Kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet

32alang2nd Nov 2008Entri, ,

Soalan yang kerap ditanya kepada diri sendiri, kenapa aku gagal dapat duit sesenpun dari internet sedangkan orang lain dah kaya raya. Adakah mereka menipu? Betulkan boleh buat duit di internet?

Di sini saya senaraikan beberapa sebab yang saya rasa menjadi punca kenapa anda gagal menjana pendapatan dari internet.

  1. Malas. Saya pun malas nak cerita la pasal sikap malas ni. Kalau anda ada sikap ni, bukan sahaja berniaga internet, kerja apa pun yang anda buat pasti tak berjaya. Kalau anda rasa perniagaan internet ni sesuai untuk orang-orang yang malas, anda silap. Jadi adik-adik, kakak-kakak, abang-abang, pakcik makcik, datuk nenek semua, jangan malas-malas ya.
  2. Anda ingat dengan hanya membeli satu ebook yang berharga RM10, telah memberikan anda lesen untuk belajar semuanya dari penulis ebook tersebut. Saya yakin ramai penulis ebook menghadapi masalah macam ni apabila pembeli ebook bertanyakan soalan yang langsung tidak berkaitan dengan topik ebook tersebut. Malah lebih teruk lagi apabila anda dihubungi melalui telefon, email, instant messenger malah ada yang mengajak berjumpa secara berdepan untuk belajar tentang perniagaan internet, hanya kerana semata-mata mereka telah membeli ebook anda yang berharga RM10 itu.
  3. Anda ingat buat duit di internet ni kerja yang senang. Duduk di rumah, menghadap komputer tiba-tiba duit masuk. Kalau betul macam tu saya rasa dah ramai yang jadi jutawan kat Malaysia ni. Ingin saya tekankan yang perniagaan internet ni sama sahaja macam perniagaan lain mungkin lebih sukar lagi.
  4. Anda ingat dengan hanya beli satu ebook atau pergi satu kursus, anda sudah mempunyai ilmu yang lengkap untuk berjaya. Ebook dan kursus tersebut hanyalah memberikan ilmu kepada anda dan jika anda tidak amalkan ilmu tersebut memang tak ke mana.
  5. Anda merasa dengki / irihati dengan kejayaan usahawan internet lain. Jika anda ada walau sedikit pun sikap dengki / irihati ni memang anda tidak akan berjaya kerana anda banyak menghabiskan masa cuba mencari kesalahan / kelemahan orang tanpa melihat kesalahan / kelemahan diri anda sendiri
  6. Anda ingat tanpa guru anda tidak boleh berjaya. Seperti yang dimaklumkan di atas, kejayaan anda bukan terletak di tangan ebook, kursus ataupun guru sebaliknya di tangan anda sendiri. Saya tidak pernah menghadiri sebarang kursus dan tidak mempunyai seorang pun guru.
  7. Anda ingat dengan membina satu website anda tidak perlu lagi mengemaskini website tersebut tetapi mengharapkan pelawat dan pendapatan yang banyak.
  8. Anda ingat dengan membina blog di blogger atau wordpress.com dan memasukkan artikel yang dicedok dari sumber lain anda boleh menjana pendapatan.
  9. Anda tidak fokus pada satu sumber pendapatan. Apabila anda dengar orang lain dapat pendapatan yang lumayan dari satu sumber pendapatan yang lain, anda terus ingin mencubanya sedangkan apa yang anda buat sekarang masih lagi terumbang-ambing. Akhirnya jadilah yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.
  10. Anda ingat forum merupakan tempat menceritakan masalah peribadi anda dan semua orang akan bersimpati dan seterusnya menolong anda. Tak ada siapa yang kenal anda di forum jadi belum tentu apa yang anda ceritakan itu benar jadi tak payah la membuang masa menceritakan masalah anda kepada orang yang tidak dikenali kerana itu akan cuma menjejaskan kredibiliti anda.

