Boikot Amerika! Boikot Israel! Sanggupkah anda melakukannya?

Written by alang on January 9, 2009

boikot 300x225 Boikot Amerika! Boikot Israel! Sanggupkah anda melakukannya?

Antara laman web popular milik rakyat Israel ialah fotopages.com dan juga esnips.com jadi saya saya kepada sesiapa yang menggunakan kedua-dua laman web ini tidak ada masalah untuk nak boikot sebab banyak lagi alternatif lain yang lebih baik.

Tapi sanggupkah anda memboikot laman web milik rakyat Amerika? Tak perlulah saya senaraikan laman web tersebut di sini sebab boleh dikatakan dunia internet ini dimonopoli oleh orang Amerika termasuklah laman web yang popular untuk usahawan internet seperti Google, YouTube, Ebay, Clickbank dan sebagainya.

Untuk memboikot, kita perlukan alternatif kepada perkara yang kita boikot. Misalnya kalau kita nak boikot stesyen minyak Shell, kita masih ada alternatif yang terbaik iaitu Petronas. Yang menjadi masalah untuk para usahawan internet ialah terlalu sedikit syarikat-syarikat internet yang dimiliki oleh orang-orang Islam. Dalam hal ini kita boleh nampak yang orang Islam memang jauh ketinggalan. Sebab apa kita ketinggalan?

Dari pengalaman saya melihat orang Melayu Islam di surau, pada waktu sembahyang semuanya berebut-rebut tak nak sembahyang di saf paling depan walaupun mereka tahu saf depan yang paling banyak pahala. Sedangkan bangsa lain berebut-rebut hendak berada di depan dan menjadi pemimpin.

Kita hanya banyak bercakap sedangkan tindakannya kurang. Bak kata seorang sahabat saya “Mulut berapi-rapi nak memboikot Israel sedangkan di jari tersepit rokok Dunhill”.

Comments

  • 01-10-2009
    11:01 am

    Reply

    abeku

    Yealah..maner product yg org islam conquer..kita mcm tu ker? Selalu nak dok belakang.Tapi skrg nie pulak ramai yg berebut nak memimpin tapi ilmu tak de dan lebih parah, buat kerana wang.


  • 01-10-2009
    6:06 pm

    Reply

    rohaizad

    Yeah… straight to the point la Alang. Best!

    * (Nasib baik aku bukan perokok!)


  • 01-11-2009
    1:52 pm

    Reply

    mohdmuslim.com

    waaah…Setuju!!
    Boikot2!!

    Kalu nak boikot barangan tu senang lagi kn?
    bab nak boikot web yg menjadi periuk nasi ni yg susah sket..

    Ya Allah..Ampunkan Kami Ya Allah..


  • 01-11-2009
    2:14 pm

    Reply

    KampungBoy

    Selagi negara Arab nerada di bawah telunjuk USA daripada segi kewangan dan bantuan ketenteraan, selagi itulah kita janganlah mengharapkan dunia Arab terutamanya akan bersatu…


  • 01-11-2009
    2:19 pm

    Reply

    kita

    aku rasa ini lah luahan yg tidak hipokrik…betul kata alang..ramai yg launkan slogan bokikot tapi tindakan zero


  • 01-11-2009
    3:33 pm

    Reply

    Maizul

    Lagi negeri kalau dapat sms yang kata rakyat palastin tunggu masa untuk disembelih… mari ramai2 boikot dan pasang banner.


  • 01-11-2009
    7:38 am

    Reply

    anasxz

    susah untuk full boycott. kita kena pandai balance la, mana produk yg boleh kita elak untuk guna, kita cuba la tinggal. kebanyakan kempen boikot fokus pada produk makanan dan kegunaan harian, tak terlalu sangat pada electronic device contoh handphone, notebook, pc dan lelain.


  • 01-11-2009
    8:27 am

    Reply

    suraya

    boikot israel laknatullah..penjahanam umat nabi muhammad


  • 01-11-2009
    4:59 pm

    Reply

    Ghufron

    Ya ya… Untuk memboikot keduanya memang susah. Karena Blogspot, Google, trus yang Anda sebutkan diatas adalah milik mereka. Namun walaupun demikian, kita bisa memboikotnya mulai dari hal kecil dulu. Seperti tidak membeli makanan ditoko milik mereka yang ada dinegara kita, karena kita masih bisa mendapatkan makanan serupa dari toko lain, dll


  • 01-12-2009
    2:27 am

    Reply

    Shukor

    Ya, kita perlu cari alternatif lain untuk menghentikan ancaman Yahudi durjana ni…


  • 01-12-2009
    4:19 am

    Reply

    Mencari peramugari

    Naib baik aku tak isap rokok dunhill…hehe..hehe..


  • 01-12-2009
    4:37 am

    Reply

    Nik

    Mari kita sama² renungkan kisah burung yang membawa air di dalam mulut kecilnya untuk
    memadamkan api besar yang membakar Nabi Allah Ibrahim AS.

    Burung kecil yang berulang-alik menghembuskan titisan air ke atas api besar menjadi bahan ketawa haiwan² lain yang melihat perbuatannya yang sia-sia itu.

    Namun kata burung, " Walaupun sumbangan aku kecil, aku mesti melakukan juga kerana aku tidak punya alasan sekiranya ditanya Allah, apa yang telah aku lakukan untuk membantu Ibrahim apabila melihat Nabi Allah dibakar oleh Namrud yang kejam."


  • 01-12-2009
    5:01 am

    Reply

    rohaizad

    Yang sedikit-sedikit itu yang bagus. Ibarat gajah yang tidak terdaya untuk menutup dirinya setelah diserang dengan semut askar.


