun ingat ko yang jual ebook ni awal2.. Tapi memang sengitla pertempuran jual ebook nie, sampaikan pasal cmd pun orang nak buat cerita.. Aku rasa x lama lagi akan ader plak pasal buat duit guna yahoo messenger haha!!

  33. Din Beramboi (September 8, 2008, 7:04 am). Reply

    @ Bujuk, bagus la kalau dah terror sejak era MS Dos… tapi bukan semua org ada kemahiran mcm Bujuk kan..so, kami hanya jual utk org xtau saja. :D bukan kpd org yg terer mcm Bujuk.. :D

    @ dzulanuar, saya sangat mengagumi anda yang suka menggoogle. Kami menerbitkan ebook ini kpd mereka yg nak belajar dgn cepat dan pantas. Semua produk dah ada di internet…nak buat adsense, nak buat affiliate, nak zango cash..tp kenapa ada juga ebook itu dikeluarkan? kerana ia ingin membantu mempercepatkan pembelajaran di samping lebih tersusun langkah demi langkah. :D

    Bagi yg suka menggoogle, sgt dialu-alukan. Tetapi percayalah…sgt sikit ebook dan org menulis ttg CMD.EXE nih. :D

    @ Dr Oracle, saya juga menggunakan blog wordpress dlm membina blog. Kami menerbitkan panduan CMD.EXE bukan mengajar utk membina blog, tetapi bagaimana membina blog dg pantas yg mengandungi beratus2 halaman dlm ms yg singkat. Klu buat manual, mungkin seminggu belum tentu siap..ini adalah tool. :D

  34. Din Beramboi (September 8, 2008, 7:10 am). Reply

    Byk kegunaan CMD.EXE nih..kalau anda tau, sorang mamat di forum WC mencipta robot yg boleh meninggalkan trace di blog yg dilawatinya. Ini akan meningkatkan pelawat blog kita dan search engin. Menjana pendapatan dgn affiliate dan sbgnya…Ya, dia menggunakan aplikasi CMD.EXE. Sape kata CMD.EXE dah ditelan zaman? hehe…

    Tp dlm ebook ni takde la ceritakan semua tu. Yg penting anda faham dan menggunakan mengikut kemahiran dan kekreatifan masing2. :D

  35. Bujuk (September 8, 2008, 11:59 am). Reply

    Din Beramboi, suka hati ko le. pandangan saya ikhlas. majority orang malaysia ni $99 tu consider mahal. $40-$50 tu mungkin ok kot. yg penting saudara tau your target market. ramai internet marketer yg menggunakan concept “limited time” concept. saya percaya din beramboi pun tau teknik ni. $99 dipotong dan harga $50 yg dioffer. harga offer akan tamat dalam masa 24jam lagi ka etc… ni akan menyebabkan urgency. selalunya dia orang guna script, jadi date line tu akan berubah. datang 2 bulan lagi pun harga macam tu juga :)

    my 2cents.

  36. Din Beramboi (September 8, 2008, 3:55 pm). Reply

    Terima kasih Bujuk atas pandangan ikhlas tuu..Bujuk ni Alang ker? hehe.. :D

    Saya tau teknik tu..buat masa ini, kami akan run dgn harga asal. Lepas ni harga akan turun atau naik saya tak pasti lah nanti bincang dgn partner2 saya dulu. Matlamat kami, kami ingin memberikan yg terbaik utk para pembeli.

    Mereka yg membeli utk siri pertama ini mungkin akan diberikan percuma atau diskaun utk versi2 update yg akan datang. Ya, yg pastinya akan ada versi2 yg lebih mencabar akan diterbitkan. :D

    p/s – kpd yg dah beli, tanya klu tak faham ok…jgn pendam jer..kami bersedia membantu anda bila2 masa saja :D

  37. zool (September 9, 2008, 6:58 am). Reply

    Wah CMD ingin dipopularkan kembali dalam dunia IT…
    Bagus bagus bagus/..

  38. syifarosli (September 10, 2008, 11:26 am). Reply

    Alahai saya pun ketinggalan pasal benda ni..
    dok aja depan pc…

  39. Bujuk (September 11, 2008, 12:47 pm). Reply

    Bujuk=sejenis ikan dari keluarga “snake head”
    alang=anak ke-3

    tak sama kan :) alang mana boleh lawan. dia dah sampai level pro. kita baru nak belajar. tapi insyallah in near future.

  40. Din Beramboi (September 12, 2008, 7:16 am). Reply

    Hoho~~ikan bujuk rupanya..macam haruan tu yea. Saya pun tau kalau yg tu..kih3.

    p/s – dah lama x mkn ikan bujuk. :D

  41. trafficOnline (September 13, 2008, 8:37 pm). Reply

    Hoho.. rahsia CMD gempaq..!

  42. alfie (September 16, 2008, 3:09 pm). Reply

    Bagi aku RM99tuh tak mahal langsung…..ebook Jana Wang Adsense yang harga RM100 tuh pun takder sorang mengeluh….?Yang penting info dan ilmu yabg ada dalam ebook tuh dan berkenaan CMD nih,saya rasa ramai yang tak perasan atau tak tau langsung yang software tuh memang installed secara default dalam Windows tapi aku tak tau la pulak kalau ada dalam Vista…..Anyway…..inilah ebook tentang system command yang jarang boleh didapati dalam BM sebab kesemuanya yang saya tengok dalam BI dan dipenuhi dengan jargon atau istilah yang hanya difahami oleh programmer.Syabas diucapkan kepada Din Beramboi kerana telah menerbitkan ebook yang amat kompleks dan sukar dilakukan IM biasa….

  43. Dr.CMD (September 18, 2008, 6:52 am). Reply

    Atas permintaan ramai, saya akan turunkan harga ebook CMD tu pada hujung bulan Oktober (31/10/2008) ini. dan pada masa yang sama juga saya akan lancarkan ebook terbaru :: CMD vs PHP

    Dr.CMD

  44. Dr.CMD (September 18, 2008, 6:57 am). Reply

    diharapkan para pembaca semua dapat memanfaatkan ilmu CMD & PHP dalam bisnes internet masing-masing.. Juga sebagai kemahiran asas untuk menjadi seorang programmer professional kepada mereka yang tidak melibatkan diri dengan bisnes internet..

    Terima kasih

  45. Masrule Hamid (June 18, 2009, 12:17 pm). Reply

    Huhuhuhuhu…screen hitam dan putih…user friendly ker?

Add a Comment