Ok saya rasa cukup la saya senaraikan 10 faktor di atas. Kalau anda ada salah satu sikap di atas tentu anda tahu kenapa anda masih lagi tidak berjaya menjana pendapatan di intenet.

32 Comments Comments Feed

  1. Abdul Rahman (November 2, 2008, 1:09 pm). Reply

    Memang betul. Banyak orang gagal sebab diorang ingat bisnes ni senang.

    Nama pun bisnes… takkan tak faham lagi?

    Kalau tak buat bisnes pun, nak cari duit pun susah jugak.

    Contohnya kalo wat affiliate marketing. Bukan ke wat affiliate marketing kena faham memacam? Kalo bergantung kat PPC, kena faham pasal Google Slap.

    Kena juga faham pasal SEO, pilih produk dan lain-lain.

    Kalo guna blog utk jana duit dari Adsense pun sama…

    Huh.

    Tapi yang penting tu ialah: cekal hati melawan kegagalan.

    Kalo sekali gagal dah menangis, you’ll never make a single cent online.

  2. Mohd Hafifi (November 2, 2008, 2:18 pm). Reply

    no 9 tu sy rasa paling ramai orang buat..nak duit lebih, jadi join macam2 program..

  3. AmmarZahar (November 2, 2008, 3:07 pm). Reply

    Yang saya paling tak suka adalah no 10 tu. Rasa kecewa pun ada sebab “ada jugak orang macam ni.”

    Rajin berusaha adalah kunci utama selain mengambil peluang dengan cepat. Ini yang kurang bagi mereka yang still tak dapat buat duit. :)

  4. Yan (November 2, 2008, 4:48 pm). Reply

    Pendapatan di internet memang susah pada mulanya dan akan berada pada pertengahan tidak mendapat apa-apa dan percaya pada apa yang sudah dibuat.

    Kegagalan bukan ditakrif sebagai perhentian usahawan dari terus maju. Mungkin ia lebih baik dalam bidang yang lain.

    Itu adalah hak mereka untuk terus buat atau berhenti takat disini. Sebab bukan semua orang boleh terus maju…

    Kepercayaan no 2 pada pembelian buku mungkin perlu ditingkatkan. Apakah faedahnya produk yang dibeli?

  5. draman muhamad (November 2, 2008, 5:20 pm). Reply

    Hai..bunyi geram tu! Tapi ada kebenaran nya.Saya kenal internet pada tahun 90han..zaman Jaring dulu.Sekarang ni baru nampak cahaya,tapi beribu habis duit.Haa ni berguru plak dgn beberapa Sifu Sifu mashyor yg ada di Malaysia.Jadi ksimpulan nya..jeng jeng jeng…kejayaan menunggu orang2 yg berusaha*lain sikit bunyi nya kan* atau pun (dgn izin) where theres a will theres a way!

  6. mr.eims (November 2, 2008, 7:01 pm). Reply

    11. tak sabar nak result/keuntungan yang cepat..usaha baru tak seberapa mana, tapi sudah hilang semangat apabila melihat result yang belum mencapai tahap yang diinginkan.

  7. Moneyceo (November 2, 2008, 8:25 pm). Reply

    Apa sebenarnya erti gagal ni? Mungkin apa yang dimaksudkan Alang adalah tak jadi kaya kot? Sebab bagi kulo nak cari duit tu senang sangat yang tak dapat tu memang loser la di Internet Marketing ni. Namun ramai yang gagal jadi kaya bukan setakat ramai tapi boleh dikatakan 99% IM tak kaya. Dah banyak dah jumpa IM di Malaysia ni, mostly dari kelas rendah hinggah ke pertengahan bawah je. Saya ada menulis post berkeanaan kenapa ramai IM tak kaya.

    http://jutawanblog.com/sebab-kenapa-im-belum-kaya.html

  8. alang (November 2, 2008, 8:30 pm). Reply

    @ abg draman – bukan lepas geram, cuma meluahkan apa yg terbuku di hati :D

    @Moneyceo – gagal bermaksud gagal mendapat pendapatan yg stabil iaitu sekurang-kurangnya $100 USD sebulan. Definisi kaya tu luas, mungkin ada yg anggap dah dpt lebih RM1 juta baru kaya.

