Selamat datang 2009, selamat tinggal 2008

14alang1st Jan 2009Entri

Pejam celik pejam celik dah pun setahun berlalu. Rasanya baru jer saya tulis entri Selamat Tahun Baru 2008 dan hari ini 2008 sudah pun berakhir. Seperti biasa saya akan menganalisa pencapaian saya untuk tahun 2008 dan sama ada saya mencapai sasaran yang saya tetapkan.

Mungkin anda semua sudah tidak ingat jadi di sini saya senaraikan semula sasaran saya untuk tahun 2008 sebagaimana yang saya tulis sebelum ini

  1. Menulis ebook – Alhamdulillah pada tahun 2008 ini saya telah berjaya menulis ebook saya yang pertama dan ebook tersebut juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
  2. Mendapat pendapatan melebihi RM20,000 sebulan – Walaupun saya sudah berjaya mencapai sasaran ini pada bulan Ogos, tetapi ianya tidak konsisten. Jumlah pendapatan yang saya perolehi itu banyak dibantu oleh jualan ebook dan juga tempahan website khusus untuk zango
  3. Memperbaiki beberapa laman web – Saya telah memberikan wajah baru kepada kesemua laman web saya antaranya ialah www.szab.net, www.daredirectory.com dan juga www.deskmodr.com. Ada juga beberapa laman web lain yang saya jual termasuk laman web pertama saya iaitu www.osx-e.com dengan harga melebihi RM50,000. Selain itu saya juga telah menjual www.ventedoy.com, www.dare2bid.com, www.toptenbid.com dan juga www.moorec.com
  4. Memberikan talk di seminar – Terima kasih kepada team JomSeminar, saya telah dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah untuk kursus yang dianjurkan pada bulan Mei. Kursus ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Untuk tahun 2009, saya akan kembali fokus kepada market luar jadi saya tidak akan meletakkan sasaran khusus. Saya cuma ada satu sahaja projek khusus untuk pasaran Malaysia yang saya akan umumkan dalam jangka masa terdekat. Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan projek yang saya mulakan pada tahun 2008 seperti terus memberikan support kepada pelanggan ebook, memberikan personal coaching, membina laman web dan juga menulis di blog ini dari masa ke semasa.

Akhir kata selamat tahun baru kepada semua pembaca dan semoga di tahun 2009 ini, apa yang anda semua sasarkan mencapai kejayaan.

p/s – Blog ini telah diupgrade ke versi 2.7 dan apa yang saya boleh katakan wordpress versi 2.7 ini memang betul-betul hebat jadi kepada sesiapa yang belum upgrade, upgradelah sekarang.

14 Comments Comments Feed

  1. jedi79 (January 1, 2009, 11:27 pm). Reply

    Salam alang, salam tahun baru gak, semoga kita semua berjaya mencapai apa yang diazamkan tahun baru ni

  2. catzer (January 2, 2009, 2:42 am). Reply

    Selamat thn baru alang..semoga bertemu di court main ping pong nanti.. :P

  3. rusliesophian (January 2, 2009, 5:11 am). Reply

    Salam Alang, meskipun kita belum berjumpa dan juga belum kenal antara satu sama lain, saya doakan kejayaan sepenuhnya kepada Alang dlm tahun 2009 ini.
    Saya juga masih baru dan mungkin perlukan tunjuk-ajar dari Alang nanti.

  4. LAMBAT PANCUT (January 2, 2009, 5:38 am). Reply

    Tahniah saudara Alang…rasanya patut ada silibus berkaitan internet marketing untuk pelajar Universisti sebagai subjek kokurikulum…y not alang jadi instructor

  5. Shukor (January 2, 2009, 10:04 am). Reply

    Salam bro Alang,

    Selamat tahun baru untuk anda juga.
    Moga kita dapat sama-sama menuju puncak kejayaan pada tahun ini…Insyaallah!

  6. rohaizad (January 2, 2009, 4:58 pm). Reply

    Still menunggu latest news and report dari projek yang akan datang dari Alang.

  7. BAGAK (January 3, 2009, 8:30 pm). Reply

    Selamat menyambut tahun baru dengan lebih bergaya dan kaya….muhahahhah

  8. olie (January 4, 2009, 11:09 am). Reply

    “Selamat Tahun Baru 2009″ dan “Salam Ma’al Hijrah 1430″ kepada Alang dan semua pembaca blog ini. Memang ‘naik semangat’ bila baca pencapaian Alang. All-the-best bro..

  9. abeku (January 4, 2009, 5:13 pm). Reply

    Selamat tahun baru..lams seghoti tok dengar ceta…

  10. zool (January 5, 2009, 12:18 pm). Reply

    Wah dah capai RM20 K ..
    Memang caiyoklah alang..

  11. KampungBoy (January 8, 2009, 1:07 pm). Reply

    Dah rangka plan tuk taun 2009, harap dapat capai apa yang saya target unutk kali ni

  12. Coretan pertama di alaf baru (January 5, 2010, 6:51 pm). Reply

    [...] 2009 merupakan tahun yang penuh cabaran untuk saya. Sebagaimana yang saya maklumkan dalam tulisan pada awal tahun 2009 dulu yang saya akan menumpukan perhatian pada market luar, memang untuk tempoh empat bulan pertama saya [...]

  13. alang (January 3, 2009, 1:32 pm). Reply

    projek tu nanti bkn utk internet marketer atau mereka yg involve dlm bisnes internet tetapi lebih kepada umum. Tetapi insyaAllah internet marketer akan berpeluang utk menjana income darinya. Semuanya masih dlm peringkat testing dan paling awal pun bln february baru saya umumkan.

    Selain tu, projek2 lain semuanya khusus utk international market jadi saya tidak akan tulis mengenainya di blog ini.

  14. alang (January 5, 2009, 2:10 pm). Reply

    macam yg saya maklumkan kat atas, tak konsisten. Cuma sbln tu jer lebih RM20K (RM34K sebenarnya), lepas tu kembali macam biasa.

Add a Comment