Do’s and Don’t untuk Usahawan Internet
Bagi sesiapa yang masih belajar atau mereka yang bekerja pasti mempunyai Do’s and Don’t iaitu dalam Bahasa Melayunya suruhan dan larangan. Do’s and Don’t ini merupakan satu guidelines ringkas tentang perkara yang perlu dilakukan dan juga perkara yang jangan dilakukan.
Di sini saya akan senaraikan Do’s and Don’t untuk usahawan internet berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya menjadi usahawan internet sepenuh masa selama lebih 3 tahun.
Do’s
- Belajar basic html. Walaupun nak buat website / blog sekarang sudah tidak memerlukan anda menulis code-code html secara manual, tetapi anda masih perlu mempunyai pengetahuan asas tentangnya untuk memasukkan ruang iklan ataupun mengubahsuai theme blog anda. Ramai yang terjun ke bidang perniagaan internet tanpa pengetahuan yang paling asas ini.
- Rajin membaca. Bagi seorang blogger, dengan membaca akan menambah pengetahuan anda dan memberikan anda idea-idea untuk menulis. Bahan-bahan bacaan boleh terdiri dari akhbar, majalah, ataupun blog.
- Pelbagaikan sumber income. Jangan bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Bak kata pepatah orang jawa, “Don’t put all your eggs in one basket”. Sumber income yang pelbagailah yang membolehkan saya bertahan sehingga hari ini.
- Sertai forum khusus untuk usahawan internet. Saya banyak belajar tentang perniagaan internet di forum Digital Points iaitu satu forum khusus untuk usahawan internet. Selain itu, anda juga boleh membina kredibiliti dan mendapat rakan perniagaan dan juga pelanggan.
- Trial and error. Kaedah pembelajaran paling berkesan saya rasa ialah melalui trial and error. Dengan mencuba melakukan sesuatu, anda pasti mendapat pengalaman dalam perkara tersebut. Jangan takut melakukan kesilapan kerana “Orang yang tidak pernah melakukan kesilapan ialah orang yang tidak pernah melakukan apa-apa”.
Don’t
- Mudah putus asa. Rezeki tak datang bergolek, jadi dalam apa-apa kerja sekalipun pasti memerlukan masa dan usaha untuk berjaya. Ramai yang ingat internet ni lubuk rezeki di mana membuat duit di internet terlalu mudah. Percayalah, lebih ramai yang gagal dari yang berjaya dalam membuat duit di internet kerana sikap cepat mengalah dan berputus asa.
- Meminta sedekah. Meminta sedekah di sini bukanlah bermaksud menadah tempurung meminta duit tetapi sikap yang mahu semuanya disuap. Contohnya, jika anda tidak tahu tentang sesuatu perkara dan ingin belajar terlebih dahulu cuba cari sumber-sumber yang sedia ada seperti artikel di blog, forum ataupun ebook yang dijual. Kalau tak ada perkara tersebut, barulah bertanya. Ini tidak, sampaikan cara-cara hendak mengisi borang pun nak ditanya dan kalau boleh semuanya nak minta tolong orang tunjukkan atau buatkan secara percuma.
- Jadikan kelemahan sebagai penghalang. Semua orang ada kelemahan masing-masing. Contohnya saya, tidak mempunyai kemahiran dalam reka bentuk grafik, programming, coding dan juga menulis. Tetapi saya masih lagi mampu menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Ini adalah kerana saya sentiasa mencari jalan untuk mengatasi kelemahan saya.
- Ceritakan masalah peribadi anda. Jika anda mempunyai masalah saya rasa tempat terbaik bukanlah meluahkannya di forum-forum kerana rata-rata ahlinya tidak mengenali anda secara dekat. Maka lebih ramai yang memberikan reaksi yang negatif daripada membantu anda menyelesaikannya. Tambahan pula, orang tidak kenal anda jadi mungkin ramai yang merasa sangsi dengan cerita anda dan tertanya apakah motif anda. Cara terbaik, luahkan kepada saudara mara, rakan-rakan terdekat dan jika rakan anda hanya di internet, ceritakan kepada mereka yang benar-benar anda kenal. Menceritakan di forum secara terbuka mendedahkan kelemahan anda yang mungkin pesaing anda akan mengambil kesempatan atas perkara tersebut.