  9. aman (November 2, 2008, 9:54 pm). Reply

    hoho..kena bookmark nie, pasnie kalo ada yang tanya bukan-bukan, aku suh refer sini jer..hoho

  10. rohaizad (November 3, 2008, 4:06 am). Reply

    Alang,
    Kita ni macam dah berjanji jer ye. 2 hari lepas, saya ada terbitkan satu artikel di blog saya.

    Intipati dan mesejnya pun lebih kurang sama. Artikel itu boleh dibaca di sini:
    5 sebab utama mengapa ramai newbie gagal dan terus gagal dan gagal lagi.

  11. poshbeck (November 3, 2008, 8:00 am). Reply

    mcm rasa pedas je…. huhuhu… sape2 ade air tak??.. nak sambung wat biz internet bile ade masa nanti… skrg x bley fokus dah..

  12. chuckiesd (November 3, 2008, 4:43 pm). Reply

    betul laa aper yang di perkatakan…semuanyer kena usaha yang berterusan..setelah dikaji dan dihayati kenapa saya tak mendapat wnag yg banyak dr internet…semua terjawab dalam 10 faktor di atas..thanks kerana bangunkan saya dari tidur..

  13. Richie (November 3, 2008, 6:42 pm). Reply

    kalau boleh , alang buatla post pasal orang-orang yang tidak percaya dengan perniagaan internet pulak :)

  14. 7 Lubang Duit Internet (November 4, 2008, 12:54 am). Reply

    Teknik cuba jaya adalah paling penting dalam internet ni.Kalau berjaya bleh lah di kongsi satu dunia.Risiko memang tetap ada,tapi cuba minimumkan risiko dan maksimumkan keuntungan.Kalau semua tu boleh dibuat tak mustahil nak bergelar jutawan internet.

  15. shuk (November 4, 2008, 3:57 pm). Reply

    Faktor kejayaan banyak terletak pada sikap kita..cabaran kepada diri kita nak tukar sikap2 yang tak sepatutnya bagi seorang internet marketing.

    Nasib baik bro listkan 10, kalau lebih lagi bukan setakat pedas, terus berasap macam iklan mamee slurpp….

  16. bukaminda (November 6, 2008, 2:45 pm). Reply

    kalau malas, buat apa bende pun xmenjadi, usahkan bisnes internet, jadi kuli pun xboleh.kalau nak bisnes mau rajin “ada kerja ada gaji”. satu tabiat lagi mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah iklan hahaha..jangan terpengaruh, nanti sesat apabila banyak iklan yang diterima, last sekali layan iklan saja. so fokuslah satu2. kalau dah ok barulah layan iklan tgk mana yang patut dan berkaitan sahaja, mcm tgk tv kan banyak iklan tapi penonton tv fokus kat cerita sahaja. jadi, anggaplah bisnes ni mcm tgk tv tgk sampai habis haha..boleh ke gitu

  17. Kasimo (November 6, 2008, 8:23 pm). Reply

    Ilmu tanpa amal tak kemana….
    Jangan overloadkan otak dengan pelbagai sumber sehinggalan tidak tahu nak bermula dari mana.

  18. Moneyceo (November 7, 2008, 11:59 am). Reply

    Alang:
    Oooo… USD100 sebulan. Mungkin yang gagal nak dapat income macam tu just sebab memang dia taknak rasanya. Bukan sebab lain. Bagi , bodoh atau saya kalau nak, walaupun malas, bangang, bodoh atau idiot. Pasti dapat juga menghasilkan pendapatan sebegitu rupa.

    Nak seribu daya taknak seribu dalih.

