Majalah IM edisi ke 7
Written by alang on September 13, 2008
Diam tak diam MajalahIM yang diusahakan oleh 2 orang anak muda dari Team Flarebiz telah pun sampai edisi ke 7. Walaupun pelbagai cabaran dan kritikan yang mereka hadapi, tetapi mereka tetap hadapi dengan penuh tabah dan saya perhatikan sekarang yang pengurusan MajalahIM semakin tersusun di mana semakin ramai yang suka rela memberi sumbangan di dalam penerbitan majalah percuma ini.
Edisi kali ini agak istimewa sikit (bagi saya la, orang lain mungkin tak) kerana memuatkan temuramah krew MajalahIM bersama saya dan juga cover depan yang menampilkan gambar saya. Hmm, hampir nak penuh cover majalah dengan gambar saya, nampaknya nak kena kuruskan badan sikit
Bagi sesiapa yang tak pernah mendengar suara saya boleh mendengar rakamau audio temuramah yang disertakan. Tetapi bagi mereka yang sayangkan telinga mereka dan ingin menghindari pencemaran bunyi dari audio tersebut anda boleh membaca teks temubual tersebut yang telah ditulis betul-betul apa yang saya cakap.
Saya sendiri selepas baca teks tersebut baru perasan yang rupanya saya ni mempunyai satu tabiat apabila bercakap banyak sangat sebut “orang cakap apa”. Saya rasa tiap orang ada tabiat masing apabila bercakap contohnya kalau Tun Mahathir selalu sebut “apa nama” dan seorang blogger / model ni selalu cakap “macam” dalam setiap ayat beliau. Dan saya rasa kita sendiri pun tak perasan sehinggalah ada orang bagitau kita ataupun dalam kes saya baca balik teks percakapan saya yang ditulis.
Ok cukup la anda baca apa yang saya tulis, sekarang baca pulak MajalahIM versi terkini yang memuatkan pelbagai info dan tips-tips menarik untuk usahawan internet Malaysia.
Sila klik pada cover di bawah untuk download
Related posts:
- Majalah IM edisi ketiga Rasanya
- Oops! He did it again Anak mud
- Laman web MajalahIM berwajah baru Laman web
- Malaysiapal edisi kedua dilancarkan? Jika pemba
Comments
Trackbacks
- Laporan percuma - amal jariah yang tidak ternilai :ASPIRASI CYBER.COM 09-14-2008 at 7:06 pm
Submit Reply







09-13-2008
9:06 am
Labanon
Thanks bro
Hehe.. semoga pendedahan ini terus menjadi motivasi kepada para pembaca Majalah IM! Anyway.. semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan terima kasih di atas review ini.
09-13-2008
9:13 am
Richie
moga2,hasil adsense saya akan bertambah.hehehe
09-13-2008
9:22 am
Maizul
Caya lah Alang. Smart gambar cover Majalah IM. Sesi temubual bersama alang pun banyak informasi berguna. Patut dengar nasihat alang ni buat part time sebelum memilih keputusan untuk berhenti kerja. Terima kasih alang dan team Malajah IM.
09-13-2008
9:22 am
catzer
heheheh…not available…Takperlah alang..takde niat nak adjust pun..hehehehe..erm thanks for all the tips. Next time amik pic jadi cover maskulin plak.
09-13-2008
9:35 am
alang
@catzer – kalau you ada niat nak adjust, saya pun kena adjust juga la
09-13-2008
9:54 am
zool
Dah download tapi tak baca-baca lagi…
09-13-2008
10:00 am
Abdul Rashid Basar
Diharap informasi percuma ini akan menambahkan lagi rezeki anda dalam bidang ini. Bertambahnya rezeki datangnya daripada usaha, doa dan amalan bersedekah. Usaha anda ini adalah sedekah ilmu yang mana ganjarannya berpanjangan…….ARB Dagang
09-13-2008
11:20 am
kita
fuhhh….dapat jugak aku dengar suara Alang…aku memang tabik pada saudara Alang..aku jadikan beliau sebagai mentor dalam senyap2
09-13-2008
1:11 pm
pakteh
gambar alang comel la.. tapi lebih comel lagi kalau makan pi kurus
respect habis kat team flarebiz atas usaha yg tak kenal jemu. bagi free pulak tu…tak ramai yg mampu lakukan…lain la klu berbayar..
syabas..utk alang dan team flarebiz.
09-13-2008
5:24 pm
fadil
baru saje download ebook tu.. Menarik gak. Bro alang x wat ke open house raya nie? kalau wat jgn x ajak saye bole?
09-13-2008
5:28 pm
alang
insyaAllah saya akan buat open house. Nanti saya umumkan kat sini bila dan bagi map macam mana nak pegi rumah saya. Dtg ramai2, sbb saya takde kawan kat luar, kawan saya semua secara online
09-13-2008
5:31 pm
dr.oracle
huhu, waaa, bestnyer buleh jadi cover magazine.. aku nak jadi gak satu hari nanti.. tunggu yer..