- Melindungi indentiti. Jika anda benar-benar jujur hendak melakukan perniagaan internet, kenapa nak sembunyikan identiti anda. Tunjukkan siapa diri anda yang sebenar supaya bakal pelanggan lebih yakin. Berikan nama penuh anda, alamat anda, dan juga gambar terkini.



10 tips yang harus dipegang oleh sesapa yang nak jadi IM, tips no. 3 tu memang tepat kerana jutawan-jutawan pun biasanya akan ada “multiple streams of income”, sumber pendapatan yang pelbagai.
Tips berguna untuk saya yang dah 2 tahun menjadi usahawan internet. Terima kasih.
Tips pelbagai sumber pendapatan harus di ‘xplore’ dari pelbagai arah asalkan yang halal saja…Tips lain juga bagus untuk dipratikkan. All the best..
aku banyak belajar menggunakan kaedah Trial and error…
seronok juga..
Memang benar sangat…orang selalu cakap buat duit di internet mudah,tak perlu berpeluh dan macam2 macam lagi puji-pujian.Tetapi bebenornye paling susah buat duit melalui internet berbanding bernaiga kat pasar malam!
Paling berat sekali dan selalu jadi wabak kepada 95% usahawan internet yang gagal ialah fenomena putus asa,lemah semangat,kecewa,dan macam2 lagi penyakit.
Perkara pertama kalau nak berniaga kat internet kena kuat semangat..kena selalu buat “smart work” bukan “hard work”
Jangan membabi buta…main hentam saja ikut suka hati,last2 nanti makan hati…hu…hu…hu..
Betul tu alang. Setuju 200%. Saya juga ada buat entri sebegini (lebih kurang sama sehhh ) pada bulan Ogos yang lalu. Harap kawan-kawan yang lain dapat mengambil sedikit sebanyak info dari pengalaman kita yang lepas.
Sila bacanya di sini:
http://www.rohaizad.com/2008/08/23/kisah-benar/
Thanks alang (sungguh memotivasikan entri kali ini
)
ehm..betul.
benda macam ni kita kene tahu. kalau tak, memang leh sesat jalan.
very good entry…. eyeman, sesat jalan balik ke pangkal jalan tapi di internet nie jalan2 sungguh banyak… memang kena ada mentor sebagai panduan.
Info dan ilmu yang berguna terutamanya pada saya yang baru di dalam bidang ini. Terima Kasih
Pada pengamatan saya, kebanyakkan IM kat Malaysia ni adalah sangat sensitif tentang identiti mereka. Banyak yang tidak menunjukkan identiti sebenar mereka…takut glamer kot.
memang betul tu rakanblogger..
Bukan takut glamour tapi takut kena ganggu ..hehehe…Letih jugak nak layan calling from somebody yang kita tak kenal…
Assalamualaikum,
Good tips from alang…thanks a lot…saya banyak belajar dari tips blog anda
http://www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi Satu Realiti~
Irnak Kahiri berkata din pun pernah gagal juga.so usaha dan doa tangga kejayaan..
http://bertbiz.blogstarz.my
betul tu tips yang diberi oleh alang, kalau gagal tu adalah normal, kalau gagal cuba lagi. tak kira apa benda pun yang kita buat offline bisnes dan online bisnes semua ada masing2 kesusahan dan kemudahan. tp online bisnes yang fulltime kelebihannya dok kat rumah je buat kerja
Terima Kasih Alang dengan entry yang betul-betul menyedarkan . Kalau nak berniaga tak ada jalan yang mudah. Saya pernah berniaga offline…penat dan susah nak cari duit. Bila saya cuba perniagaan internet pun sama susahnya tapi saya nampak ada keserasian dengan diri saya….so…kena bekerja kerasla.!