    Mungkin ramai dah pernah dengar kata-kata ini. Namun tak ramai yang betul-betul mengaplikasikannya.

    Kaya? RM 1 juta tu pun masih kecil bro. 1 juta Ferrari Modena sebijik dah habis dah duitnya. Fiorano lam mimpilah.Mungkin USD 1 juta boleh tahan la kot.

    Mungkin ramai yang kata, boleh ke citer juta-juta ni dalam dunia IM. Logik ker? Takut jadi Mat jenin plak. Tapi saya percaya dengan yakin Allah itu maha kaya, bukan 1 juta hatta 1 bilion pun boleh dapat dengan izinnya.

    Sesiapa yang tak percaya tu, saya yakin sampai bila pun tak jadi millionaire.. hehehehe…

  19. olie (November 8, 2008, 12:22 pm). Reply

    Kita sering dimomokkan dengan cara cari duit dengan mudah melalui internet. Tetapi, memang realitinya ianya bukanlah semudah itu untuk mendapatkan ‘residual income’ melalui internet. Tetapi ianya bukan sesuatu yang mustahil jika betul caranya.

    60% urusniaga di internet adalah B2B (business to business), bermaksud urusniaga yang berlaku di antara IM dengan IM yang lain.

    Ada juga pendapat yang mengatakan (saya tak setuju dengan pendapat ini), bisnes internet ni hanya di antara golongan IM sahaja (IM circle). Contoh, A berjaya mendapatkan income melalui internet dan lantas menerbitkan satu ebook ‘cara buat duit di internet’. B pula minat dan membeli ebook dari A tadi. Then, B pula menerbitkan ebook dan menjualnya.

  20. Moneyceo (November 10, 2008, 8:41 am). Reply

    Olie:
    Itu mungkin pendapat golongan yang menerbitkan non-end user produk. rasanya pancutkan isteri telah membuktikan dia berniaga bukan dengan IM

  21. zulyunus (November 12, 2008, 12:58 am). Reply

    Salam semua;

    Nampaknya agak hangat topik kegagalan ni. Kepada newbie, ketahuilah bahawa kegagalan itu merupakan perencah kejayaan.

    Kadang-kadang kita gagal di awalnya namun kita bakal melakar kejayaan yang gemilang setelah kita tersedar dan memperbaiki kesilapan.

    Satu lagi. Antara sebab kita kecewa dengan perniagaan internet ni ialah kita membandingkan diri kita dengan orang yang telah lama bergiat dalam bidang ni.

    hooo…Orang habis sampai ratus-ratus untuk telaah pasal skill-skill perniagaan internet ni dan ada yang amik masa sampai setahun atau berbulan-bulan, tiba-tiba ada pulak yang datang dan nak cepat kaya dengan desakan-desakan yang tak sepatutnya.

    So kena faham dan sabar kalau betul-betul nak bergiat dalam bidang ni, InsyaAllah seperti kata Moneyceo ada rezeki kalau Allah izinkan.

  22. sufian (November 16, 2008, 2:01 am). Reply

    ..boleh tambah sket .. baru nak berniaga .. dah terus guna adwords … bukan setakat gagal jana pendapatan..rugi lagi ada.. (tak kata sapa2 .. pengalaman saya sendiri utk dikongsi)

  23. SyedHafidz (November 16, 2008, 8:06 pm). Reply

    Point yang kedua tu pernah terjadi pada saya juga..
    ada seorang customer yang beli eBook Raja Affiliate, tapi selalu mesej tanya tentang bagaimana nak buat laman web la, macamana cara nak SEO laman web la…Sedangkan saya dah jelaskan awal2, support customer hanya limit pada eBook je..
    Bila tak layan, cakap customer support tak bagus la dsb..

