Experts Malaysia: Komuniti IT Malaysia
Written by alang on September 8, 2008
Satu portal khusus untuk komuniti IT baru sahaja diwujudkan minggu lepas iaitu Experts Malaysia. Portal ini merupakan hasil seorang anak muda yang bernama Fikir Fadzil ataupun lebih dikenali sebagai taiping_online di forum WangCyber.
Portal ini khusus untuk membincangkan apa-apa sahaja masalah berkaitan dengan komputer dan juga internet di dalam Bahasa Melayu. Walaupun kita telah mempunyai satu komuniti IT yang agak besari iaitu Lowyat.Net tetapi kebanyakan perbincangan dalam portal tersebut adalah di dalam Bahasa Inggeris. Jadi saya rasa Experts Malaysia ni merupakan satu-satunya portal untuk komuniti IT di dalam Bahasa Melayu.
Saya rasa langkah yang diambil oleh saudara Fikri patut diberi pujian dan diharapkan usaha beliau berterusan sebab bukan senang nak menghidupkan sesebuah komuniti. Pertama sekali kita harus mempunyai identiti tersendiri yang membezakan kita dengan portal yang lain. Experts Malaysia boleh dikatakan mempunyai idenditi tersendiri iaitu sebagai komuniti IT ber Bahasa Melayu pertama tetapi saya rasa itu masih belum cukup. Usaha keras perlu dilakukan untuk membuatkan orang datang setiap hari dan aktif memberikan sumbangan dalam setiap topik yang dibincangkan.
Saya rasa buat permulaan ni tak salah kalau saudara Fikri mengambil langkah memberikan insentif tertentu kepada ahli yang aktif contohnya memberikan hadiah kepada Members of the Month dan sebagainya. Selain itu beliau juga boleh membayar pakar-pakar di dalam bidang tertentu untuk menjadi tempat rujukan di forum tersebut di mana tugas beliau hanya menjawab persoalan yang berkaitan dengan bidang kepakaran beliau.
Jadi, kalau anda minat IT (dah tentu minat kan, kalau tak tentu tak masuk internet), daftarlah sebagai ahli di forum Experts Malaysia dan sama-sama kita berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang dunia IT di Malaysia.
Comments
Trackbacks
Submit Reply





09-09-2008
2:02 am
apiz79
Salam, selamat berpuasa pd alang & pembaca blog ni.Ye satu pujian pada beliau mewujudkan portal ni, jom support ramai-ramai
09-09-2008
8:50 am
ijamidayu
Wah best nie…
Satu peluang untuk aku mencari ilmu lagi.. Thanks bro alang..
09-09-2008
5:14 pm
dr.oracle
wooow, memang maju la malaysia skang nie. Aku rasa tak lama lagi kiter bleh gak ade site cam IGN tue. Huhu, tapi semuanya atas usaha gak..
09-09-2008
9:30 pm
fadil
tq alang for the info..i’ll alwayz follow perkembangan blogger2 dan IM2 di Malaysia ni..
09-09-2008
10:53 pm
rohaizad
Ewahhh…. bagus nie. Aku dengan Menj baru nak launch forum berbahasa Melayu lepas raya, tapi dah ada yang launch dulu. Sungguh memotivasikan.
Harap forum sebegini akan sentiasa mendapat sambutan.
09-10-2008
12:30 am
Nabieel
kepada empunya forum harap maklum image verification tidak jelas kelihatan walaupun sudah beberapa kali refresh
P/S : Sory bro alang buat aduan di sini :p
09-11-2008
1:32 am
Fikri
salam nabieel,
TQ sbb bgtau… actually, this happen for a few people only. saya akan cuba fix kan secepat yg boleh. saya ngah nak search dulu masalah sebenar nape sesetengah org je x bleh view.
TQ ye…
09-11-2008
3:32 am
Haizal Ramdzan Bin Saaid Ramdzan
Terima Kasih kepada en Alang atas perkongsian yang sangat berharga, Moga dimurahkan dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah di bulan Ramadhan ni.
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
09-11-2008
5:45 pm
dr.oracle
huhu, baik gak kalo korang join oit.. Sebab dapat increase traffic sambil2 promote korang punye site.. huhu..
09-12-2008
6:00 pm
digg
Satu usaha yg bagus utk memperkembangkan dunia IT Malaysia.
09-14-2008
2:52 pm
luz
Hope this website could have an english translation too.
09-16-2008
2:57 pm
alfie
Yaa….memang patut pun diwujudkan dan saya haraplebih ramailagilah yang jadi member forum nih….
09-21-2008
1:06 am
Richie
adush..nak kena english jugak ke luv..
u dont know how to speak malay ka?