Matlamat jangka pendek dan jangka panjang
Written by alang on September 22, 2008
Setiap individu mesti mempunyai matlamat dalam hidupnya. Orang yang tiada matlamat adalah orang yang sudah berputus asa dan seperti kereta yang dipandu tanpa arah atau seperti layang-layang yang terputus talinya.
Sejak kecil kita sudah mempunyai matlamat. Semasa sekolah rendah kita sering ditanya oleh cikgu, “Besar nanti nak jadi apa?” maka kita pun menjawab jadi doktor, jadi cikgu, jadi polis dan sebagainya. Itu semua adalah matlamat jangka panjang kita iaitu untuk menjadi cikgu dalam tempoh 15 tahun. Tetapi untuk mencapai matlamat jangka panjang tersebut, terdapat banyak matlamat jangka pendek yang kita mesti selesaikan. Sebagai contoh, untuk menjadi cikgu, kita mesti lulus periksa UPSR, PMR, SPM kemudian masuk universiti dan ambil kursus yang berkaitan.
Sama juga halnya dalam perniagaan internet. Mungkin matlamat kita untuk jangka panjang adalah menjadi jutawan internet dalam tempoh 10 tahun. Tetapi macam mana cara untuk kita mencapainya? Apakah langkah pertama kita untuk menjadi jutawan internet?
Langkah pertama ialah kita mesti sudah mempunyai laman web ataupun melakukan perniagaan dalam internet. Jadi matlamat jangka pendek ke arah mencapai matlamat jangka panjang iaitu menjadi jutawan internet adalah meletakkan sasaran mendapat RM300 sebulan dalam tempoh 6 bulan. Dan di dalam mencapai matlamat jangka pendek ini, kita perlu mencapai lagi matlamat harian atau dipanggil daily task. Daily task ini merupakan senarai kerja yang kita perlu siapkan setiap hari. Jadi, untuk mendapat RM300 sebulan, setiap hari kita perlu kemas kini laman web, hubungi bakal-bakal pelanggan dan sebagainya.
Jika kita sudah membuat semua langkah-langkah di atas tetapi masih belum tercapai matlamat jangka pendek, maka kita mungkin perlu meletakkan sasaran yang lebih realistik. Misalnya RM300 sebulan mungkin agak sukar dicapai pada permulaan, jadi kita boleh letakkan matlamat jangka pendek kita RM100 sebulan. Selepas tercapai barulah kita tingkatkan lagi sasaran ke RM200 sebulan dan seterusnya.
Untuk menjadi jutawan internet, kita memerlukan pendapatan berpuluh-puluh ribu sebulan tapi tahukah anda untuk mendapat pendapatan sebanyak itu, ianya bermula hanya dari pendapatan beratus-ratus ringgit sahaja. Journey of thousand miles begin with single step. Tanpa first step, jangankan thousand miles, 10 meter pun kita tak sampai.
Semasa saya mula-mula bekerja dulu, saya meletakkan beberapa matlamat peribadi antaranya memiliki rumah sendiri sebelum umur 30 tahun dan juga memiliki perniagaan sendiri sebelum umur 35 tahun. Pada masa tersebut, saya tidak tahu pun di mana rumah yang akan saya beli dan juga apa jenis perniagaan yang akan saya buat. Alhamdulillah, pada umur 28 tahun saya sudah memiliki 2 buah rumah dan pada umur 32 tahun saya sudah memiliki syarikat sendiri yang menjalankan perniagaan melalui internet.
Jadi kepada anda yang ingin menceburi perniagaan internet, sila tanya adakah anda sudah mengambil langkah pertama. Kalau anda sudah mengambil langkah pertama dan tersesat, kembali dan mulakan semula langkah anda.
Comments
Trackbacks
Submit Reply




09-22-2008
9:30 am
kita
wahhh…satu artikel yang memberi semangat ke pada saya…tq alang tp kadang2 ramai yang terkapai-kapai mencari hala tuju
09-22-2008
10:54 am
shuk
Betul tu….tanpa perancangan perjalanan kita tak tentu hala.
Silap2 kita sebenarnya dok kat roundabout..pusing2 asyik dok kat tempat sama…
09-22-2008
2:45 pm
olie
Dulu masa kecik2, cita2 saya lain. Bila dah besar camni, memang jauh melencong dari sasaran masa kecik2 dulu. Lepas ni, tak tau lagi.