  24. peminatjutawan (November 18, 2008, 8:16 pm). Reply

    betul ramai yang membeli ebook byk2 tp langsung tak amalkan…dan yang kedua ramai yang ingin menjadi kaya cepat dan tak sabar-sabar lihat hasil dan buat perniagaan secara terburu-buru tanpa mengkaji dahulu….perniagaan memerlukan masa dan bukannya skim cepat kaya ya…

  25. eshanne (November 19, 2008, 11:40 am). Reply

    Setiap 10 perkara yang awak katakan disini memang terdapat pada setiap insan yang ingin mencuba atau pun yang ingin mendekati dunia internet pada setiap 10 perkara disini awak terlupa satu perkara!!

    Positif!! itu adalah yang amat penting dalam dunia internet, berfikiran terbuka dan mudah menolong ataupun menulis artikel dengan bijak dan membolehkan mereka mensubscribekan diri mereka keatas blog anda..

    Pandangan saya menerusi dunia internet begitu jauh, walaupun kita sudah berada dilembah internet ataupun di dunia internet sekarang ini, bukan mudah untuk kita mengecapi apa yang ingin kita kecapi melainkan usaha dan didikan diri sendiri yang boleh mendorongkan kita menjadi seseorang yang bergelar blogger..

    Saya masih baru dalam dunia perniagaan internet tetapi saya akan mencuba untuk mengetahui ‘Positive Feedback’ daripada pelawat saya..

    Bukan mudah untuk kita berniaga..

    Untuk berniaga kita kena bersabar, dengan bersabar kita boleh berjaya, atas kejayaan itulah yang akan menjadi bentuk seni kekayaan..

    Kaya bukan sekadar wang, tapi kaya adalah ilmu untuk kita kongsi bersama..

    ________________________________
    TuaranBlog.com – Sabah Komunitas
    Pogunlotud.org – Forum Sabah – Akan Datang!

    Sabah – Malaysia.

    Terima kasih En. Samsul Zamzuri..

  26. usri (November 19, 2008, 7:14 pm). Reply

    Sama ada kita gagal untuk merancang atau merancang untuk gagal.

  27. Thinkerich (November 20, 2008, 6:21 pm). Reply

    Fakta menunjukkan hanya 5% sahaja orang yang mengamalkan apa yang mereka pelajari…hanya tanya diri sendiri ..ingin tergolong dalam 5% atau 95%…

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  28. AliF (November 30, 2008, 4:41 am). Reply

    wah..otai2 semua nie..
    yang buat ebook un ade..
    yang main forex pun ade…

    so x berani aku nk komen…huhuhu

  29. AliF (November 30, 2008, 4:42 am). Reply

    tapi..sifat aku nie..bukan salah satu dari artikel di atas…just rendah diri.

  30. Lolok (December 2, 2008, 12:25 am). Reply

    Buat blog bukan semata-mata untuk duit tapi kalau dapat duit itu kira bonus. Kalau buat blog semata-mata untuk duit, memang wajar dikira gagal jika tidak mendapat apa-apa. Ini mungkin yang dikatakan tidak pernah merancang untuk gagal tapi gagal melakukan perancangan..

    Hmm.. saya bukan IM..buat duit di internet sebagai hobi saja. Ada masa baru buat duit. Sama seperti pergi memancing, tak pernah pula pulang tangan kosong.Terima kasih pancutkanisteri.com kerana ebook sangat laris. Sayapun dapat komesyen banyak.Sebagai hobi..ada masa baru buat duit. GAGAL..

    Rasanya.. buat masa ni tak pernah lagi menyusahkan IM Kita.. Saja meriahkan ruang komen ni…

  31. husni (January 29, 2009, 11:28 pm). Reply

    Saya sangat bersetuju dengan senarai yang saudara berikan di atas…Memang sukar untuk mengikis sikap begitu daripada benak fikiran orang yang mengharapkan kejayaan dapat dengan bergolek….

  32. masih baru Vs baru lahir « ~~~MASIH BARU LAGI~~~ (February 16, 2009, 11:03 pm). Reply

    [...] Untuk membaca atikel penuh sila klik disini : [...]

Add a Comment