  • 01-12-2009
    11:37 am

    Reply

    mastura

    apa sebab org islam ketinggalan? ialah kerana kita tidak mencintai ilmu..tidak berusaha untuk mencari ilmu dan menghargai ilmu itu..sebagai contoh yg saya selalu fikir apabila melihat rancangan Natgeo..semuanya orang putih yang menjalankan ujikaji..dan sanggup menghabiskan sepanjang hayat mereka untuk mengkaji jenis2 binatang..sanggup tinggal dlm hutan bersama binatang dan orang asli kerana cintakan ilmu. Hasil kajian 2 yang dijalankan oleh mereka itu (tak tahulah kalau org putih tu org yahudi ke tak..tapi Nat geo memang yahudi yg punya juga)..adalah milik yahudi..menyebabkan satu lagi punca ilmu seterusnya ekonomi menjadi pegangan mereka. Jarang2 sekali nampak kajian dijalankan oleh orang Asia, black, melayu?? jauh sekali… Itu baru satu sudut.. kalau dlm bidang ekonomi..mereka memang sanggup berhabis2an bekerja lebih masa untuk mencapai target mereka.


  • 01-13-2009
    4:44 am

    Reply

    aku

    boikot rokok memang payah..
    kena la mujahadah bukan utk boikot rokok
    tapi kenala berazam utk berhenti merokok terus!


  • 01-13-2009
    11:21 am

    Reply

    zool

    betul2 tang rokok tu..


  • 01-14-2009
    5:43 am

    Reply

    j_hafiz

    btul jgl.xpela,kite pakat2 la boikot mane yg boleh… slemah2 iman ialah mbernci dgn hati.klu xde gak prsn bnci 2,xtaw la apa nk kata. pkir sndri la yg xde prsaan 2..isk3


  • 01-14-2009
    6:07 am

    Reply

    nal

    klu nak boikot rokok boleh… kalau kat sabah beli tembakau yang dan daun nipah jah.


  • 01-15-2009
    2:26 am

    Reply

    Filendra

    moslem masih susah seperti nya, kayak nya jangan boikot produk nya, tapi boikot mata uang nya. jual smua $US, pake mata uang lain sahaja, dijamin manjur


  • 01-15-2009
    4:06 am

    Reply

    radzi

    tuan;

    pertama:

    Jangan guna nama Israel kerna Israel adalah seorang Nabi.

    Jadi gunakn nama yang tuhan beri iaitu Negara Yahudi

    Kedua:

    Boikot adalah satu amalah kaum kuffar iaitu amalan Abu Jahal. Bukan amaln seorang Muslim

    masa Nabi berhijrah ke Yatrib, ekonomi telah dipegang oleh kaum Yahudi, tetapi nabi tidak memboikot, sebaliknya menyuruh kaum muslimin ikut serta dalam ekonomi sehingga monopoli yahudi berakhir.

    kalau mau boikot juga maka boikot produk utama mereka iaitu pemikiran, kemudian barulah boikot produk lain terutamanya "hiburan" dan rokok.

    untuk bacan seterusnya boleh melawat:

    http://loluconagama.wordpress.com/2009/01/10/isra...


  • 01-17-2009
    12:17 pm

    Reply

    Alem

    ye aq setuju radzi cakap..


  • 01-18-2009
    5:32 pm

    Reply

    usri

    Vote for boycott barang amerika/israel. Ayuh, kita bangkit untuk bersatu.

    p/s:Theme baru nampak?


  • 01-22-2009
    8:43 pm

    Reply

    chukai

    Saya cuba boikot brg yg ada alternatif cth McD. burger mat rock pun sedap.


  • 01-24-2009
    3:32 pm

    Reply

    LILY_ipoh

    Logiknye kt cni,boikot mana yg mampu dulu.yg dah terbeli xkn nk jual lik,kn?tp klau stakat nk mkn Mc’D ke KFC ke,rasanya byk g pilihan lain kita ade.boikot kecik pn kira sumbangan gak.lagi bgus dr xwat apape lgsg..


  • 01-24-2009
    5:57 pm

    Reply

    wanegamok

    Macam aku dah dekat sebulan dah aku boikot (semenjak aku dapat message produk Zionis), sedaya-upaya mencari produk alternatif lain supaya aku tak rasa bersalah.
    Aku rasa tak payahlah kita nak berharap sangat dengan Tok -Tok Arab tu. Bagi aku kalau skrg nie pun kita tak dapat nak boikot atau mencari alternatif barangan lain, macam mana pulak kita nak menolak godaan Yak Jut Mak Jut (tolong betulkan ejaan kalau silap)..


  • 02-02-2009
    4:36 pm

    Reply

    bayun

    Bangsa Israel adalah bangsa pilihan Tuhan dan dijanjikan tanah kanaan seperti dalan Alkitab.Kebanyakan bangsa Melayu Muslim berpihak kepada bangsa Palastin atas dasar saudara seagama,sehingga tidak melihat siapa yang sebenarnya yang memulakan peparangan.Saya setuju dengan boikot Amerika dam Israel kerana melancarkan peperangan melampau tetapi kita harus memikirkan pula para peniaga yang terlibat dengan barangan Amereka dan israel , apa altenatif untuk mereka. -anti peparangan -


  • 01-12-2009
    4:46 am

    Reply

    alang

    saya setuju dgn nik. Jadi kalau tak mampu nak boikot semua, buat setakat apa yg mampu.


  • 01-18-2009
    9:40 pm

    Reply

    alang

    macam shuth cakap, theme baru ni semangat sikit nak update blog. Lagipun saya baru beli membership kat woothemes.


Submit Reply

Your Name
Required
Your Email
Required, will not be published
Your Website
Optional
Your Message