09-13-2008
8:40 pm
trafficOnline
majalah aper tu? Mana nak dapat?
09-14-2008
12:09 am
fadil
tq bro..insya allah saya mesti gi umah alang pasal umah mama saya kat sri pristana..rasenye dah dekat ngan umah alang..
09-14-2008
8:05 am
dr.oracle
oit trafficonline, kalo nak majalah tue pie kat site labanon, flarebiz dot com.. huhu, alang ko tinggal katne? Aku nak gi gak kat umah ko.. huhu..
09-14-2008
10:50 am
zool
Kadang2 penggunaan ayat yang terbiasa tu boleh dijadikan trademark..
Cam Nabil Lu Pklah sendiri..
Betulkan alang??
09-14-2008
2:55 pm
luz
Thanks for the info
09-14-2008
5:43 pm
Haizal Ramdzan
hehe..congratz alang…nama alang sememangnya sudah besar dalam dunia perniagaan internet nih…alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai kepangkal lengan..hehe
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
09-14-2008
10:23 pm
abeku
Cutenye gamba…patut br gamba dekat “sante fe”..sound system 10k tu…giler-giler…
09-14-2008
11:25 pm
trafficOnline
Huhu.. Majalah IM ni bila sebenarnya tarikh terawal di promosikan? Mesti dah banyak aku tertinggal siri bagus2.. Ruginya..
Ada sape-sape tak yang nak kongsi Majalah IM ni secara total?
Aku nak download la..
http://www.rfbookmark.com
09-14-2008
11:29 pm
trafficOnline
dah dapat dah..
http://majalahim.com/download
09-15-2008
12:51 am
dr.oracle
w00t, mungkinkah satu hari nanti aku sendiri akan muncul gak dalam majalah IM? Hehe, kite tunggu…
09-15-2008
12:27 pm
Noorizam Shah
hensem abang misai kita yea..
09-16-2008
1:44 am
apiz79
Alamak alang wat open house la plak, saya jauh kat perlis ni, alang kirim-kirim le ckit kat sini hehe.Ye saya pun suka tips wat part time tu sebelum berhenti kerja, kalau tak silap, Alang pun sebelum dia quit kerja, prestasi kerja dia kat office mantap dan maintain
09-16-2008
1:54 am
alang
@apiz79 – saya amik gambar jer la tunjuk nanti
.
Kalau org tanya nak berenti keje ker tak nak buat bisnes internet ni saya cakap jgn. Sbb bisnes internet ni boleh dibuat secara sambilan walaupun kita dah ada keja tetap.
Masa saya berhenti tahun 2005 tu, saya baru jer dpt Best Staff Award. So walaupun you dah dpt income ribu2 dari bisnes internet, keje tetap kena buat.
09-16-2008
12:40 pm
Azahari
Wah Alang nak buat open house ke? best ni… ..mana tau saya boleh datang nanti…insyaAllah…. dah ler gathering hari tu pun saya tak dapat pegi…hehehe..
saya tengok dalam video gathering WC hari tu Alang ni kelakar orangnya…. hehe…
09-16-2008
2:51 pm
alfie
He…he…tak sangka abg alang kita nih hensem bergaya depan kamera semasa posing…..
09-16-2008
2:53 pm
alfie
Memang betul tuh alang…saya jalankan ebiz nih secara sambilan untuk cari duit sampingan tampung hidup yang semakin sukar sungguh
pun saya seorang penjawat awam….
09-16-2008
4:51 pm
olie
Baru habis baca Majalah IM tu. Fuhh..Alang memang bukan calang2, bila aku nak jadi macam Alang agaknya nih…
09-16-2008
6:37 pm
oktant
Assalamualaikum,
Saya pun nak berterima kasih kat Bro Alang.
Banyak tips yg saya dapat dalam tu.
09-16-2008
10:47 pm
joe
alang memamg sempoi r.. dengar interview asyik gelak jer. Banyak tips yang berguna yang boleh saya pakai.. alang rawks
09-17-2008
1:32 am
trafficOnline
Banyak info dalam majalah IM.. Bagus jugak sebab saya tak suka beli ebook.. Hehe..
kandungan Majalah IM lagi banyak tips dan info berbanding ebook yang ada.. Terima kasih kepada semua yang menjayakan ebook ini..
Tapi nak komen sikit jer.. Jangan terasa pulak.. Ruangan agak berselerak.. Macam rumah orang bujang jer.. Hohoho..!!
09-17-2008
9:06 am
dr.oracle
ooo, kalo student alang camner? takyah berhenti blajar ke? Ko rasa bleh x buat duit internet sambil2 blajar?