09-22-2008
3:26 pm
apiz79
Matlamat memang penting dalam hidup kita kalau tak kita akan jadi ibarat lalang yang hanya ikut arah angin yang datang. Kalau sesape yang biasa dengar Irfan Khairi selalu nyatakan kena wat “vision Board” dan letakkan apa matlamat yang kita nak capai,kalau nak rumah besar, letak gambar rumah camner yang kita nak tu,my two cents
09-22-2008
5:29 pm
Haizal Ramdzan
Saya akui ramai yang ingin menjadi Jutawan, begitu juga dengan saya, tetapi malangnya matlamat jangka pendek yang sering kita abaikan,membuatkan matlamat jangka panjang jauh tersasar,kejayaan mencapai matlamat jangka pendek juga tidak memberikan kepastian dalam mencapai matlamat jangka panjang. Terima kasih pada en Alang kerana mengingatkan….
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
09-22-2008
6:40 pm
Abdul Rahman A Samad
Matlamat jangka pendek ibarat baja yang ditanam untuk menyuburkan pokok.
Matlamat jangka panjang pula ialah pokok yang sedang membesar.
Dan apabila matlamat jangka panjang itu dicapai, anda akan mendapat buah-buahan yang sedap daripada pokok yang anda jaga itu.
09-22-2008
7:58 pm
fadil
Apapun matlamat yang kita ukirkan seharusnya dilakukan dengan kaedah, teknik dan cara yang betul dari pembelajaran, pengalaman serta adaptasi dari pelbagai sudut. Jangan berpatah alang.. oppss sori.. Jangan berpatah arang serta kalah dalam perjuangan matlamat kita. Bersusah-susah dahulu baru boleh nak bersenang-lenang di kemudian hari. Ingatlah anda penentu masa depan anda sendiri. Oleh itu, hala tuju dan matlamat jelas mengukuhkan lagi visi serta misi anda. Renung-renungkan dan selamat beramal…
P/S : “Imagination is more valuable than knowledge.”
09-22-2008
10:24 pm
rohaizad
Gagal merancang adalah satu rancangan yang gagal….
09-22-2008
11:36 pm
Nabieel
Saya ingin berkongsi kisah hidup saya dengan anda.
Terus terang saya katakan, dari kecil sehinggalah saya berumur 23 thn saya tak tahu matlamat hidup saya nak jd apa yang sebenarnya. Mengapa ia terjadi pada diri saya :-
- Kurang pendedahan dari pihak ibu bapa
- Jika ada pendedahan di sekolah, fokus utama adalah bidang doktor,kejuruteraan,pilot dll. Ini hanya utk orang yang cerdik pandai. Tp bagaimana orang yg kurang cerdik macam saya?
Sehinggalah saya melayari internet dan membeli buku-buku utk mencari informasi motivasi diri, pun masih gagal lagi utk menetapkan matlamat hidup.
Oleh kerana perasaan tdk mudah putus asa saya mencari maklumat, satu hari saya tersesat di laman web wangcyber.com . Dari situlah bermulanya saya berminat utk menjadi usahawan dan dari situlah jg saya telah menetapkan matlamat utk menjadi usahawan internet yg berjaya.
Saya kerap bertukar-tukar pendapat dengan IM Malaysia utk membina ilmu di dalam diri bagi meningkatkan kualiti sebagai seorang usahawan yang berjaya pada suatu masa kelak.
Apa yg saya dapat belajar adalah jgn mudah putus asa untuk mencuba pelbagai bidang, sehingga pada satu tahap kita akan menjumpai matlamat yang sesuai dgn hidup kita sendiri. Dari situ berikan fokus sepenuhnya, insyaallah anda akan berjaya.
09-23-2008
5:00 pm
abeku
aku sebenar skeptikal gak dengan business internet nie pada awal. Sampai la aku tengok dan bersama dgn tuan empunya blog nie. Banyak sesagt ilmu dan tunujuj ajar yg aku dapat. Apa yang paling penting yang semua tahu tapi buat tak tahu adalah jangan putus asa..tanya alang..semua org ada mengalami saat getir sampai rasa nak putus nyawa..tapi tup tap tup hidup lagi. Kenapa? Sebab dia nak putus nyawa jer tapi tak putus asa…so moving forward..
09-23-2008
8:20 pm
Richie
Short term goal – CGPA 4.0 final bulan depan
Long term goal – first class degree honour
09-24-2008
2:58 am
paradoxtrafficOnline
“Journey of thousand miles begin with single step”
single step tu pun kena tengok jugak step yang bagaimana.. betul tak alang? kalau step ketandas buat ape? kalau nak buat bisnes internet nie mesti betul-betul tekad.. lagi satu, ebook yang dibeli tu jangan simpan jer buat pekasam.. tapi kaji lebih teliti.. banyak tips yang didedahkan secara tak sengaja dalam tu.. kalau yang tak suka beli ebook tu jangan plak paksa-paksa diri kumpul duit.. yang penting anda tahu matlamat dan >> tersangat penting anda ada kemahiran.. paling-paling asas internet seperti PHP dan HTML.. tak banyak pun sikit jadi lah pastu belajar la dari masa ke semasa..
