Ketahui apa yang pelawat cari dengan PredictAd

6alang16th Jan 2009Entri, ,

PredictAd merupakan satu tool yang membantu pelawat menggunakan fungsi search di blog anda. Apabila pelanggan ingin mencari sesuatu di blog anda, PredictAd secara automatik akan cuba melengkapkan carian tersebut berdasarkan keyword yang ada di dalam database. Dan keyword yang akan dilengkapkan juga merupakan perkataan di dalam Bahasa Inggeris jadi PredictAd ini kurang sesuai diletakkan di blog yang bukan dalam Bahasa Inggeris.

predictad-enhance-search-monetize-and-get-powerful-analytics-1

Apa yang lebih menariknya lagi ialah dalam senarai-senarai cadangan keyword yang keluar semasa pelawat mencari, iklan akan diletakkan di bahagian bawah sekali di mana jika pelawat klik pada iklan tersebut, anda akan menjana pendapatan berdasarkan Pay Per Click. Walaupun begitu, anda tidak boleh mengharapkan PredictAd menjadi sumber pendapatan utama kerana hanya beberapa peratus sahaja pelawat yang menggunakan fungsi carian dan tidak kesemuanya akan klik pada iklan tersebut.

Tetapi bagi saya, fungsi lain yang lebih menarik perhatian ialah statistik yang dikeluarkan oleh PredictAd di mana kita boleh mengetahui apa yang dicari oleh pelawat di blog kita dan carian apakah yang paling popular.

predictad-publisher-stats

Apabila kita mengetahui apakah yang paling banyak pelawat cari, kita boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memasukkan content berdasarkan keyword tersebut.

6 Comments Comments Feed

  1. smartzul (January 16, 2009, 8:17 am). Reply

    Thanks Alang. Tak pernah tahu pula tool Search ni sebab tak ambil berat sangat pada fungsi search kat blog. Tapi bila fikir balik, benda remeh jangan diremehkan. :D

    Jap lagi nak try. Mujur ada plugin untuk wordpress blog. Mudah sikit nak pasang.

    Thanks!

  2. milsum (January 17, 2009, 10:57 am). Reply

    Mekasih Alang…
    zul,
    katne nak cari plugin tu?

  3. Uzair (January 19, 2009, 10:06 am). Reply

    Lama gak benda nih ada..aku ada pakai kat miijoo.com..memang bukan untuk wat duit sangat..tapi bab data yang dia bagi untuk keyword yang pengguna cari kat blog kita..memang besh..

  4. Mat (January 19, 2009, 2:56 pm). Reply

    Betul tu, Apabila kita mengetahui apakah yang paling banyak pelawat cari, kita boleh menggunakan maklumat tersebut untuk memasukkan content berdasarkan keyword tersebut.

  5. whose (February 4, 2009, 1:02 pm). Reply

    Menarik tu…tetapi sayangnya pelawat blog tidak tahu cara untuk memanfaatkannya…

  6. skyseven (March 11, 2009, 12:11 am). Reply

    Assalamualaikum.. Tool ini amat berguna jika kena cara =D
    terima kasih kerana sudi berkongsi

Add a Comment