09-24-2008
8:27 am
Mohd Hafifi
Semakin besar matlamat, semakin tinggi nilai pengorbanan yang harus kita korbankan..
matlamat jangka pendek saya- mendapat distinction untuk paper law and practice of meetings pada bulan disember ni..
09-24-2008
8:32 am
catzer
saya dalam proses penyediaan platform utk jangka pangjang..skang tgh dok usaha short term plak..heheheh…
09-24-2008
5:27 pm
mirlme
btul tu..semua dalam hidup perlukan perancangan..
baru leh berjalan ngan lancar..
kalu x lancar pon..leh dibaiki hasil analisis..
09-25-2008
11:02 am
poshbeck
matlamat byk… saya prefer kalau matlamat tu di bhgi kan to monthly and yearly basis… kadang2 kalu matlamat bln ni x tercapai, carry forward je ke bln dpn… tapi ape yg kena wat on yearly basis tu.. kena btul2 wat la.. sbb yg tu bigger risk!..
09-25-2008
5:22 pm
MHnizam
Setiap kejayaan bermula dengan niat atau boleh dikatakan matlamat…dengan ada niat kita mampu merangka strategi bagaimana mencapai niat tersebut….kalau boleh tulis besar2 matlamat kita
09-25-2008
10:34 pm
DUIT RM1000 MELETUP
Jika Perniagaan internet menjadi pilihan untuk menjadi jutawan…fokus…fokus…fokus…jangan selalu je beli ebook tapi lepas baca simpan,tak pun buat sekejap pas tu tinggal macam tu je..orang kata buat duit dengan adsense tu senang,kita pun buat..orang kata buat duit dengan affiliate tu banyak dapat duit,kita pun buat…
Jadi lalang lah kita,,,tak kemana pun duit tak dapat masa banyak terbuang.Tak caya cuba le…
09-26-2008
12:47 pm
jai
Salam…
Matlamat jangka pendek atau jangka panjang amat penting dalam menentukan hala tuju cita-cita. Azizi Ali dalam bukunya ‘Senjata Paling Berkuasa’ sebenarnya juga telah menerangkan bahawa sebenarnya itu adalah matlamat. Cuma beliau menerangkannya beserta tekniknya dengan lebih detail.
So. lepas ni, buatlah matlamat dan zahirkannya menerusi tulisan agar cita-cita akan tercapai!
http://www.glowglokal.com
09-26-2008
1:47 pm
zool
Setiap orang mesti mempunyai matlamat jangka panjang dan pendek…
Cita-cita jangka pendek, nak cari pasangan … he he he..
Jangka panjang.. Maybe ada bisnes sendiri n dapat pencen awal… Sebelum 50 tahun.. Pergh lama gak tu…
09-27-2008
5:39 pm
trafficOnline
jangka panjang Vs jangka pendek
biasanya jangka pendek yang kita lebih berminat kan?
09-28-2008
2:52 pm
kasimo
matlamat jangka pendek lama-lama akan jadi matlamat jangka panjang.
contohnya jika kita target dalam masa dua bulan nak dapat RM1000 dari interent. jadi untuk capai target tu kita berusaha kuat. Selepas samapi dua bulan target tercapai dan usaha y kita lakukan tu still mendtangkan hasil
10-06-2008
7:36 pm
Maizul
Tahniah alang…. bagi saya alang seorang yang hebat… beraya di rumah baru la tahun ye… Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Ingin juga mencapai kejayaan seperti alang suatu hari nanti.
02-07-2009
1:17 pm
zhaahir
btol pandangan saudara…tapi macam mane kita nak tau langkah2 pertama untuk melakukan sesuatu tersebut…..mmesti ader guidekan…
11-23-2009
5:00 am
pengejarmatlamat
Yep benar itu alang.. tidak ramai yang mempunyai matlamat peribadi walhal mereka tahu mereka ada kemahuan. Cuma kemahuan itu tidak disandarkan kepada sebab-sebab yang kuat dan BERTULIS. Untuk mencapainya pula mestilah berperancangan dan pencapaian yang berperingkat. Selangkah demi selangkah adalah formulanya. Tiada formula selangkah ke sepuluh langkah. Saya ada menyediakan panduan bagaimana mencari, membina dan mencapai matlamat untuk membantu mereka yang masih tiada matlamat. Artikel yang baik, terima kasih.